Home Novel Thriller/Aksi Ariana Farisya
Ariana Farisya
Haq Qayyum
18/5/2016 21:43:21
2,262
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 2

BAB 2

POUCH BAG ditekan dan ditumbuk banyak kali dengan kuat. Seperti melepaskan geram yang membuku di dalam hati. Bunyi kaki berlawan dengan pouch bag kuat menyapa gym itu.

“Arrgh!!” Ariana menyepak dengan kuat hati dan kekuatan sepakkan dia ituu membuatkan pouch bag itu melayang keran terputus.

“Argh!” jerit Ariana kuat. Melepaskan segala stress.

“Woi-woi. Kau ni asal datang gym aku je mesti banyak barang yang kau rosakkan. Boleh bankrup aku kalau macam ni.” Jerit seorang lelaki pada Ariana. Lelaki itu mencapai pouch bag yang sudah tercabut tersebut lalu meletakkannya ke tempat lain. Ini dah kali ke sepuluh Araian musnahkan pouch bag yang ada dekat gym ni.

Ariana terduduk. Apa yang berlaku hari ini mebuatkan dia marah dan sakit hati. Kenenran yang memang betul=betul memeritkan bagi dia untuk menerima semua ni.

“kau ni kenapa? Badmood semcam aje? Kau datang bulan eh?” Kyle berseloroh. Namun dia dijeling tajam oleh Ariana.

“Okey-oeky. Rilek.” Kyle angkat tangan dulu. Tak fasal-fasal makan penyepak Ariana kejap lagi.

“Kau ni kenapa sebenarnya? Macam ada masalh aje? Cuba cerita dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong.” Kata Kyle lagi. Dia sudah pun duduk di hadapan gadis itu. Ariana terdiam/ merenung mata Kyle. Kyle kawannya yang sudah lama dia kenal tampak macam betul-betul nak menolong. Tapi Ariana tidak mahu Kyle tahu apa masalahnya.

“Aku… aku tak tahu nak cerita dekat kau macam mana. Aku pun sendiri tengah konfius ni.” Balas Ariana.

“Besar sangat ke masalah kau tu samapi kau tak boleh nak cerita dekat aku?” tanya Kyle. Ariana tidak menjawab. Dia meneguk air mineral yang berada di tangannya.

“Ke kau ada masalah dengan Rayyan Akashah tu? si pelakon bbajet tu…” duga kyle. Ariana laju gelengkan kepala. Tak kuasa dia nak ada masalh dengan hero bajet lelaki melayu terakhir tu.

“Tak adalah. Aku cuma ada masalah dengan kerja aje. Kau janganlah risau.” Ariana tersenyum manis. Membuatkan hati Kyle mahu luntur dek senyuman gadis itu. Bukan senang nak tengok Ariana tersenyum. Gadis itu sentiasa mengetatkan muka dengannya.

“Lah… production tak jaga kau elok-elok ke? Diorang buli kau? Beritahu aku production mana yang suka-suka hati boleh artis popular kita ni. Sakit betul hati aku.” Kyle sudah melagakan penumbuknya. Muka membuat mimik yang tidaak puas hati.

“Kau ni overlah…” badan sasa Kyle Ariana tolak. Kyle gelak.

“Kau shooting dekat mana sekarang ni?” tanya Kyle.

“Kenapa?”

“Taklah… aku ingat nak ikut sekali. Teringinlah pula nak tengok kau berlakon. Selama ni aku tengok dalam TV aje. Kau gelak dalam TV, kau senyum dalam TV….”

“Ah, kau jangan percaya semua tu. itu semua diri aku yang plastik. Kau ingat aku suka ke gelak senyum macam tu hah? Lagi-lagi bila terpaksa berlakon bermesra dengan artis-artis lelaki yang bajet entah apa-apa. Muka aje yang hensem. Tapi kalau bab lakonan memang kayu habis. Aku tak tahulah macam mana production sekarang ni mencari pelakon. Buta dengan rupa agaknya. Tak tengok bakat langsung.” Kutuk Ariana. Dia cakap benda yang betul okey.

“Kau ni banyak bunyilah…” Kyle kepit mulut Ariana dengan ibu jari dan jari telunjuknya. Dengan segera Ariana menepis kasar. Kepala Kyle ditunjal.

“Tolonglah jangan buat macam tu. aku tak sukalah. Tolong…” Ariana sinsingkan rambut ke belakang.

“Bagi penumbuk karang baru kau tahu.” Jeling Ariana. Tapi Kyle rasa ugutan Ariana itu sangat comel. Ariana sudah bangun begitu juga dengan Kyle.

“Dahlah. Aku nak balik. Kejap lagi ada shooting. Lambat aku sampai lokasi karang macam-macam Malaysia kutuk aku.”

“Lah… kejapnya nak balik.”

“Kau nak aku lepak sini berapa abad lagi? Ingat aku tak de kerja ke?”

“Apa salahnya. Aku seronok kau ada dekat sini. Boleh temankan aku.” Kyle senyum senget menampakkan lesung pipit kanannya.

“Banyaklah kau!” botol mineral itu diserahkan pada Kyle.

“Bye. Jumpa lagi.” Lambai Ariana dengan gaya ganasnya. Kyle melambai juga.

“Hati-hati drive.” Pesan Kyle.

“Aku tahulah….”


*terima kasih sudi baca entry kali ni.

Blog: Fazroliqbal.blogspot.com

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Haq Qayyum