Home Novelet Cinta Gossip Doctors
Gossip Doctors
Gadis PenPilot
4/5/2017 11:54:38
3,772
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

Mata Selena terasa berat. Dia tiada energi yang cukup untuk bangkit daripada tidur. Entah sudah berapa jam dia tertidur di sini. Lampu bilik sudah terbuka. Bilik terasa terang. 


Kakinya dilabuhkan daripada katil. Sejuknya lantai ni, Selena menggumam.  Kepalanya masih berdenyut-denyut. Terasa badan masih panas dan kepenatannya masih tidak hilang. 


Semasa Selena cuba bangkit dan berdiri daripada katil. Pintu bilik rehat terbuka. Doktor Ryan menjengah masuk kepalanya ke dalam. Dia meninjau ke dalam bilik dan tiba-tiba dia terlihat Selena berada berhampiran sebuah katil paling hujung. Rambut perangnya kelihatan sedikit kusut dan tidak terurus. Matanya masih bengkak. 


"Uuuu... sorry. My mistake." Lantas pintu ditutup semula. Tak sampai beberapa saat pintu itu dibuka semula.


"Erm Selena, saya rasa awak dah salah masuk bilik. Ni bilik rehat untuk staff lelaki." Kata Ryan.


"Huh? Taklah, ni katil sa... saya? Eh, mana baju dress hitam dekat sini?" Tanya Selena dalam terpinga-pinga. 


"Erm, ni bilik lelaki la. Cuba tengok kasut lelaki atas lantai tu. Tu, pencuci muka lelaki dan tu," Doktor Ryan menjengih ke arah sinki. Sambungnya lagi, " ada boxer dan seluar pendek atas tu."


"Huh?! Alamak, saya.. saya mintak maaf sangat sangat. Saya? Erm, mana baju kot putih ni. Oh, ni pun, erm... saya minta maaf sangat-sangat. Oh God... malunya." Leter Selena sambil cuba mencari barang-barangnya. 


"No... no hal lah." Kata Doktor Ryan apabila dia berselisih bahu dengan bahu Selena. 


"Ops sorry again, Ryan." Selena tertunduk-tunduk malu berlari jauh daripada bilik persalinan itu. 


Itu baru seorang lelaki. Belum lagi entah siapalah yang nampak aku tidur. Kalau ada, memang terserlahla cara buruk aku tidur. Dengan air liur dan tahi mata. Ergh, malunya! 


Dalam dia sibuk cuba melarikan diri, Selena terserempak dengan segerombolan staff hospital yang sedang berkerumun di hadapan papan pengumuman. Riak wajah mereka berbeza-beza. Ada yang ketawa dan ada pula yang marah. Berita apa pula kali ini? 


"Erm, Damia? Ada berita apa?"


"Ish, kau tengokla sendiri! Hadam betul-betul eh. Ish, memalukan kaum perempuan betulla!"


Selena mengorak langkah lalu menghampiri papan itu. Sehelai kertas tertampal di situ. Terasa pelik melihatnya. Gadis itu mengerut tajam. Ini macam gambar aku je. Apa semua ni?


'Pengumuman kepada semua staff. Tolong beri kerjasama selepas ini. Bilik persalinan lelaki hanya untuk staff hospital berjantina lelaki. Dan bilik persalinan perempuan untuk staff perempuan. Saya tidak mahu dengar lagi ada sesiapa warga hospital ini membuat report kepada saya. Di sini saya buktikan bahawa perkara ini telah pun terjadi. Harap maklum!'


Ini gambar aku tertidur atas katil bilik tadi! Ergh, siapa yang curi-curi ambik gambar aku ni? Buruk pulak tu muka aku. Ish, siapa punya kerja ni?!


Dengan pantas Selena terus menarik kertas itu daripada papan tanda itu lalu berlari keluar daripada hospital. 


"Siapa, siapa, siapa punya kerja niiiii?!!!!" Jerit Selena saat dia menghampiri sebuah kawasan lapang di belakang hospital. 


"Bengangnya!" Selena menyumpah teruk sambil kertas itu dironyok dan dikoyak-koyak secara kasar. Cebisan kertas itu terus dilontarkan ke dalam tong sampah besar. Tangannya terus mencekak ke pinggang. Nafasnya semakin laju. Perasaan marah membuak-buak. 


Dalam keadaan gelisah itu, bibir Selena hampir lumat digigit. Hidungnya kembang kempis menarik nafas. Rambut Selena yang tidak terurus itu diseka dan disikat dengan jari jemari ke belakang beberapa kali. Dia cuba berfikir waras. Bau busuk daripada tong sampah itu kini berbaur hancing. Terasa dirinya sudah sebati dengan tempat itu. Tempat di mana orang tak perlukannya lagi. Dia malu. Dia malu semalu-malunya. 


"Mama... uhuuuu... tsk tsk..." kakinya semakin lama semakin berat. Dia akhirnya tewas dan terduduk di atas jalan raya itu. Perasaan seperti mahu menangis seharian akhirnya terlerai. Dia sedih diperlakukan begitu. Dia malu! Dan bukannya dia sengajakan perbuatannya. 


Siapa punya angkara ni? Yang tahu aku nak berehat, Damia sorang je. Tapi reaksi dia tadi menunjukkan dia tak tahu pun aku tersalah bilik. Siapa lagi? Fikir cepat Selena!


"Doktor Ryan? Tak mungkin. Dia baru ternampak aku tadi. Ergh, aku tak ada idea lah.. wuuuu..tsk tsk..."


Bencinya! Bencinya apabila diri ni tak dapat buat apa-apa. Terasa diri ni bodoh betul. Soalannya kenapa mereka tergamak ambil gambar aku? Dan kenapa aku terlalu alpa dan leka malah tak berhati-hati bila masuk bilik tu? 


Selena memukul tangannya berkali-kali. Tamparan kecil itu semakin merah dan panas. Selena terus berhenti menangis apabila tangan yang dipukul terasa sakit. Dia terus bangkit daripada terduduk. Air mata diseka kasar. Nafas yang tidak teratur itu ditarik dalam lalu menghembus panjang.


"Tak. Tak. Kau tak boleh macam ni. Kau kena buat ok. Kau kena tunjuk kau ok. Kalau tak orang senang-senang nak kenakan kau."


"Tapi..." Selena sambung merengek. 


"Kenapa hari kedua bekerja dah jadi macam ni?" 


"Dah puas menangis?" Sergah Doktor Adrian Seeker dibelakang Selena. Selena menjerit kecil kerana terkejut. Dia memalingkan badannya menghadap bos. Tangannya yang sibuk menyeka rambut dirapatkan ke sisi. Dia tahu dia dah buat silap. Dia tahu dia perlu dimarahi. Jadi, serta merta badannya terus reflek seperti orang yang akan dimarahi. Wajahnya ditundukkan ke lantai.


"Sorry bos." Gadis itu cuba memujuk.


"Apa? Aku tak dengar?" 


"Sorry bos!" Selena menarik nafas lalu menjerit kuat sepuas-puas hatinya.


"Kau tahu tak kau ni tengah curi-curi ponteng kerja? Kau tertidur sewakru semua orang tengah bekerja. Kau keluar sesuka hati tanpa meminta kebenatan aku. Dan yang paling penting," Doktor Adrian berhenti berkata-kata. 


"Kau tidur atas katil aku. Katil tu tak ada seorang perempuan pun pernah baring situ. Tak ada adik atau kakak aku pun boleh duduk situ. Sebab apa?!" Tegas Doktor Adrian sambil mendongakkan dagu Selena. Mereka kini berpandangan. Mata dan hidung selena kelihatan sangat merah. Bibirnya menggigil cuba menahan esakan. 


Sambungnya lagi. "Sebab aku tahu kau mesti tak lipat balik selimut aku. Tak kemas balik katil aku dan mesti banyak rambut panjang bersepah yang boleh menjadi tempat pembiakan haiwan!" 


"saya mintak maaf bos!" Selena menjerit meminta maaf kerana dia gagal memberi alasan. Memang salah diri sendiri pun.


"Aku nak kau ketuk ketampi 10 kali sambil tangan picit telinga! Cepat!" 


"Ha?" 


"Apa ha ha? Cepat mencangkung dan kira sampai 10." 


Selena terpaksa akur. Dia memejamkan matanya yang sudah bengkak lalu menurut perintah bos Adrian. 


"Satu, dua, tiga, empat," 


"Cakap kuat sikit!" Jerit Adrian sambil berdiri mencekak pinggang.


"LIMA! ENAM! TUJUH! Huhhhhh..."


"Penat ke?! Cepat sambung!"


"Tak penat bos! LAPAN! SEMBILAN! SEPULUH!" 


"Siapa nama kau Selena?!" 


"Selena Elizabeth!" Laungnya sambil mendongak ke atas langit. Langit biru itu begitu cerah. Di suatu sudut dia terlihat pancaran cahaya matahari yang menerangkan pelangi yang berwarna-warni. Dia tersenyum sebaris. Cuba menyembunyikan senyumannya. Wah, hari ni begitu indah. Sepatutnya aku pun harus bersemangat seperti tiupan angin yang sejuk ini.


"Apa Selena? Aku tak dengar!"


"Nama saya Doktor Selena Elizabeth! Saya seorang doktor! Saya nak jadi doktor dan rawat pesakit saya! Saya adalah Doktor Selena Elizabeth yang paling hebat!" 


Doktor Adrian tersenyum lebar. Dia melihat Selena begitu leka memandang ke arah langit. Lalu Adrian turut mendongak ke atas. 


"Hadap hidup ni dengan tenang, Selena. Kita dihidupkan bukan untuk sentiasa sempurna. Hari-hari kita pasti ada yang indah dan ada yang buruk. Cuma, apa matlamat kita sebenarnya? Untuk give up? Untuk berhenti separuh jalan? Atau untuk kebahagian diri?"


"Kadang-kadang saya tak tahu saya ni dah cukup bahagia atau tidak. Saya tak rasa saya bahagia dengan hidup saya doktor. Tapi bila saya pandang langit ni. Saya nampak Tuhan. Itu adalah ciptaan Tuhan. Langit, matahari dan semuanya adalah kerana Dia. Saya betul-betul kena usaha lagi mulai hari ini."


"Untuk apa?"


"Untuk kebahagiaan saya sendiri. Terima kasih Doktor. Saya tak tahu apa doktor buat, tapi sebenarnya saya hanya perlu orang untuk temankan saya waktu ni. Lekakan saya tentang benda lain. Lupakan kegelisahan yang ada."


Selena menghela nafas panjang lalu menggeliat tangannya ke atas.


"Ah, indahnya hari ni!"


"Jangan cepat sangat cakap terima kasih. Lepas ni aku takkan berlembut lagi. Faham?! Dah, jom masuk! Pergi monitor patient dekat ward 4, 5, 6. Aku nak kau... bla bla bla..." leter Adrian sambil berjalan menghampir pintu masuk hospital. 


Selena tersenyum lebih lebar. Baik jugak doktor ni! Walaupun luar fizikal nampak ganas, hati kau lembut sungguh! Akan ku balas jasamu suatu hari nanti!


"Doktor... tunggu sayaa!!" Teriak Selena sambil mengekori langkah lelaki itu.


********

Epilog:

-Apa? Kembar Selena buat hal di hospital dan berjaya memalukan Selena? Regreena berjaya balas dendam?

-lepas ni, Selena berjaya menjumpai klu lelaki bertopeng sewaktu dia cuba menceroboh hospital sekali lagi. Cuma, adakah lelaki itu membawa rahsia terbesar yang pernah dipikul Selena? Jadi harus bagaimana? Berdepan dengan lelaki itu?

-Bos Adrian naik angin lagi? Kenapa ni Selena? Kau buat apa lagi?








Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gadis PenPilot