Home Novel Cinta Dalam Diam Ku Mencintaimu
Dalam Diam Ku Mencintaimu
Isha Idiaz
6/11/2012 20:23:11
42,532
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

BAB 11

SUASANA perjumpaan batch malam itu hingar bingar seketika apabila Farhan selaku ketua batch memaklumkan mereka harus membuat persembahan sempena majlis makan malam Persatuan Diploma Sains atau PerDipSa.

“Wajib ke kita perform malam tu?” tanya Aniq kepada Farhan. Semua mata memandang Farhan inginkan jawapan.

“Pagi tadi Abang Khai messageaku cakap batch kita wajib perform sebab ikut tradisi memang budak semester satu yang kena perform untuk dinner tu,” terang Farhan.

Semua mengangguk tanda faham. Mahu atau tidak, mereka harus membuat persembahan untuk majlis makan malam itu nanti. Mandat diktator oleh Abang Khai, pelajar semester enam sekaligus menggalas jawatan sebagai presiden persatuan harus dituruti.

“Aku nak tanya pendapat kau orang ni. Persembahan apa yang kita nak buat malam tu nanti?” soal Farhan. Matanya menatap lebih kurang seratus wajah yang duduk di hadapannya kini.

Suasana kembali hingar. Masing-masing bercakap sesama sendiri menghasilkan seolah-olah bunyi tebuan yang digegar sarangnya. Farhan menarik nafas seketika. Bukan mudah hendak mengawal seratus orang dalam satu masa. Lagi-lagi jika mahu membuat keputusan begini.

Faizah yang tidak boleh mendengar bunyi bising sudah menyumbatkan telinganya dengan earphone yang dibawa. Pantas juga tangannya menjolok hujung earphone kepada mp3 miliknya. Ditekan butang play dan lagu Dealova berkumandang. Kini Faizah sudah tenggelam dalam dunia Dealova ciptaannya sendiri.

Dari depan, Farhan sudah dapat melihat Faizah melentokkan kepalanya ke bahu Mira. Masuk kali ini, sudah tiga kali Faizah menguap. Mengantuk benar nampaknya Faizah. Farhan tersenyum melihat gaya Faizah yang kelihatan manja itu.

Melihat Farhan yang tersenyum sejak tadi, akhirnya Afiq merencanakan untuk mengenakannya. “Hoi Farhan, yang kau senyum-senyum tu kenapa? Angau?” sergah Afiq. Semua mata memandang Farhan. Senyum Farhan mati tiba-tiba.. Afiq terkekeh-kekeh ketawa apabila melihat wajah Farhan berubah merah..

“Angau apanya. Aku tengah fikirlah ni nak buat persembahan apa. Kau tu, tolong fikir sikit. Yang kau dokperhati aku apasal? Kau suka aku ek?” soal Farhan sambil membuat muka comel kepada Afiq. Janggut nipisnya diusap-usap seolah-olah dia sedang berfikir. Matanya dikecilkan memandang Afiq. Kali ini Afiq pula yang terkena. Merah mukanya apabila dipermainkan begitu.

Akhirnya Faizah membuka sedikit matanya menatap muka Farhan yang tidak habis lagi menayang muka comelnya kepada Afiq. Serta merta Faizah ketawa. “Comel sangatlah tu,” ujarnya. Mira juga turut ketawa.

Farhan menjeling jam tangannya. Sudah jam sepuluh malam. Melihat semua membuat muka letih , akhirnya Farhan bersuara. “Perhatian semua. Macam nilah. Memandangkan semua tak ada idea lagi nak buat persembahan apa, aku nak setiap kelas beritahu aku esok apa cadangan kau oranguntuk persembahan batch kita masa dinner nanti.”

Semua mengangguk tanda setuju. Farhan bersuara lagi, “Ada apa-apa yang kau orang nak tanya?” Matanya meliar memandang jika ada antara mereka yang mahu menanyakan apa-apa sebelum mereka bersurai.

Melihat Amirul mengangkat tangannya di belakang, pantas Farhan menyuruh yang lain diam dan mendengar pertanyaan yang ingin diajukan oleh Amirul. “Ya Mirul. Kau nak tanya apa?” soal Farhan tegas. Yang lain masing-masing membatukan diri dan fokus dengan pertanyaan yang akan dilontarkan oleh Amirul.

