Home Novelet Cinta Gossip Doctors
Gossip Doctors
Gadis PenPilot
4/5/2017 11:54:38
3,773
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Hari ini Selena tiba awal. Makan malam yang dijanjikan oleh papa akan diadakan pada pukul 7 malam. Kelibat papa dan Mummy Delila masih tidak kelihatan. Gaun hitam yang mendedahkan kedua-dua bahu Selena dihias dengan rantai silver yang halus pada lehernya. Gaun hitam itu labuh ke bawah menutupi badannya yang ramping. Kasut silver bertumit tinggi yang direka simple itu dipakainya rapi pada kaki. Sesekali rambut hitamnya yang lurus dan tidak berikat itu diletakkan dan disikat dengan jari jemarinya ke belakang telinga. 


Dalam gundah gelisa Selena menunggu di rumah mewah berbanglo lima tingkat dan seluas berpuluh ekar ini, Selena terus menyentuh loket yang berbentuk oval. Dia merasakan ibunya sengaja mereka bentuk loket ini seperti bentuk titisan air mata. Seperti ibunya mahu dia tahu, walaubagaimana sekali pun, dia tetap anak ibunya. Rantai silver itu merupakan hadiah terakhir arwah ibunya dan dia sayang akannya. Mummy Delila merupakan ibu tirinya. Mummy tak pernah kisah tentang Selena. Regreena sahaja yang disayanginya seorang. 


"Hai there, sister." Tegur seorang lelaki berumur dalam belasan tahun. Selena kaget dihadapannya. Wajahnya sungguh mirip papa. Lelaki ini pasti merupakan adik tirinya hasil daripada papa dan mummy. 


"Awak ni mesti Alfred Sebastian kan?" Tanya Selena sedikit teruja. Jika dilihat kekacakan adiknya itu, dia dilihat sebagai seorang lelaki playboy yang mempunyai kemewahan di dunia. Cuma gelaran lelaki playboy itu layakkah untuk dipanggilnya?


"Kau ni umur berapa tahun? 15 tahun kan? Aku rasa masa aku dihantar ke luar negara, waktu tu umur kau 5 tahun."


"Yup. Tepat sekali. But jujur dengan saya, sister. Apa yang awak nak bila datang sini? Harta?" Alfred, budak remaja hingusan itu begitu pandai memandu perbualan ini. Malah, lebih pakar dalam mengkikis harta papa. Apa yang mereka benar-benar mahukan, Tuhan?


Duit itu ibarat kertas yang mudah dibakar. Kasih sayang pula ibarat najis. Terasa geli apabila disebut. Terasa seperti dicekik apabila seseorang cuba mengingatkan mereka tentang kepentingan kekeluargaan. Mereka lupa, duit tidak pernah dapat beli cinta. Mereka alpa. Sudah lama aku tinggalkan rumah ini. Hal ini membuatkan aku seperti orang bodoh cuba bertandang ke rumah asalku. 


Seorang pembantu rumah membuka pintu apabila Alfred menekan loceng. Bukannya aku tidak tahu di mana letaknya loceng rumah. Cuma aku mahu pertemuan hari ini singkat. Cukupla sekadar papa dalam melihat aku dan aku dapat mendengat suara papa. 


"Selena, ruang makan dekat tingkat satu." Alfred mendahului perjalanan kami. Aku harap waktu berjalan dengan lajunya. 


Selena masih ingat pesanan ibu. Ruang makan harus dibina di tingkat paling bawah agar senang para tetamu untuk berkunjung. Tak adalah sesat nanti. Biar segala dapur dan tandas dilengkapi di ruang paling bawah. Malah, tidak akan menimbulkan fitnah yang keluarganya mahu menunjuk-nunjuk. 


Sewaktu melayari ruang tangga yang begitu tinggi dan besar itu, barulah Selena faham. Mummy Delila memang sengaja mahu mempertontonkan kemewahan yang dia ada. Kalau diikutkan harta ini milik papa bukan miliknya. Entah berapa banyak kata-kata manis yang telah dibisikkan kepada papa. Dan mengapalah papa tidak bertegas.


Pintu memasuki ruang makan dibuka oleh salah seorang pembantu rumah yang kemas memakai apron dan skirt pendek. Kini terserlahlah kemewahan dan keenakan makanan yang dihidang. Lampu chandelier yang menghias ruang makan ini sungguh memukaukan. 


Selena cuba mencari sesuatu. Gambar keluarganya sudah tiada lagi. Hanya barang-barang antik yang terpakai sahaja yang setia tersusun di sini.


"Hello my sweetheart! Selena mari sini, papa rindu betul dengan anak papa!" Seorang lelaki berpakaian lengkap sut silver menghampiri Selena. Dalam nak tak nak dia sudah berada dalam dakapan papanya. 


