Home Novelet Cinta Aku bukan ‘Playboy'
Bab 9 - Ye. Betul. Saya bukan ‘Playboy’

Aku bukan ‘Playboy’

Bab 9 –Ye. Betul. Saya bukan ‘Playboy’

________________________________________


Aku berjalan menuju ke parkir kereta di level 2 KLIA ini. Sedang aku menuruni ‘escalator ‘ tiba-tiba aku terperasan seorang gadis berkulit putih, bercermin mata dan bertudung biru. Sedang menaiki ‘escalator’. Kami bertentangan arah. Sebab itu aku dapat melihat dengan jelas wajahnya.


Nani. Kawan lama ku sewaktu belajar dulu. Eh lawa pulak dia sekarang. Kena tegur ni.


Sampai je ke bawah hujung ‘escalator’ arah turun ini, aku pergi ke ‘escalator’ naik semula. Aku mempercepatkan langkah ku mengejar Nani yang sedang berjalan 20 langkah di depan ku.


Walaupun dia memakai baju kurung moden, dapat ku lihat bentuk badannya. Tidak kurus sangat dan tidaklah gemuk. Sedang-sedang saja badannya. Memang kelihatan sopan dia dengan baju kurung warna biru gelap bercorak bunga kecil dan bertudung.


Aku berjalan seiringan dan memandang mukanya, lalu menegur, “Assalamualaikum.”


Nani berhenti melangkah. Memandang muka ku. “Eh, Zul.” Terkejut melihat aku.


Aku tersenyum dan membalas, “Nani buat apa sini. Saya nampak awak naik escalator sebelah saya tadi. Tu saya tegur awak ni.”


“Oh ye ke. Sori tak perasan. Saya baru lepas hantar kawan saya tadi. Dia pegi oversea. Ni saje nak cari tempat makan. Zul dah makan? Jom sekali.” Nani mempelawa.


“Eh, elok sangat lah tu. Saya memang belum makan lagi ni. Jom.” Balas ku.


Sambil berjalan mencari restoran makanan segera di dalam KLIA itu, kami berbual.


Nani bertanya, “Zul buat apa kat sini? Hantar kawan jugak ke?”


Alamak, kantoi aku nanti kalau citer hal sebenar. Kang nak ngorat tak dapat lak. Pantas akal ku mencari jawapan.


Spontan aku menjawab, “Oh, saya tadi hantar makcik saya. Dia balik Sarawak. Jumpa sedara dia.”


“Eh. Zul orang Sarawak ke? Tak tau pulak?”


“Saya orang Kajang. Selangor. Makcik saya yang Sarawak.”


“Kalau makcik awak Sarawak. Mesti awak pun ada darah Sarawak kan?” Nani mengangkat kening kanan sedikit. Keliru dengan jawapan aku.


Aku pun ‘confuse’. Betul jugak kata Nani ni. Nak ‘gebang’ pun biarlah logik kan. Jap, akal aku membetulkan cerita.


“Makcik saya punya suami orang Sarawak. So dia balik jumpa sedara suami dia la.” Hehehe. Bijak tak aku mencipta ‘cover story’. Tersenyum Nani. Puas dengan jawapan aku.


Nani mencari meja makan di suatu sudut dalam restoran segera ini. Aku pula memesan makanan di kaunter. 10 minit kemudian aku membawa 2 set makanan segera ke meja makan yang dipilih Nani. Hanya burger dan kentang goreng sahaja. Bersama 2 gelas minuman.


Setelah menghirup sedikit minuman bergas tersebut, aku mula bicara.


“Lama dah kita tak jumpa ye?”


“Ahah. Lepas abis diploma kat UiTM tu. Terus tak penah jumpa kan? 5 tahun ada kot”. Kata Nani.


“Awak lepas abis diploma buat apa? Terus keje ke sambung balaja?” Tanya ku.


“Saya sambung buat Pentadbiran korporat. Dah habis dah. Sekarang keje dengan satu private company di Kuala Lumpur.”


