3,682
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
BAB 1

 “Kenapa aku boleh ikut idea bodoh kau? Dari dulu sampai sekarang idea kau menyusahkan semua orang. Tapi orang ikut jugak. Kau guna ilmu penunduk apa eh? Boleh share dengan kitorang?” Bahu Wida ditepuk perlahan. Sesekali kepala budak perempuan itu ditunjal-tunjal.

 “Aku tak tau. Lecturer setuju. Pengarah teater pun okay. Aku proceed je.” Perlahan Wida bersuara. Kepala ditunduk ke bawah tidak mampu untuk memandang wajah bengis Helen.

 “Sepatutnya kau tanya aku dulu! Aku pelakon utama untuk drama Cindai. Aku kena tau keseluruhan cerita baru kau boleh proceed!”bentak Helen. “Cerita sampah! Tak seram langsung. Setakat stok geli-geli bolehlah.”

Gia dan Alai ketawa.

Wida masih tidak angkat kepala dari tadi. Dia mahu pergi dari situ cepat-cepat. Siapa tak kenal Helen? Pelakon teater Kolej Andalas. Pelajar perempuan yang sangat berani. Suka buat sesuatu ikut kepala sendiri.

“Kita kena ajar sikit penulis skrip terbaik Kolej Andalas ni supaya kepala otak dia tak bengap macam sekarang. Buat cerita hantu. Tapi hantu muncul tengah-tengah cerita. Anak buah aku yang sembilan tahun pun boleh buat.” Sampuk Alai laluketawa terbahak-bahak.

“Jangan beria sangat. Tak kelakar pun.” Helen menjeling sekilas.

 Alai terdiam lalu angkat tangan tanda mengalah.

So, what’s plan?” Alan menyoal.

Helen tersenyum nipis. “We need to plan something.”

What? Kau jangan nak buat kerja gila. Janganikut cakap si Alai tu. Kes haritu baru settle bulan lepas, Helen,” Gia sudah mula melenting. Tak suka betul dengan perangai Helen yang selalu kenakan orang.

“Rilekslah geng. Benda boleh settle, kot? Setakat nak kenakan budak ni apahal sangat? Hidup kena chill.”

“Korang nak buat apa dekat aku? Aku minta maaf. Aku janji lepas ni semua hal pasal teater aku bincang dengan korang dulu.” Wida sudah menggigil.

No! No! No! Dah banyak kali aku bagi muka. Kau tahu janji, janji! Tapi kau guna kepala otak kau jugak.”    

“Sekarang kita nak buat apa? Boleh tak kau simpan marah tu esok? Aku dah mengantuk. Jam ni dah tunjuk pukul dua pagi. Esok ada kelas, beb,” Gia mula merungut. Kadang-kadang letih juga dia melayan sikap baran Helen.

“Kau blah, Wida! Jangan ingat harini dah selesai. Kau bersedia je fizikal dan mental, okay?” Helen mula angkat kaki untuk beredar dari situ.

Alai dan Gia ikut bangun. Wida masih duduk di situ. Diam tidak berkutik. Dia hanya memerhati langkah mereka bertiga yang mula menjauh.

 



 

Suasana di kampus mula sibuk. Helen berjalan seorang diri menuju ke kafe yang terletakdi blok yang paling hujung. Sesekali dia memandang sekeliling memerhati pelajar yang sibuk dengan hal masing-masing. Telefon bimbit digenggam kuat. Sebal apabila mesej yang dihantar di dalam group whatsapp tidak berbalas.

Dia memilih tempat yang sedikit tersorok lalu duduk di situ. Skrip teater yang baru dapat disemak sekali lalu. Kali ini penulis baru. Bukan lagi Wida. Dia agak berpuas hati dengan jalan cerita teater terbaru itu.

“Woiii! Lepak sini tak ajak,” satu suara yang menyergah dari belakang membuatkan Helen hampir melompat.

“Sial! Kau nak makan penampar?” Helen menepuk meja. Nasib baik tangannya masih terkawal. Kalau tidak hari ini tangannya sudah singgah ke muka orang.

Jay tersengih. “Mana yang lain?”

“Entah. Semua dah masuk kubur agaknya. Sorang pun tak balas mesej aku.”

“Celuparnya mulut kau. Tak padan dengan perempuan.” Jay geleng kepala. Tutur kata Helen tidak pernahnya elok. Sikit-sikit nak maki orang. Dia fikir orang tak boleh maki dia balik?

Helen mencebik tak kisah. Dia tak peduli segala kutukan orang. “Kau apahal datang sini?”

“Aku nak bincang pasal skrip teater yang baru. Cerita kali ni gempak. Tak sangka Wida tak terpilih untuk skrip kali ni.”

Helen angkat bahu. Malas mahu ambil kisah. Hal dia dengan Wida masih belum selesai. Dia cukup pantang pendapatnya tidak mahu diterima. Wida dengan angkuh membangkang semua ideanya sewaktu latihan teater hari tu. Dia tidak puas sebab kena ikut cakap Wida. Dah banyak kali dia mengalah sebab Wida tu blur sikit.

Gia yang baru baca mesej daripada Helen terus bergegas ke kafe. Tidak mahu perempuan itu mengamuk. Penat nak melayan.

Sorry, lambat. Kelas baru habis.” Gia duduk melepaskan lelah.

“Kelas pukul satu tengah hari?” Helen jungkit kening.

“Kelas ganti Prof. Aziz. Kau taulah dia tu kan suka cari pasal buat kelas waktu rehat pelajar. Kau dah dapat skrip teater kan? Penulis baru merangkap junior kita.Kau nak tahu kenapa Wida tak terpilih?”

