Home Novel Umum Mr. Bae, Imamku!
Mr. Bae, Imamku!
merpatiputih
20/5/2018 18:03:10
18,518
Kategori: Novel
Genre: Umum
Senarai Bab
Bab 1

Allahuakbar! Allahuakbar! Suara azan maghrib yang datangnya dari Masjid At-Taqwa, satu-satunya masjid besar di kampung itu telah berkumandang di pembesar suara membuatkan ramai makmum terkocoh-kocoh berlari memasukki segenap ruang di masjid itu.

Inara! Kamu ni cepat sikit boleh tak? Kitani dah lambat, tu awak dengar tu imam dah azan kejap lagi tak sempat pula nak berjemaah” jerit Mak Salmah dengan nada penuh kegeraman.

“Sabarlah mak perut orang ni taknak bagi kerjasama pulak harini, takpe mak pergi dulu nanti kakak datang!” laung Inara dari bilik air. Entah kenapa perutnya malam ini hendak beragam pula dan yang membuatkan dia kesal harini ini adalah hari pertama solat terawih bermula. Takkan nak lepaskan peluang keemasan merebut pahala berlipat ganda itu kot rugilah dia.

“Hah! Datang jangan kamu beralasan pula nanti, kalau mak tak nampak muka kamu di masjid nanti siaplah kamu mak kerjakan!” pesan Mak Salmah dengan suara penuh amaran.

“Yes,maam!” laung Inara penuh janji.

Kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan tanda emak dan ayahnya sudah bersedia untuk bergerak ke masjid. Papp! Tiba-tiba lampu bilik airnya terpadam dan bernyala semula dengan sendirinya. “Aduh!!! Siapa pula yang main api memalam buta time aku tengah nak memerut ni!” gerutu Inara. Dia ni umur sahaja 23 tahun tapi hakikatnya dia takut gelap! Tidak betah rasanya hendak berlama di dalam bilik air ni dan hendak segera keluar. Tiba-tiba hatinya berasa tidak sedap pula, tetapi dengan cepat dia cuba menapis segala perasaan yang tidak enak dirasainya ketika itu. Setelah berhempas pulas lamanya di dalam bilik air cuba untuk melabur sahamnya, Inara akhirnya mampu tersenyum kerana telah selesai segala urusannya dan dengan perlahan dia melangkah keluar dari bilik air menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas untuk mengambil telefon bimbit miliknya dan bersiap untuk segera ke masjid.

Melihatkan jarum jam yang menunjukkan sudah pukul 8 malam dia segera membatalkan niatnya yang asal untuk berjemaah di masjid kerana sedar sudah terlambat sebaliknyaterus menunaikan solat fardhu itu di biliknya sahaja. Setelah selesai semuanya,dia segera bersiap untuk menunaikan solat isya’ dan terawih di masjid. 

Matilah aku kena tahan telinga dengar mak membebel sekejap lagi, tapi alah aku bukan sengaja. Ah! Takpe pandailah aku jawab nanti” gumam Inara bersendirian kerana baru sedar akan amaran emaknya semasa dia sedang sedap memerut tadi.

Jarak antara masjid dan rumahnya tidaklah jauh mana hanya 8 minit berjalan kaki jadidia tidak merasa ada keperluan untuknya memandu kereta. Lagipun, dia sedikit trauma dan serik untuk bawa kereta kerana beberapa peristiwa.

Setelah memastikan pintu rumah dikunci rapat, dia segera melangkah laju meuju ke masjid. Bayang pintu utama masjid itu sudah kelihatan tetapi tiba-tiba telinganya dijamu bunyinyaring motor yang sangat kuat. 

Phewittt!Awek cantik ke masjid wei!” laung seorang lelaki yang amat dikenalinya itu.Setelah itu terdengar ledakan ketawa dari rakan-rakan lelaki itu membuat hati Inara berasal sebal dan malu. Ish! Memang takde adab betul! Dahlah di masjid pula itu.  Dia buat tidak endah sahaja dan terus berjalan.

Alhamdullillah,solehah betul bakal bini aku ni! Haha! sambungnya lagi bagi menarik perhatian si gadis untuk berbicara dengannya. 

Terdengarkan ayat ‘bakal bini’ itu membuatkan hatinya menjadi panas. Dia segera menoleh.Eh saudara, tolong sikit eh siapa nak jadi bakal bini awak? Tak hingin saya tau,bagi free pun saya taknak dan takkan layan!jerkah Inara kepada mamat tak sedar diri itu,suka-suka hati dia je nak label aku ni bakal bini dia. Minta simpang, kalau lah si Mawi tu bakal suami dia, lebih baik dia jadi anak dara tua sampai mati daripada berbinikan mamat sewel itu. 

Merah padam muka si Mawi setelah Inara menolaknya mentah-mentah di depan kesemua rakannya, Terus terdiam dibuatnya, dan makin bertambah bara di hati apabila melihatkan ada seorang lelaki yang turut ketawa seolah-olah terhibur dengan apa yang telah terjadi sebentar tadi dan lelaki itu memandangnya dengan pandangan mengejek di pintu utama masjid itu. Dia menjeling tajam sebelum terus berlalu pergi. 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.