12
“KAU nak
pakai baju apa Faiz masa dinner nanti?”
soal Farhan sambil merenung Faizah yang duduk di hadapannya.
Faizah mengangkat mukanya memandang
Farhan. Hari ini Farhan segak dengan kemeja biru cair yang dipadankan dengan
tali leher garis-garis berwarna biru pekat.
“Batik
atau songket la. Tak kan aku nak pakai bikini
pulak Farhan oii,” bersahaja
sahaja Faizah menuturkan. Matanya kembali menatap buku Biologi yang berada
ditangan. Menyelak helaian demi helaian sementara menunggu Puan Ainun masuk ke
kelas.
Melihat
Faizah yang seolah-olah endah tidak endah menjawab pertanyaannya, Farhan
memulakan strateginya untuk menyakat Faizah. “Bikini? Wow Wow. Teringin aku nak tengok kau pakai bikiniFaiz,” ujar Farhan dengan
senyuman nakal diukirkan di bibirnya.
Faizah
menjeling tajam ke arah Farhan. Wajah Farhan sememangnya menunjukkan reaksi
yang sangat nakal sekarang ini. “Ha, kau jangan nak mengada-ngada ea Farhan. Aku bagi backhand sekali baru tau,”
ujar Faizah berbaur ugutan. Tangannya sudah diangkat tinggi membuat gaya backhand yang akan dihadiahkan kepada
Farhan sekiranya Farhan membuat kerja gila.
Farhan
tergelak besar melihat reaksi spontan Faizah itu. Namun, dia masih mahu
mengusik Faizah. Matanya yang memandang muka Faizah akhirnya disorotkan ke
bawah menghala ke arah dada Faizah. Terbeliak besar mata Faizah melihat reaksi
Farhan yang tidak sopan itu. Sepantas itu satu tepukan ‘backhand’ hinggap di bahu Farhan.
“Aku
dah cakap jangan mengada-ngada. Kan dah kena,” bebel Faizah. Farhan
mengurut-ngurut bahunya yang telah merasa backhand
daripadaFaizah. Perit juga bahunya
akibat pukulan Faizah tadi.
“Adinda
ku sayang, adalah lebih baik jika adinda mengurut bahu kekanda daripada adinda
memukul kekanda,” ujar Farhan dengan nada memujuk. Faizah sudah memamirkan
wajah masamnya. Pantas dia memalingkan mukanya daripada memandang wajah Farhan.
“Ya,
inilah yang kita nanti-nantikan. Drama pujuk-memujuk Hang Tuah dan Putera
Gunung Ledang,” celah Afiq sambil menepuk tangan. Langkah kakinya menghala ke
tempat duduknya di sebelah Faizah. Farhan sudah tersenyum sumbing memandang
Afiq sambil memberikan isyarat mata menerangkan Faizah sedang merajuk
dengannya. Afiq mengangguk tanda faham.
Melihat
Faizah yang masih tidak memberi apa-apa reaksi, akhirnya Afiq memulakan
tugasnya memujuk Faizah. “Wahai tuan puteri, mengapakah tuan puteri bermuram
durja?” soalnya kepada Faizah. Wajah Faizah ditatap penuh kasih. Faizah teman
baiknya. Walau kasar daripada luaran, namun, hatinya lembut.
“Adapun
patik bermuram durja kerana mata Hang Tuah seperti laser memandang hamba,” tutur Faizah dengan nada geram. Matanya
menjeling Farhan yang duduk di sebelah kanannya. Afiq mengukir senyuman nipis.
Farhan hanya memamirkan wajah tidak bersalahnya.
“Barangkali
Hang Tuah mahu melihat isi hati tuan puteri. Janganlah tuan puteri berburuk
sangka kepada Hang Tuah,” ujar Afiq menggunakan bahasa baku. Seisi kelas yang
mendengar perbualan mereka hanya tersengih-sengih ketawa. Bukan sekali dua drama
begini dipentaskan di dalam kelas oleh Faizah dan rakan-rakannya.
“Tidak
perlulah kanda Tuah melihat isi hati hamba hingga begitu rupa. Bukankah lebih
elok jika kekanda merendahkan pandangan mata,” kata-kata Faizah berbaur
peringatan.
“Ha,
kau dengar tu Farhan. Lain kali jangan nak guna laserpandang si Faiz ni. Letih aku nak cakap guna bahasa baku
memujuk dinda kau ni,” ujar Afiq sambil mengurut-ngurut rahangnya.
