2,479
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 1


Ok. Cun Hans. Good job.

Hans, angle sana pula... awesome.

Maintain..... 1 2 3 click. Ujar photographer itu.

“Thanks Hans, i puas hati dengan kerjasama you.”

"Most welcome. I pun seronok bekerja dengan you. Zaf.” balas Emel tersenyum manampakkan gigi ratanya.

"Wah! Hans hebat la you. Bertambah up la payment nanti". Tutur Sya merangkap personal assistant Emel.

"Well, You know me.” kata Emel dengan bangga. Tersenyum lebar buat P.A nya.

Siapa sangka model Antarabangsa ini sebenarnya memiliki segulung ijazah kedoktoran pakar bedah dari University of Melbourne. Dari awal lagi sudah mengetahui akan hal tersebut.Bahkan kami mengambil langkah merahsiakan identiti sebenar Emel dikalangan wartawan dan sewaktu dengannya.

"Kau tengok apa Sya?” Emel turut menoleh kebelakang apa yang dilihat Sya tadi.

"Aku pelik nyah, kau asal tak jadi doktor je? Why modeling?" Soal Sya besertakan kening sengaja diangkat.

Terus mati senyuman ku apabila disoal begitu. Aku memandang terus ke mata Shasha.

Kringkring......

 "Eh, kejap kejap....." Ujar Sya menunjukkan tapak tangannya.

Aku berlalu meninggalkannya disitu yang sedang bergayut. Segala barang kepunyaanku sudah dikemaskan Sya sendiri kerana itu tanggungjawabnya sebagai P.A nya. Semua jadual kerja dimana, urusan apa, siapa dan urusan dengan siapa pun terpulang pada Sya yang akan mengupdate segala urusannya sejak lima tahun lepas lagi.

“Hans!!”

“Apa dia Syaa....?" Sahut Emel dengan berang. Terjerit terlolong macam apa entah. Bikin malu sahaja.

“Yours daddy....” Ujar Sya bikin suspen.

Emel berpaling menhadap Sya sambil bercekak pinggang. “I don't want to talk about him.” Lihat Sya mengeluh tanpa banyak soal menuju ke pacuan empat roda milik Emel.

“Sya oh Syaa.... schedule you arrange tu kasi i rehat sikit lah. Tak kan semua job you nak sapu kot..” Pintu kereta dibuka sebelum melabuh duduk. Wajah Sya di pandang sekilas meminta simpati.

“Of course lah. Payment i pun pasti naik.” Tutur Sya.

“Dengan muka you macam ni.....”leret Sya bila mana tangan mula kearah penumpang sebelah.”Hati i boleh cair ke? kirimsalam lah.” Terkekeh-kekeh Sya ketawa. Sungguh dia menakutkan ketawa sebegitu.

Auuuu. “Sakit lah Hans. You ni bapak gorila ke?”

Emel mencebik. Pukul sikit dah sakit. Dia perempuan ke aku yang perempuan ni. Stress dia dapat P.A lembut tapi kasar. “kalau i bapaknya, You mesti lah mommy nya.”

Pap.”Tu makan dia Hans. Samakan kita dengan dia pula.” Setepek perlahan Sya bagi kat pipi Emel. Kereta mula bergerak meyusur laluan jalan Duta menuju ke destinasi.

“Sya!” Jergil Emel sambil mengosok pipinya.

“Surrender.” Ujarnya Sya angkat tangan tanda menyerah.. Senyap. Masing-masing melayan perasaan dengan celoteh Dj radio yang pelbagai ragam.

Kesepian tanpa peneman suka dan duka hanya bertemankan Sya yang dia sendiri tidak kenali identiti sendiri. Kehidupannya tidak seperti orang lain yang dahagakan kasih sayang seorang ibu dan bapa. Dapat berkumpul pun sudab bermakna buat dirinya. Andai dapat dia putarkan Kenangan lepas, mana mungkin dia akan berada disini.

Baru baru ni, artikel mengeluarkan statement bercinta dengan Dato' dan golongan bangsawan. Coi. Ingat aku ni mata duitan ke apa, please la. Murah sangat!

Tiba tiba hati menjadi sakit bila mengingkatkan perempuan perampas itu.




Ghaz!!!