“Tema dinner apa bro?” soal Amirul selamba. Biasanya, jika mahu membuat persembahan, mereka harus mengikut tema majlis. Barulah sesuai dengan suasana majlis.

Farhan mengangguk tanda faham akan soalan yang diajukan oleh Amirul. “Terima kasih Mirul sebab ingatkan aku. Okey, tema malam tu adalah batik dan songket. So, kau orangfikirlah persembahan apa yang sesuai dengan tema tu. Nanti aku akan pick yang terbaik,” ujar Farhan tenang.

Setelah tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan, akhirnya perjumpaan malam itu tamat dan mereka bersurai. Alia selaku penolong ketua batch berlari-lari anak ingin mendapatkan Farhan.

“Farhan, kejaplah. Lia nak tanya ni,” jerit Alia tertahan-tahan kerana tidak cukup nafas berlari mendapatkan Farhan.

Farhan tidak menoleh. Langkahnya mengarah ke Faizah dan Mira yang duduk di bahagian belakang. Malas dia mahu melayan kerenah Alia yang mengada-ngada itu.

Melihat Farhan tidak mempedulikan panggilannya, akhirnya Alia berhenti. Tangannya dicekak ke pinggang. Matanya mencerun memandang Farhan dari belakang. “Farhan. You ni pekak ke!” bentak Alia kuat.

Langkah Farhan terhenti. Pantas dia menoleh ke belakang. Dilihat muka Alia sudah merah. “Apa bendalah!” bentak Farhan juga. Rimas dirinya apabila Alia tidak habis-habis ingin menjual minyak kepadanya.

Muncung Alia sudah panjang sedepa apabila mendengar Farhan membentak kepadanya. Malas mahu melayan, Farhan meneruskan langkahnya ke arah Faizah dan Mira. ‘Merajuklah kau seorang-seorang dekat situ,’ gumamnya dalam hati. Langkahnya dilajukan. Panas hatinya dengan perlakuan Alia tadi.

SETELAH melihat Farhan duduk di sebelahnya, Faizah mengangkat kepalanya daripada bahu Mira dan melentokkan kembali kepalanya di atas meja. Matanya merenung Farhan yang juga sedang merenungnya. Lama juga mereka begitu.

‘Ada juga lelaki handsome macam kau dalam dunia ni Farhan. Aku ingat putera katak dalam cerita dongeng tu je yang handsome.’

‘Ada juga perempuan cantik macam kau dalam dunia ni Faiz. Aku ingat Cinderella dalam cerita dongeng tu je yang cantik.’

Akhirnya Farhan dan Faizah sama-sama tersenyum. Walaupun secara zahirnya mereka tidak berbicara, namun hati mereka berbicara.

Mira dan Afiq yang melihat drama tanpa suara itu juga turut tersenyum walaupun tidak tahu apa yang difikirkan oleh Farhan mahupun Faizah.

“Macam tulah orang angau bercinta. Tak cakap apa-apa pun bila dah pandang-pandang, renung-renung, masing-masing tersenyum-senyum. Macam kerang busuk dah aku tengok,” ujar Afiq sambil menarik kerusi dan duduk di hadapan Farhan.

Makin lebar senyuman Farhan. Matanya masih tidak beralih memandang wajah Faizah. Faizah juga begitu.

“Mira, selalu kita tengok drama muzikal Farhan, hari ni kita tak dapat tengok drama muzikal, tapi dapat tengok drama bisu dia ni pun jadilah kan,” Afiq masih lagi mahu mengusik.

“Tulah Afiq. Sekali tengok dah macam cerita hindustan yang Salman Khan dengan Aishwarya Rai berlakon tu. Apa tajuknya entah,” Mira pula menyambung.

“Hum Dil De Chuke Sanam kot. Yang Salman renung-renung masa Aishwarya pegang lampu tu kan. Tengok mata siapa yang kerdip dulu,” Afiq beria-ia bercerita. Farhan dan Faizah masih memandang anak mata masing-masing. Memang benar kata Afiq itu. Mereka sedang berlawan mata. Jika siapa yang mengerdipkan mata dahulu, orang itu akan kalah.

“Ha betul-betul. Cerita tulah. Ingat tak, masa lampu tu jatuh, Salman cakap dekat Aish, lampu tu jatuh sebab pengaruh dari mata jahat Aish. Tapi Aish jawab, dia tak ada pandangan mata jahat,” sambung Mira lagi.

“Ingat-ingat. Lepas tu Salman tanya Aish apa yang ada pada pandangan mata dia,” ujar Afiq. Fikirannya menerawang mengingati babak filem Hindustan itu.

“Tajam, mata saya sangat tajam, tajam sehingga mereka dapat melihat jiwa awak,” ujar Mira sambil memandang Afiq.

“Dan apa yang mereka katakan?” tanya Afiq menggantikan watak Salman Khan. Kini matanya pula merenung mata Mira.

“Limau yang tajam,” jawab Mira mengingati semula dialog dalam filem itu.

“Alihkan pandangan awak daripada saya, jika tidak awak akan melonggarkan cengkaman pada tali,” ujar Afiq serius.

“Sudahlah,” jawab Mira. Otaknya teringat babak Aish menaikkan lampu cendeliar ke atas siling.

“Lampu gantung akan turun,” ujar Afiq pula sama seperti dialog yang dituturkan oleh Salman Khan dalam filem itu. Matanya masih memandang Mira.

Kini pertarungan mata bukan sahaja terjadi antara Farhan dan Faizah. Malah pertarungan mata ini berjangkit pula kepada Afiq dan Mira.

Mira yang tidak mahu kalah masih menatap mata Afiq. “Biarkan,” ujarnya perlahan.

“Kaca akan pecah,” tambah Afiq lagi. Jika dilihat sekilas, mereka boleh menggantikan watak Salman Khan dan Aishwarya Rai.

“Biarkan,” ujar Mira sekali lagi.

“Jika pecah, mata anda akan berkedip,” ujar Afiq lagi. Matanya tajam merenung anak mata Mira.

“Mari kita lihat mata siapa yang berkedip dahulu,” ujar Mira seolah-olah mengugut Afiq sama seperti yang dilakukan oleh Aishwarya dalam filem itu.

Dan jika mengikut filem asal, tali lampu cendeliar itu akan dilepaskan oleh Aishwarya Rai. Belum lampu itu mencecah lantai, Salman sudah menyambut tali itu. Lampu cendeliar itu terbuai-buai di hadapan mereka, menetapkan jarak antara Salman dan Aishwarya.

Di alam realiti pula, Afiq dan Mira masing-masing tidak mahu beralah walaupun otak mereka bekerja keras mengingati jalan cerita yang sedang mereka lakonkan sekarang ini.

Inilah peluangnya untuk menang. ‘Terima kasih kepada penulis skrip filem Hindustan ini kerana telah menulis skrip yang akan membuat kemenangan berpihak kepadanya,’ bisik hati Afiq.

“Jika awak terus menatap saya, awak akan jatuh cinta dengan saya,” ujar Afiq dengan senyuman yang lebar menghiasi bibirnya. Matanya terus memandang Mira.

Mendengar ayat yang dituturkan oleh Afiq tadi, Mira dan Faizah masing-masing mengerdipkan mata mereka. Muka mereka ditundukkan daripada memandang Afiq dan Farhan.

Farhan dan Afiq sudah tertawa memandang wajah Faizah dan Mira yang sudah memerah menahan malu.

“Kau dah jatuh cinta kan?” soal Farhan kepada Faizah. Tangannya menupang dagunya sambil memandang Faizah. Mata redupnya menatap wajah Faizah yang ayu sambil menunggu jawapan daripada perempuan yang dicintainya itu.

Faizah dan Mira yang sudah rasa serba tidak kena akhirnya bangun daripada kerusi menuju ke pintu kelas meninggalkan Farhan dan Afiq yang terpinga-pinga menanti jawapan mereka.

Setelah keluar, Faizah menjengulkan kepalanya semula di pintu. “Gila,” ujarnya sepatah dan langsung meninggalkan kelas itu.

Farhan dan Afiq masing-masing ketawa terbahak-bahak apabila mendengar ayat sepatah yang dituturkan oleh Faizah tadi. Gila. Mereka memang gila. Drama bisu Farhan dan Faizah serta drama Hindustan lakonan Afiq dan Mira dalam versi Bahasa Melayu hari ini benar-benar menjadi.

