2,477
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Prolog


PANTAI CENANG, Langkawi.


Seorang gadis tinggi lampai sedang berjalan di persisiran pantai cenang yang amat mendamaikan dan angin pula mendayu-dayu lagaknya. Tidak seramai seperti hari cuti yang kebiasaannya penuh seperti ikan kering berjemura  disekitar sepanjang  pantai ini.

Rambut panjang sekitar paras pinggang dilepaskan berterbangan kesana kesini oleh angin pantai ini. Kaki ini sejuk bermain pasir halus disekitar ini, tersenyum puas apabila dapat merasai peluang sebegini kesseorang tanpa sesiapa disisi bersendirian disini. Langkah diteruskan sampai ke hujung nun disana.

Bukk...... terjatuh tertongeng ke atas pasir halus ini.

"Aduh....". menyeringai kesakitan pada lutut. Siapa punya angkara yang melanggar aku tadi ni. Leher ditoleh kekanan ke kiri.

"Mmaaf cik.. cik ok ke?".soal laki itu. 

"You nampak i ok ke?”

“You tengok je?”

“Tak reti nak tolong? Ha!” bagai peluru berpandu ditujunya.

Dari atas kebawah ditilik kumis disekitar muka, bersinglet putih lusuh, berseluar pendek lusuh terkoyak sana sini dan berambut kusut serabai. Eeeuu.

"Ewrr. Maaf cik, saya tak sengaja. Saya cuba ambil bola ni...... ". Ujar lelaki itu ingin menghulurkan tangan nya untuk tuan badan yang jatuh tadi berdiri semula. Malah aku menghentikan ujarnya....

"Eeeee.”

"No no, dont touch me".

"Tak pernah mandi ke? Laut dengan you tak jauh mana pun.” Soal Emel sambil jarinya kekanan kiri. 

"Angkara you yang langgar i tadi? Sesuka hati mak bapak you je main langgar orang."

"Ni bola ni...". Aku rampas bola yang berada ditangannya lalu aku membaling jauh di pantai itu. Aku mengibaskan rambutku ke hadapannya dan menhadiahkan senyiman cukup sinis buat lelaki tak terurus itu lalu terus aku berlalu pergi tinggalkan nya. 

Tidak sempat Ghaz bersuara gadis tinggi lampai itu terus membidas kataku dengan tangannya seperti sotong malah bukan main mengutuk lagi Minah ni tadi bukan main suruh tolong. Dah tu terlanggar bukan sengaja. Perempuan jenis apa macam ni cantik tapi pekak tak guna juga.

Ghaz memerhatikannya dan apabila dia menyentuh soal mak bapak, main kasar mulut perempuan ni. Ghaz cuba untuk sabar dan sabar.

Bola yang berada di tanganku dirampas  lalu dilontarkan jauh di pantai. Terjeggil mata Ghaz melihat tindakan berani gadis tu bahkan rambutnya sengaja dikibaskan ke arah mukanya dan menapak pergi dengan senyuman sinisnya. 

"Wei, kenapa tu Ghaz? Asal dia campak bola kita. Siapa nak ambik?".soal kawan yang turut bermain tadi.

"Entah!"

"Bulan jatuh keriba kot agaknya. Meroyan tak habis. Kau lah ambil. Malas aku".jawab Ghaz malas mengingkatkan pertemuan tadi dan Ghaz terus berlalu pergi ke tempat mereka main tadi.

Ghaz membelek-belek muka sendiri kumis dimuka masih ada tapi belum rapikan lagi. Terlampau memikirkan hal sendirk sampai tidak sempat mengurus diri sendiri. Ghaz menjatuhkan mata ke pakaian yang gadis tadi mengutuk singlet putih yang dipakai agak lusuh ini. Sudah memadai la, tepi pantai tak akan pakai kemeja pula tak macam dia, pakai tak cukup kain. 

"Mati ni pun satu gatal sangat tengok tayangan free". gumamku sendiri 

Sepasang mata ini mula melihat pemandangan pantai cenang ini yang sungguh mendamaikan dan air lautnya kebiruan. Tenang seolah beban yang dipikul sedang pergi jauh. 

