Home Novel Komedi/Romantik Komedi Lelaki Kelas Pertama
Lelaki Kelas Pertama
Haq Qayyum
23/3/2017 22:09:51
16,043
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 1

BAB 1

“LARI laju sikit Ijam!” Leo memekik dengan suara yang menahan ketawa.Tertoleh-toleh kepala dia dan Ijam ke belakang, tergelak dengan kuat yangmengejek. Di tangan Leo tergenggam kemas satu bakul kecil berwarnamerah.

“Janganlaju sangat aku dah penat ni gila!!” Ijam bersuara. Termengah-mengah tapi masihlagi mampu mengekek. Mereka terus memecut laju seperti angin di lorong kecilkawasan Chow Kit. Mak nyah-mak nyah sudah berlalu ke tepi dan melolongmacam orang gila dengan suara garau mereka tatkala Ijam dan Leo merempuh merekatanpa sengaja. Hampir membaling handbagjenama cikai mereka.

“Pulangbalik duit aku!!” seorang lelaki berpakaian sangat lusuh, koyak sana dan sini masihlagi laju mengejar Leo dan Ijam. Dia tak boleh biarkan duitnya dibawa lari olehdua orang anak lelaki itu. Penat dia mengemis. Habislah kalau duit dia melayangbegitu sahaja!

Leodan Ijam terus ketawa dan ketawa. Melangkah panjang dan terus berlari. Merekasuka dengan apa yang mereka buat sekarang ni. Mengambil duit pengemis tersebut.

“Lajulagi! Laju lagi!” jerit Leo. Kemudian mereka terus berdesup laju ke lorong yanglebih kecil di kawasan Chow Kit tersebut. Kedai-kedai makan yang beratursepanjang lorong itu mereka lepasi dengan pantas. Orang cina dan india yangmengenali mereka melaung-laung marah dalam bahasa mereka dengan riak mahumembunuh, kerana Leo dan Ijam hampir saja merempuh meja serta merobohkan kedaimereka yang mereput itu.

TapiLeo dan Ijam tetap ketawa berdekah-dekah. Mereka sudah sebati dengan semua itu.Kawasan Chow Kit itu adalah tempat bermain mereka.

“Pergh!Dia tak mengalah Leo! Nak juga kejar lagi!” Ijam memberitahu Leo. Leo tolehbelakang. Betul kata Ijam pengemis tu masih lagi kejar mereka. Bersemangatbetul nak ambil balik duit dia yang mereka curi.

“Laju!Laju! Laju!” Leo terus memecut laju dengan pantas.

Danakhirnya setelah main selok-belok di semua lorong, mereka berjaya melepasipengemis tersebut. Terus hilang dari radar.

“Diadah takde!” Ijam bagi tahu. Dia terus berhenti. Leo pun sama. Masing-masingmelepaskan nafas lelah. Maraton sepanjang hampir 1 kilometer. Memangmemenatkan. Ijam pula hampir terkeluar anak tekak bila terbatuk-batuk dengankuat. Leo menepuk-nepuk dada.

Masing-masinglelah.

Dankemudian mereka merenung sesama sendiri. Ijam dan Leo terus ketawaterbahak-bahak. Mereka menepuk-nepuk bahu sesama sendiri sambil tertawa suka.Seronok kerana dapat mengenakan pengemis itu.

“Kesiandia kau tahu tak? penat dia cari duit tu. Kita senang je curi dari dia! haha!!”Ijam ketawa lagi.

“Ah,biarkan dia. dia tu penipu. Kaki kudung konon. Pengemis tu dah mainkan orangawam. Dah lama aku perhatikan dia. Hah, padan muka dia.” Leo balas balik.Mereka kemudian bersandar di dinding lorong yang kian luntur warnanya. Lumuthijau berumah di tepi longkang.

“Berapadalam bakul tu? Macam banyak je?” Ijam muncung bibir pada bakul duit.

“Kejapbagi aku cek.” Laju Leo punggahkan duit yang ada dalam bakul tersebut.Berterabur not-not duit Malaysia, lima ringgit, sepuluh ringgit, satu ringgit.Bersinar mata biru Leo melihat duit-duit itu semua.

