ENJIN kereta
dimatikan. Fareed memerhatikan banglow
sederhana mewah kepunyaan ayah Rania. Hari ini ada 2 buah kereta. Salah satu
kereta itu sungguh dikenali. Kereta Rania yang berwarna putih.
Rania
telah ada di rumah! Bagaimana aku mahu memberitahu Rania bahawa aku ingin
berjumpa dengannya. Fareed menggaru kepalanya yang tidak gatal. Entah-entah
Rania tidak ingat siapa aku, nanti buat malu saja. Satu keputusan diambil,
Fareed akan bertemu Rania di Hotel Princess pada hari Isnin. Dia pasti Rania
akan masuk bekerja.
“Mengapa
tak nak masuk? Dalam rumah tu semuanya manusia tak ada harimau pun.” ujar Rania
kepada Fareed yang menolak untuk singgah ke dalam rumah Rania.
“Insya-ALLAH,
lain kali saja.” jawab Fareed pendek.
Matanya
hanya memandang Rania keluar dari keretanya setelah terserempak dengan Rania di
pusat membeli-belah. Dia yang menawarkan diri untuk membantu Rania. Ingatannya
masih jelas akan peristiwa 2 tahun yang lalu sebelum dia berangkat ke luar
negara untuk menyambung pengajiannya.
Kring…
kring… kring…
“Waikumussalam.
Ada apa mak?” soal Fareed kepada Puan Munnah.
“Fareed
kat mana sekarang? Tolong mak boleh.” soal Puan Munnah sambil membetulkan
kedudukannya di kerusi makan.
“Fareed
kat luar ni. Mestilah boleh untuk mak, apa sahaja Fareed boleh buat.” jawab
Fareed sambil tersenyum.
“Ambil
baju? Kedai baju yang kat mana tu mak?” soal Fareed ingin mengetahui lokasi
sebenar kedai baju yang dimaksudkan oleh Puan Munnah.
“Oh
kat Ampang, okay Fareed akan ambilkan.” jawab Fareed setelah Puan Munnah
memberitahu alamat lengkap kedai tersebut.
Mata
Fareed tidak lepas melihat rumah Rania semula. Dia pasti akan masuk ke rumah
itu setelah bertemu Rania semula pada hari Isnin nanti. Moga segalanya berjalan
lancar, doa Fareed dalam hati.
RANIA
masuk ke pejabat dengan hati yang berdebar-debar dan teruja. Pagi ini dia
sampai awal ke pejabat, dia mahu ambil mood
dulu sebelum memulakan tugas. Ole-ole dari Korea disimpan elok di dalam lacinya
yang ada 3 lapis.
“Wah,
orang Korea sudah masuk kerja!” teriak Zaidah teruja.
Segera
dia peluk Rania dengan hati yang gembira kerana melihat kawan baiknya selamat
tiba di Malaysia.
“Macam
mana Korea, okay tak kat sana?”
“Mestilah
okay!” Rania tidak melepaskan pelukan Zaidah. Mereka berpelukan erat kerana
lama tidak berjumpa.
“Kau
ada belikan ole-ole yang aku kirimkan tu?” ujar Zaidah mula mencari-cari beg
plastik di atas meja Rania.
“Ada.
Jangan risau, pasal kau aku pasti beli. Sekejap aku ambilkan.”
Rania
terus membuka lacinya. Beg kertas berwarna merah diambil lalu diserahkan kepada
Zaidah yang teruja menunggunya.
“Alhamdulilah,
dapat juga ole-ole dari Korea walaupun tak pi sana. Terima kasih Rania. Eh,
lupa pulak… kamsa hamnida.” ujar
Zaidah ceria.
Rania
hanya tersenyum melihat gelagat Zaidah yang mencuit hatinya.
“Ceritalah
apa yang best kat sana, aku nak tahu.
Kau hanya story yang best-best saja tau!” gertak Zaidah
kepada Rania yang selesa duduk bersandar di kerusinya.
“Aku
duduk di sana 5 hari, jadi banyak sungguh cerita yang aku ada. Kau mahu dengar
yang mana satu?” jawab Rania dengan gaya seorang boss.
“Cerita
yang best saja. Senang cerita, kau
ada jumpa lelaki Korea yang handsome
tak?” soal Zaidah dengan mata yang galak.
Mendengar
soalan yang berkaitan lelaki yang handsome,
jantung Rania berdebar-debar. Fikirannya melayang, dia teringatkan Alex. Lelaki
yang sinonim dengan handsome.
“Wei,
Rania aku tanya bab lelaki handsome
kau sudah diam. Apa cerita ni? Beritahulah aku, kau ada berkenalan dengan
lelaki Korea yang handsome kan? Duga
Zaidah kepada Rania yang mula berubah wajahnya.
“Mana ada aku berkenalan dengan lelaki handsome. Biasa-biasa saja. Aku paling
suka pergi Pulau Nami. Cantik tempat tu!” Rania mengalihkan perhatian Zaidah
kepada topik yang lain pula.
“Memang
cantik, aku tengok daripada video yang kau hantar tu pun sudah nampak teruja
mahu pergi ke sana. Siapa yang rakamkan video tu?” soal Zaidah ingin tahu.
Rania
menelan air liur. Macam mana aku nak terangkan kepada Zaidah. Adakah aku nak
cerita tentang Alex?. Rania mula berfikir-fikir.
“Ada
seorang oppa yang baik hati mahu
tolong aku.” jawab Rania tanpa memperkenalkan Alex.
Zaidah
hanya menganggukkan kepala.
“Rania,
nanti kita sambung cerita lagi. Oh ya, kalau Dato’ Kamil panggil kau tentang ke
mana kau menghilang selama seminggu yang lepas. Kau pandai-pandailah menjawab
ya.” ujar Zaidah sambil tersengih macam kerang busuk.
“Iya,
jangan risau. Pandailah aku menjawabnya. Jam 9.30 pagi nanti kita sarapan
sama-sama ya.”
Rania
mula mengalihkan kerusinya di meja yang berukuran empat segi tepat.
“Assalammuaikum
semua. Hah, Rania! Mana kau menghilang?” suara Asraf membuatkan Rania
tersenyum.
Asraf
terus menuju ke meja Rania.
“Aku
bercuti ke Korea. Kau rindukan aku ya.” usik Rania sambil tersengih.
Tangannya
sibuk mengambil sesuatu daripada beg plastik berwarna hitam.
“Mestilah
aku rindukan Puteri Rania yang cantik. Korea? Laa kenapa tak beritahu aku…
boleh aku kirim barang.”
Asraf
memuncungkan bibirnya.
“Aku
tak mahu kecoh-kecoh. Nah, ole-ole dari Korea!” ujar Rania sambil menghulurkan
ketip kuku yang ada patung gadis Korea yang memakai hanbok.
“Wah
cantik! Terima kasih Rania. Ingat juga kau kat aku ya. Hihihi…” gelak Asraf membuatkan
Zaidah turut tertawa.
“Rania
tu selalu ingatkan kau, cuma kau aja yang tak perasaan.” usik Zaidah dari meja
sebelah.
“Bila
masa pula aku tidak ingatkan Rania? Tolong sikit, aku kalau pergi mana-mana tak
pernah lupakan kau orang berdua.” jawab Asraf tenang.
“Aku
tahu, kau pasti ingatkan kami. Tu sebab kami sayangkan kau lelaki tunggal kat
bahagian kita ni.” gelak Rania.
Zaidah
turut tertawa.
“Ehem..
ehem…” suara wanita daripada belakang membuatkan semuanya menoleh. Selina!
“Meriahnya
di sini, bising macam pasar. Oo.. Rania? Kau sudah masuk kerja, ingatkan sudah
berhenti kerja.” Perli Selina sambil berlalu menuju ke arah tandas.
Panas
telinga Rania mendengar sindiran tajam Selina.
“Kau
jangan ambil hati dengan cakap Selina. Mulut dia memang laser, tak sayang
mulut. Pagi-pagi sudah buat orang naik angin.” Zaidah bersuara turut menjeling
ke arah Selina.
“Selina
asyik tanya kau sejak tak ada kat office.
Biasalah perangai dia tu, tak boleh lihat orang gembira sikit. Ada aja
modalnya! Geram aku!” sampuk Asraf dengan memek muka menyampah.
“Sudah,
jom kita mula bekerja. Nanti waktu rehat kita sambung cerita lagi.”
Rania
meleraikan perbalahan antara mereka. Masing-masing beredar menuju ke meja untuk
memulakan tugasan. Di atas meja Rania ada beberapa dokumen yang perlu
diselesaikan.
“Hai,
Rania! Macam mana dengan Korea, mereka tidak jadi perang kan?” suara lelaki itu
membuatkan Rania segera mendongak.
“Oh,
Encik Haikal. Korea Selatan masih lagi aman.” Rania tersenyum.
“Ini
ole-ole untuk Encik Haikal.” Rania menghulurkan sebuah beg plastik kecil kepada
Encik Haikal yang hampir 10 tahun bekerja di Hotel Princess.
“Terima
kasih. Susahkan you aja. Rania,
sekejap lagi masuk bilik I kita ada discussion sikit.” Arah Encik Haikal
membuatkan Rania mengangguk tanda terima arahan.
Rania
bergegas ke arah tandas sebaik sahaja perutnya mula memulas-mulas minta
dibuang.
“Oopss…
assalammuaikum Dato’’!” spontan sahaja Rania menyapa Dato’ Kamil yang baru
masuk office. Rania hampir terlanggar
Dato’, syukur dia sempat mengelak.
Dato’
Kamil memandang Rania atas bawah dengan wajah yang serius!
“Ada
pula hari ini.” ucap Dato’ Kamil dengan sinis.
Menyirap
Rania mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Dato’ Kamil. Rania hanya
mengangguk tanda hormat kepada ketuanya. Dato’ Kamil terus berlalu
meninggalkan Rania. Sebaik sahaja Dato’ Kamil beredar dari situ, Rania terus
bergegas masuk ke tandas.
“RANIA
jom keluar, aku belanja. Hari ini aku baik hati.” Tegur Asraf yang sudah
berdiri di sebelah Rania yang leka membuat kerja. Banyak dokumen yang bertimbun
di atas mejanya.
“Sudah
pukul 1.00 ke?” Rania segera melihat jam tangannya.
“Ya
la, sudah masuk waktu rehat.”
“Jom,
kita lunch pizza. Hari ini aku
teringin mahu makan pizza. Rasanya sudah lama aku tidak makan pizza. Cepatlah,
aku sudah lapar ni!” gertak Asraf kepada Rania yang kelam-kabut mencari beg
tangannya di dalam laci.
“Iya,
aku tahu. Perut aku pun lapar juga ni. Rindu mahu makan dengan kau. Zaidah kau
tak ajak ke?” ujar Rania sambil memandang tepat wajah Asraf yang berwajah Chinese look. Asraf menepuk dahinya yang jendul.
“Ya
ALLAH, aku lupalah.” jawab Asraf dengan rasa cemas.
“Kau
tak ajak pun aku mahu ikut sekali. Aku tak kisah!” tiba-tiba Zaidah bersuara
dari belakang.
Sejak
dari tadi Zaidah memasang telinga.
“Eiks…
aku belum ajak lagi kau sudah lebih-lebih pula. Macam mana mahu jadi wanita
pujaan lelaki Malaya?” usik Asraf kepada Zaidah yang sudah bersedia untuk
sertai mereka.
“Aku
tidak mahu jadi wanita pujaan lelaki Malaya, aku mahu jadi wanita pilihan
lelaki soleh… boleh?” pantas Zaidah menjawab dengan senyuman nakal.
“Berangan
saja lebih, ada hati mahu cari lelaki soleh.” Asraf mencembekkan muka kepada
Zaidah yang suka memakai make-up yang
agak tebal.
“Suka
hati akulah, dah itu impian aku…” jawab Zaidah tidak mahu kalah.
“Sudah-sudah,
bila kita nak gerak ni.. masa berjalan. Nanti nak order, nak makan saja sudah ambil masa. Jom kita pergi, bertekak di
sini perut aku yang sakit nanti.” Rania meleraikan pertikaman lidah 2 sahabat
baiknya.
Selepas
30 minit mereka berada di kedai Pizza, tiba-tiba Asraf menjerit,
“Alex!!”
Mendengar
nama itu spontan Rania menoleh ke arah tepi mereka. Asraf mengamit tangan kepada
seorang pemuda. Kelibat pemuda itu mara ke arah mereka yang duduk di sebuah
meja empat segi. Jantung Rania berdegup kencang! Betul ke Alex dari Korea yang
muncul ketika ini?
“Alex!!
Ini akulah Asraf, kawan satu course
masa belajar di UPM.” Sapa Asraf kepada lelaki muda yang bergaya metro. Lelaki
itu hanya mengerutkan dahi.
“Asraf
lalat, ingat tak lagi?” ujar Asraf bersungguh kepada lelaki itu.
Rania
melepaskan nafas lega sebaik sahaja melihat wajah lelaki yang bernama Alex itu.
Syukur, bukan Alex dari Korea tapi kawan Asraf. Kenapalah aku berdebar sangat
bila mendengar nama Alex? Sakit sungguh dibuatnya bila orang lain sebut nama
Alex. Nama itu aku tidak mahu dengar di Malaysia.
“Asraf
kumpulan lalat! Aku fikir siapa mamat yang jerit tadi! Kau buat apa di sini?”
Lelaki itu menjawab sambil bersalam dengan Asraf.
“Hah,
ingat pun kau! Ingatkan sudah lupa. Aku kat sini untuk makanlah takkan untuk shopping pulak.” Tempelak Asraf kepada
lelaki tadi.
“Hahaha..
kau masih seperti yang dulu. Tak abis berlagak macho kan? Sorry Asraf,
aku tidak boleh borak lama. Awek aku sedang tunggu tu. Kau bagi nombor telefon
nanti kita sembang panjang ya.” Mereka saling bertukar nombor telefon dan
lelaki itu berlalu dari situ.
“Bye bye. Jangan lupa call aku!” jerit Asraf lagi. Sakit
telinga Rania kerana suara Asraf yang agak kuat.
“Siapa
tu?” soal Zaidah berminat.
“Kawan
aku masa belajar di UPM.” Selamba saja Asraf menjawab.
Tangannya
menyambung semula menikmati pizza yang telah dihidangkan.
“Handsome kawan kau tu.” ujar Zaidah
teruja.
Mendengar
itu, Asraf segera meletakkan garpu di pinggannya.
“Jangan
nak mengatal ya, kawan aku tu sudah ada awek. Kau tak dengar tadi?” ujar Asraf
serius.
“Aku
baru cakap handsome. Aku tak cakap
pun mahu berkenalan dengan dia atau minta nombor telefon.” jawab Zaidah tenang.
Dia memang mudah tertarik dengan lelaki yang berwajah handsome. Zaidah meminati lelaki yang dianugerahkan TUHAN dengan
wajah yang handsome.
“Iyalah tu. Kau saja mahu sembunyikan agenda sebenar kan? Hahaha…” Asraf tertawakan
Zaidah. Rania turut tertawa mendengar usikan Asraf.
“Pandailah
kau buat cerita. Aku tak ada agenda tersembunyi langsung. Kau saja mahu perli
aku kan?” ujar Zaidah seolah terasa hati dengan kata-kata Asraf.
Rania
segera memegang bahu Zaidah.
“Janganlah
terasa hati, Asraf tu saja sakat kau. Sebenarnya dia sendiri yang ada agenda
yang tersembunyi. Betul tak Asraf?” Rania memancing perhatian Asraf.
Wajah
Asraf segera berubah. Dia menelan air liur.
“Aku
pulak yang ada agenda. Eiks… tak sesuai lah!” pantas Asraf menjawab. Tiba-tiba
dia terasa badannya panas. Dia segera minum air fresh Oren. Rania hanya tersenyum melihat telatah Asraf.
“Rania,
kenapa kau macam orang takut je bila aku panggil kawan aku tadi? Kau kenal Alex
ke?” soalan Asraf membuatkan Rania tidak berselera untuk makan lagi.
Dia
memandang Asraf sambil mengelengkan kepala.
“Aku
tidak pernah jumpa pun kawan kau tu.” Rania segera menundukkan kepala dan
menikmati garlic bread yang masih
berbaki.
“Habis
tu muka kau semacam saja aku nengok? Kau sorokkan sesuatu dari kami ya? Kau ada
kawan lelaki yang bernama Alex kan?” Asraf cuba mengumpan Rania dengan soalan
itu.
Rania
memandang wajah Asraf dengan berkerut dahinya.
“Beritahulah
kami, siapa Alex tu? Boleh kami berkenalan.” sampuk Zaidah turut menyokong
kata-kata Asraf.
“Eiks…
mana ada aku sorokkan. Aku tak ada kawan nama Alex pun.” Rania bersuara
gementar.
Dia
bimbang tidak dapat mengawal dirinya daripada bercerita kisah Alex dan dia di
Korea sepanjang 5 hari di sana. Biar kisah mereka hanya Rania dan Alex sahaja
yang tahu.
“Sejak
balik dari Korea ni, aku nengok kau macam sedih je. Ini mesti ada apa-apa yang
telah berlaku di sana.” usik Asraf tepat memandang wajah cantik Rania.
“Aku
letih dan tak cukup tidur. Bukannya aku sedih ke apa.” Rania menjawab dengan
berhati-hati supaya Asraf tidak menyoalnya lagi.
“Rania
letih. Kau ni saja mahu serkap jarang. Jom kita beredar. Lagi 10 minit masa
rehat sudah tamat.” ujar Zaidah seolah-olah memahami apa yang dirasakan oleh
Rania ketika itu.
Fuhh!!
Lega, akhirnya mereka bersurai dan tiada lagi soalan-soalan maut daripada
mereka. Rania mengelap peluh yang menitik di wajahnya.
SEBAIK
sahaja Rania tiba di mejanya, matanya terlihat sejambak bunga ros segar. Dia
menoleh ke kiri dan ke kanan jika ada orang yang menghantarnya.
“Wahh!!!
Rania dapat bunga!” jerit Asraf membuatkan Rania memberi isyarat diam dengan
jari telunjuknya.
“Siapa
yang bagi bunga ni?” soal Zaidah kepada Rania yang kelihatan terkejut.
Rania
membelek jambangan bunga itu. Dia mencari kad atau nota daripada pengirimnya.
“Aku
pun tak tahu. Bunga ni ada di atas meja.” ujar Rania perlahan.
“Ini
mesti boyfriend Rania yang bagi.”
Asraf meneka sambil tersengih.
Rania
masih membelek jambangan bunga ros yang cantik lagi segar.
“Aku
mana ada boyfriend. Siapa yang bagi
ni?” soal Rania kepada dirinya sendiri.
Akhirnya
tangannya tersentuh sekeping kad kecil berwarna putih. Segera diambil lalu
dibaca.
Hai Rania,
Bunga ros pengganti diri.
Aku sungguh merinduimu.
-lelaki misteri
“Misteri
la sangat! Kau kenal tak Zaidah?” soal Asraf kepada Zaidah yang leka membaca
catatan nota itu.
“Hah?
Aku tak kenal. Tanya Rania lah.” jawab Zaidah sambil membelek jambangan bunga
ros.
Rania
mengerutkan dahi. Dia cuba memikirkan siapakah gerangan lelaki yang memberinya
bunga ros khas untuk dirinya.
“Siapa
lelaki misteri ni Rania?” soal Asraf menyibuk ingin tahu.
“Entah,
aku sendiri tidak tahu siapa lelaki ni.” jawab Rania lemah.
“Lelaki
misteri macam aku pernah dengar. Tapi di mana ya?” sampuk Zaidah sambil
memegang dagunya.
“Cubalah
kau ingatkan baik-baik. Kawan sekolah ke, kawan universiti ke atau kawan adik
lelaki kau ke.” Asraf memberi cadangan kepada Rania yang kelihatan gelisah
kerana tidak dapat mengetahui identiti sebenar lelaki yang bernama lelaki
misteri.
“Okay,
aku cuba ingatkan kembali kawan lelaki yang bernama lelaki misteri.” Luah Rania
perlahan memohon pengertian daripada Zaidah dan Asraf supaya memberi ruang
kepadanya untuk bersendirian ketika itu.
Rania
terduduk. Ingatannya melayang kepada lelaki yang bernama Alex!. Jambangan bunga
ros yang ditinggalkan di Incheon
International Airport. Rania pasti Alex mengambil semula jambangan bunga
ros itu.
Hatinya
tiba-tiba sebak.