Home Novel Cinta Cinta Akan Indah
Cinta Akan Indah
rini syanira
19/7/2017 15:55:22
3,256
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog

28 Julai 2000, Jumaat

Tanah Perkuburan Islam

Kg. Kelumpang Pitas, Sabah

 

ORANG ramai beransur pulang. Aku hanya memerhatikan dari jauh walaupunpuas dipujuk Marwan untuk ke tanah perkuburan, tapi aku tetap berdiri di anjungrumah yang menghadap kawasan perkuburan itu. Kaku dengan tangisan, di hatisayu... cukup terkilan dengan apa yang berlaku.

Air mata yang mengalir sejak tadi diseka kasar dengan belakang tangan.Eliza menepuk bahu, menyedarkan aku daripada lamunan. Puas ayah, ibu dan Marwanmengajak untuk bersama ke kubur, namun aku tetap berkeras tidak berganjak. Harisemakin merangkak ke senja.

Tanpa mempedulikan mereka yang sedang memasuki rumah pulang dari kubur,aku pantas turun berlari sekuat hati menuju ke kubur Lina. Aku menangissemahu-mahunya di situ. Perasaan berkecamuk, sukar untuk menahan hati yangterluka. Apa yang tinggal untuk aku hanya kenangan bersama Lina. Lebih 20 tahunhidup berdua, akhirnya aku keseorangan.

Aku duduk teresak-esak. Fikiran melayang meng­ingati memori bersama Lina.Ekspresi wajahnya tergambar di minda. Mengingati kenangan bersamanya,membuatkan ta­ngisanku semakin berlagu. Lina, kenapa kau pergi setelah akupulih dan sedar akan hakikat sebenar kehidupan ini?

Aku masih keliru antara ingin percaya atau tidak dengan kenyataan bahawaLina telah pergi meninggalkan aku sen­diri tanpa pamitan, pesan dan penjelasanuntuk merungkai segala persoalan di minda. Apa sebenarnya yang telah terjadi?Sehingga rembang petang melabuhkan tirainya, persoalan itu masih bersarang dimindaku.

Aku merenung pilu kubur Lina, kembarku. Tidak terniat untuk melangkahpulang. Tangisan sudah lama hilang, cuma perasaan kesal masih membukit.

Aku berpaling bila bahu disentuh ayah. Dia memandang­ku sayu danmengangguk memberi isyarat untuk membawaku pulang. Aku membiarkan sahaja tubuhdiheret ayah, pasrah menerima dugaan ini dalam keredhaan-MU, ya ALLAH!

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh rini syanira