Home Novel Seram/Misteri Teman Wanita
Teman Wanita
Nur Mayani
28/5/2017 11:10:31
5,339
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
BAB 1

Malam itu sejuk amat. Di luar, hujanturun sangat lebat. Kilat dan guruh menjerkah alam. Sesekali cahaya kilatmemancar masuk melalui tingkap yang terkuak. Angin pula kadang perlahan dansesekali kencang. Memuput daun tingkap rumah kayu itu yang hanya dibiarkanterbuka. 

Aini menatang dulang berisi dua cawankopi. Kopi kampung. Bila kakinya mendekati Pak Jabek, kepala dia menggeleng."Tak habis-habis lagi orang tua ni." Dia merengus. Bosan. Dulangdiletakkan di atas meja kopi.

"Sudah-sudahlah tu, bang. Yang nak sedih sangat nikenapa?" Dia geleng lagi. Meluat tengok abang kandungnya yang termenungmengadap frame gambar.

"Bukan anak kau. Kau mana tauapa aku rasa?" Kuat suara Pak Jamek, berlawan dengan bunyi hujan yangmenimpa atap.

"Eh, Najwa tu anak buah saya,bang. Saya sayang dia macam anak sendiri. Tapi...Apa nak buat. Dah ajaldia." Aini duduk di kerusi. Dia dulu mencapai cawan kopi. Air kopidicicip. Sedap pula pekena kopi kampung suam saat-saat hujan begini.

"Aku rindukan Najwa. Budakjantan yang buat Najwa tu, dah gila. Dah macam mayat hidup. Padan muka! puashati aku." Pak Jabek meletakkan framegambar di sisinya. Lepas itu, satu kotak kayu yang berasa di bawah kerusi rotanyang sedang dia duduk, digagau.

Aini meletakkan cawan kopinya yang sudahkosong. Dahinya yang licin berkerut.

"Apa benda tu?"

Pak Jamek membuka kotak kayu yangsudah buruk itu. Di dalamnya ada beberapa bentuk cincin. Dia mencapai cincin-cincin itu. Batu cincin itu besar-besar dan setiap satu ada fungsinyatersendiri. Pak Jabek percaya.

"Dah 20 tahun aku kumpulcincin-cincin ni. Kau tau, tiap satu ni ada khadam dia." Pak Jabekbersuara bangga. Lalu sebentuk cincin dipegangnya dan yang lain disimpankembali ke dalam kotak.

"Ni, cincin Batu TunggulPontianak. Cincin ni kena bertapa dulu baru boleh dapat."

Aini kelihatan bingung. Obses sangatabangnya itu dengan segala cincin. Sampai cincin emas berbatu zamrut di jarinyapun pernah dikatakan ada khadam. Aini bosan.

"Nak buat apa dengan cincintu?"

"Kau simpan. Kau jaga Raraelok-elok. Ikutkan hati aku ni. Tak mau aku izin Rara tu kerja dengan kamu.Nanti tak pasal-pasal anak aku..."

"Eh, kerja kedai kek je. Bukansaya nak jual si Rara tu."

"Takpe, aku dah pasang penjagakat cincin tu. Kau letak je dalam kedai kek kau. Tak ada jantan tak guna yangboleh dekat dengan Rara. Kau pun tolong tengokkan Rara. Kalau ada yangmenggatal dengan dia, cepat-cepat kau bagitau aku." Mata Pak Jabektergejil luas. Bersungguh benar dia berpesan.

Aini garu kepala sambil mencapaicincin yang disua Pak Jabek.

"Seram pulak saya nak simpancincin ni. Tak apa ke ni?"

"Tiap-tiap malam Selasa, kaubawak sini. Aku nak kasi dia makan."

Berderau darah Aini bila dengarperkataan 'bagi makan'.

Pantas cincin suasa berbatu putih danditengah-tengah ada titik hitam pekat itu, ditenung.

"Macam mata hantu je..."Aini celupar.

"Ha ha ha...Itu baru kau tengokmata dia. Kau belum tengok muka dengan rambut dia...Ka ka ka..." KesedihanPak Jabek sudah hilang. Kini hanya tinggal ketaksuban dia terhadap cincin yangdianggap sebagai pelindung itu.

"Saya akan jaga Rara tu. Dia takberani dengan mak cik dia ni. " Aini bangun menuju ke bilik, di mana anakdaranya, Seha sedang berbual dengan Rara.

Hujan di luar sudahpun reda. Kilatdan guruh telah sunyi. Hembusan angin sejuk di tingkap sudah lama lumpuh.Tiba-tiba rumah kayu itu terasa berbahang. Lantai yang dipijak Aini terasaseperti bukan dia seorang yang memijak. Dia berasa pelik.

 

 

 

 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nur Mayani