Home Novel Umum KARTU BUAT IRIS - BECAUSE U R SPECIAL
KARTU BUAT IRIS - BECAUSE U R SPECIAL
Dr Fendi Ameen
11/11/2014 15:11:04
3,611
Kategori: Novel
Genre: Umum
Senarai Bab
PROLOG

Dalam hidup ini semua perkara berlawanan. Siang berganti malam, malam berganti siang, hujan berganti teduh. Yang patah akan tumbuh, terik akan redup bila awan menyapu sinar bola api. Angin menderu akan berhenti apabila sampai masanya.

Hidup penuh pancaroba. Enak-enak berjalan lalu kita tersepak batu di tepi pantai yang indah, membuatkan kita sedar halangan dan rintangan tetap ada. Tidak selama mentari akan bersinar hingga ke petang. Semuanya adalah sunnatullah yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta.

"Kalau kau menjadi aku, kau akan mengerti." Biarpun mata hanya memandang namun jiwa tidak akan terasa jika tidak mengalaminya. Juga "Uzur datang tanpa diduga, tiada yang kekal selamanya. Manusia diuji dengan ujian pada kadar yang mampu ditanggung, Itu janji ALLAH dalam Al-Quran.

Imam Abu Hanifah juga pernah diuji dengan dipaksa meminum racun setelah kepalanya dipukul dengan teruk ketika dalam penjara hanya kerana tidak mahu menerima jawatan Hakim. Kerana apa? kerana beliau takut untuk menjawab dihadapan Allah di Mahsyar, ketika mulut tidak lagi mampu berkata-kata.

Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?”…Lalu jawab Rasulullah saw, “Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin.” Begitualh tingkat susunan ujian kepada hamba dari Pencipta.

***

Engkau lahir di benua asing, ribuan kilometer dari bumi leluhur, tempat kelahiran mama dan abah. Mama dan abah tidak pernah menduga kelahiranmu setelah sembilan tahun, kakakmu Iman dilahirkan.

Namun, bumi tanah asing benua Kangaroo menjadi tanah tumpah darah Iris, ketika musim bunga di Tanah Ratu. Ketika Jacaranda, bunga kebangsaan QUEENSLAND berserakan memenuhi taman dan padang permainan engkau dilahirkan. Oktober, enam haribulan tahun 2009, Iris dilahirkan ke dunia.

Mama dan abahlah yang paling gembira dengan kelahiranmu. Begitu juga kakak dan abang; Syafiqah, Syauqi dan Nur Iman

Next: 1: MULA

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.