Tawa
yang sedari tadi ditahan akhirnya terhambur juga. Memang agak kelakar apabila
mendengar Afiq bertutur dalam bahasa baku. Bukan sahaja terlihat bersopan
santun, malah terlebih skema.
Afiq
menarik nafas lega. Selesai masalah. ‘Kan aku dah kata, Faiz ni hati dia
lembut. Senang je nak pujuk,’ tuturnya dalam hati. Sedikit sebanyak rasa bangga
menyelinap di hatinya kerana berjaya memujuk Faizah.
ISKANDAR menanti
Faizah di hadapan Kompleks Kediaman Siswi bersama sebuah bungkusan di tangan.
Teringat pertemuan mereka pagi semalam.
“Faz dah ada baju nak pakai malam dinner nanti?” soal Iskandar. Kerusi di cafeBlok Pensyarah itu ditarik dan
Iskandar mempersilakan Faizah duduk. Tidak menolak, Faizah terus melabuhkan
punggungnya di atas kerusi.
Setelah Iskandar duduk berhadapan
dengannya dan dilihat Iskandar selesa, barulah Faizah menjawab pertanyaan
Iskandar tadi. “Belum lagi abang. Faz tak cari lagi baju batik atau songket
tu,” Faizah berterus-terang.
Iskandar memang murah dengan
senyuman. Bibirnya yang merah itu tidak pernah lekang dengan senyuman. Malah
senyuman itulah yang menjadikannya sebagai lelaki pujaan di universiti itu.
Setiap kali Iskandar tersenyum, lesung pipitnya di kedua-dua pipi jelas
kelihatan dan menyerlahkan lagi kekacakkannya.
“Faz nak abang teman Faz cari baju ke?
Abang free je sabtu ahad nanti,” ujar
Iskandar penuh prihatin. Sememangnya dia sudah bercadang untuk meluangkan masa
hujung minggu itu bersama Faizah.
Faizah
mengangkat mukanya memandang Iskandar. Lelaki di hadapannya ini terlalu baik
untuknya. Melihat mata Iskandar yang redup memandangnya dengan senyuman yang
manis, naluri perempuannya sedikit tersentuh. Faizah kembali menundukkan
pandangannya memandang gelas yang berisi air teh tarik yang dipesan oleh
Iskandar sebentar tadi.
“Tak
apa lah abang. Nanti Faz keluar sendiri,” ujar Faizah perlahan. Entah kenapa
bila berhadapan dengan Iskandar sahaja secara automatik dia akan bertukar menjadi
perempuan melayu terakhir. Dia juga keliru. Bukannya dia berpura-pura lembut
dihadapan Iskandar, namun sifat kewanitaannya dengan sendirinya akan terserlah
apabila dia bersama Iskandar.
“Kalau
macam tu, tak apa lah. Kalau Faz nak apa-apa, beritahu abang ya, abang tolong
insyaAllah,” tambah Iskandar. Suaranya tenang sahaja. Faizah hanya mengangguk.
Air di dalam gelas diteguk untuk mengurangkan debaran di dada.
“Oh
ya. Abang ada barang nak bagi Faz sebenarnya. Tapi abang lupa nak bawa. Nanti
esok petang abang tunggu Faz depan Kompleks ya dalam pukul lima. Faz jumpa
abang ya ambil barang,” ujar Iskandar. Matanya masih tidak lepas memandang
gadis di hadapannya itu.
Pandangannya
disorotkan ke jari manis Faizah. Dilihat cincin pemberiannya tersarung kemas di
jari manis itu. Melihat itu, hatinya bahagia. Sungguhpun kini Faizah bukan
miliknya, namun, dia yakin satu hari nanti Faizah pasti akan menjadi isterinya.
Lesung
pipit di pipi Iskandar jelas terlihat oleh Faizah. Malah Iskandar masih
memandangnya dengan senyuman. Serta-merta pipi Faizah memerah. “Abang kenapa
pandang Faz macam tu?” soal Faizah perlahan. Suaranya hampir tidak kedengaran.
“Tak
ada apa-apa. Cantik bakal isteri abang,” ujar Iskandar. Sekali lagi darah
menyerbu ke muka Faizah. Melihat Faizah begitu, Iskandar hanya tertawa
perlahan. ‘Cantik,’ bisik hatinya.
Jam
di tangan dilihat sekali lagi. Lima minit lagi ke pukul lima. Pandangannya
dihalakan ke Kompleks Kediaman Siswi itu. Bayang Faizah masih belum kelihatan.
