Home Novel Cinta Cinta Akan Indah
Cinta Akan Indah
rini syanira
19/7/2017 15:55:22
3,253
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Kurindu wajah dan senyumanmu,

memberikan cahaya,

di dalam setiap mimpi-mimpiku,

kau pergi membawa hati ini,

tinggalkan aku sendiri dalam sepi.

 

JATUH cinta sesingkat itu. Irsyad juga putus kasih dalamsekelip cuma bersama pemilik sebuah nama Aina Malina... Lina... satu nama yangtelah sebati dengan rutin hariannya di kampus. Nama itu juga mendapat satutempat istimewa jauh di lubuk hatinya.

Walaupun jika dilihat dengan mata kasar mereka hanyabersahabat, namun tiada siapa yang tahu hatinya selama ini menafikan bahawa diaterpikat dengan keistimewaan Lina sejak dulu, sejak mereka berkenalan.

Dia jatuh cinta untuk kesekian kali. Kala ini dia pasti iaadalah cinta pertama dan terakhir untuknya. Wow! Tapi... mahukah Linamenerimanya setelah apa yang telah berlaku? Setelah semua yang mereka lakukanpada sahabat Lina sen­diri? Dia juga tidak percaya, memikat Meeda tapi terpikatpada temannya!

Irsyad bersandar lesu pada kerusi CEO yang diwarisi daripadamamanya. Dia memejamkan mata, cuba mencari ketenangan. Fikiran berserabut penuhdengan kenangan, persoalan dan yang penting permintaan mama. Sejak dulu, mamahidup bersendirian selepas pemergian papa yang terlibat dalam nahas kapalterbang di Los Angeles. Dia tahu mama tidak mahu bersuami lagi keranamembesarkannya.

Kini, sudah tiba masa dia memenuhi impian mama yang lebihpada permintaan dan perintah seorang ibu. Dia sudah mengambil alih tampukpemerintahan syarikat One’za Holding. Apa lagi yang mama tidak puas hati?

Mama mahu dia mengakhiri zaman bujang walaupun mama tahuhatinya masih teguh untuk membuang kenangan cinta ini. Masih terasa sepertibaru semalam Lina menuturkan kata cinta kepadanya. Hatinya sukar untukmenghilangkan nama Lina yang terlekat kukuh di hati.

Silapnya juga. Sekiranya dulu dia tidak terlalu sibukbertanya hal Meeda dan mengambil berat hal Lina, pasti kini dia tahu apa puncasebenarnya Lina pergi. Waktu di kampus dulu, Lina sering dijenguk ayahnyasetiap sebulan sekali. Bila mereka memasuki tahun kedua, ayah Lina tidak lagidatang sekerap tahun sebelumnya. Cuma hanya beberapa kali itu saat terakhiryang menjadi sejarah hidup.

Sudah empat tahun peristiwa itu berlalu, namun kenang­an masihsegar di ingatan. Hati seakan kesal kerana lambat menyedari cinta mereka.Sehingga hari ini, hidup yang dinikmatinya masih begini. Sunyi dan sepi menjadipeneman rindu yang tidak kesampaian. Rindu yang diucapkannya setiap hari padabatang tubuh yang telah lama dimamah tanah. Sanggupkah dia begini membiarkanharapan mama­nya terbang bersama angin pagi yang redup?

Dulu dia senang memberitahu mama apa yang berlaku padanya.Dia akan meluahkan dan membincangkan banyak perkara bersama mama. Mama pulaamat memahami kehendak hatinya, tapi tidak sekarang.

Masalahnya bertambah rumit lagi bila permintaan Meeda yangsejak akhir-akhir ini melampaui batas persahabatan mereka. Meminta perhatianlebih daripadanya. Mungkin juga Meeda tahu mama ingin menjodohkan mereka. Atauini memang rancangan mama dengan Meeda?

Dia menatap siling pejabatnya. Ini pejabat arwah papanyadulu. Di sinilah selalu papa bawa dia sewaktu kecil dan mama akan menegahnyamengusik barang-barang di atas meja ini. Selepas kematian papa, dia jarang kesini lagi. Mama mendaftarkannya ke sekolah berasrama. Mama mengambil alih danmenguruskan segalanya sehingga dia tamatkan pengajian.

