HUD teringat kad pengenalan yang masih berada di dalam simpanannya. Lantas dia memberhentikan kenderaan di bahu lebuh raya. Ingatan itu datang secara tiba-tiba ketikamatanya terkedip menahan silau dek pantulan lampu tinggi dari kenderaan di seberang jalan.
Dia rasa alamat keluarga Zahra dan alamat rumah lelaki yang menyerangnya sama. Benarkah?Adakah mereka adik-beradik? Hati tertanya-tanya dalam masa yang sama tangannya deras menyeluk poket belakang seluar. Terkial-kial dia mengeluarkan dompet.
“Adik-beradik?”soal Hud sendirian lantas membandingkan alamat yang berada di tangan kanannya dan kad pengenalan si penyerang di tangan kirinya.
Hendak berpatah semula ke Kampung Gong Pak Jing, tentulah mustahil memandangkan dia telah pun berada di daerah Bentong yang berbaki kurang satu jam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Kalau diaingat lebih awal, tentu dia dah selidik hal itu dengan Mak Cik Ida. Namun, diaamat pasti dugaannya kali ini tidak jauh tersasar. Tentu ada ikatan kekeluargaan di antara Zahra dan Zaki memandangkan mereka berkongsi alamat yang sama.
Hud melepaskan nafas panjang. Hidup ini agak kompleks. Jika benar apa yang diduga,Hud sebenarnya telah ditakdirkan melanggar adik kepada seorang lelaki yang cuba menyerang dan membunuhnya. Mereka datang daripada rahim yang sama, tetapi tinggal di dua dunia berbeza.
Jika dikenangkan apa yang telah dilakukan oleh si abang, tak perlu lagi dia berbuat baik kepada si adik. Adil kepada kedua-dua pihak yang menjadi mangsa, namun Hud tidak sampai hati hendak membiarkan masa depan Zahra gelap gara-gara keadaan fizikalnya yang tidak seperti dahulu.
Zaki? Dia berjaya melarikan diri ketika dibawa ke sebuah kilang lama yang katanya tempat ‘perjanjian’ dijalankan. Walaupun masih menyesal kerana terpedaya dengan kata-kata Zaki, Hud masih yakin ada jalan lain yang akan membawa dirinya kepada pembunuh keluarganya.
Janji yang dibuat kepada diri sendiri tidak akan sama sekali dimungkiri biarpun jalan berduri terpaksa ditempuhi. Kad pengenalan Zaki disimpan kembali ke dalam dompet. Hud meneruskan perjalanan apabila dirasakan terlalu lama berhenti di bahu jalan.
Sampai sahaja di rumah, dia terus merebahkan diri ke atas katil. Tanpa menyali npakaian, tanpa membersihkan badan, dia lena hingga ke pagi dan hanya tersedar ketika azan subuh berkumandang. Kelopak mata yang masih berat dikatup kembali, namun dia tidak dapat tidur hingga bunyi pintu diketuk dari luar.
Hajah Ramlah tidak pernah lewat datang bekerja walaupun usianya hampir menjangkau 60 tahun. Walaupun ibu bapanya telah lama meninggal dunia, dia masih setia berkhidmat walaupun berkali-kali Hud menawarkan pencen berbayar kepadanya.
“Hud!”
“Ya, MakHajah!”
“Dah bangun ke?”
“Sudah...saya nak berehat saja hari ni,” jawab Hud dari biliknya.
“Mak Hajah buat sarapan dulu. Nanti Hud turunlah makan.”
“Okey,”jawabnya mudah.
Sehingga jam 9.00 pagi, dia masih memerap di dalam bilik. Belum berniat hendak turundari katil sekalipun. Hajah Ramlah sudah dua kali datang mengetuk pintu biliknya.
“Okey,Mak Hajah! Saya turun 15 minit lagi,” jawab Hud.
Kali ini dia terpaksa turun dari katil memandangkan sudah tiga kali Hajah Ramlah mengetuk pintu biliknya. Tak sampai hati pula dia hendak membuang masa di ataskatil lagi. Bergegas dia masuk ke bilik air untuk mandi setelah seharian tidak membersihkan diri.
“Hud tak teringin nak cari pasangan hidup ke?” soal Hajah Ramlah ketika dia sedang menghabiskan bihun goreng.
Wajah tuaitu dipandang dengan rasa hairan. Tidak pernah pula Hajah Ramlah bertanyakan hal peribadinya sebelum ini.
“Kenapa Mak Hajah tanya?”
“Teringin nak tanya. Mak Hajah dah lama kerja dengan keluarga Hud. Dari Hud kecil lagi,waktu semua masih ada. Kalau Mak Hajah sendiri terasa sunyinya rumah ni, takkan Hud tak rasa sunyi?”
Hud diam.Soalan itu mematikan terus seleranya. Kalaulah Hajah Ramlah dapat membaca isihatinya, tentu dia tak tergamak hendak bertanya soalan itu.