Sementara menunggu Faizah, Iskandar hanya menghadiahkan senyuman buat
gadis-gadis yang lalu-lalang keluar masuk ke dalam Kompleks Kediaman itu
apabila mereka menegurnya.
“Assalammualaikum,”
ujar Faizah. Kakinya mengarah ke arah Iskandar yang berdiri di bawah sebatang
pokok.
“Waalaikummussalam,”
jawab Iskandar seraya berpaling menoleh ke belakang. Dapat dilihat, Faizah
masih ayu walaupun hanya dengan jeans dan kemeja-T lengan panjang dan tudung
yang diselak ke belakang.
“Maaf
Faz lambat sikit abang. Tengah practice
berlakon tadi,” Faizah menerangkan. Peluh sudah memercik di dahinya. Mana
tidaknya, dia baru perasan jam sudah menunjukkan pukul lima dan pantas bekejar
ke pintu pagar Kompleks ini.
“Tak
apa. Abang faham,” ujar Iskandar sambil menghadiahkan sebuah senyuman buat
Faizah. Jeans dan kemeja-t berwarna hitam membuat Iskandar kelihatan
benar-benar segak petang itu dalam gaya santai.
Iskandar
menghulurkan bungkusan yang dibawanya tadi kepada Faizah. Kini bungkusan itu
telah bertukar tangan.
“Ni
hadiah tak seberapa daripada abang. Sebenarnya, baju songket tu abang tempah
untuk Faz masa abang dah bercadang nak melamar Faz. Baju tu untuk Faz pakai
masa malam nikah,” terang Iskandar. Senyuman masih tidak lekang daripada
bibirnya.
Mendengar
ayat yang keluar daripada mulut Iskandar itu, hati Faizah terusik. Bungkusan
itu dibuka perlahan-lahan dan terserlah kecantikkan sepasang baju songket
bewarna putih bersih di dalam bungkusan itu. Ada juga sepasang sandal berwarna silverserta selendang putih di dalamnya.
Faizah
mengangkat mukanya memandang Iskandar. Matanya sudah mula berkaca. Hatinya
terusik dengan ketulusan hati dan kesungguhan Iskandar untuk mengambilnya sebagai
isteri. Namun dia tidak bersedia menerima Iskandar sebagai seorang suami. Di
hatinya cuma ada nama Farhan.
Melihat
mata Faizah yang sudah berkaca, Iskandar panik. “Faz kenapa ni? Faz tak suka
ke? Kalau Faz tak suka, Faz tak payah ambil ya,” Iskandar cuba memujuk. Sehelai
sapu tangan dikeluarkan daripada saku jeansnya dan dihulurkan kepada Faizah.
“Faz
minta maaf sebab tak dapat terima abang. Abang faham kan?” suara Faizah
tersekat-sekat menuturkan. Tangannya mengelap air mata yang sudah mula
membasahi pipi menggunakan sapu tangan yang diberikan oleh Iskandar tadi.
“Jangan
cakap macam tu sayang. Abang sentiasa faham. Faz jangan risau ya. Anggap ni
hadiah daripada abang. Faz pakai ya masa dinner
nanti. Abang nak tengok,” ujar Iskandar.
Faizah
menganggukkan kepalanya. Air mata yang masih bersisa dilap lagi. Sebuah
senyuman diukirkan di bibirnya. Senyuman yang membawa pergi semua kerisauan
yang beraja di hati Iskandar sebentar tadi.
SEBUAH
bungkusan diletakkan di hadapan Faizah sewaktu mereka sedang berehat sebentar
setelah sejam berlatih berlakon malam itu. Mereka perlu bekerja keras kerana
esok sudah majlis makan malam seperti yang dirancangkan.
“Apa ni?” soal Faizah. Keningnya
terangkat memandang Afiq yang berdiri di hadapannya.
“Manalah aku tahu. Farhan yang suruh
bagi dekat kau,” ujar Afiq menerangkan. Pantas Faizah mencapai bungkusan itu.
“Untuk?” soal Faizah lagi sambil
menarik keluar isi yang terdapat di dalam bungkusan itu.
“Untuk esok maybe,” Afiq cuba meneka. Dia juga tidak tahu apa-apa. Yang dia
tahu, pagi tadi Farhan menyerahkan bungkusan itu kepadanya untuk diberikan
kepada Faizah.
Faizah
dan Afiq sama-sama ternganga apabila melihat isi bungkusan tadi adalah sepasang
baju songket bercorak hitam putih serta selendang hitam yang sangat cantik.
