Home Novel Umum Mr. Bae, Imamku!
Mr. Bae, Imamku!
merpatiputih
20/5/2018 18:03:10
18,559
Kategori: Novel
Genre: Umum
Senarai Bab
Bab 3
Selesai sahaja menunaikan solat isya' dan mengaminkan doa, mata Inara liar mencari wajah emaknya. Bukan sahaja batang hidung, bayang emaknya juga tidak kelihatan sama sekali sejak dia menjejakkan kaki ke dalam masjid ini. "Eh, mak ni takkan dah balik kot tak nampak nampak pun atau mak ke tandas?" getus hatinya. Sejurus memikirkan kebarangkalian emaknya ada di tandas, Inara bertindak bangun daripada duduknya dan terus bergerak mencari tandas di belakang ruangan solat wanita. Risau benar dia andai ada apa-apa terjadi kepada emak kesayangannya itu.

"Inara! Hendak ke mana kamu? Jangan nak buat hal, ponteng solat terawih pula ya!" laung Mak Salmah dengan perlahan tetapi cukup tegas dengan mata dijegilkan tanda memberi amaran. Kelihatan Mak Salmah yang datangnya dari tandas sedang melangkah masuk ke ruang solat wanita. Lega! 

"Eh mak ni kita cari dia  sebab tak nampak bayang langsung, dia tuduh kita nak lari pula" balas Inara dengan nada tidak puas hati. Sedihnya kena tuduh macam ni!

"Engkau nak mencari mak ni dah kenapa? Taulah mak jaga diri, dah besar panjang pun  mak kau ni, nak oi" Seperti yang dijangka, tiada respons daripada Inara. Angin merajuk dah sampai! 

"Dah jom masuk! Tak payah nak merajuk sangat, nanti balik mak buatkan air teh ais kegemaran kau tu" Kata Mak Salmah apabila anaknya tidak memberi sebarang respons pada katanya tadi. Kenal benar dia dengan perangai anaknya yang satu itu, mudah sentap. Mulut dan perangai memang lagaknya macam orang besar tapi hatinya mengalahkan budak kecik! macam tisu sahaja kalau salah cara memang meleleh lah. 

Inara terus mengangkatkan wajahnya dan dipalingkan kepada emaknya. Matanya penuh sinar kegembiraan. Emak nak buat teh ais kegemarannya! Ah, bahagianya hidup! Tak sabar nak balik, teh ais punya pasal. 

"Emak, orang tuntut tau janji tu balik nanti! Haha"jerit Inara separuh gembira.

"Ya, ya emak janji. Dah dah ni kan dekat masjid. Jaga sikit adab kamu tu. Jom" seraya itu mereka berdua melangkah masuk dan bersedia menunaikan solat terawih.

Tanpa mereka sedari, sepasang mata dan telinga sedang asyik mendengar perbualan dua beranak itu. Rasa berdosa pun ada, kerana curi-curi mendengar dan melihat tapi dia bukan sengaja. Selepas balik dari tandas tadi tiba-tiba dia terdengar orang bercakap-cakap dan secara tidak sengaja melihat drama anak beranak itu. 

Mak Salmah, jiran sekampungnya. Banyak berjasa kepada dia dan emaknya. Nanti, ada masa Adam melawat, ya...


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.