Home Novel Umum makanan dan kehidupan
makanan dan kehidupan
sang pena
6/6/2017 16:19:21
25,416
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 2

Makanandengan kehidupan seharian manusia sering berkait rapat kerana manusiamemerlukan makanan yang berkhasiat untuk keperluan hidup. Pengambilan makananyang berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan oleh KementerianKesihatan Malaysia  untuk memastikanrakyat Malaysia sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya.Ini kerana pengambilan makanan yang seimbang dalam kehidupan seharian dapatmembantu mengurangkan risiko beberapa penyakit termasuk kanser, seranganjantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolestrol, osteoprorosisdan spina bifida.

Selainitu, pemakanan yang seimbang adalah amat penting bagi seseorang tanpa mengiraperingkat umur sama ada dari golongan kanak-kanak mahupun dewasa. Bagi golongankanak-kanak pemakanan ini sangat penting kerana pemakanan yang seimbang dapatmenyokong keperluan kanak-kanak yang sedang membesar. Mereka amat memerlukannutrisi dan tenaga yang mencukupi bagi menampung keperluan tubuh badan mereka.Bagi golongan dewasa pula, pemakanan yang seimbang amat penting dalam kehidupanseharian kita kerana ianya dapat menghindarkan pelbagai penyakit yang berbahaya ke atas diri kitasekiranya kita tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Setiap makananmengandungi nutrisinya yang tersendiri. Nutrisi atau gizi merupakan zat-zatyang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

 

 

 

Nutrisiberfungsi untuk memberikan tenaga, memberikan kesihatan yang baik, menggalakkanpertumbuhan serta meningkatkan metabolisme tubuh badan. Jenis-jenis nutrisiadalah seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B11,B12, C, D, E, H, K, air dan mineral. Karbohidrat merupakan sumber tenaga utamayang diperlukan oleh tubuh badan seperti beras, gandum, pati dan kanji. Proteinpula diperolehi daripada sumber haiwan dan berfungsi untuk menggantikan sel-seltubuh yang rosak. Makanan berasaskan protein seperti ikan, susu, telur dandaging. Lemak atau lipid pula menghasilkan tenaga sebesar 9 kalori untukmelarutkan vitamin  A, D, E, K dalamtubuh badan. Lemak boleh didapati dalam daging, keju dan minyak kelapa sawit.Mineral seperti garam membantu proses pembangunan sel. Air pula merupakankeperluan yang teramat penting  bagimanusia untuk meneruskan kehidupan.

 Air membantu mengawal suhu tubuh badan,membantu proses pencernaan dan pelbagai fungsi lain. Seterusnya, dalam setiapnutrisi yang diambil terdapat jumlah tenaga yang masuk ke dalam badan yanglebih dikenali sebagai kalori. Kalori merupakan unit untuk mengukur danmenyatakan nilai tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan yang diperoleh melaluisumber nutrisi makanan serta penggunaan kalori untuk aktiviti seharian.Sekiranya seorang individu mengambil kurang kalori dan melakukan lebih aktivitidalam seharian, tubuh badannya akan mengalami pengurangan berat badan. Bagiindividu yang seimbang pengambilan kalori dan aktiviti yang dilakukan , merekaakan mendapat berat badan ideal. Namun, bagi mereka yang mengambil lebihankalori daripada kalori yang diperlukan oleh tubuh badan, mereka akan menghadapipenambahan berat badan. Hal ini kerana, kalori yang tidak digunakan akandisimpan di dalam tubuh dalam bentuk lemak.

Olehitu, setiap rakyat Malaysia haruslah mengambil pemakanan yang seimbang dansihat yang berpandukan kepada piramid makanan bagi menentukan kadar kuantitipemakanan yang harus diambil. Piramid makanan merupakan salah satu cara untukmembantu kita dalam menentukan jenis-jenis makanan yang perlu diambil dan jugasukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari dan digunakan sebagaipanduan dalam penyediaan makanan yang sihat untuk kita. Piramid makananberbentuk segi tiga dan setiap peringkat mempunyai ciri-cirinya tersendiri.Piramid makanan ini bermula dari aras bawahke atas. Piramid makanan jugamenerangkan tentang nutrisi penting dan jumlah setiap nutrisi yang perludiambil  oleh setiap manusia

Araspaling bawah bagi piramid makanan adalah daripada sumber tenaga yang diperlukanoleh tubuh badan kita iaitu karbohidrat. Fungsi karbohidrat ini adalah untukmenggerakkan tubuh dan membekalkan tenaga hasil daripada perpecahan karbohidratkepada glukosa. Antara sumber karbohidrat yang bagus seperti beras, gandum,oat, barli dan produk-produk yang lain yang diperbuat daripada bahan-bahan inidan juga ubi seperti kentang, keledek dan keladi. Kita juga memerlukankarbohidrat dalam kuantiti yang banyak kerana setiap hari kita menggunakantenaga yang banyak mengikut setiap peringkat umur dan juga jantina.

Arasketiga pula berfungsi untuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Kumpulanmakanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat ini adalah daripadasayur-sayuran dan juga buah-buahan. Antara makanan bagi sayur-sayuran sepertitomato, timun, sawi, kentang, lobak merah, dan sayuran yang berdaun hijaumanakala buah-buahan pula adalah oren, betik, pisang, mangga dan sebagainya.

Sesetengahorang tidak menggemari sayur-sayuran tetapi mereka menggemari buah-buahan. Olehitu, mereka tidaklah kekurangan khasiat, zat atau vitamin-vitamin yangdiperlukan oleh tubuh badan kita. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memainkanperanan yang penting untuk menggalakkan anak-anak mereka memakan sayur-sayurandan buah-buahan dengan cara melatih dan mengajar anak-anak mereka sejak merekakecil lagi untuk menggemari sayur-sayuran dan buah-buahan.

Seterusnya,aras kedua pula mengandungi daging, ayam , ikan dan kekacang dalam sistempiramid makanan. Kesemua makanan tersebut kaya dengan protein, vitamin B, zatbesi, zink dan magnesium. Untuk pengetahuan kita, protein berfungsi untukmembaiki, mengganti dan menghasilkan tisu untuk tumbesaran yang sempurna. Selainitu, protein juga berfungsi untuk membina tulang dan gigi yang kuat serta diperbuatdaripada asid-asid amino. Tubuh manusia memerlukan 22 asid amino dimana 14boleh dihasilkan di dalam tubuh dan lapan mesti diambil daripada makanan. Bagigolongan kanak-kanak pula mereka amat memerlukan protein supaya merekamempunyai tulang dan gigi yang kuat selari dengan tumbesaran yang sempurna dansihat.Aras pertama pula adalah dimana terletaknya kumpulan makanan yangberlemak, berminyak, bercoklat dan juga bergula. Bagi aras ini, kita disarankanuntuk mengambilnya secara berperingkat dan kuantiti yang sedikit kerana setiapmakanan mempunyai kandungan lemak yang tinggi maka kita hanya memerlukan lemakdalam kuantiti yang sedikit. Fungsi lemak bagi tubuh badan kita adalah untukmengekalkan suhu badan dan menghasilkan hormon serta sel-sel dalam tubuh.

Selainitu, lemak juga membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan kita,asid-asid lemak dan vitamin-vitamin larut lemak yang penting dan boleh didapatidaripada makanan. Sebagai contoh, minyak masak.

Dalampada itu, Malaysia merupakan Negara yang unik kerana mempunyai pelbagai kaum,budaya dan agama. Ciri-ciri kelainan inilah yang menemukan pelbagai budaya dancara masakan mengikut sesuatu kaum. Di Semenanjung Malaysia, 3 kaum utama iaituMelayu, Cina dan India mempunyai ciri-ciri makanan yang tersendiri. Kaum Melayusukakan manisan seperti kuih muih, bubur serta makanan berlemak (santan) danbergoreng. Bagi kaum cina pula, mereka lebih gemar makanan yangdikukus atausup. Bagi kaum India pula, kebanyakan makanan mereka berasaskan rempah ratus sepertikari dan korma dan dimakan bersama pelbagai jenis roti. Di kepulauan Borneopula, negeri Sarawak gemar menapai makanan mereka manakala di Sabah antaramakan tradisional mereka ialah sagu yang dihasilkan daripada pokok saguataudisebut sebagai pokok rumbia.

Namunbegitu, makanan asasi bagi seluruh Malaysia ialah nasi. Nasi ialah beras yangtelah dimasak. Nasi merupakan makanan berkanjidan merupakan sumber karbohidratutama bagi rakyat Malaysia. Nasi juga menjadi makanan asasi bagi negara-negaralain seperti Indonesia, China, Jepun, negara-negara Asia Tenggara dan India.Sungguhpun, nasi merupakan makanan asasi bagi kebanyakan negara, pengambilan secaraberlebihan tanpa senaman (aktiviti) atau kurang boleh memudaratkan tubuh.Antaranya, masalah obesiti, jantung, kencing manis dan sebagainya. 

Olehhal yang demikian, masyarakat perlu peka terhadap penyakit yang akan dihidapisekiranya mereka makan tanpa henti dan tidak mengikuti masa.

 Ramai juga yang tidak menyedari akan perananpengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Puncautama serangan penyakit-penyakit tenat seperti memakan makanan yang sempurnadan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam akanmengakibatkan berlakunya penghadaman tidak baik dan berlakunya punca-puncapengaktifan kanser. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakansejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Mahu”.

Halini demikian kerana kanak-kanak mempunyai sistem imunisasi yang lemah dan mudahdijangkiti penyakit seperti demam, selsema, sawan, keracunan makanan, dansebagainya. Sesuatu penyakit yang berbahaya datang tidak mengira peringkat umur, muda atau tua malah kanak-kanak yang berusia setahun juga telah mengidappenyakit diabetes type 2.

Mengikutkajian stasistik Malaysia, mengatakan bahawa rakyat Malaysia mempunyai masalahobesiti yang serius. “ Empat daripada sepuluh orang dewasa yangmelebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebihberat badan ( obesiti ).

Seterusnya,makanan yang seimbang amat penting dalam kehidupan seharian manusia keranadapat membantu tumbesaran manusia itu lebih sempurna dari aspek fizikal. Tubuhbadan seseorang dapat menerima semua keperluan zat yang diperlukan untukmembina tubuh badan yang kuat daripada keprluan fizikal manusia. Keupayaanfizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankanaktiviti sehariannya dengan baik dan sempurna.

Buktinya,pengambilan makanan yang seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baikberbanding manusia yang kurang zat dan kurang prihatin terhadap aspek penjagaanmakanan.

Seterusnya,terdapat beberapa tips untuk masyarakat yang ingin mengamalkan diet seimbang.Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan ialah memperbanyakkanmakan makanan yang berbuah. Hal ini demikian kerana setiap buah-buahan yangsedap dan berkhasiat mempunyai zat dan vitamin-vitaminnya tersendiri. Sebagaicontoh, buah epal, nenas, pisang , bawang putih, gandum, kentang dan buahbetik. Semua jenis buah yang disebutkan ini sebenarnya banyak khasiattersendiri. Kedua, memperbanyakkan juga makan kekacang. Setiap kekacangmempunyai protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin terutamanyavitamin B. Sebagai contoh, kacang pis, kekacang dan lentil. Kacang soya jugakaya dengan protein tumbuhan dan boleh didapati dalam pelbagai bentuk sepertisusu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

Ketigapula kita perlu memperbanyakkan minum air kerana air adalah sangat pentinguntuk fungsi-fungsi tubuh badan kita termasuk penghadaman, penyerapan danpengangkutan zat, perkumuhan , pengawalan suhu badan dan bertindak sebagaipelincir bahagian tubuh badan yang bergerak. Tubuh badan kita akan kehilanganlebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing,kelinjar peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasadahaga untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Kita seharusnyaminum air sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas atau dua liter setiaphari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain seperti buah-buahan ,sayur-sayuran dan makanan lain.