"Hoi, hang dok tenung apa lagi. Jom balik. Nak malam dah ni". ujar Daim, sahabatku sepermainan tadi. 

Ghaz bangun dan turut melangkah sama dengan rakan yang lain menuju ke bilik kami semula. 

"Aiya, letihnya.... membelek belek tangan dan kaki sekiranya terdapat kecederaan berlaku. Boleh minta ganti rugi pada laki kumis tadi". Gumam Emel sendiri.

"Ini semua mamat tu punya pasal".

"Aish. Geram aku macam nak cekik cekik je". Emel menapak ke beg galas dan mengambil cemera dslr miliku lalu dibukanya, melihat setiap gambar yang aku ambil. Emel melihat satu persatu gambar itu. Kenangan lama tidak mudah dilupakan begitu saja, sakitnya bagai dicucuk sebilah pisau. 

Emel memerlukan ketenangan disini tanpa pengetahuan keluarganya. Malah mereka sudah bahagia dengan kehidupan masing masing. Tajul Badrie kini sudah mendirikan rumah tangga untuk kali kedua dengan isteri barunya sejak kematian isteri pertamanya beberapa tahun lepas dan sejak itu Emel tidak pernah lagi menjejaki rumah itu walau rumah itu meninggalkan seribu satu memori indah. Untuk melawat Tajul Badrie tidak sama sekali selagi perempuan yang merampas papa masih ada dalam rumah itu. Aku benci wanita itu. 




Ting Ting..  

"You nak apa kacau i ni Sya? You tahu kan i tengah b.e.r.c.u.t.i?" satu satu ejaan ditekan kan.

Susah ade pengurus macam sya ni. melebih-lebih kawalannya. Nasib baik si Sya tak dapat ikut trip Ke Langkawi oleh kerana ada hal yang patut dia lakukakan di kuala lumpur itu.

"I nak rehat.” Jawab Emel malas pada shasha melalui corong iphone ini.

"Alah you ni, i just nak inform kat you. You kena balik awal. Semua orang tengah cari you.

"Lagi lagi you ada photoshoot ". Ujarnya lagi

"Seminggu you hilang Hans. I nak jawab apa dengan papa you tu dengan wartawan lagi. Penat i kena desak je tau".membebel tak henti.

"Padan lah muka you. Nak jadi P.A i konon, hal kecil tak boleh handle. Coii". Ujarku memerlinya terus ku ketawa mendengar rungutan shasha @ mak jemah.

"Please lah Hans, jangan la seksa i macam ni. I tak sanggup hans. Seksa i tauu.."ujarnya gedik.

"Okeyy, bye. Hahaha". Jawabku pendek dan meletakkan iphone ku. Pandan muka you, pandai pandai la you kelontong dorang. Kalau tak nahas you i kerja kan kalau i balik kl nanti.

Apa yang Tajul Badrie inginkan darinya kalau setakat menyuruhnya aku pulang kerumah agam itu memang tidak sama sekali betambah haru biru jadinya. Aku bahagia dengan kehidupan yang aku pilih ini sekarang. Sesen pun tidak aku minta dari Tajul Badrie apa pulak yang ingin dituntutnya. Gumam ku sendiri.

Mama..... i miss you. Kenapa cepat sungguh mama pergi, Emel tak sempat meluangkan masa dengan mama. Kalau mama masih hidup, mama akan dapat tengok Emel pakai coat putih maa..itu kan kebangaan mama selama ini. Ekut jejak langkah mama. Ujarku teresak esak menangis.

Sejak lima tahun kepergian Puan Azza menghadap ilahi. Tahun seterusnya mendapati bahawa bahawa Tajul Badrie telah melangsungkan perkahwinanya. Sakit hatinya bila mana wanita pilihannya janda anak satu . Andai Puan Azza hidup lagi pasti kami sekeluarga mengecapi bahagia sekarang.




wattpad pun sedia ada  http://my.w.tt/UiNb/DqUeWstTQE


Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh