Home Novel Cinta PENAKLUK HATI
PENAKLUK HATI
thussss_
22/5/2017 18:30:01
2,572
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 1

ENGKU Adrian menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kertas soalan dihadapannya dipandang kosong. Kenapa otaknya masih tidak dapat memikirkan jawapan untuk soalan-soalan tersebut. Masa peperiksaan sudah berjalan selama lima belas minit. Matanya mula meliar ke kiri dan ke kanan melihat rakan-rakannya yang lain sedang tekun menjawab soalan dengan mudah. Dia terpandang Hykal di sebelahnya yang begitu tekun menjawab soalan. Susah hatinya melihat jawapan panjang yang ditulis pada kertas jawapan Hykal. Telapak tangannya juga sudah mulai basah akibat keringatyang mengalir.

            “Come on Adrian. You can do it.” Adrian memejam matanya lalu mengurut dadanya. Nafas ditarik panjang lalu dihembus perlahan. Dia mengulangi perbuatan yang sama sehingga dia rasa sedikit tenang.

            Mata kembali dibuka. Adrian membaca soalan sekali lagi. Kini bibirnya mampu mengukir senyuman manis. Otaknya kini sudah dapat memproses jawapan untuk soalan essei Sejarah di hadapannya. Laju sahaja tangan Adrian berkerja di atas kertas jawapan yang sudah jampir separuh ditulis. Apabila habis satu kertas, Adrian cepat-cepat mengangkat tangan meminta kertas jawapan tambahan untuk menyambung menulis jawapannya.

            “Baiklah, masa menjawab masih berbaki lima minit. Sila pastikan setiap helaian kertas jawapan ditulis angka giliran, nombor kad pengenalan dan kod kertas peperiksaan. Sila semak kerta sjawapan dan habiskan jawapan terakhir anda.” Ketua pengawas peperiksaan sudah memulakan kerjanya.

            Adrian memandang jam yang terlekat didinding. Masih sempat lagi untuk dia menyambung sedikit jawapan untuk esei tersebut. Setelah berpuas hati dengan semua jawapannya, Adrian segera menyusun kertas jawapannya dan diikat dengan menggunakan benang. Dia sudah mampu menarik nafas lega sekarang. Hykal di sebelahnya tersenyum sambil mengangkat ibu jari sebagai isyarat.

            “Baiklah, pengawas peperiksaan akan mengutip kesemua kertas jawapan. Tahniah kepada anda semua kerana berjaya menamatkan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) semester kedua untuk sesi 2016. Kita akan berjumpa lagi untuk semester akan datang,” ujar Ketua Pengawas tersebut.

            Adrian tersenyum sambil menghulurkan kertas jawapannya pada pengawas. Setelah semua kertas jawapan dikumpulkan,semua pelajar dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan. Hykal terus memeluk bahu Adrian sebaik sahaja melangkah keluar dari dewan peperiksaan.

            “Boleh jawablah tu. Senyum meleret ja. Awal tu aku tengok bukan main gelisah kau,” ujar Hykal sambil mengerutkan dahinya.

            “Aku tiba-tiba saja blank awal tadi. Lepas tengok esei kau kemain panjang, makin bertambah gelisah aku dibuatnya. Mujurlah lepas tu aku macam okay sikit dan boleh jawab.”Adrian melepaskan keluhannya.

            Mereka melangkah ke arah bilik Majlis Perwakilan Pelajar untuk mengambil beg. Pelajar-pelajar yang lain pula sudah mula bergegas pulang. Maklumlah, tempoh masa peperiksaan STPM sekejap sahaja dan selalunya pelajar tingkatan 6 memang dibenarkan pulang awal oleh pihak sekolah.

            “Weh, kita lepak sini kejap. Akulupa nak beritahu yang Penolong Kanan Tingkatan 6 nak jumpa kita bertiga kejap lagi,” ujar Haizar yang tiba-tiba muncul.

            Adrian mengeluh lagi. Baru saja dianak balik awal dan melepaskan rindu pada katilnya. Beg sandang diletakkan semula di atas kerusi lalu dia menghampiri komputer yang berada di sudut dinding. Tangannya pantas sahaja menghidupkan CPU dan menanti monitor itu menyala.

            “Alah Adrian, kau jangan buat teruk sangat. Kita bertiga ni tinggal di asrama sahaja. Tak perlu terkejar-kejar nakbalik awal macam budak-budak lain,” sindir Haizar bagai mengerti apa yang bermain dalam fikiran rakannya itu.

            “Yelah, saya menurut perintah wahai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar.” Sengaja dia menekan perkataanYDP iaitu jawatan tertinggi yang dipegang oleh Haizar sebagai ketua pelajar.

            Mata Adrian hanya tertumpu padaskrin monitor. Permainan Tumblebug sahaja yang mampu menghilangkan rasa bosannya sekarang. Hykal pula sudah menyusun panjang kerusi lalu membaringkan tubuhnya. Tali leher dilonggarkan sedikit supaya dia boleh bernafas dengan tenang. Perlahan-lahan matanya tertutup rapat.

            “Lupa dah aku. Petang ni warden nak buat roll-call di asrama. So,macam biasa kerja korang tolong inform pada budak-budak perempuan. Dah, aku nak sambung tidur. PK nak jumpa nanti kejutkan aku.” Hykal kembali menutup mata. Beg sandang dijadikan sebagai bantal dan lengannya pula digunakan menutup mata.

            Adrian mengeluh lagi dan lagi. Susahjuga berkawan dengan orang-orang yang memegang kuasa VETO di sekolah ini.Haizar pula mengeluarkan semua buku yang berada dalam begnya lalu disusun pada rak. Kebanyakan pelajar tingkatan 6 akan menyimpan buku-buku semester yang lepas di bilik MPP untuk kegunaan pelajar baru pula. Begitulah adat yang diguna pakaioleh pelajar tingkatan 6 sekolah tersebut.

            Tiba-tiba pintu bilik MPP ditolakkasar. Terkejut Adrian dibuatnya sehingga dia terus menekan butang Off pada CPU. Risau juga kalau-kalau cikgu yang masuk. Mahu ditarbiahnya nanti kalau nampak dia sedang main permainan tersebut. Tapi matanya membulat melihat seorang pelajar junior yang menolak pintu tersebut.

            “Eh, kau buat apa di blok sini. Ini blok larangan untuk student aliran perdana,” jerkah Adrian.

            Pelajar perempuan itu tidakhenti-henti membongkokkan tubuhnya dan meminta maaf. Hykal yang terkejut mendengar jerkahan Adrian segera bangun dari pembaringannya. Matanya digosok-gosok kasar.

            “Weh kenapa?” soal Haizar darisebalik rak buku. Kepalanya dijengul sedikit untuk melihat apa yang berlaku.

            “Budak aliran perdana ceroboh blok kita. Nak buat apa tah. Dah la ceroboh pastu tolak pintu bilik MPP selamba saja.” Adrian memeluk tubuh.

            “Bukan begitu. Saya tak ceroboh pun.Saya…saya… saya.” Pelajar itu sudah mula tergagap-gagap.

            Adrian hanya memeluk tubuh mendengar pelajar itu tergagap-gagap menghabiskan ayatnya. Dalam kepalanya mula bermain satu idea untuk mengenakan denda pada pelajar tersebut. Lagipun dia juga memegang kuasa VETO di sekolah ini sebagai ketua pengawas. Sesetengah sekolah menjadikan jawatan ketua pengawas sekaligus sebagai ketua pelajar. Tapi disekolah ini berlainan kerana mereka mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar.

            “Nama kau?” soal Adrian.

            Pelajar itu mengerutkan dahinya.“Err… err, nama saya Alyssa.”

Adrian mengangguk. Tangannya sudah mengeluarkan buku merit/demerit daripada beg sandangnya.

“Nama penuh kau please.”Adrian membuka helaian demi helaian buku tersebut.

“Alyssa Syakila Binti Irwan.” Alyssa sudah menelanliur.

Haizar menghampiri Adrian yang sibuk mencatat sesuatu pada buku merit/demerit. Diimbasnya Alyssa dari atas hingga hujung kaki, wajah gadis itu memang kelihatan sangat takut. Lagipun, sesiapa yang mendapat demerit daripada ketua pengawas memang buruk padahnya.

“Kelas?” soal Adrian lagi.

“5 Sains 1,” jawab Alyssa.

Adrian berhenti menulis apabila mendengar kelas pelajar tersebut. Dahinya dikerutkan lalu dia memandang ke arah Haizar. Jarang betul dia dengar pelajar kelas depan ceroboh blok tingkatan enam.

 

MATA Alyssamelilau ke kiri dan ke kanan mencari susuatu. Di mana pula pejabat bilik pinjaman buku teks sekolah. Dah puas dia berpusing-pusing di sekitar sekolah mencari bilik tersebut. Tambahan pula dia adalah pelajar baru di sekolah ini.Memang dia tak tahu kedudukan bilik pinjaman tersebut. Dia memandang ke arah sebuah blok yang kelihatan agak lengang. Mungkin di situ terletaknya bilikpinjaman buku teks. Tanpa rasa ragu-ragu, dia terus mendaki anak tangga menuju tingkat tiga. Dia boleh mulakan pencarian bilik pinjaman bermula dari aras tersebut.

            Dia membuka setiap pintu bilik yang berada di aras itu. Tapi yang dia jumpa hanyalah kelas yang kosong sahaja.Kenapalah dia tidak bertanya pada rakan sekelasnya sahaja tadi. Aduh ! Bingungnya dia sekarang. Matanya kini tertancap pada bilik di hujung aras tiga.Rasanya dia terengar suara orang sedang berbual. Mungkin di situ bilik tersebut.

            “Situ kot bilik buku teks. Kalau bernasib baik, memang betullah tekaan aku.” Alyssa terus mengatur langkah menuju ke arah bilik tersebut.

            Setibanya di hadapan bilik itu, dia rasa was-was pula hendak mengetuk. Telinganya dapat menangkap suara tiga orang lelaki sedang berbual dari dalam bilik tersebut. Alyssa menyentuh pintu tersebut lalu melekapkan telinganya pada pintu.

            “Seriusnya perbualan mereka. Pasal asrama pula tu,” desis hati kecilnya.

            Entah di mana silap langkahnya.Pintu itu tiba-tiba sahaja terbuka apabila dia menyandarkan tubuh. Membulat matanya melihat dua orang lelaki yang berada di dalam bilik itu. Seorang sedang bermainan permainan pada PC dan seorang lagi pula sudah hanyut dilayar mimpi.

            Tiba-tiba sahaja dia dijerkah oleh seseorang hingga membuatkan dia sedikit tersentak. Dengan spontannya, dia terus meminta maaf dengan membongkokkan tubuhnya berkali-kali. Lama menyepi,tiba-tiba lelaki yang bermain komputer sebentar tadi tiba-tiba menghampirinya lalu bertanya akan nama Alyssa. Alyssa sudah menelan liur.

            Alyssa hanya menjawab semua pertanyaan lelaki itu. Siapakah mereka ini? Kenapa menakutkan sangat? Tidaklama selepas itu, seorang lagi lelaki menghampiri Alyssa. Mata lelaki itu memandang Alyssa dari atas hingga bawah. Seram pula Alyssa dibuatnya.

            “Kau budak 5 sains 1. Tapi takkanlah kau tak tahu tentang larangan memasuki blok form6 kan. Pelik juga,” ujar lelaki yang menjerkahnya sebentar tadi.

            “Saya student baru di sini. Baru masuk dua hari lepas. Saya tak tahu pun tentang peraturan larangan tersebut. Maafkan saya,” terang Alyssa.

            Kedua –dua lelaki itu hanya mengangguk faham. Setelah itu, mereka berbisik sesama sendiri pula.

            “Aku maafkan kau kali ini. Lain kalikau jangan masuk blok sini dah. By the way, aku Adrian. Aku ketua pengawas di sekolah sini. Ini pula Haizar, ketua pelajar a.k.a YDP MPP. Yang tidur tak ingat dunia tadi nama Hykal, ketua asrama,” terang Adrian panjang lebar.

Alyssa hanya mengangguk sahaja. Jadi mereka inilah 3 Ketua (3K) yang diceritakan oleh rakan kelasnya tempoh hari.

“Kau nak pergi mana sebenarnya?” soal Haizar.

“Saya nak ke bilik pinjaman buku teks sebenarnya. Tapitersesat ke sini pula. Saya tak tahu di mana letaknya bilik tu.” Alyssa menggaru-garu kepalanya.

“Aku hantarkan kau pergi bilik buku teks. Lagipun aku nak jumpa cikgu Maria di bilik pinjaman buku teks.” Haizar mempelawa dirinya untuk membantu Alyssa.

Alyssa membawa langkahnya keluar dari bilik MPP lalulaju menuju ke arah tangga. Hampir-hampir sahaja dia dapat demerit akibat tindakannya sebentar tadi. Alyssa ternampak kelibat Haizar yang menghampirinya.Lelaki itu sedang membetulkan tali leher bersama kemejanya. Kad matrik juga tergantung pada lehernya. Memang dia ada ciri-ciri sebagai ketua pelajar.

“Kau pelajar baru kan. Kau dah ada ID pelajar?” soal Haizar tiba-tiba.

ID? Apa pula tu? Di sekolah lamanya tak ada pula gunaID bagai. Kad matrik pun tak ada. Alyssa hanya menggeleng. Haizar mengeluh melihat gelengan kepala Alyssa.

“Kau ikut aku pergi office sekarang. Kau sepatutnya dah ada ID pelajar pada hari kau daftar di sini. ID tu macam kad matrik yang aku pakai ni. Cuma bezanya kad matrik aku ada gambar sebab aku form6. Kad matriks kau pula hanya ada nama, IC, kelas dan ID kau,” terang Haizar panjang lebar.

Alyssa hanya mengganguk kepalanya sepeti faham akan penerangan Haizar. Malangnya, dia langsung tidak faham. Haizar membawa Alyssa menuju ke pejabat sekolah. Kelihatan Haizar sedang bercakap sesuatu pada keraniyang berada di kaunter hadapan. Tidak lama selepas itu, kerani itu kembali dengan membawa sekeping kad. Haizar menyambut kad itu lalu mengucapkan terima kasih pada kerani tersebut.

“Ini ID kau. Pakai ke mana saja kau pergi. Kalau tidak kau dapatlah demerit daripada si Adrian. Kalau bukan daripada Adrian pun, kau dapat daripada pengawas lain.”

Alyssa mencapai kad ID tersebut lalu dipakaikan pada lehernya. Setelah itu, Haizar membawa Alyssa ke bilik pinjaman buku teks.Alyssa mendapatkan semua buku teks yang diperlukannya. Haizar mempelawa untuk menolong Alyssa membawa buku, tapi cepat-cepat saja Alyssa menolak. Lagipun bukunya tidaklah seberat mana.

“Terima kasih sebab bantu saya,” ucap Alyssa.

Nevermind.”Haizar terus membawa langkahnya meninggalkan Alyssa.

Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.