Sandal hitam bertali juga disertakan bersama bungkusan itu.
“Relax Faiz, tarik nafas dalam-dalam,”
ujar Afiq kepada Faizah. Matanya masih tidak lepas daripada memandang sepasang
baju songket tadi.
Mendengar
kata-kata Afiq itu, Faizah menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya
perlahan. Faizah menggosok matanya beberapa kali. Memang sah baju tu ada.
Selendang pun ada. Sandal pun ada. Dia tidak bermimpi.
“Apa
kes dia bagi aku benda-benda ni?” soal Faizah kembali kepada Afiq. Afiq
menjungkitkan bahunya memberi isyarat bahawa dia tidak tahu apa-apa.
“Nak
sama kotmalam esok. Kan kau tu
Puteri Gunung Ledang dia. Dia kan Hang Tuah kau. Kenalah sama cantik sama
padan,” Afiq cuba memberikan pendapatnya.
“Ada
kemungkinan. Ni aku kena bayar balik tak dekat dia? Ke kena pulangkan balik
lepas dinner nanti?” Faizah bertanya
lagi inginkan kepastian.
“Ada
aku cakap suruh pulangkan ke?” soal Farhan kepada Faizah. Keningnya diangkat
sambil memandang Faizah. Tangannya sudah memaut kepala kerusi yang diduduki
oleh Faizah.
“Berapa
harga dia ni Farhan?” soal Faizah sambil membelek-belek baju songket itu.
“Mesti mahal kan?” soalnya lagi.
Kerusi
di sebelah Faizah ditarik dan kini Farhan duduk bertentangan dengan Faizah. “See me,” ujarnya dua patah kepada
Faizah. Akur dengan kata-kata Farhan, Faizah memandang Farhan yang segak
mengenakan kemeja-T putih itu.
“Ada
aku suruh kau bayar ke?” soal Farhan tegas.
Faizah
menggelengkan kepalanya.
“Ada
aku suruh kau tanya harganya berapa?”
Faizah
menggeleng lagi.
“Good. Dah tu aku suruh buat apa?” soal
Farhan lagi.
“Pakai
je,” ujar Faizah seperti robot yang
sudah diprogramkan.
“So, yang nak sesakkan otak fikir harga
segala bagai tu kenapa?” soal Farhan lagi. Mood untuk mengenakan Faizah sudah
datang.
Faizah
hanya menggelengkan kepalanya dan mengangkat bahunya.
Dan
akhirnya mereka sama-sama ketawa.
“Senget.
Kau kenakan aku ea. Macam robot dah
aku ni jawab soalan kau,” ujar Faizah setelah sedar dia telah dipermain-mainkan
oleh Farhan. Sebuah tamparan hingap di bahu Farhan.
Dalam
tawa, otak Faizah kini ligat berfikir. Sekarang , dia sudah berada dalam
dilema. Songket putih pemberian Iskandar atau songket hitam pemberian Farhan
yang akan dipakainya malam esok.
AKHIRNYA,
malam yang dinanti-nanti telah pun tiba. Majlis makan malam Persatuan Diploma
Sains bertemakan batik dan songket telah bermula. Para siswa segak berbaju
batik mahupun songket. Siswi pula kelihatan ayu dengan tema yang sama.
Farhan segak dengan baju melayu
songket bewarna hitam lengkap dengan samping. Tanjak terletak kemas di atas
kepala. Sebilah keris terselit dipinggangnya. Bersesuaian dengan tema malam
itu.
Afiq pula segak berbaju batik merah
sama padan dengan Mira dengan warna merah senada. Deli pula segak berbaju batik
hijau.
Kini, mereka hanya tunggu kehadiran
Faizah sahaja untuk sama-sama melalui red
carpetyang disediakan.
Semua
mata bertumpu ke arah seorang gadis yang sangat ayu sewaktu gadis itu melintasi
mereka. Suasana dihadapan meja pendaftaran sepi seketika. Yang terdengar cuma
derap tumit tinggi gadis tadi. Dan langkah gadis itu berhenti betul-betul
dihadapan Farhan.
Mata
Farhan membuntang memandang gadis yang berdiri dihadapannya kini. Faizah. Hari
ini Faizah kelihatan luar biasa. Sangat ayu dengan baju songket hitam putih
pemberiannya semalam. Selendang diletakkan di atas bahu kirinya dan dipinkan
dengan brooch bewarna silver. Sandal
hitam bertali setinggi tiga inci cantik tersarung dikakinya.
Afiq
dan Deli juga sama-sama ternganga dibuatnya. ‘Benarlah, jika Farhan Hang
Tuahnya, maka Faizahlah Pueri Gunung Ledangnya. Mereka sama cantik sama padan
malam ini,’ bisik hati Afiq. Afiq menjeling Mira disebelahnya sekilas. Dia dan
Mira juga apa kurangnya. Sama cantik sama padan juga. Afiq tersenyum sendiri.
“Apahal
pandang aku macam tu? Tak nak masuk ke?” soal Faizah kepada teman-temannya.
“Nak.
Nak. Jom kita masuk,” jawab Farhan tergagap-gagap. Matanya tidak lepas
memandang Faizah yang berjalan seiring dengannya melangkah masuk ke dalam dewan
melalui red carpet yang disediakan
dan duduk di meja yang ditetapkan.
Sebagai
pembukaan, lagu irama Malaysia diputarkan. Mata Iskandar mula meliar mencari
Faizah antara ratusan siswi yang ada di dalam dewan setelah majlis bermula, namun tidak berjaya.
Setelah
ucapan alu-aluan dan perasmian, kini tibalah masa untuk persembahan dan makan
malam dihidangkan. Dan ini menandakan Faizah dan rakan-rakan yang lain harus
berada di belakang pentas kerana mereka akan melakukan persembahan pembukaan
pada malam ini.
Faizah
mengambil tempat di tengah pentas. Hanya menunggu tirai pentas dibuka dan
lakonannya akan bermula.
Tirai dibuka seiring dengan muzik tradisional minus one. Serentak itu Faizah
menuturkan, “Setiap orang punya impian,” perlahan-lahan dia melangkah ke hadapan.
Mendengar
suara itu, pantas Iskandar memfokuskan pandangannya ke arah pentas. Dia kenal
suara itu. Suara itu milik Faizah. Kini, fokusnya seratus peratus pada
persembahan yang baru bermula di atas pentas itu. Ya, hampir dia terlupa,
Faizah membuat persembahan sempena grand
opening malam ini.
“Impian
itu yang bisa meneruskan kehidupan.” Langkah Faizah terhenti betul-betul di hadapan
tangga pentas. Lalu Faizah memalingkan kepalanya ke belakang memandang Farhan,
“Impian dinda adalah untuk mendapatkan cinta sejati,” ujarnya tenang dengan
senyuman dibibir.
Farhan
mendekati Faizah daripada belakang. Tangannya diletakkan di atas bahu Faizah.
“Jika patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda kembali,” ujar Farhan juga
tenang. Kedengaran suaranya begitu romantis menuturkan ayat itu. Sekuntum
senyuman juga dihadiahkan buat Faizah.
Faizah
memandang wajah Farhan penuh perasaan cinta. Direnung mata Farhan dalam. Mencari
kejujuran dalam kata-kata yang baru diucapkannya itu. Akhirnya, Faizah
bersuara, “Adinda anggap sebagai janji.”
“Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda
pada dinda,” ujar Farhan memegang kepala kerisnya yang tersemat dipinggang.
“Adinda
bersumpah, jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda,” Faizah
menuturkan dengan nada sedih. Mukanya berpaling daripada melihat Farhan.
“Menginjak
pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama,” ujar Faizah lagi.
Selendang yang dipakai digengam kuat menahan kesedihan yang bertandang tiba-tiba
dihatinya saat itu.
Melihat
Faizah yang sudah bermuram durja, Farhan menghampiri. Bahu Faizah dipegang.
Badan Faizah dipalingkan supaya menghadapnya.
“Layar
berbelok-belok, sauh dibongkar di tempat tenang, yang tinggal hati tak elok, yang
pergi hati tak tenang,” ujar Farhan perlahan.
Serentak
itu tepukan gemuruh bergema di dalam dewan itu dan lagu bagaikan sakti
diputarkan. Iskandar kaku di tempat duduknya. Kini, dia melihat sendiri
bagaimana cinta Faizah terhadap Farhan.
Faizah mula
mendendangkan lagi Bagaikan Sakti itu.
Cinta datang
Tanpa diundang
Seumur masa tercipta
Pandangannya dibuang ke
arah ratusan penonton di hadapan.
Langkahnya dibawa ke bahagian kiri pentas. Dari atas pentas, dia dapat
melihat Iskandar. Pantas Faizah melarikan pandangan matanya daripada Iskandar.