“Ye, mak?” Sahutku. Wajah tua itu dipandangnya.

“Ghaz tak penat buat kerja macam ni? Ni bukan kerja Ghaz, kerja Ghaz dekat kl tu.” Ujar Mak Timah sambil tangannya mengasing kan ikan kering diatas para.

“Tak apa. Selagi Ghaz bokeh tolong dan kudrat ni masih sihat Ghaz akan buat kerja ayah.” 

“Tak usah la Ghaz. Ayah dan mak kamu ni dah terbiasa buat kerja macam ni. Ghaz pergi lah cari kehidupan diluar sana.” Pak abah mencelah.

Pak Abah mendekati kedua beranak yang lagi bersembang tidak perasan akak m kehadirannya itu. Jaring serta baldi yang dipegang diletakkan di bawah.

“Pak abah macam menghalau Ghaz je.” 

Ghaz menoleh kearah pak abah kian mendekati kami lagi rancak berbual. Tubuh tua yang kian kehilangan kudrat dibawa duduk. Jam ditilik seketika. Harus lah petang bakan melabuhkan tirainya beberapa jam lagi. Secawan kopi dan sepinggan biskut kering dihulur.

“Pergi lah anakku, jauh perjalanan luas pemandangan” 

“Kalau dah begitu saranannya. Baiklah.” 

Senyuman pasangan suami isteri saat berat bagi diriku untuk keluar dari perkampungan ini. Mereka banyak berjasa saat aku tiada apa apa. Merekalah yang memberi semangat dari fizikal dan mental. Tidak pernah dia lupakan.

Pak abah menghirup kopi yang masih belum luak itu. 

“Ghaz. Balik tadi terserempak dengan Mila dekat simpang kampung tu. Tanya kan kamu.”

“Ada jumpa ke tidak? Pak Abah berkenan betul dengan sopan santun dia Ghaz.”

“Belum sempat kamu kenan, mahu tak tercekik kamu dengan buah rambutan ni.” Bidas Mak Timah, pinggang dicekak tajam renungan buat si suami.

Masing-masing ketawa geli hati. 

“Ish. Kesitu pulak kamu ni Timah. Bukan untuk saya tapi untuk Ghaz ni.” Usul Pak Abah sambil mumukul perlahan bahu Ghaz.

Terus tersedak Ghaz disitu. Ghaz mampu tersenyum saja. Geleng pun tidak, angguk pun tak.

“Sebaik. Tidak..... Boleh pengsan saya dibuatnya.” Seloroh Mak Timah.

“Ada jodoh tak kemana Pak Abah oi.” Selar Mak timah lagi. 

“Manu tahu jumpa jodoh terpijak dekat kuala lumpur boleh lah pakat orang kampung pergi makan kenduri disana pula.” Sambung Mak Timah lagi. Dia begitu teruja.

“Insyaallah.” Balasnya pendek.

“Bila nak ke Kuala lumpur.” Soal Mak Timah

Wajah pasangan suami isteri itu dipandang. Disini dia rasa selesa, tidak menyerabutkan. Malah aman dan tenteram dikala jiiwa ini. Lagi-lagi bersama mereka walau dalam keadaan serba kurang. Kasih sayang yang mereka lahirkan sangat dirasai.

“Bulan depan. Kalau tak ada aral melintang.”

“Lagi cepat lagi bagus Ghaz. Lama-lama kat sini buat apa. Tak ada kepentingan pun.”

“Tak letih?” Soal Mak Timah.

“Apa yang letih?” Soalnya binggung. Wajah itu dipandang sayu. 

“Menyepikan diri dari orang ramai. Bukan Mak nak serabutkan kepala kamu. Tapi cukup apa yang Ghaz lakukan.” Lincah tangan wanita tua itu mengasing jenis-jenis ikan.

“Mak! hari ni boleh lah masak pekasam. Lama Ghaz tak rasa pekasam.”

“Pandai kamu cipta alasan. Ye lah, malam karang kita makan besar.” Seloroh mak Timahmengamit suasana semula. 

“Jangan lupa ulam-ulam sekali. Kepunan anak kamu ni, Mah.” Pak Abah mencelah.

“Wajib.” Balas Mak Timah. 

Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh