Home Novel Umum makanan dan kehidupan
makanan dan kehidupan
sang pena
6/6/2017 16:19:21
25,417
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 4

Sejakkita kecil lagi, kita telahpun dididik dan diingatkan berulang-ulang kali olehibu bapa dan guru tentang kepentingan pemakanan seimbang. Satu senario yangtidak asing kepada seseorang kanak-kanak adalah apabila ditegur oleh ibu bapakerana enggan makan sayur-sayuran dan hanya ingin menjamah makanan ringan.Terdapat sesetengah pihak yang berpendapat bahawa pemakanan seimbang tidakbegitu vital kepada kesihatan seseorang individu. Menurut persepsi mereka,kehidupan manusia di muka bumi hanyalah sementara dan harus dinikmatisepenuhnya.

 

Oleh itu, mereka memandang ringan akan kepentinganpemakanan seimbang. Pandangan ini dapat disangkal dengan mudah kerana impakpemakanan seimbang terhadap kesihatan dan kebahagiaan seseorang amat ketaradalam kehidupan seharian kita sebagai manusia. Namun demikian, mengapakahmasalah obesiti kian bertambah kritikal jikalau kebanyakan komuniti tidak sedartentang kepentingan pemakanan seimbang?

Kajianterkini mendapati bahawa 33% daripada semua penghuni dunia ini menghadapimasalah obesiti. Statistik ini amat meruncing kerana hal ini bermaksud terdapatkira-kira 2 bilion orang di seluruh pelosok dunia yang tergolong dalam kategoriobes! Apakah kepentingan pemakanan seimbang yang harus dikupas secaraterperinci hingga ke akar umbi, bagi menyedarkan dan menginsafkan masyarakatagar lebih peka terhadap diet mereka dan tidak bersikap bena tak bena terhadapkesihatan dan kebajikan peribadi mereka? Marilah kita mengkaji persoalan yangmasih menjadi polemik dalam kalangan masyarakat.

 


      Sebagai pembuka tirai pembincangan ini, salahsatu kepentingan atau faedah pemakanan seimbang yang jelas dan nyata adalahuntuk menjadikan tumbesaran manusia lebih sempurna dari aspek fizikal danfisiologi. Tubuh badan akan menerima semua zat yang diperlukan untuk menjalaniaktiviti seharian tanpa menjadi lesu. Oleh itu, seseorang yang menjaga danmengawal pemakanannya akan memiliki keadaan fizikal yang jauh lebih baikberbanding seseorang yang kurang prihatin terhadap diet dan cara pemakanannya.Zat dan mineral seperti kalsium, magnesium dan fosforus penting dalam prosespembentukan gigi dan tulang yang kuat. Kanak-kanak khususnya yang harusmengambil zat-zat ini dalam kuantiti yang optimum supaya dapat membesarsebaik-baiknya. Di samping itu, mineral seperti zat besi penting untukmemastikan sistem peredaran darah seseorang itu efisien dan berfungsi secaralancar.

Kanak-kanakdan remaja memerlukan tenaga dan bahan mineral secukupnya untuk membesar, bukansahaja dari aspek lahiriah seperti ketinggian dan berat badan, malah juga darisegi kelancaran fungsi organ dalaman dan kecekapan sistem-sistem badan.Sekiranya pemakanan mereka tidak seimbang, mereka akan mengalami pertumbuhanyang terbantut serta tidak sempurna. Hal ini akan memudaratkan kesihatan merekasecara keseluruhannya dan akan mengakibatkan mereka kurang berkemampuan untukmenghadapi cabaran dan dugaan hidup.

 

 

 

Satuperistiwa yang amat menyayat hati ialah kanak-kanak yang berada dinegara-negara seperti Ethiopia dan Afrika Selatan yang tidak mempunyai akseskepada makanan berkhasiat. Oleh sebab tidak berpeluang mengamalkan pemakananyang seimbang, kanak-kanak ini tidak dapat membesar dengan sempurna dankebanyakannya mereka mempunyai jangka hayat yang amat pendek, seperti 7 hingga12 tahun sahaja. Bertitik tolak daripada huraian sebelum ini, manfaat lain yangdiperoleh daripada pemakanan seimbang ialah menjamin perkembangan mentalseseorang yang lebih cekap dan berkesan. Kekurangan zat makanan yang tertentuboleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letihapabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami. Situasi ini menjadikanseseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebihefektif dan rasional berbanding dengan individu yang seimbang aspekpemakanannya.

DrAndrew McCulloch dari Mental Health Foundation telah menjalankan penyelidikanyang mendapati bahawa pelbagai penyakit mental seperti kemurungan,schizofrenia, penyakit Alzheimer dan ADHD ( Attention Deficit HyperactivityDisorder ) dapat dihindari sekiranya mengambil makanan dan minuman yangseimbang dan berkhasiat. Menurut beliau, otak manusia sebagai pusat kawalanseluruh sistem badan juga dipengaruh oleh nutrien-nutrien yang terdapat dalamdiet kita. Kajian saintifik terkini juga mengeluarkan laporan bahawa mineralseperti kalsium dan sodium terlibat dalam proses penghantaran impuls dalamsistem saraf badan kita.

