Aku bukan ‘Playboy’
Bab 8 – Main di
Genting Highlands
-------------------------------------------
“Hello awak. Awak kat mana ni? Saya dah kat tol
Gombak dekat sampai Hentian Putra ni.
Awak tak gerak dari rumah lagi ke?” Suara Silvia dalam telefon.
“Ok. Ok . Awak bagi saya setengah jam. Saya sampai
jap lagi. Sori la awak. Saya tidur tak sedar alarm bunyi tadi.” Alasan
spontan ku kepada Silvia.
Adui macam mana boleh tak sedar lak ni. Alarm dah
kunci jam 5.30pagi. Sekarang dah 6.30pagi. Takkan alarm tak bunyi? Ke aku
yang tak sedar.
Melompat aku bangun dari tidur sebab terkejut
mendengar panggilan telefon daripada Silvia tadi. Aku sepatutnya menunggu
Silvia di Stesen Bas Hentian Putra KL jam 6.00 pagi. Tapi ni dah terlewat 30
minit. Aku pula belum bersiap lagi.
Ah tak payah mandi la. Lantak la.
Aku terus menyapu deodorant Dashing Style ke ketiak
dan menyembur Cologne Spray Dashing Style ke seluruh badan dan baju berwarna
hitam yang aku pakai kini. Aku membetulkan sikit seluar jeans biru yang aku
pakai dari semalam.
Dengan kelam-kabut macam latihan kebakaran ‘fire
drill’ aku mencapai jaket denim biru lusuh. Aku pakai sambil terus berlari ke
arah kereta Wira Aeroback di depan rumah keluarga ku di Batu 9, Cheras ini. Setakat
ni memang aku masih tinggal bersama ibu dan ayahku di rumah keluarga ini.
Kereta Wira Aeroback 1.6 Auto ku pandu dengan laju
menyusuri segala jalan-jalan pintas yang aku tahu. Jam sekarang 6.40pagi. Nasib
baik hari ini Sabtu. Kereta tak berapa
banyak di KL. Dari Cheras ke Stesen Bas Hentian Putra hanya 15minit saja.
5minit lagi jam 7.00pagi. Aku telah tiba di tepi stesen bas itu.
Lalu aku terperasan seorang gadis cantik sedang
berdiri dengan memegang sebuah beg. Silvia. Terus aku memberhentikan kereta di sebelahnya.
Aku menurunkan tingkap kereta, “Cik, nak tumpang?
Heheheh” Gurau ku kepada Silvia.
Silvia terus membuka pintu kereta. Masuk je kereta
terus dia bersuara, “Awak. Janji 6.30. Ni dah jam 7.00. Penat tau berdiri.”
Merajuk manja.
“Ala awak. Sorilah. Tak dengar jam alarm bunyi.
Hehehe. Tapi lewat setengah jam je.” Aku cuba memujuk.
“OK. Sebab lewat. Awak kena denda.”
“Denda. Apa saja Tuan Puteri. Saya turutkan.”
“Awak kena belanja saya bilik Hotel di Genting
Highlands yang paling best untuk kita bercuti 2 malam di situ. Ok”
“Ala itu aje. Bestnya kalau selalu kena denda macam
ni.”
Terus Silvia mencubit peha ku dan gelak manja.
Memang terasa rindu betul aku dengan Silvia ni.
Maklumlah lebih kurang 3 bulan dah tak berjumpa. Silvia pun aku tahu mempunyai
kerinduan yang sama. Bahkan aku rasa dia lebih merindui aku. Kerana rindu aku
kepadanya dapat dikurangkan dengan kehadiran Sue. Hehehe.
Seperti yang telah kami rancangkan bersama. Kereta
yang ku pandu terus menuju ke Genting Highlands. Destinasi yang lebih tepat Awana
Genting Highlands. Bilik aku dah tempah, Tower Room. RM450 semalam. Aku rasa
dah cukup istimewa untuk kami berdua melepaskan rindu dendam selama 2 malam di
sini.
Selama 3 hari 2 malam di Genting Highlands, aku dan
Silvia menghabiskan masa bersama-sama dengan penuh kemesraan. Main di Taman
Tema Genting. Main di Taman Tema Luar. Main di Taman Tema Dalam. Dan juga main
di bilik Tower Room kami. Hehehehe.