Dia datang bagai sakti
Bagai menyaksi mekar
Kembang pagi
ooooohhh
Giliran Farhan menyanyikan bait-bait liriknya pula. Farhan membawa langkahnya ke bahagian kanan
pentas. Dapat dilihat Alia sedang tersenyum memandangnya. Pantas sahaja Farhan
mengalihkan pandangannya daripada memandang Alia.
Kembali giliran Faizah untuk menyanyi. Sportlight
diarahkan kepadanya. Faizah benar-benar
kelihatan anggun malam itu. Dia menyanyi dengan senyuman yang tidak lekang
dibibir.
Cinta datang
Dengan senyuman
Panasnya membakar mentari
Lampu sportlight
disorot mengikut langkah Faizah dan Farhan yang kini sama-sama menuju ke tengah
pentas.
Bait lagu itu kini dinyanyi bersama-sama dimana Faizah dan
Farhan memandang antara satu sama lain .
Wajah yg tergambar
Tak akan terpudar
Dari hati insan yg fana ini
Faizah menyambung
sambil membawa tangan kirinya ke dada. Kini,
kedua-duanya menyanyi serentak lagi.
Fana ini...
Farhan kembali membawa
bahagian solonya. Lampu dibahagian
Faizah digelapkan.
Tak mungkin mentari
Akan terus sembunyi
Lampu dibahagian
Faizah pula dinyalakan menyorot mengikuti langkah Faizah yang menyanyi bahagian
solonya kini.
Tiada sempadan
Tak bisa kulewati
Suasana gamat
seketika apabila lampu di atas pentas itu digelapkan. Sewaktu lampu menyala,
Faizah dan Farhan sudah duduk di atas tangga pentas. Bait ini dinyanyikan
bersama.
Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan ragaku
Menantimu walau sengsara
Jika ini ketentuannya
Mata Faizah dan Farhan bertentang memandang satu
sama lain. Perasaan cinta yang mereka rasa selama ini dizahirkan menerusi
lakonan pada malam ini.
Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan raga
Tanpa sedar tangan
mereka erat memegang jari-jemari masing-masing. Farhan menatap Faizah penuh
kasih. Dalam hati Faizah cuma terukir nama Farhan.
Jika ini ketentuannya
Kau kan jadi milikku
Jua
Akhirnya manik jernih mengalir di pipi Faizah.
Farhan mengelus lembut pipi Faizah dan mengesat air mata itu menggunakan hujung
lengan bajunya.
Lampu pentas
digelapkan dan sorakan gemuruh bergema buat kesekian kalinya mengakhiri
persembahan mereka malam itu.
Selesai
persembahan, Faizah berlari menuju ke tandas untuk menukar pakaiannya. Kini,
dia cantik menyarungkan baju songket putih pemberian Iskandar. Baju di hari
pernikahannya bersama Iskandar sepatutnya. Biarlah hari ini Iskandar menatapnya
puas-puas. Dia telah banyak melukakan hati Iskandar selama ini.
Kini, Faizah
kembali ke dewan berpakaian songket putih lengkap dengan selendang putih yang
menutupi kepala. Sandal silver kemas tersarung di kakinya. Kebetulan, meja
Faizah berhadapan dengan meja Iskandar. Melihat Faizah yang terserlah
keayuannya dengan baju songket pemberiannya, Iskandar tersenyum lebar
menampakkan lesung pipitnya di pipi.
‘Cantik,’ ujar
Iskandar dalam hati. Faizah menundukkan
wajahnya. Malu apabila direnung begitu oleh Iskandar.
Setelah lima jam
majlis makan malam itu berlangsung, kini tibalah masanya untuk mengumumkan
penerima gelaran king and queen of the
night.Hampir tersedak Faizah dibuatnya apabila gelaran king and queen of the nightdiberikan
kepada Iskandar dan dirinya.
Dengan rasa bangga,
Iskandar bangun dan menghala ke meja Faizah lalu menghulurkan tangannya.
Huluran tangannya disambut oleh Faizah dan mereka sama-sama naik ke atas pentas
menerima selempang dan trofi kemenangan pada malam itu.
Dalam keriuhan
sorakan di dalam dewan itu, hati Farhan sedikit terusik. Faizah, cinta hatinya
sedang bergambar bersama Iskandar di atas pentas. Namun, kini dia tidak gusar.
Dia tahu cinta Faizah hanya untuknya. Senyuman kasihnya diberikan untuk Faizah
yang melihatnya dari kejauhan. Bibir nipis milik Faizah juga turut tersenyum
membalas kembali senyuman yang diberikan oleh Farhan.