Dia mengeluh. Perasaan itu sudah lama terkubur bersamakekecewaan dan kehampaannya. Sejak tadi cek-cek yang perlu ditandatangani belumdisentuh. Walaupun telah berkali­-kali Aisya, setiausahanya mengingatkan bahawatarikh pembayaran hampir tamat!

Semua yang ditatapnya kosong dan tidak bermakna, namunkehidupan perlu diteruskan. Beginilah rutin hariannya, berulang-alik ke pejabatdan ke rumah. Dia sudah tidak tahu bersosial lagi. Dia seakan melupakankegiatannya dulu.

Sebenarnya, berat hati untuk mengakui bahawa Meeda mulamenerima dirinya dan mencintainya. Dapat dilihat jelas melalui bahasa tubuhgadis itu. Sedangkan dahulu, terlalu banyak cara dan teknik dilakukan untukmendekati Meeda sehingga membabitkan Lina. Tanpa sedar dia mula merindui gadisitu pula. Gadis yang bermata bundar dan jarang sekali mempamerkan senyuman.Kali terakhir dia bersama Lina adalah saat indah yang akan dikenangi hingga keakhir usia.

Dia tidak lupa reaksi Lina bila pertama kali dia menuturkankata-kata cinta. Diluahkan perasaan pada Lina dan juga ketakutan untukditinggalkan. Namun, akhirnya dia ditinggal pergi. Dia menatap cawan berwarnabiru di mejanya, yang menjadi hiasan sejak dia dilantik menjadi CEO. Tiadasiapa tahu cawan itu ada kenangannya. Dia tidak mahu sesiapa pun mengalih ataumengusik cawan tersebut. Mengangkatnya pun jangan kerana muziknya memilukanhati.

Setelah hati terluka, cinta Meeda hadir tanpa salam. Keadaanyang ketandusan kasih seorang Hawa yang memerlukan sokongan bimbingan seorangAdam. Biarlah dia bersendirian, cinta yang Meeda hulurkan tidak membantunyaberubah. Mungkin Meeda jatuh cinta padanya setelah melihat kesetiaannya yangtidak berbelah bagi pada arwah Lina. Setelah kesetiaan Meeda pada Khairuldikhianati.

“Good morning, Encik Iskandar.”

Lampu interkom menyala. Suara Aisya kedengaran.

“Ya, Aisya... kenapa?” soalnya acuh tak acuh, panggilan itumengganggu.

“Cik Meeda nak jumpa. Dia ada di luar sekarang ni.”

“Tak apa, Aisya... suruh dia masuk!” Irsyad mematikaninterkom. Dia dapat mengesan nada suara Aisya yang kelam-kabut. Mesti Meedabuat hal di luar lagi. Sikap Meeda telah jauh berubah sejak ditinggalkanKhairul.

Dia duduk menegak menanti kemunculan gadis idaman mamanyaitu. Hatinya sudah tawar. Meeda juga meninggalkan sahabat baiknya, Zainal.

“Hai, Syad... sibuk ke?” sapa Meeda sebaik sahaja muncul dipintu bilik.

Irsyad ketika itu tunduk berpura-pura menyemak dokumen diatas meja. “Helo, Meeda... taklah sibuk sangat. Cuma nak sign cek-cek ni untukpayment. Mereka dah bising I lambat bayar.” Dia menghentikan perbuatannya.Meeda nampak ‘daring’ hari ini.

“I faham... tapi I nak syad teman I shopping petang ni,” balasMeeda manja.

“Shopping? Untuk apa? Kenapa pelawa I? Kenapa tak bawarakan-rakan you?” Perkara kecil macam ni pun nak dia yang temankan. Betul-betulnak tarik perhatiannya. Meeda jauh benar berubah!

“Pura-pura pula you ni. Takkan tak tahu I nak shopping untukkita juga.” Meeda mengigit bibir.

Entah kenapa dia tergoda dengan keagungan cinta Irsyad yangtidak berubah pada arwah Lina. Sebenarnya, dia menyesal menolak cinta yangdihulur Irsyad dulu. Benarlah kata-kata arwah Lina, tak rugi kiranya dia menerimaIrsyad. Setelah dia menerima hinaan Khairul, hatinya tergores luka. Cinta yangdisemai putus tanpa dipinta. Nasibnya baik kerana Lina telah pergi. Kalautidak, tak ada peluang dia rapat de­ngan Irsyad kini. Peluang yang tidak pernahdifikirkannya.

“Untuk kita? What do you mean? I don’t understand!” Irsyadmenghidu maksud Meeda. Ada sesuatu yang telah dirancang oleh mama. Ini tentuada kaitan dengannya.

“Well... mama you call I baru saja tadi minta bawa Syad pergishopping.” Meeda mengelak untuk menerangkan kedudukan sebenarnya. Sedangkanhakikatnya, dia sendiri yang sibuk-sibuk menelefon Puan Sri Amnah. Tak sangkamama Irsyad tu baik orangnya. Disuruh dia membawa Irsyad sebagai teman majlismakan malam hari Sabtu ini.

“Mama I call you? Impossible!” Irsyad terangkat kening.

Ketukan di pintu menghentikan tingkah Meeda.

“Syad, aku ada surprise untuk kau!” Zainal munculmendepangkan tangan dengan wajah ceria. Seketika kemudian matanya tertuju padagadis yang duduk menghadap Irsyad. “Hai, Meeda... kau pun ada sama? Nampaknyatak kena masa aku berjumpa dengan Syad. Aku keluar dulu. Maaf mengganggu.”Segera dia berpaling, tidak jadi mengkhabarkan berita gembira itu bila Meedadilihat menjeling tajam ke arahnya. Dia faham benar maksud jelingan itu.

“Zai! Tunggu! Apa dia?”

Panggilan Irsyad menghalang langkah Zainal.

“Tak apa, nanti kita lunch aku cerita. Bukannya pentingsangat!” Zainal berlalu juga, dengan hati yang panas!

“Tak penting tapi surprise,” sindir Meeda kurang senangdengan gangguan itu. Tidak sangka Zainal yang masih wujud itu kerja denganIrsyad juga!

“You jangan ambil hati. Zai memang macam tu, suka sakat I.Apa kata minta Zai temankan you shopping?” cadang Irsyad.

“Tak nak! I mahu you yang temankan juga,” bantah Meeda keras.

“Maaf, Meeda... nanti I ada meeting dengan klien!”

“Jangan nak bohong. Tadi I tanya setiausaha you. Aisya kata,petang ni you free,” tukas Meeda pantas.

“Hal ni peribadi. Aisya tak tahu, sebab tu tak ada dalamappointment list. Penting sangat ke you shopping hari ni? Sampai tak bolehtunggu hari cuti? Apa kata kita pergi Ahad ni?” Sengaja Irsyad memancing kata.

“Ahad? Makan malam tu Sabtu ni. Itu sebab I minta youtemankan I shopping. You pasangan I malam tu nanti. Oh! I belum beritahumengenai jemputan makan malam tu dengan you, kan? Ya ALLAH... I lupa!” Meedamenepuk dahi tanda menyesali kealpaannya. Berpura-pura adalah satu lakonannyauntuk menunjukkan bakat.

“Makan malam? Kenapa you tak cari pasangan lain? I tak senangmalam Sabtu ni. You dah lupa?” Irsyad cuba me­ngelak untuk terus rapat denganMeeda.

“I ingat, tapi I rasa kita masih sempat lagi. Kan makan malamtu mula pukul 8.00. You pergi awal pagi, tengah hari tentu dah sampai sinibalik.” Bagaimana pula Meeda boleh lupa untuk mengunjungi kubur Lina dikampung? Dia tidak pernah lupa itu rutin Irsyad yang sanggup berulang alik kesana sejak balik dari luar negara, hanya untuk menziarahi kubur bekas gadiskesayangannya. Sampai mati pun Lina masih mengganggunya.

“Kalau you nak pergi juga, you carilah orang lain. I penat!”Irsyad menolak ajakan Meeda. Dia dapat rasakan ba­hang keresahan Zainal.

“Tak apa. I cari orang lain. Sampaikan salam I pada mamayou.” Meeda sakit hati dan merajuk. Dia terus berlalu pergi.

Irsyad tidak menghiraukan. Punat interkom ditekan. “Aisya,call Zainal untuk I.” Dia tahu Zainal tiada di biliknya. Pasti sekali lagisahabatnya itu menjeruk rasa melihat Meeda di situ bersamanya.

Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh rini syanira