Silvia merancang untuk pulang ke kampungnya di
Serian, Sarawak selepas habis percutian kami bersama. Menghabiskan baki cuti
sekolah yang ada lagi seminggu bersama-sama keluarganya di sana.
Dalam kereta sewaktu perjalanan ke Airport KLIA kami
berbual biasa. Tapi aku berasa aku berhutang suatu penjelasan kepada Silvia.
Mengenai hubungan aku dengan Sue.
Lantas hatiku bersuara, “Gile ke kau bro. Nak citer
kat dia buat apa. Lu dah makan dia. Dah makan Sue. Diam-diam sudah. Pandai
makan pandai la simpan. Kira kalau lu citer kat dia, lu jadi Pakwe Mithali la.
Pakwe setia la. Blah la bro. Tak rock a….” Memang suara hatiku selalu berkata
gaya-gaya rock begini.
Mendengar suara hatiku, lalu aku berlakon menjadi seperti
biasa. Ku buang jauh-jauh perasaan bersalahku.
“Awak, rasa happy tak dapat cuti macam ni?” Tanya ku
kepada Silvia.
“Mestilah awak. Kita kan lama tak jumpa. Dapat
bercuti sekali sekala dengan awak macam ni memang la happy sangat.” Silvia
melemparkan senyuman panjang kepada ku. Aku membalas senyuman.
“Kerja awak macam mana? Semua ok ke?” Tanya Silvia.
“Kerja? Oh lupa nak cerita. Saya sebenarnya dah
apply jawatan Pembantu Sumber Manusia di sebuah syarikat pelancongan. Di KL.
Rasanya dapat kot. Tengok la bulan depan kalau mereka bagi jawapan.”
Memang aku dah pegi temuduga jawatan itu 2 bulan
lepas. Pembantu Sumber Manusia di syarikat pelancongan Pearl Holiday di KL. Aku
dah penat melayan pelanggan di Celcom. Aku nak tukar bidang pula.
Rasa baru sekejap aku berbual-bual dengan Silvia
sambil memandu. Tapi kini dah tiba di KLIA Sepang. Setelah meletakkan kereta di
kawasan parkir aku berjalan bersama Silvia untuk menghantarnya ke Balai
Pelepasan Dalam Negeri. Tiket penerbangan memang telah ditempah awal oleh
Silvia.
“Em ok awak. Nanti saya nak balik sini lagi seminggu, saya bagitau awak ye.” Kata Silvia sejurus kami tiba depan pintu gate Balai
Pelepasan.
“Orait. Nanti kirim salam kepada mak ayah dan family
awak semua di sana ye. Salam sejahtera.” Kataku. Maklumlah Silvia dan
keluarganya semua beragama Kristian.
“Awak kat sini take care ye. Jangan nakal-nakal.”
Silvia tersenyum dan melambai lalu berjalan masuk ke balai pelepasan.
Aku membalas lambaian dan berjalan terus ke kereta. Terbalas sudah rindu aku dengan Silvia. Sekali sekala dapat
belasah macam ni best jugak. Kalau tiap-tiap hari benda yang sama nanti boring
pulak. Hehehe.
Macam mana ye kalau orang yang dah kahwin tu. Kalau kahwin
2,3.4 tu takpe la boleh rotate ikut jadual. Ni kalau
memang kahwin sorang. Tak ke boring? Hehehhe. Takpe. Mesti ada hikmahnya setiap
perkahwinan itu kan?
Aku teringat ada ayat suci al-Quran yang maksudnya,
“Kahwinlah kamu dua, tiga atau empat. Jika kamu bimbang tidak mampu berlaku
adil, maka kahwinlah kamu seorang sahaja.”
Aku yakin, ada hikmahnya kahwin
satu, dua, tiga atau empat. Sejahat-jahat aku, aku tetap yakin dengan
berkahwin dapat mengurangkan perangai setan macam aku ni.
Tapi aku belum sampai
seru lagi untuk berkahwin. Banyak stok lagi. Hehehehe.