“Limapuluh ringgit pun ada! Wohoo!” Leobersorak gembira seraya mengutip duit yang bertaburan dengan rakus. Begitu jugadengan Ijam.

“Wuish,pandai betul mamat pengemis penipu ni cari duit. Tipu orang pun dah dapat limapuluh.”

“Dalamni semua ada dua ratus. Nah kau ambil seratus… aku ambil seratus.. adil!” Leoagihkan duit pada Ijam. Ijam ambil dengan laju dan terus mencium bau duit itu.

“Bolehbawa pergi karoeke ni!” suka Ijam berkata.

“Takada makna nak pergi kareoke. Simpan dalam tabunglah. Kau dah lupa ke kitakankena kumpulkan duit. Kau kata nak pergi Filipina. Nak jadi pelakon dekatsanakan?” Leo mengingatkan Ijam. Ijam dah tersengih sambil garu kepala. Ya,memang cita-cita dia nak jadi artis di Filipina. Dia pun ada rupa yang sangatkacak. Leo pun tidak nafikannya. Malah, mereka berdua mempunyai rupa yangmenawan dan menarik. Kelebihan pada Leo kerana mempunyai mata biru yang sangat menawan.

Huh,dua orang lelaki handsome tinggaldekat Chow Kit dari kecil hingga ke besar. Cita-cita mereka sangat besar.Mereka mahu keluar dari sini dan ingin membuat Ibu Salmah hidup senang-lenang.Tak perlu lagi meniaga burger setiap hari.

Merekaterdiam seketika. Masing-masing sandar kepala pada dinding.

“Kaurasa impian aku ni terlalu besar sangat ke?” soal Ijam pada Leo. Yalah, menjadi artis di Filipina. Diaminat sejak dia menonton cerita Filipina di warung-warung. Rumah mereka yangnak roboh tu mana ada TV. Jadi kalau nak tengok TV mesti ke kedai atau warung. Pemilikwarung dekat Chow Kit ni pun tak kisah kalau mereka tengok TV di situ. Nakbaring pun boleh. Tapi, mereka mesti tolong cuci pinggan. Itulah memori waktumahu meningkat remaja mereka di kawasan Chow Kit ini.

Leopandang Ijam.

“Akupercaya kau boleh buat. Aku suka kau ada impian besar macam tu. Dan aku harapjuga kau akan berjaya suatu hari nanti. Mana tahu kau jadi terkenal ke dekatsana. Ibu mesti bangga dengan kau. Aku lagilah akan bangga. Bangga tengok adikaku. Walaupun kita langsung tak ada pertalian darah.” Leo bagi kata-katasemangat.

Ijamtersenyum.

“Kaulahabang aku Leo. Terima kasih sebab bersama dengan aku selama 23 tahun ni. akusayang kau sangat.”

“Macamtu lah…” kepala Ijam, Leo sekeh.

“Tapi…aku tak beritahu ibu pun fasal impian aku ni. aku takut ibu tak bagi. Apa yang aku patut buat Leo? Aku harap sangatibu akan kasi aku pergi sana.” Nada Ijam tiba-tiba berubah agak sayu.

“Takapa. Aku ada dekat belakang kau. Aku akan cuba pujuk ibu supaya benarkan kaupergi. Duit kita kau ke sana pun dah nak cukup kan? Bila-bila masa je kau bolehpergi. Dah banyak dah duit kita kumpul. Beribu-ribu.” Tapi diorang tak pernahsimpan dalam bank.

“Akutak sabar!” Ijam sudah berangan. Dia memang sudah tidak sabar untuk ke sana danpergi mencuba.

“Eh,jomlah balik cepat! Nanti ibu arah dengan kita. Dahlah ibu sorang je yang adadekat gerai burger tu. Nanti ibu banyak pula kerjanya kita tak ada.” Leo terusbangun begitu juga dengan Ijam. Mereka terus bergerak laju meninggalkan lorongitu. Bakul merah tersebut dicampak ke dalam longkang.

SEORANG gadis kecil molek. Berambut panjang mengurai sedikit perang semulajadidan berwajah putih mulus. Masuk ke dalam sebuah butik yang ternama di Malaysia.Sudah ada lima cawangan. Semuanya di bawah label Arwin’s.

Boss! Emergency!!” Laila menjerit bagai nak runtuh cawangan utama butikArwin itu dengan suaranya. Jiha dan Sally pun dah ikut sama dari belakangLaila. Mereka bertiga terus mendapatkan Arwin yang tak sempat lagi nak letakkanhandbag mahalnya.

“Kenapakorang ni? apa yang emergencysangat?” soal Arwin. Terus tangan dia kena tarik dengan Laila ke arah sofa.

Haikal is back!” cemas nada Laila. Sallydan Jiha angguk kepala.

What!” Arwin terkeju habis. “When? Where? Oh my god!Habislah!” jerit Arwin tinggi. Daripada dia yang tenang masuk tadi terus jadigelabah macam pekerja bertiga dia tu.

Haikal!Erggh! Nama tu memang dia alergik sangat-sangat. Lelaki mata keranjang. Anakorang berada yang suka menyusahkan orang. Perangai macam beruk yang tak pernahjumpa perempuan. Anak dara orang dah berapa ramai dia goda. Sampai tidurbersama. Arwin alergik! Sekarang ni dia jadi buruan mamat tu? sekali lagi!

“Diakata dia nak datang! Dia nak jumpa dengan boss!”Sally bersuara.

“Hah?”sekali lagi Arwin rasa macam nak pengsan.

You should go now boss! Oryou’lldie with Haikal’s poison words! Yukk!”Jiha pula bersuara dengan nada yang nak muntah. Dia pun dulu pernah kena try dengan Haikal. Tapi nasib baik dia takterperangkap dengan ayat racun Haikal itu.

“Macammana ni? macam mana ni??” jerit Arwin kalut. Memang betul-betul kalut diasekarang ni. dia tak boleh bayangkan kalau si Haikal tu datang jumpa dia.memang muka mamat romeo tu dia nak sagat-sagat dekat jalan tar.

Boss balik dulu. Nanti kalau ada apa-apahal boss cuma call saya je. Sekarang ni bosskena lari dari sini sekarang juga. Tak boleh tunggu lagi. Dalam masa beberapaminit mamat romeo tu boleh muncul.”

Lailabagi cadangan. Dia, Jiha dan Sally terus tarik Arwin ke pintu depan butik.Arwin kena pergi dengan segera.

“Alamak!”langkah mereka bertiga serta-merta mati dek jeritan Sally.

“Diadekat luar! Dia nak datang sini!” Sally tunjuk luar. Semua mata yang pandangdah terkejut habis saat mereka nampak lelaki berpakaian segak, berkaca mata hitamyang baru saja keluar dari kereta mahalnya.

“Matiaku!” Arwin jadi buntu. Dia pegang kepala. Haikal dalam perjalan ke mari. Arwindah jadi gelisah.

“Macammana ni!! macam mana ni! Laila! Sally! Jiha! Tolong aku!” Arwin betul-betulkalut. Melompat-lompat dia setempat. Bunyi tumit kasut tinggi berketak-keletakmelaga lantai.

“Aa…aa..” Laila pun dah kalut dan lompat sama macam Arwin. Dalam kepala cubamencari idea.

“Hah!Boss jadi patung cepat!” entah darimana idea tak masuk akal tu datang. Semua dah pandang Sally.

“Betuljugak tu! Setuju! Kulit boss kanputih mesti dia tak perasan punya.” Laila dengan Jiha terus setuju dengancadangan gila Sally.

Arwintaknak tapi dia terpaksa. Laila dengan Sally terus tarik Arwin ke pentas kecilyang menempatkan tiga buah patung. Laila dengan kekuatan yang dia ada, menyeretsatu patung ke tempat lain. Bagi ruang tengah untuk Arwin berdiri jadi patung.

“Cepat-cepatnaik!” Sally mengarah. Arwin naik atas pentas kecil tu mengadap ke luartingkap.

Diaterus buat gaya kaku. Perkara yang tak pernah dilakukan seumur hidupnya. Jadipatung!

“Nahtudung boss. Sokop kepala nanti diatak perasan!” Laila campak satu selendang. Dengan pantas Arwin lilit padakepala. haraplah Haikal Romeo tu tak perasan. Dari tingkap lut sinar tu Arwinnampak Haikal sudah mula berada di hadapan pintu butiknya. Arwin terus jadikaku macam patung.

“Jangangerak boss! Jangan gerak boss!” Laila sempat berbisik sebelumpergi.

Hello ladies…” suara lunak manis Haikalyang menggoda menyapa gegendang telinga Sally, Laila dan Jiha. Masing-masingcuba untuk berlagak biasa dan tersenyum. Tapi senyuman mereka agak kelat dandibuat-buat.

“HaiJiha. Long time not seeyou look sexy today…” puji Haikal sambil turunkankaca mata. Jiha yang mendengarnya dah rasa sebu perut. Ada besin tak? tiba-tibarasa nak muntah sekarang ni.

“Haikal.Awak buat apa dekat sini?” soal Laila. Buat-buat tak tahu. Mestilah nak jumpadengan Arwin.

“Idatang sebab nak jumpa baby boo.Sayang I tu ada tak? I nak ajak dia datinglah.Dah lama tak kiss girl ni.”

Arwinyang berlakon jadi patung di belakang Haikal tu rasa macam nak terbatuk dengarayat Haikal. Arwin turunkan tangan. Dan dia buat gaya macam nak hentak kepalaHaikal. Sally dalam diam suruh Arwin supaya jangan bergerak.

“Arwin?Hmm.. dia tak adalah. Too bad.Kitorang tak tahu dia ada dekat mana. Mungkin dekat cawangan lain ke. youtahukan dia mesti sibuk.” Laila balas lagi. Nampak wajah Haikal yang kecewaitu.

Aa… sayangnya. Tapi tak apalah.Alang-alang I datang ni. I tumpang duduk dululah. Boleh I borak-borak denganyou bertiga. Sekarang you bertiga bukan ada customerpun kan. Jom kita.” Tanpa dipelawa Haikal terus duduk di sofa. Selamba ajelelaki tu. Langsung tak ada perasaan malu.

Arwinbuat isyarat pada Sally supaya halau Haikal. Sally angkat bahu sambil berkerutdahi. Dia pun tak tahu macam mana nak suruh mamat Romeo tu blah dari butik tu..

Arwinmengeluh. Nak aja dia hentak kaki sekarang ni. Dia dah penat nak berlakon dahni. karang kantoi pula aniya aje.

Laila,Jiha dan Sally terus duduk sama bertentangan dengan Haikal. Mereka boleh nampakriak wajah Arwin di belakang Haikal. Arwin sudah tidak tahan untuk berlakon jadipatung lagi. Tangannya lenguh nak angkat. Sally buat isyarat supaya Arwinbersabar sedikit. Mereka sedang cuba untuk halau Haikal keluar.

By the way… you bertiga ada boyfriend? Kalau tak ada boleh tak I nakambil tiga-tiga sekali jadi girlfriendI?” sesuka sesiku hati aje Haikal nicakap macam tu. Tak tahu malu betul.

Laila,Jiha dan Sally terpaksa ketawa. Buat-buat lawak dengan pelawaan Haikal yangbuat mereka rasa macam nak teranjang aje Haikal ni keluar masa tu juga.

“Takpayahlah Haikal. You dahlah playboy.Nanti makan hati kami.” Laila cuba membalas.

Haikalketawa dengan gaya machonya. “Ya, I memang playboy.I akui semua itu. Tapi… kalau you bertiga jadi GF I. I akan pastikan yang you bertiga akan hidup senang-lenang.Tak perlu kerja dengan Arwin lagi. Betul tak?” berlagak sungguh Haikal.

Sallydah bangun. Dia rasa macam nak kikis muka Haikal. Terus Laila dan Jiha tariktangan wanita tu supaya duduk balik. Arwin yang mendengarnya dah rasa macam nakmembunuh orang aje masa sekarang ni. geram betul dia dengan lelaki tak betul tu.

“Macammana? Setuju tak?” soal Haikal.

“Takapalah Encik Haikal. Simpan ajelah pelawaan Encik tu. Kami tak berminat. Maybe nextime…” Jiha jawab bagi pihak kawan-kawannya.

“Aa…too bad. Sayangnya you bertigalepaskan peluang keemasan ni.” Haikal tegakkan badan sasanya.

“Bukansemua perempuan tau yang selalu dapat offerdaripada macam ni. you bertiga yakin taknak? I akan bagi semuanya pada youbertiga.”

Laila,Sally dan Jiha dah ternganga. Mamat ni memang melampau!

“Kauni gila ke hah!” entah macam mana Arwin yang geram dan tidak tahan dengankata-kata Haikal itu terus bersuara lantang. Dia panas hati. Habis penyamarandia sebagai patung terbongkar. Haikal yang terkejut terus pandang belakangdengan mata yang terpinga-pinga.

“Sayang…”Haikal bangun dengan nada suara yang terkejut.. Arwin ingin dipeluk.

“Sayangkepala hotak kau! Ni ambik!” dengan kekuatan Arwin terus menyepak bahagiankelemahan semua lelaki dengan kasut tumit tingginya.

Sally,Jiha dan Laila terus menjerit. Haikal dah kesenakkan. Dia perlahan-lahan jatuhke bawah.

“You…you…”tak dapat Haikal nak bertutur dengan betul akibat kesenakkan. Tapi bunyi nadaHaikal dalam keadaan sedang marah.

Arwindah terkejut dengan tindakan sendiri. Melopong mulutnya. Tak tunggu lama terus dia keluar daripadabutik itu.

“Lariboss!!” jerit mereka bertiga dibelakang.

Kemudianmereka berpandangan sesama sendiri. Tersenyum sinis. Mereka bertiga pandangHaikal.

“EncikHaikal. Encik Haikal kami akan terima pelawaan Encik Haikal.” Laila bertutur dengan nada yang jahat.

“Kaugatal sangatkan?! Ambik ni!” Sally terus sepak badan Haikal. Haikal menjeritsakit. Terpelanting dia dan terusdiserang oleh Sally, Jiha dan Laila dengan teruk. Bertalu-talu.

“Padanmuka kau! Mamat gatal!” Jiha terus menampar muka Haikal berkali-kali. Merekatertawa sesama sendiri. Dah lama sebenarnya mereka nak buat macam tu dekatRomeo tak bertauliah seorang ni.

“Jadiawek kau? tak hingin aku! Huh! Kau ingat kau putera dari kayangan!?” Sally bagitamparan wanita sekali lagi.

Haikalterus bertindak bangun sambil menolak Sally dengan kuat. Sally nak terjatuhtapi sempat dipegang oleh Jiha. Mereka lihat hidung Haikal yang mancung tu dahberdarah. Kuat sangat ke diorang lempang?

“Korangjaga nanti! Aku akan balas balik!” Haikal bagi amaran sambil memegang hidungdan terus meloloskan diri keluar dari butik dengan perasaan geram. Dia mengejarArwin. Dia harus dapatkan Arwin. Sekarang juga!

“Lakitu dah gila agaknya…” gumam Laila tak puas hati.

“Tapimacam mana dengan Boss?” soal Jiha.Laila yang mendengar soalan Jiha itu hanya senyum senget. Dia pandang Jiha danSally silih berganti.

“Korangjangan risau. Boss tu bijak. Kalaudia tak dapat lari pun daripada Haikal tu… dia akan cari cara untuk menyorok.”Ujar Laila selamba seraya tersenyum..

“GILA punya lelaki! Dia nak apa ni?! agaknya mesti baru keluar dari wad sakitjiwa! Meroyan macam ada sawan babi!” Arwin laju memandu kereta sambil mencemuhtak puas hati. Kejap dia pandang depan, kejapdia pandang belakang. Haikal masih lagi mengerjanya dengan kereta. Tak guna!Kalau ikutkan hati mahu saja dia berhentikan kereta dan letupkan kereta Haikaltu sekarang juga. Lelaki tu tak faham bahasa betul! Orang dah tak nak tuberambus ajelah!

Pedalminyak kereta terus Arwin tekan. Laju. Bunyi keretanya semakin menderum kuat dijalan. Membelok-belok di celah-celah kereta yang sama arah dengannya. Dan bilaArwin pandang belakang Haikal tetap juga masih ada. Shit! Lelaki ni memang tak mudah putus asa! Terdesak sangat kehah?! Gila!

Arwinterus membelok ke kawasan yang lain. Dia sendiri pun tak tahu dia gerak ke manasekarang ni. dah macam tak ada arah tujuan. Macam mana nak ada arah tujuankalau dikejar!

“KORANG pergi mana ni? dah lama ibu tunggu tau. Tak reti nak balik-balik ke?”Salmah meninggikan sedikit suara. Dia bercekak pinggang memandang Leo dan Ijamsilih berganti. Tak semena-mena telinga dua anak muda itu dipulas dengan kuat.

“Aduh!Aduh! Sakit!” Leo dan Ijam sama-sama mengerang kesakitan. Paling teruk kenapulas telinga depan pelanggan pula tu. Malu aje. Tapi Leo dengan Ijam yakinpelanggan mereka bukan kisah sangat pun. buat hal sendiri aje. Yang mereka tahumereka datang warung kecil tu sebab nak makan burger. Ada maknyah, pelacur,cina, india, melayu dan gengsters. Semua golongan yang biasa dijumpai dikawasan Chow Kit Kuala Lumpur ini. Dunia luar takkan pernah pedulikan golonganmereka.

“Kitorangjalan-jalan cari duitlah ibu.” Jawab Leo. Perlahan-lahan Salmah lepaskanpulasan telinga. Ijam usap telinga sendiri.

“Macam-macamkorang ni. dah. Buat pesanan burger tu cepat. Ibu nak balik. Nak ambil stok dagingdengan roti dengan Atoi.” Ujar Salmah.

“Baikbu…” Leo dan Ijam sama-sama mengangguk. Salmah terus beredar dari situ.

“Kaulahni, aku dah kata suruh balik cepat.” Leo sekeh kepala Ijam. Ijam balas balik.Dan mereka sama-sama menyekeh sambil ketawa lucu.

“Abang!Berapa lama nak tunggu burger kitorang ni hah! Tak siap-siap lagi! Kitorang dahlapar ni tau. Kejap lagi dahlah nak kerja. Jangan sampai kitorang kerjakanabang…” suara lelaki tapi dah bertukar jadi perempuan melaung. Kumpulan pondantu pun dah berteriak sama.

Yala-yala!”Leo menjawab. Kemudian sama-sama mereka bergerak ke warung burger kecil Salmah.Memasak pesanan. Sambil-sambil itu mereka berbual-bual mesra dengan semua orangdi situ. Semuanya sudah biasa bagi mereka. Semua golongan di Chow Kit itumereka jadikan kawan.

Dengangengsters. Tapi mereka tak pernah nak masuk kumpulan gengster sebab tak mahudatangkan masalah pada Ibu Salmah. Walaupun dah beberapa kali dipelawa olehketua-ketua gengster. Faktor utamanya adalah sebab mereka pandai berlawan.

Kespandai berlawan ni bila mereka dari kecil memang dah melepak dekat tempatahli-ahli gengster buat pertandingan berlawan. Sampai mati orang kena belasahpun mereka pernah lihat dengan mata sendiri. Kalau siapa yang menang akanmendapat tempat tertinggi di dalam kumpulan dan duit. Dunia sekarang. Semuanyatentang duit. No money, you nothing!

“Kausiapkan ni. aku pergi tengok ibu. Takut dia tak boleh angkat barangsorang-sorang.” Leo tinggalkan kerjanya yang separuh itu untuk Ijam. Ijamangguk dan Leo terus berlalu. Ibu bukannya kuat sangat. Dia dah tua. Nantitakut pula kalau tak larat pula nak angkat barang banyak-banyak. 


___________

Thank you for your times ^_^


Enjoy reading? More Stories please visit my blog; Fazroliqbal.blogspot.com

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Haq Qayyum