Keempatkita perlu mengurangkan kandungan lemak dalam makanan. Lemak semestinya amatpenting dalam badan kita tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20 % hingga 30%sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian. Oleh itu, kita haruslahmengelakkan pengambilan lemak secara berlebihan dengan memilih makanan yangrendah lemak dan kolestrol, menggunakan minyak masak dalam kuantiti yangsedikit sahaja, mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakandan kita jua perlu memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit,mengehadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat seperti  majerin, mentega, minyak salad, krim danmayonis, serta mengamalkan kaedah masakan alternatif seperti membakar, ataumengukus daripada menggoreng.Seterusnya, kurangkan gula dalam minuman dalam makanan.

Setiapmakanan dan minuman yang diproses mengandungi kandungan gula yang banyak danbesarnya kalorinya tanpa khasiat makanan atau serat seperti kek dan aiskrim.Kehadiran gula juga membantu untuk menggantikan makanan yang berkhasiat danmenyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh badan kita. Memakan gulayang berlebihan akan mengakibatkan risiko kerosakan gigi, kegemukan danmasalah-masalah lain yang berkait rapat dengannya seperti penyakit kencingmanis, serangan jantung, penyakit buah pinggang dan sebagainya.

 

 

Seterusnya,kita mestilah mengurangkan kandungan garam dalam setiap sajian makanan kita.Sebagai contoh, makanan segera, makanan dalam tin atau makanan yang diawet  dan makanan ringan bergaram seperti kentanggoreng mengandungi garam yang terlalu banyak dan boleh menyebabkan tekanandarah tinggi dan akhirnya mengakibatkan serangan jantung atau strok.

Disamping itu, konsep makanan halal dalam Islam juga perlu dilihat secara meluaskerana Islam menggalakkan kita makan makanan yang halal toyibbah dan diyakinsepenuhnya oleh JAKIM.  Firman Allahbermaksud “ Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaituyang halal lagi baik”.

(SurahAl- Maaidah: 88 )

FirmanAllah bermaksud “ Wahai manusia, makanlah apa yang ada dibumi yang halal lagi baik danjanganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan ituialah musuh kamu yang nyata”. ( Al-Baqarah: 168).

SabdaRasulullah bermaksud “ Yang halal adalah jelas dan yang haramjuga jelas, tetapi diantara keduanya terdapat juga perkara belum jelas (syubhah) dan lebih baik dijauhi. ( riwayat: Bukhari dan Muslim).

Hadisdi atas membuktikan bahawa kita hendaklah makan makanan yang disembelihmengikut hukum syariat Islam seperti daging mestilah disembelih sehinggaputusnya saluran pernafasan( halkum), saluran makanan,(urat mari), dua dan uratwidjan,. Hal ini demikian daging tersebut tidak lagi bercampur dengan yangharam dan tidak beracun serta memudharatkan.

 

Selaindaripada makanan, minuman juga boleh memudharatkan kesihatan tubuh badan kita.sebagai contoh, minuman yang boleh memabukkan. Ini kerana minuman tersebutboleh merosakkan akal dan menghilangkan kesedaran seperti khamr dam narkoba.Oleh itu, Islam mengharamkan minuman dan makanan yang merosakkan kewarasan akaldan kesihatan tubuh badan kita.

Islamjuga mengesyorkan makanan terbaik adalah makanan yang diamalkan oleh NabiMuhammad s.a.w. Baginda sentiasa mengambil makanan yang terbaik untuk diriBaginda, keluarga dan para sahabat. Makanan sunnah semestinya memberi banyakkhasiat dan kebaikan kepada kita dan akan mengekalkan diri kita dari mempunyaipenyakit yang berbahaya. Sebagai contoh, madu, kurma, kismis, delima, zaitun,dan buah tin. Makanan tersebut mempunyai enzim-enzimnya tersendiri danmempunyai zat serta vitamin yang baik untuk minda dan kesihatan tubuh badankita. makanan ini juga dapat menghalang kita daripada mendapat penyakit yangberbahaya.

 

Previous: monolog
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.