“Mestilah nak tahu. Soalan bodoh apa tu?”

“Dia tarik diri. Sebab takut kau jadi watak utama lagi kot?” Gia ketawa besar.

“Kenapa kalau aku jadi watak utama?”

“Soalan bodoh. Kau dah gertak dia haritu lepas tu kau boleh tanya lagi? Mana ada orang nak bagi kepala dia kena pancung kalau dah kena warning.”

“Sat,sat. Benda apa hampa dok kalut sembang ni? Aku tertinggal keretapi ke?” Jay mencelah. Tak faham dengan dua orang perempuan yang pot pet pot pet dari tadi.

“Mulalah tu nak guna loghat utara dia. Helen ni dah warning si Wida tu sebab tak puas hati arrangement teater hari tu. Alaaa kau faham sendirilah. Malas nak cerita,”Gia tarik muka. Dah tak tau cerita, senyap jelah. Suka betul menyibuk.

“Siapa cakap aku bagi warning je? Aku nak kenakan dia kalini. Tak boleh bagi muka kat budak nerd macam tu. Kena ajar,” kata-kata Helen lagi sekali buat Jay pening kepala.

“Kau nak buat apa minah? Aku dah tak larat nak ikut plan gila kau,” keluh Gia.

Helen mula tunjuk senyuman sinis dia tu. Rasa nak koyak-koyak mulut Helen. Nasib baik kawan sendiri. Ikut hati dah lama Gia bagi flyingkick.

“Ingat tak dulu kita dah pedajal si Amran sampai dia berhenti belajar? Kali ni aku nak kasi Wida rasa lagi teruk. Tak teruk sangat. Teruk sikit je.”

“Gila tak ingat? Kau kurung dia dalam stor tepi padang tengah malam pastu kau pasang bunyi mengilai sampai pitam budak tu. Lagi cerdik bila kau tertinggal bukti. Sebab tu jadi kes.”

“Aku tak sedar gelang kaki aku jatuh masa tu. Tak payahlah nak ungkit. Kali ni aku nak kenakan Wida kat kat rooftop blok Kenari. Situ kan port lepak dia cari ilham.”

“Kau nak jadi hantu pulak kali ni?” sampuk Jay. Dia yang diam sejak tadi mula rasa seronok mendengar rancangan gila Helen. Ada juga dia dengar kes Helen and The Gang tapi dia buat tak tahu sahaja sebab rasa seronok bila ada yang berani buat pasal di dalam kampus.

“Selalu berlakon jadi hantu kat atas pentas je kan? Apa kata kali ni berlakon jadi hantu kat kampus pulak,” jawab Helen selamba.

Gia tepuk dahi. Dialah yang kena tungkus lumus cari idea nak jayakan plan bodoh tu. Helen tau mengarah tapi bila suruh fikir nak buat apa terus minah tu jadi bodoh. Selalu lepas tangan. Dia tak tau ke orang yang nak susun strategi lagi susah daripada orang yang jalankan srategi?

Jay pandang Gia sekilas. Dia tau perempuan tu tengah susah hati. Tiba-tiba rasa ingin ikut serta geng Helen ni kenakan orang. Tak pernah lagi dia buat kerja bodoh. Apa salahnya sesekali jadi bodoh, kan?

 

 



“Aku tau Wida tu banyak cari pasal dengan kau, dengan geng kita. Tapi nak usik dia kat atas bumbung tu macam tak sesuai weh. Tempat tu gelap. Kalau jadi apa-apa bahaya kot?” Gia bantah. Dia memang tak setuju tambah lagi bila Alai pun ikut setuju dengan plan Helen.

“Dia dah malukan aku atas pentas masa teater minggu lepas. Aku watak utama yang bodoh bila kena kacau hantu dan lepas tu kena menari macam orang gila. Aku memang tak setuju tapi kena jugak ikut cakap dia sebab tu projek terakhir dengan Encik Shah. Ingat aku takde maruah ke terkinja-kinja macam orang bodoh depan seribu orang?” Helen mula nak mengamuk. Kecik besar kecik besar dia tengok Gia sekarang ni.

“Itu benda kecil. Kau ada dengar ke student kat kampus ni cakap pasal kau? Hari tu kau dah warning dia kan. Dia pun dah tarik diri untuk penulisan skrip teater yang baru. Cukuplah. Aku penat nak fikir plan nak jalankan idea mengarut kau tu.”

Nope! Aku nak jugak. Kalau kau tak nak tolong aku, aku boleh minta tolong budak lain. Kau duduk dalam bilik senyap-senyap dan nama kau akan suci bersih sebab tak terlibat.” Helen dah mula serangan perli dia. Itu yang Gia tak suka. Dia tidak pernah biarkan Helen buat kerja seorang diri.

“Kau suka buat aku serba salah.” Helen hentak kaki. Rasa nak cekik-cekik Helen yang tayang muka selamba.

So?”

“Yalah. Aku tolong. Tapi kena tunggu Ika balik dari kem dulu. Aku tak nak buat kerja sorang-sorang.”

“Si Ika tu pun satu. Apahal rajin sangat pergi kem motivasi tu? Dia tetap tak berguna kalau pergi mana-mana kem pun. 

“Motif dia nak cari stok lelaki,” ringkas jawapan Gia.

Helen ketawa besar. Perempuan tu tiap-tiap bulan bertukar teman lelaki. Dia cakap seronok dapat kikis duit lelaki tiap-tiap bulan. Tak guna betul perangai.

      

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.