“Sayabukan hidup untuk cinta semata-mata, Mak Hajah.” Teringin sekali Hud meluahkankata-kata itu namun dek rasa hormat, kata-kata itu dibiarkan bergema di dalam hati sahaja.
“Hud janganlah ambil hati dengan apa yang Mak Hajah tanyakan tadi. Kalaulah Hud dahbertemu pasangan hidup, Mak Hajahlah orang pertama yang berasa bahagia. Mak Hajah rasa... kalau mama dan papa Hud masih hidup, tentu dia orang punhendakkan benda yang sama.”
Hud masih diam. Kerusi yang menjadi alas duduknya mula terasa panas. Sesungguhnya diatidak gemar berbincang hal peribadi dengan sesiapa saja melainkan dia sendiri yang mahu berbuat demikian. Cepat-cepat dia menghabiskan hirupan kopi terakhir sebelum meminta izin untuk keluar. Tak kisahlah ke mana, asal tidak dibebel seperti itu.
“Mak Hajah kalau nak cuti, beritahu saja pada saya. Kesian Mak Hajah, buat kerja katrumah ni tanpa henti. Ambillah cuti, Mak Hajah. Rehat.Jangan risau pasal gaji atau makan pakai saya, semua beres,” pesan Hudmengangkat punggung.
Rasanya,itulah topik yang paling sesuai untuk menggantikan topik tentang pasanganhidup. Hajah Ramlah mengerti ketidakselesaan anak muda itu bercakap tentang pasangan hidup.
“Mak Hajah nak cuti juga nanti. Tengoklah dulu Hud.”
“Okey.”Hud mengangguk sebelum meminta diri untuk keluar.
Asalnya dia tidak pasti destinasi yang hendak dituju, namun sedar tak sedar kereta telah pun diberhentikan di parkir hospital. Lama dia berfikir, sama ada perlu atau tidak dirinya muncul di depan Zahra lagi selepas pertemuan terakhir mereka minggu lalu.
Akal tidak sempat membuat keputusan kerana tangan dan kaki terlebih dahulu bergerak meninggalkan kereta di tapak parkir.
‘BIARKAN gunung meruntuh, gurun merekah. Tetap aku jadi manusia bertanggungjawab.’
Hati sempat berdesis ketika pintu lif terbuka. Prinsip itulah yang dipegangnya untukmenjawab segala persoalan yang diutarakan oleh diri sendiri tentang mengapa dia begitu mengambil berat akan keadaan Zahra.
Boleh saja jika dia mahu lepas tangan. Tidak perlu menunjukkan rupa di depan Zahra,tidak perlu juga mengaku sebagai pesalah tetapi ihsan dan simpati masih bersisa di dalam diri. Begitu berat bahunya memikul kesakitan dek kehilangan sebuah keluarga. Hud yakin begitu jugalah berat yang ditanggung oleh Zahra setelah tragedi terburuk di dalam hidupnya menimpa diri.
Dia dapat merasakan kesakitan itu, malah lebih daripada itu. Lihat sahaja reaksinya saatdia berdiri menghadap Zahra. Muka tanpa senyuman dipersembahkan kepada Hud.Terselit jelingan tajam.
“Aku dah bincang dengan Doktor Zaidah. Aku nak bawak kau keluar dari sini.”
Wajahnya masih di seberang sana, langsung tak dipaling ke arah Hud. Ya, aku si pesalah yang sedang berdepan hukuman dibenci. Terimalah ini dengan hati terbuka.
“Tapi,aku nak bawak kau ke Maryland.”
PandanganZahra beralih juga ke arahnya.
“Untukapa?”
Barangkali itu yang ditanya Zahra, walaupun hakikatnya Zahra tidak berkata apa-apa.
“John Hopkins Voice Center, USA. Aku cubaapa yang termampu untuk pulihkan kau macam dulu.” Hud terus bersuara.
“Kau setuju?”
Zahra tak menjawab. Tentulah dia mahu pulih dan mahu kembali sihat seperti dulu. Dia mahu pulang ke pangkuan ma dan adik-adik. Biarlah tidak kaya asalkan berada di sisi mereka.
“Kalau kau setuju, aku aturkan dengan Doktor Zaidah dan buat appointment dengan John Hopkins Voice Center.” Hud mengutarakan cadangan.
Untuk sampai ke peringkat itu, ia bukan satu keputusan yang dibuat secara tiba-tiba.Sebulan Hud berulang-alik ke hospital dengan jawapan akhir yang mengecewakannya. Harapan Zahra untuk pulih seperti dulu tidak dapat dijanjikan.Sebab itu, dia berikhtiar cara lain pula.
Namun,semuanya bergantung kepada Zahra sama ada dia mahu cuba berubat di luar negaraatau tidak. Hud masih menanti. Zahra pula masih belum memberi kata putus. Dia diam di dalam diam. Argh! Stres Hud menunggu jawapannya.
