Home Novel Seram/Misteri Teman Wanita
Teman Wanita
Nur Mayani
28/5/2017 11:10:31
5,342
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 2

Bab 2

 

Pagi yang memenatkan. Kalau bukankerana 'demi kerjaya yang tercinta' tak hadap Daz nak bersusah payahpeluhkan  ketiak untuk angkut barang daripejabat lama ke galeri dua tingkat yang baru dia sewa ini. Tapi itulah, kalautangguh, nanti-nanti nak penat juga. Baik sekali harung saja. Lagipun, hari niada tiga orang staf yang tawaduk mahu tolong dia. Jadi ringanlah sikit beban.

"Bos, takde air ke? tekak macamnak retak dah ni." Aida si PA, mula mengeluh.

Ye tak ye, sejak dua jam lepas,setitik airpun belum masuk tekak. Daz terlupa.

"Dahaga kot, Daz. Apa kata kauseberang jalan, kau pergi beli air?" Faizal, salah sorang staff Daz,mencangkung di lantai lobi. Penat pula mengangkut segala bingkai gambar yangbelum dipasang. Itu belum masuk lukisan Khat yang gedabak besar. Diangkat naikke tingkat dua. Ulang alik, ulang alik. Naik lembut lutut.

"Bos, patutnya siapkanlah air kesatu bekas besar, nasi ayam ke, pizza ke." Bebel Aida lagi sambil bersandar diVan syarikat. Puas juga dia mengibas baju tshirtnya. Hilang sikit rasa panas.

"Tunggu kejap." Dazmelangkah sambil meraba poket seluarnya. Takut dompet tertinggal macam selalu.Habis kena cop kedekut dek staffnya.

 

Di seberang jalan, satu-satunya kedaiyang menjual makanan, hanya Kedai Kek Sweety Lovely. Kedai kek dalam deretankedai buku dan majalah. Strategi juga. Takkan semua orang nak beli buku?mestilah ada manusia lapar yang mencari makan. Macam Daz dengan staf diasekarang ini.

 

Ting Tong

 

Bila Daz tolak pintu dan masuk kedalam kedai, ada alarm pintu berbunyi. Comel. Secomel kedai kek itu yang serbaserbi warna pink, dan comel juga si penunggu kaunter bayaran. Daz telan airliur. Selama dia jadi lelaki, tak pernah dia jumpa gadis secantik itu. Seayuitu, dan semanis itu.

"Selamat datang..." Gadisitu senyum lebar.

"Saya...Saya...Saya nak belikek." terkeluar ayat bodoh itu.

"Ye, ye silakan Encik. Encikboleh pilih kek kat sana."

"Sebenarnya, staff saya suruhbeli air. Ada jual air?" Daz garu-garu kepala. Serba salah dia.

"Ada...Air dalam peti ais tu je,Encik."

"La...Macam mana saya boleh taknampak."Tersengih Daz sendirian.

Gadis tadi menahan tawa. Namun diatidak semesra Daz.

Daz mengambil dua botol air mineralsaiz besar dan beberapa botol coke saiz kecil. Juga beberapa slice kek perisacoklat.

"Terima kasih, datanglagi..." Senyum gadis itu buat Daz melintas jalan dalam keadaan mamai.Segala penat mengangkut barang habis lenyap.

 

Dari arah dapur, Aini, mak cik kepadaRara hanya merenung tajam. Di tangannya ada sedulang cup cake yang masih panas.Dia tatang dulang itu ke hadapan.

"Oi, berangan? amboi bukan mainlagi. Usha jantan tu dari sini sampai ke seberang. Gedik kau erk?"Suara Aini macam guruh. Piap piap dijelingnya Rara. Badan montel dihayun,melenggang-lengguk. Tangannya laju saja menyusun cup cake ke dalam dulang dirak berkaca. Tempat pamir segala jenis roti dan cup cake.

Rara duduk di kerusi. Tunduk membelekkuku. Menyampah pula dia dengan perangai Aini. Mulut dahlah cap logi kumbahan.

"Kau jangan nak merenyam katkedai aku. Aku bagitau bapak kau. Habis kau, Rara. Beringat sikit erk! kalaunak kerja, buat cara macam nak kerja. Jangan nak menggedik." Lagi kuatsuara Aini bertempik.

"Mak cik, mana ada orang gedik.Dia datang beli air je. Rara tak sembang apa pun dengan dia. Takkan sampai takboleh nak cakap dengan customer?" Wajah mulus Rara berkerut. Muka berkerutpuntetap lawa.