Sambil berborak berdepan ni, aku melihat dengan teliti wajah Nani. Makin ayu. Berkulit putih. Kanta cermin mata yang dipakai jenis ‘transition’. Bibirnya mungil. Sesekali dia tesenyum, kelihatan dua lesung pipit manis dihujung bibir itu.


Nani perasan aku merenungnya dengan dalam. Lalu dia menegur, “Awak tengok saya semacam je. Nape ye? Hehehe. Saya makin gemuk ke?” Tanya Nani sambil tersenyum. Nampak lesung pipitnya itu.


“Eh tak. Makin gemuk? Tak lah. Makin lawa ada la.” Jawab ku jujur.


Aku menambah, “Awak nak tahu satu rahsia tak?”


“Apa dia?”


“Saya suka tengok perempuan bertudung. Manis. Ayu”


Lantas Nani mengerutkan dahi memandang ku dengan dalam. Lalu dia tersenyum. “Oh sebab tu awak tengok saya semacam tadi?” Hehehe. Nani tergelak kecil.


Aku menjelaskan.

“Sebenarnya. Ustazah saya masa sekolah dulu penah pesan. Nama dia Ustazah Anoryah. Dia kata. Kalau buah nangka tu, kita nak makan yang elok. Mestilah buah nangka yang berbungkus cantik sejak kecil. Bila buah tu membesar, takde lah lalat atau ulat yang boleh hinggap dan merosakkan buah itu. Jadi kita yang makan buah nangka tu pasti dapat buah elok dan sedap. Perempuan pun macam tu jugak. Bila dia bertudung. Perangai cantik. Badan pun cantik. Tiada cacat cela. Lelaki pun suka. Betul tak?”


Nani tertunduk. Malu agaknya. Kemudian mengangkat mukanya dan berkata, “Tapi saya tak sebulat buah nangka kan?” Hehehe. Kami tergelak bersama.


Air di gelas ku dah semakin sikit. Lalu aku sedut sikit-sikit agar dapat menarik masa berbual kami menjadi lebih lama.


Aku bertanya, “Sebenarnya, saya tak tau pun pasal diri awak. Family awak dan sebagainya. Yelah masa belajar dulu kan kita kurang bertegur sangat. Cuba citer sikit pasal diri awak?”


“Em ok. Saya asal dari Hulu Langat. Family pun asal Hulu Langat. Saya sekolah menengah di Sekolah Agama Menengah Bt. 10, Cheras. Orang panggil SAM10. Sebab tu saya dah biasa pakai tudung. Dulu tudung bulat. Tudung labuh. Sekarang ni pendek sikit kot.” Nani tergelak malu. Menghirup sedikit ‘ais lemon tea’ dalam gelasnya.


Lalu menyambung, “Adik beradik saya 3 orang. Saya yang sulung. Dulu saya pernah bertunang. Tapi takde jodoh. Kami putus selepas setahun bertunang. Keluarga dia pilih gadis lain. Tak apa lah. Saya redha.” Nani menutup kisahnya dengan nada yang agak sedih.


Aku rasa bersalah sebab bertanya kisah lama. Untuk menceriakan balik suasana, aku berkata, “Saya pun. Nak bertunang. Nak kahwin. Tapi takde orang nak kat saya. Hehehehe.” Tergelak kecil.


Nani kembali tersenyum. “Mustahil awak takde makwe. Atau bersepah-sepah makwe awak. Orang handsome dan berharta macam awak ni. Tak percaya saya kalau kata takde makwe.” Nani cuba menyiasat agaknya dalam pujian ini.


“Makwe? Ish mana saya ade makwe. Awak tengok saya jalan tadi pun sorang-sorang kan?” Jawab ku.


Memang la aku takde makwe tadi. Sebab makwe aku dah terbang pergi Sarawak. Yang Sue pulak kat Hospital PPUM. So memang la takde makwe. Sekarang. Waktu kini – ‘Real Time’. Hehehe. Aku jujur kan?


“Ye ke ni.” Tanya Nani untuk kepastian.

 

“Ye. Betul. Saya bukan ‘Playboy’.” Jawab ku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.