Papa lupa? Atau papa buat-buat lupa? 


Kita dah lama tak berjumpa sebab papa buat keputusan melulu untuk hantar Selena ke luar negara. Papa tak pernah hubungi Selena dan papa tak pernah jenguk anak papa pun. Mungkin betul kata Regreena, aku ini mungkin anak buangan yang senang-senang sahaja dipergunakan. Tak terfikirkah kau wahai papa bertapa marahnya aku? Bertapa bencinya aku apabila aku keseorangan menyambung Hari Kesyukuran Kristmas dan hari cuti yang panjang.


"papa gembira sangat dapat jumpa Selena." Wajah selena itu ditatap lama. Tangan kanan selena itu terus digenggam erat. Mereka berpandangan. 


"Papa terlampau sibuk. Tapi setiap tahun papa hantat mummy dan Regreena untuk jenguk Selena. Dapat tak barang-barang dan hadiah papa tu?"


Hadiah? Siapakah dajjal yang mendajalkan aku dan papa? Tentulah mereka. 


"Hurm, ada ada. Selena simpan dekat rumah." Kata Selena cuba mengalih topik. Sepatutnya, bukan jawapan yang perlu diberikan kepada mereka. Tetapi soalan kenapa mereka tergamak menipu. Sanggup ke luar negara tetapi tidak pernah menjenguk aku. Atau, papa hanya menipu aku sekarang ni?


"Jom makan sayang." Aku mengekori jejak langkah papa. Kerusi makan itu ditarik oleh pembantu rumah sambil mempelawaku dengan senyuman. Aku cepat-cepat mengatur langkah. Kini, aku duduk di sebelah kiri papa. Dan disebelah kanan papa ialah tempat duduk mummy. Alfred sudah duduk disebelah aku sambil mencapai makanan untuk dimakan. Aku memandang tempat duduk yang kosong dihadapanku. 


"Mummy dengan Regreena mana, papa?" Tanya Selena sambil menghirup air koktail bercampur hirisan buah laici dan nenas. 


"Kejap lagi turunla mereka. Tak apa kita makan dulu. Biasalah perempuan kalau berhias. Ahaha." Jawab papa disambut dengan tawa kecil. Selepas itu, makanan hirisan ayam itu terus disuapkan ke dalam mulut. Selena masih memerhati papanya. 


Selena tidak dapat menipu tawanya. Dia hanya mampu tersenyum kelat. Pelbagai persoalan yang mahu dia tanyakan. Dia mahu sebab dan jawapan kenapa papa mahu dia ke sini. 


Usai makan, papa mempelawa aku ke sudut meja kecil untuk menjamu manisan dan air teh. Alfred masih setia menemani aku dan papa. Kelibat mummy dan Regreena masih tidak kelihatan. Mungkin dia memang tidak suka aku ke mari. Ah, biarlah. Begini lebih selesa. 


"Hari ni kita ada tetamu istimewa. Rakan baik papa. Papa akan naik pangkat sebagai pengarah menteri kesihatan daerah kita. Tapi sebenarnya... bukan itu tujuan papa. Papa nak kau datang tinggal dengan kami. Papa takut, Selena... erm.." papa tidak dapat menghabiskan ayatnya. 


Papa takut aku rosakkan reputasi papa la kan. Jadi semua ini hanya lakonan sahajalah? Selena cuba menahan sebak sebaik mungkin. Dia tidak mahu kalah dalam percaturan ini. 


"Papa tahukan Selena tak suka tinggal sini. Sesak." Kata Selena cuba mententeramkan perasaannya yang terbuku dendam lama.


"Apa maksud kamu? Rumah ni kan besar." 


Rumah besar boleh bagi kebahagiaan ke papa? 


"Baiklah, kalau kau tak nak tinggal sini, jangan pernah bagitahu sesiapa pun yang kau anak papa!"


"Papa!" Teriak Selena sambil menangis. Dia tidak dapat tahan lagi air matanya. Dia tahu perbualan ini akan berakhir dengan pergaduhan dan penyesalan. 


Terdengar di balik pintu ruang makan tepukan yang dibuat-buat oleh Regreena. Selena tahu Regreena mahu dia hidup sengsara. Bunyi tapakan kasut Regreena sungguh membingitkan. Lenggokan pinggul adik kembarnya itu sangat memedihkan matanya. 


"See, papa. Kan Regreena dah cakap. Selena ni degil. Yang papa nak angkat dia balik buat apa? Jijik tau ambil balik anak buangan ni. Eh eh eh, stop la menangis tu Selena. Kitaorang tak termakan la air mata dan rayuan kau ni. Sekarang.. kau dah kenyangkan? Blahla!" 


"Papa, sampai hati papa biar Regreena buat macam ni dekat anak papa. Papa, tolong Selena papa. Jangan buat Selena macam ni." Selena terus melutut dihadapan papanya sambil cuba menggenggam tangan orang tuanya itu. Tetapi papa lebih nekad dan lebih degil. Dia menepis kasar tangan anaknya itu. Tersedu-sedu Selena menangis di tepi kerusi itu. 


Malam itu, hanya Alfred sahaja yang setia menunggu di muka pintu utama sambil melambai-lambai kereta yang dipandu Selena. Aku tahu Alfred baik orangnya. Cuma telah diracun oleh mereka yang durjana. Aku harap Alfred tidak jadi seperti mereka. Walaupun pertuturannya kasar seperti tadi, perbuatannya terhadap aku sungguh berlainan. Dia lebih tenang. Dialah yang menunggu aku mengambil bag dompetku dan setia menungguku sehingga aku pulang menaiki kereta. 


Aku perlukan kekuatan. Aku perlukan tidur. Ya, tidur sahajalah ubat aku waktu ini. 


Selamat malam semua. 


***********

"Selena, asal mata kau bengkak?" Tegur jururawat Dania. 


Tak sangka air mata aku ini lebih degil daripada kemahuanku. Aku tidak dapat melelapkan mata ini malam tadi.


"Hurm, nurse, saya rasa tak sedap badan sikit. Saya nak rehat sekejap boleh tak?" Tanya Selena dengan lemah.


"Haa, boleh-boleh. Pergila masuk dalam bilik tu. Nanti saya bagitahu Doktor Adrian kalau dia cari doktor Selena." Kata Dania bersahaja.


Selena mengatur langkahnya perlahan ke arah bilik rehat dan bilik persalinan para doktor. Bilik itu begitu gelap. Dengan lemah dia menanggalkan kasutnya lalu mendapatkan sebuah katil paling hujung. Disitu, ada selimut dan bantallah. Aku nak rehat cukup-cukup.


Dalam dia cuba membaringkan dirinya dia terasa katil itu begitu sempit. Namun, dibiarkannya sahaja. Tak sampai seminit, Regreena sudah tertidur berbantalkan lengannya. 


********

Rengekan Selena begitu kuat. Dia seperti mengingau akan mimpi buruk. Doktor Adrian menutup telinganya. Bising. Dia terjaga daripada tidurnya lalu membuka selimut yang menutupi muka dan badannya yang sedang terbaring. Apabila ditoleh ke sisi, alangkah terkejutnya dia terlihat Selena sudah tidur nyenyak disebelahnya. Takkan Selena tak perasankan aku? 


"Oi! Bangunla Selena!" Teriak Doktor Adrian di sisinya. Sewaktu dia menggoncangkan badan Selena, tangan mereka tiba-tiba bersentuhan. Panas. Tangan Selena panas. 


Terus dahi Selena disentuh kasar. Dahinya berpeluh-peluh dan badannya begitu panas. 


Adrian cepat-cepat bangun dan keluar daripada bilik lalu mendapatkan dua tablet panadol di ruang kaunter. Secawan air yang diisi itu sesekalu tertumpah pada lantai kerana kecuaiannya. Langkahnya begitu laju menghampiri pintu bilik dan mendapatkan Selena. 


"You, bangun minum air ni. Badan you panas." Lembut Adrian memujuk. 


"Mama....mmmmm... papa....tsk tsk tsk..." air mata Selena semakin laju mengalir. Air mata itu dikesat oleh jari jemari Adrian dengan manja. Dia mengangkat kepala Selena lalu menuangkan air yang perlu diteguk. Selena yang semakin lemah itu meneguk perlahan-lahan air yang dibawa Adrian. 


"Shhh... shh... saya ada Selena. Saya ada dekat sini." Cawan yang telah diminum diletakkan di atas meja di tepi katil. Selepas itu, Adrian menarik perlahan-lahan selimut yang telah dipakainya tadi lalu menyelimut kaki dan badan Selena. Dia terasa kasihan. Dia dapat merasakan Selena begitu sunyi dan berada dalam kesedihan yang teramat. Kain basah yang telah diambil daripada luar bilik dibawa ke sinki di tepi meja. Adrian dengan gagahnya memerah tuala itu kuat lalu meletakkan satu tuala dia atas dahi Selena dan satu lagi di bahagian tengkuknya.


Biar panas kau reda dulu, baru aku nak marah kenapa kau tidur atas katil aku, gumam Adrian sambil tersengih menatap wajah Selena. Ah, perasan apakah ini?





Previous: 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gadis PenPilot