“Zahra,aku tanya kau ni! Kau setuju tak?” Naik marah Hud dibuatnya. Sedar yang suaranya tinggi, sepatah kata yang sudah lama tak diucap kedengaran.
“Sorry.”
Zahra akhirnya mengambil sebatang pen dan menulis di atas kertas kosong yang tersedia di sisinya dengan susah payah. Lama Hud menunggu Zahra menulis.
Ma aku macam mana? Siapa bayar bil hospital aku? Aku tak ada duit.
Hud terus membaca apabila kertas itu dipusing ke arahnya.
“Nanti aku ke Kampung Gong Pak Jing untuk beritahu mak kau. Pasal bil hospital tu, kau tak payah fikirlah. Pandailah aku cari,” jawab Hud.
Dia nampak Zahra menulis lagi.
Tapi aku tak ada duit nak ganti duit kau nanti.
“Aku tak suruh kau ganti. Anggaplah aku bayar balik segala hutang dan dosa aku pada kau.”
Aku setuju.
Jawapan itu melegakan Hud. Tanpa meminta izin, dia keluar dengan niat untuk menyelesaikan semua.
Apa cara sekalipun, Zahra mesti pulih. Barulah hutang aku dengannya langsai. Barulah aku boleh menyelesaikan urusan terpenting dalam hidup aku. Barulah hidup aku tenang. Aku yakin, masa itu akansampai. Gumam Hud dalam diam.
Langkah terus disusun menuju ke bilik Doktor Zaidah. Wanita separuh abad itu tenang dankeibuan, mengingatkan Hud kepada arwah mama.
“Saya masuk boleh, doktor?”
“Ya,sudah tentu! Jemput duduk, Encik Hud.”
Hud mengangguk. Kerusi di hadapan Doktor Zaidah ditarik dengan pantas.
“Saya nak discharge Zahra.”
“Kenapa?”soal Doktor Zaidah terkejut.
“Saya nak bawa dia ke Maryland John Hopkins Voice Center. Doktor tahu?”
Doktor Zaidah mengangguk.
“Tapi Encik Hud, kondisi Zahra masih tak okey untuk terbang jauh. Dia banyak luka dalaman. Terlalu banyak. Leher dia pun belum pulih sepenuhnya. Saya risau dia tak mampu harungi perjalanan sejauh tu,” balas Doktor Zaidah, kurang bersetujudengan cadangan anak muda itu.
“Macam mana cara sekalipun, saya nak ikhtiarkan suara dia pulih macam dulu. Dia boleh berjalan dan bekerja macam dulu. Saya tak mahu berhutang satu sen pun dengan dia.”
Masih terngiang-ngiang suara seorang lelaki yang menolak Zahra sebagai calon isterinya setelah kemalangan itu berlaku.
Dia masih ingat juga pergelutan dengan lelaki yang sama di kawasan meletak kenderaan hospital. Mujurlah dia masih sihat walafiat selepas kejadian itu berlaku. Kalau tak, entah bagaimana dia nak menunaikan janji yang dibuat dengan Zahra tak lamadulu. Dia nampak Doktor Zaidah menggeleng.
“Encik Hud, yang memberi sihat dan sakit itu bukan kita. Tapi ALLAH Taala.”
“Saya tahu, sebab tu saya nak usahakan jugak.” Hud membalas dengan yakin. Baginya berserah tanpa usaha bukan jalan yang betul.
“Risiko tinggi, Encik Hud. Fikirkan betul-betul hal ni. Lagipun bukan semua airlines sanggup terima pesakit berisiko dalam penerbangan mereka,” nasihat Doktor Zaidah.
Hud tidak menjawab lagi kerana dia sedang mempertimbangkan beberapa perkara lain selain daripada nasihat Doktor Zaidah. Tentu ada cara! Mustahil tidak ada penyelesaian untuk mengatasi masalah itu.
“Kalau saya nak jugak bawak Zahra berubat di John Hopkins tu, macam mana cara nak kurangkan risiko yang ada masa naik airlines?”
Doktor Zaidah tidak segera menyahut. Susah juga hendak melenturkan kemahuan anak mudaitu. Katalah apa saja risikonya, walaupun bukan dia yang menanggung beban kecederaan itu tetap dia mahu meneruskannya. Bayang wajah Zahra melintasi difikirannya.
“Keselesaan dia yang paling utama. Sedangkan kita yang sihat pun terasa sakit bila terpaksa menempuhi perjalanan jauh, inikan pula Zahra yang phisically and mentally hurt.”
“So?”
Doktor Zaidah hanya memandang anak muda tanpa perasaan itu. Kalau itu anaknya, tentu sudah dipiat telinga agar mendengar kata.
“Encik Hud kena check dengan airlines dulu tentang polisi mereka membawa pesakit berisiko dalam penerbangan. Pihak kami hanya boleh beri nasihat dari segi medical sahaja.”