SEPERTI yang dijanjikan semalam, malam ini mereka berkumpul semula untuk sama-sama memilih persembahan mana yang akan mewakili batch mereka semasa makan malam nanti.

“Assalammualaikum semua,” ujar Farhan. Matanya memandang wakil setiap kelas pelajar semester satu yang hadir untuk perjumpaan malam itu.

“Waalaikummussalam,” semua menjawab serentak.

“Ok, aku tak nak buang masa, memandangkan kita dah setuju semalam, hari ini setiap kelas mesti usulkan satu persembahan yang kau orang rasa sesuai dengan tema makan malam tu dan kita akan pilih yang terbaik,” ujar Farhan tegas.

Memandangkan semua wakil kelas mendiamkan diri, akhirnya Afiq membuka bicara. “Mula dengan kelas A dululah,” usul Afiq yang mewakili kelas H. Farhan dan wakil kelas yang lain mengangguk tanda setuju.

Ayed menarik nafas panjang. “Budak kelas aku cadang nak buat koir,” ringkas sahaja dia memberitahu.

“Koir? Lagu apa kau orang nak nyanyi?” pantas sahaja Farhan menyoal kembali. Keningnya berkerut. Wajahnya serius memandang Ayed.

“Lagu kita orang tak decide lagi. Tapi aku pilih lagu yang rentak Irama Malaysia ataupun Etnik Kreatif untuk sesuaikan dengan tema malam tu,” jelas Ayed lagi. Kening Farhan masih berkerut.

“Boleh buat koir ke lagu macam tu?” soal Farhan lagi inginkan kepastian.

“Boleh kalau pandai adjust,” Ayed menjawab penuh yakin. Wakil kelas lain sekadar mengangguk. Ada benarnya kata-kata Ayed tadi.

“Okey, kita tengok nanti macam mana,” tutur Farhan sambil tangannya mencatat sesuatu di buku nota kecil miliknya. Matanya beralih pula ke Amirul wakil kelas B. “Mirul, kelas kau macam mana?” soal Farhan.

“Kalau kelas aku, ada cadangan nak bersajak,” ujar Amirul. “Kelas aku pula ada yang nak berpantun,” sampuk Amie wakil kelas D. “Budak kelas aku nak berpuisi,” ujar Fadhil wakil kelas E.

Farhan mengangguk dan mencatatkan sesuatu di buku kecilnya lagi. “Kelas C nak buat apa?” soal Farhan sambil memandang Bob.

“Dikir Barat boleh dok?” soalnya dalam loghat Kelantan yang pekat. “Mu kan tahu kelas aku Klate sokmo. Gomo-gomo Klate,” ujar Bob lagi sambil ketawa.

Farhan juga sudah tertawa mendengar kata-kata Bob itu. Dia akui kelas C memang rata-rata daripada Kelantan.

“Kelas F macam mana? Ada cadangan lain?” soal Farhan. “Budak aku nak buat pentomin. Yang orang berlakon dekat depan, tapi orang lain yang akan bunyi suara dari belakang pentas,” jelas Hakim.

“Kelas aku pula nak buat nyanyi berduet,” ujar Azuan tanpa ditanya. Azuan mewakili kelas G.

“Kelas kau pulak macam mana Farhan?” soal Azuan pula. Semua mata memandang Farhan dan Afiq.

Afiq berdehem sedikit. “Kelas aku cadang nak buat sketsa Puteri Gunung Ledang. Dalam sketsa tu kita akan guna cara pentomin macam yang Hakim cakap tadi. Kita akan selitkan juga nyanyian lagu secara duet dan berbalas pantun,” terang Afiq panjang lebar.

Brilliant. Kira kau dah combine idea-idea kitorangdalam satu performance. Kalau macam tu, aku rasa kita followkelas kau punya idealah” ujar Azuan sambil menangguk-anggukan kepalanya tanda berminat dengan cadangan Afiq tadi. Yang lain juga mengangguk tanda setuju.

“Siapa yang jadi Puteri Gunung Ledang?” soal Bob. Dia agak teruja ingin mengetahui peneraju utama sketsa itu nanti.

Afiq sudah tersengeh-sengeh memandang Farhan. Bab bab Puteri Gunung Ledang ni memang Farhan sensitif sikit.

“Tu kena tanya big bosslah Bob,” ujar Afiq selamba sambil memuncungkan bibirnya ke arah Farhan.

Bob seperti dapat menangkap kata-kata Afiq tadi. Dia seperti sudah mengetahui siapa peneraju utama sketsa Puteri Gunung Ledang itu nanti. Namun dek kerana mahukan kepastian, segera dia memberi satu nama. “Jangan cakap Faizah,” ujar Bob.

Farhan hanya mengangguk. Biji mata Bob sudah besar tahap maksima. Jika tiada soket mata, tendon, ligamen serta urat-urat yang memegang matanya itu, sudah pasti matanya terjatuh di atas meja.

“Dia bukan Puteri Gunung Ledanglah Farhan. Dia tu Putera Gunung Tahan. Kau buta ke apa? Faiz yang ganas tu kau nak jadikan Puteri Gunung Ledang?” soal Bob dalam nada tidak percaya. Mukanya agak tegang.

Farhan mengangkat mukanya. “Kalau aku yang jadi Hang Tuah, nescaya si Faiz tu akan jadi Puteri Gunung Ledang,” ujarnya dalam nada yakin. Afiq sudah tersenyum. Dia yakin akan hal itu.

Wait and seelah Bob. Kalau Faiz tu jadi Puteri Gunung Ledang, kau nak bagi Farhan apa?” soal Afiq sambil mengangkat keningnya.

“Bagi dia kat Farhanlah. Dah Farhan tu Hang Tuah dia,” ujar Bob selamba. Akhirnya ketawa mereka terhambur di situ.

Faizah yang sedang menikmati keropok ikan yang baru dibelinya tadi di koperasi tadi tergigit lidahnya.

“Siapalah yang mengumpat aku malam-malam macam ni. Nak putus lidah aku ni dibuatnya,” tuturnya geram. Mira yang mendengar sekadar tersenyum. Faizah masih percaya kata-kata orang lama.

PLEASE Faiz,” rayu Farhan. Masuk kali ini, sudah sepuluh kali dia memujuk Faizah untuk menjadi Puteri Gunung Ledang dalam persembahan sketsa pada majlis makan malam nanti.

“Pandai-pandai je kau nak suruh aku jadi Puteri Gunung Ledang. Aku dah cakap aku tak nak. Tak nak. Berapa kali kau nak aku ulang?” Faizah sudah naik angin. Geram sungguh dia dengan Farhan yang pandai-pandai meletakkan namanya sebagai peneraju utama sketsa untuk malam itu nanti.

“Ala, kau kan dah biasa jadi Puteri Gunung Ledang aku,” ujar Farhan masih dalam nada merayu. Dia masih mengikuti langkah Faizah yang mahu menuju ke perpustakaan.

“Sejak bila aku jadi Puteri Gunung Ledang kau?” soal Faizah dalam nada geram. Langkah kakinya laju sahaja mendaki anak-anak tangga menuju ke perpustakaan itu.

“Sejak kau kenal dengan aku. Please Faiz. Tak kan aku nak suruh Alia pula jadi Puteri Gunung Ledang tu. Puteri Tak Ada Gunung bolehlah,” ujar Farhan lagi sambil tersengeh. Niatnya untuk membuat lawak terbantut apabila dilihat muka Faizah masih serius.

“Dia tu dah tentu lembut. Kalau kau suruh dia jadi hatta Puteri Hang Li Po pun dia boleh punya. Ini aku yang gagah macam Putera Gunung Tahan, kau nak jadikan Puteri Gunung Ledang?” sinis sahaja suara Faizah menuturkan.

Farhan sudah mati akal. Akhirnya dia menghalang jalan Faizah. Faizah berhenti secara mengejut. Mujur dia tidak tercium pipi Farhan.

“Jika patah sayap rajawali, bertongkat juga kanda kembali,” ujar Farhan perlahan. Semua mata memandangnya. Ini jalan terakhirnya untuk memujuk Faizah. Walaupun dia terpaksa menggunakan cara keji ini, dia tidak peduli. Yang penting, Faizah menjadi Puteri Gunung Ledang untuknya malam itu.

“Sudikah dinda menjadi Puteri Gunung Ledang kanda?” soal Farhan sekali lagi. Keningnya sudah diangkat. Lesung pipit di pipi kiri Faizah sudah terlihat.