"Menjawab! Aku sumbat mulut kaudengan dulang ni, baru kau tau mak cik kau ni garang tak garang. Kalau kaulayan lagi mana-mana jantan, siap kau." Aini menghampiri Rara. Kepala Raraditonyoh kasar.

Rara menahan marah. Habis merah mukanya.Kalau ikutkan hati, nak saja dia cekik Aini sampai mampos. Tapi demi mencariduit poket, Rara tahan. Rara sabar dan telan saja apa yang Aini buat. Sampaimasa, kalau dia dah tak tahan daulat, dia akan mengamuk sakan. Dia akanpecahkan kedai kek itu, dan nyah dari situ.

"Kau nak mampos macam akak kauagaknya. Kena ratah dengan sepuluh orang jantan. Kau nak macam tu?" BebelAini lagi. Betul-betul menyakitkan jiwa. Balik-balik, peristiwa itu juga yangdiungkit.

"Kakak mati sebab dah ajaldia." jerit Rara. Nafas dia turun naik turun naik.

"Anak haram! melawan kauerk?" terpelanting penyepit kuih ke arah Rara. Aini, kalau dia marah,habis semua dia baling. Janji puas hati.

Rara siap-siap sudah mengelak. Sudahmahirpun dia bab elak-mengelak ni.

“Gila!" Rara bangun dari kerusi.Rambut panjang paras pinggang terkibas kiri kanan mengikut langkah kaki yangderas. Badan kecil tinggi berbaju kurung kain kapas itu menghilang ke belakangkedai. Telefon dikeluarkan dari poket baju. Dia membelek apa yang patut sebagaiubat menahan marah.

 ***

"Awak...Awak..."

Suara itu menjagakan Rara. Entahmacam mana dia boleh terlelap di situ. Kelam kabut dia membetulkan duduk. Lepasitu terus bangun berdiri. Jam di tangan dijeling.

"Pukul 5 dah?" Terjojolbiji matanya. Lekas dia berganjak dari koridor kedai. Boleh pulak dia tertidursambil duduk.

"Awak okey tak?" Daz yangmembimbit plastik sampah, nampak terkejut.

Langkah Rara terhenti. "Okey.Tertidur je. Biasa dah tidur sini." Selamba Rara tersengih.

Di belakang kedai Rara, ada tongsampah besar yang menjadi tempat buangan sampah pemilik kedai sekitar situ. Dazterlebih rajin mengangkut segala kotak kosong yang dan plastik dari galerinyake situ. Tak sangka pula terjumpa Rara. Rezeki betul.

"Saya Daz. Awak?" Dazmenghayun segala dua plastik hitam yang berada ditangannya ke arah tong sampahbesar.

 

"Rara. Nama saya Rara. Saya nak balik. Dah lewatni." Terus Rara masuk ke dalam kedai dan tinggallah Daz sorang-sorang.Macam orang bodoh.


Terkebil-kebil Daz."Rara..." Dia ulang nama itu. Tiba-tiba dia rasa nama itu terlalucomel.

 

Petang itu lewat petang baru Rarasampai di rumah. Sepatutnya, pukul 5 petang Rara sudah tercegat di halaman,tapi dek kerana tertidur, pukul 6.30 barulah teksi merangkak memasuki pintupagar rumahnya.

Semasa Rara turun dari teksi, kelibatPak Jabek sudah mundar mandir di hadapan tangga. Mukanya tak payahlah cerita.Muka bengis tak ada perasaan. Kalau boleh malas Rara mahu menegurnya.

"Pergi ke mana, waktu ni baruingat rumah? kau pergi mana?" belum sempat Rara melangkah naik ke tangga,suara garau itu sudah menjerkah.

Langkah Rara terbantut. Perutnya rasamemulas. Kecut dek jerkahan Pak Jabek.

"Kau keluar dengan sapa? Hoi,aku cakap dengan kau ni." Suara Pak Jabek makin kuat.

"Ayah...Rara tertidurlah katkedai. Mak Cik Aini tinggal Rara. Sebab tu lambat. Jalan pulak sesak tadi.Teksi..."

"Pergi naik!" Tak sempathabis Rara beri alasan, dia sudah disergah supaya naik ke atas.

Mujur Pak Jabek memotongkata-katanya. Bolehlah dia larikan diri. Malas betul bila dijerkah ditengkingmasa dia tengah penat. Macam nak lari rumah saja rasanya.

Semasa kaki Rara melangkah melepasi muka pintu, ada angin tebal yang mengapa mukanya. Terasa kaku segala sendinya semasa angin itu menembusi tubuh. Langkah Rara mati. Tangan menekup dada yang berasa sesak. 

 

 

 

Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nur Mayani