Home Novel Cinta SOULMATE TUAN PROFESOR
SOULMATE TUAN PROFESOR
Batiah Hadi
29/10/2017 00:00:20
219,308
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

“Ibu, Izzah dah kata kami tak buat apa-apa mengapa ibu masih nak Izz bertanggungjawab?” soal Izmir pula.

“Dia takut dengan kamu sebab itulah dia kata macam tu,” ujar Encik Hakeem lagi. Aduhai, Izmir rasa seperti menarik rambut sendiri. Tepuk-tepuk dahi semua. Begitu juga dengan Izzah.

“Ya Allah…ibu dan ayah nak suruh kami cakap macamana lagi ni baru nak percaya ni?” soal Izmir.

“Makcik, inilah yang sebenarnya.  Bukan saya tipu sebab saya kasihankan dia. Prof tak buat apa-apapun pada saya. Dia hanya terpeluk saya je. Percayalah makcik, pakcik,” rayu Izzah.


 Rasa nak menangis pun ada. Gila ke? Baru masuk kerja hari itu minggu depan kena pinang? Dia tak mahu dikahwinkan dengan Izmir. Belum masa untuk dia berkahwin pada usia muda seperti itu. Dia baru 25 tahun. Masih muda remaja. Masih banyak yang dia hendak capai. Lagipun, apa kata kalau boyfriendnya Wafiq mahukan dia semula?  


“Kami berdua dah nampak dengan mata kepala kami sendiri. Kamu dah peluk dia dengan pandangan semacam.  Macam tu kamu kata kamu tak ada niat buruk? Ibu tahu apa maksud pandangan kamu tu. Kamu pandang dia macam kamu nak sangat pada dia,” tuduh Puan Nora.

 “Ibu!” Izmir terjerit. Izmir rasa macam mahu menghempas kepalanya ke dinding. 3-4 kali kalau boleh. Wajahnya merah.

Izzah yang mendengar semua itu terpempan. Serta-merta wajahnya juga merah macam udang kena bakar bila memahami apa maksud kata-kata Puan Nora itu. Mustahil! Tapi, mana dia tahu sewaktu dia pengsan tadi. Mungkin lelaki itu memandangnya sebegitu. Oh tidak!

“Izzah, tolong terangkan apa yang berlaku. Saya tahu awak tak mahu kahwin dengan saya seperti saya tak mahu kahwin dengan awak. Demi masa depan kita berdua please speak the truth Izzah. Tak kan awak nak kahwin dengan saya ni,” rayu Izmir dengan matanya tajam merenung Izzah. Pandangan yang bertaut lama itu menyebabkan Izzah tak sanggup menentang mata itu lantas menundukkan wajahnya untuk meleraikan pandangan itu. Benarkah kata-kata Puan Nora? Meremang tengkuk Izzah. Pantas Izzah cuba menghilangkan rasa itu dan fokus pada saat itu di mana dia harus menegakkan bahawa dia dan Izmir tidak bersalah dan hanya satu salah faham sahaja.

“Betul makcik. Prof tak sengaja. Saya terkejut sangat tadi bila nampak muka Prof dalam gelap. Saya ingat makhluk mana tadi. Saya minta maaf buat semua orang salah faham. Saya haus jadi saya ambillah air yogurt tu. Prof, maaflah saya dah habiskan semua. Saya janji nanti saya ganti semula sebijik macam tu,” ujar Izzah. Izmir mendengus.

“Awak sedar tak awak dah susahkan semua orang. Lain kali nak minum tu bukalah lampu supaya tak terkejut. Dan satu lagi, sedarlah sikit awak tu di rumah orang. Kalau nak minum ambiklah air kosong tu saja jangan nak pandai-pandai belasah sembrono je air lain. Air yogurt tu semua saya yang punya. Dan satu lagi lepas minum janganlah mengeliat-ngeliat macam jentik-jentik pulak! So annoying! Sebab itulah saya meluru sebab marahkan awak,” marah Izmir. Izzah terpempan. Jentik-jentik dia kata? Ah! Melampau!

 “Ayah dan ibu masih tak percaya cerita kamu berdua. Untuk memastikan maruah Izzah terjaga, kami akan pinang Izzah untuk kamu hujung minggu ini,” ujar Encik Hakeem sambil berpandangan dengan Puan Nora. Puan Nora mengangguk-angguk. Izmir dan Izzah tepuk dahi.

“Ayah!!!” jerit Izmir.

“Pakcik!!” jerit Izzah.

“Keputusan ayah muktamad. Izmir mesti dengar kata ayah dan ibu dalam hal ni. Ini semua untuk kebaikan kamu dan Izzah,”

“Ayah, ibu…kenapa sampai macam ni? Izmir belum nak kahwinlah,”

“Izmir, kamu kena kahwin juga dengan Izzah. Izzah, biar Izmir tebus semula kesalahan dia pada kamu dengan mengahwini kamu,” kata Encik Hakeem. Izzah mengeleng-ngeleng. Entah apalah yang hendak ditebus. 

“Tapi…Izmir hanya terpeluk dia je bukan buat apa pun?” terang Izmir lagi masih tak berputus asa. 

“Betul makcik…kami tak buat apa pun. Sumpah tak ada apa pun yang berlaku,” ujar Izzah masih cuba meyakinkan kedua-dua pasangan suami isteri itu. Mengapalah mereka konvensional benar. Bukan ada apa yang salah pun.

“Untuk elakkan perkara ini dari berlaku lagi, makcik rasa wajarlah kamu berdua disatukan,” ujar Encik Hakeem. Izzah dan Izmir mengeluh tidak percaya sesuatu seperti itu boleh berlaku. Ini bukan novel nak kena paksa kahwin!

“Ibu!” protes Izmir.

“Ini untuk kebaikan kamu berdua. Hujung minggu ni kami akan pinang Izzah untuk kamu Izmir,” ujar Puan Nora. Encik Hakeem menggangguk setuju. Izmir menjerit geram manakala Izzah tepuk dahi. Apa masalah keluarga ni? Hal macam itu sahaja terus suruh kahwin? Dekat luar sana pasangan belum berkahwin selamba berpelukan dan kadang-kadang tak kahwin pun tapi yang Izmir terpeluk bukan sengaja dah dipaksa kahwin. Menyesal dia ikut Prof Izmir sampai ke rumah kalau inilah yang akan terjadi. Dia dan Izmir akan dipaksa kahwin! Dia sangat berharap semua itu hanya dalam mimpi yang esok hari bila dia terjaga semuanya kembali seperti asal. Kalau tidak Wafiq bagaimana? Habislah angan-angannya nak menjadi isteri Wafiq anak jutawan tu!


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.