“Dinda tidak mahu dan tidak pernah akan menjadi Puteri Gunung Ledang kekanda,” ujar Faizah selamba. Dia sudah masak dengan perangai Farhan yang satu ini. Jika dia tidak menuruti permintaan Farhan, mulalah Farhan membuat drama sebabak di khalayak ramai seperti ini.

“Mengapakah adinda begitu kejam terhadap kekanda? Tidakkah adinda tahu, kekanda cintakan adinda?” tutur Farhan penuh perasaan. Tangannya dibawa ke dada.

“Adinda tidak berlaku kejam kepada kekanda. Ketahuilah kekandaku, adinda bukan Puteri Gunung Ledang. Adinda adalah Puteri Tak Ada Gunung,” ujar Faizah. Senyuman sudah mekar dibibirnya yang tipis.

Siswa siswi yang melihat drama sebabak itu terkekeh-kekeh ketawa. Kedengaran mereka berbisik sesama sendiri.

“Puteri Tak Ada Gunung? Ada ke wei cerita macam tu?” satu siswa bertanya kepada rakan yang duduk di sebelahnya.

“Mana ada. Perempuan tu saja loyarburuk dengan boyfriend dia tu kot,” siswa itu membuat andaian.

Diorang couple ke?” tanya seorang siswi. “Sweetnya kalau dapat couple macam tu,” tambahnya lagi.

“Budak-budak sekarang ni bercinta tak kira dekat mana-mana. Depan Foyer Library ni pun dia boleh buat drama,” ujar seorang siswa.

Farhan tidak mempedulikan kata-kata mereka. Dia harus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir.

“Jika bukan Puteri Gunung Ledang, Puteri Tak Ada Gunung pun kekanda terima. Asalkan adinda selalu bersama kekanda,” ujar Farhan lagi.

Faizah tidak dapat menahan tawanya. Gigih sungguh Farhan ingin dia melakonkan watak itu.

“Adinda terima dengan satu syarat,” ujar Faizah selamba. Langkah kakinya tidak menghala ke arah perputakaan tetapi mengarah ke koperasi di Blok Pensyarah.

“Apa dia adinda? Semua permintaan adinda akan kekanda tunaikan,” ujar Farhan sambil berjalan seiring dengan Faizah. Berbunga hatinya apabila Faizah bersetuju melakonkan watak Puteri Gunung Ledang itu.

“Tekak adinda mengidam nak makan Cadburry. Boleh kekanda belikan untuk adinda?” selamba sahaja Faizah menuturkan. Matanya sudah meliar memandang barisan coklat yang tersusun di atas rak.

“Kilang Cadburry pun kanda boleh hadiahkan kepada adinda,” tutur Farhan dengan senyuman di bibir. Coklat Cadburry Hazelnut dicapai daripada rak. Kemudian, Farhan beralih ke peti sejuk di sudut koperasi. Pintu peti sejuk dibuka lalu dua tin air soya di keluarkan. Farhan menuju ke kaunter pembayaran.

“Berapakah harga yang perlu patik bayar wahai tuan hamba?” soal Farhan kepada juruwang yang bertugas pagi itu. Petugas itu yang sedari tadi mendengar perbualan antara Farhan dan Faizah tersenyum sambil menyebut harga yang harus di bayar oleh Farhan.

Setelah membuat pembayaran, Farhan menghulurkan setin air soya dan coklat Cadburry tadi kepada Faizah. “Nah Tuan Puteri,” ujarnya.

“Terima kasih Farhan,” jawab Faizah yang sudah kembali ke mode normal. Senyuman yang masih tersisa masih memperlihatkan lesung pipit di pipi kirinya itu.

Farhan menarik nafas lega. “Lepas ni, kita kena practice tau,” Farhan mengingatkan Faizah.

“Bagi aku skrip. Nanti aku practice sendiri,” ujar Faizah ringkas.

Thanks Faiz,” ucap Farhan perlahan.

Wajah gadis di sebelahnya ini dikerling seketika. Dapat dia lihat wajah Faizah yang manis tersenyum. Puteri Gunung Ledang. Watak itu memang sesuai untuk Faizah. Lebih sesuai jika dipadankan dengannya sebagai Hang Tuah pada malam itu nanti. Farhan tersenyum lagi.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.