 

 

Sebagairentetan daripada perbincangan di atas, pemakanan seimbang telah terbukti dapatmengurangkan risiko untuk menghidapi pelbagai penyakit yang berbahaya.Malnutrisi didefinisikan sebagai mempunyai diet yang tidak seimbang, sepertimengambil nutrien-nutrien dalam kadar yang terlalu banyak ataupun terlalusedikit. Makanan ringan yang digemari ramai mempunyai kandungan kolesterol,garam, gula dan lemak yang terlalu tinggi. Sekiranya kita terlalu kerap makanmakanan ringan, kita akan mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi penyakitobesiti, diabetes, hipertensi dan juga strok. Sebaliknya sekiranya kitakekurangan kalsium, fosforus dan vitamin D dalam diet harian, kita akanmenghidapi penyakit osteoporosis dan osteomalacia, iaitu tulang dan gigimenjadi lemah dan mudah retak. Seperti yang berlaku kepada kanak-kanak dinegara-negara daif, kekurangan protein akan menyebabkan penyakit kwashiorkordan marasmus.

Penyakit kanser jugaterbukti dapat dielakkan dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang,terutamanya kanser payu dara, kanser buah pinggang dan kanser hati. Oleh itu,memang tidak dapat dinafikan bahawa jikalau kita mengambil semua nutrien, bahanmineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang tepat,kita akan mengurangkan risiko diri untuk dijangkiti berbagai-bagai penyakityang bukan sahaja menderitakan malah juga berpotensi membawa maut. Janganlahsampai nasi menjadi bubur, barulah kita bertindak dan mengambil beratkepentingan pemakanan seimbang kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudiantiada gunanya. 


     

 Kepentingan pemakanan seimbang yang terakhirnamun tidak kurang signifikannya berbanding kepentingan yang dihuraikan sebelumini ialah pemakanan seimbang dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan perubatanseseorang, khususnya golongan yang kurang berkemampuan. Suatu soal selidik yangdijalankan iaitu Consumer Expenditure Survey 2009 telah menganggarkan bahawasetiap individu membelanjakan kira-kira 6.37% daripada pendapatan bulananmereka untuk membiayai perbelanjaan perubatan. Secara amnya, seseorang itu akanmembelanjakan sebanyak US$3,126 (RM9,975) setiap tahun semata-mata untukmenjelaskan kos perubatan. Pada tahun 2009, kerajaan Malaysia telahmemperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM13.8 bilion untuk menampuang segalakeperluan dan kemudahan perubatan rakyat Malaysia. Senario ini tidak harusberlaku, kerana kita sewajarnya berusaha menjaga kesihatan diri dan tidakbergantung kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah-masalah kita.

Jikalau kita mengamalkanpemakanan yang seimbang, kita mampu menjimatkan perbelanjaan perubatan sebanyakberibu-ribu ringgit dan wang tersebut dapat disimpan untuk masa kecemasan yanglain. Dari aspek ekonomi negara pula, berbilion-bilion ringgit dapat difokuskanbagi menjana pembangunan dan perkembangan dalam industri lain seperti industripelancongan dan penyelidikan. Sesetengah pihak akan mengemukakan hujah bahawapemakanan seimbang tidak begitu penting, kerana sains dan teknologi moden dalambidang perubatan menjelang era pascaglobalisasi ini mampu mengubati hampirsetiap penyakit. Memang benar, bidang perubatan kini semakin canggih hasildaripada daya intelek golongan saintis dan pakar perubatan.

Namun demikian, persismadah pujangga Melayu ada berbunyi, mencegah lebih baik daripada mengubati.Dalam konteks ini, peribahasa ini menegaskan bahawa lebih baik kita menghindaridiri daripada menghidapi sesuatu penyakit daripada mengubati penyakit.

Kepentinganpemakanan seimbang amat jelas dan ketara dalam kehidupan seharian setiapmanusia di permukaan bumi ini. Sebelum meletakkan mata pena dan menulis noktahterakhir, seruan saya ialah kita mestilah sedar bahawa tabiat pemakanan kitabukan sahaja mendatangkan kesan terhadap kesihatan fizikal kita, malah akanmeninggalkan implikasi terhadap kesihatan kita secara holistik. Pepatah adamengatakan, Diri Anda ialah Apa yang Anda Makan dan kenyataan ini benar dalamsoal kesihatan. Memang tidak payah untuk mengamalkan diet yang sihat danseimbang.

Kitaperlulah membina jadual pemakanan yang terancang berdasarkan Piramid Makananserta mematuhi arahan doktor. Andai kata semua warganegara Malaysia bergandingbahu dan bersama-sama mempraktikkan diet dan pemakanan yang seimbang, bukansahaja individu malah masyarakat dan negara yang akan menerima kesan positifdaripada usaha kolaboratif ini. Akhir kata, marilah kita semua mengamalkanpemakanan seimbang supaya negara dan juga dunia kita ini akan lebih sihat dancergas, sekali gus melahirkan masyarakat yang cemerlang dan berakal tajam,kerana badan sihat, otak cerdas.

 

 

 

 

 

 

                                                                       

 

 

 

 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.