Home Alternatif Thriller/Aksi PONZI
PONZI
Dr Fendi Ameen
29/7/2016 12:43:02
17,645
Kategori: Alternatif
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 18
"Polis Selangor menumpaskan tiga sendiket penipuan Forex, melibatkan kerugian RM10 juta. 16 suspek berjaya ditahan," Lim nembaca petikan akhbar online.

"Forex?"

"Biar betul?" ujar Zarul.

"Melibatkan beberapa orang pegawai bank."

***

"Semalam aku hilang hampir RM50K," ujar Zarul. Dia kelihatan resah. Lim mendengar dengan teliti. Rasa simpati pada Zarul. Nasihat telah diberikan sebelumnya. Namun Zarul tetap angkuh. Sekarang nasi dah jadi bubur.

"Sabarlah..."

"Aku dah dapat ... aku nak gandakan lagi, aku tak sangka akan terjadi begini." Keluh sesalan Zarul terus bermain di bibir.

"Nasib you macam Nick dalam filem wildcard. Dah menang USD500K, nak gamble lagi.Akhirnya balik tangan kosong." Ujar Lim sambil menepuk bahu Zarul.

"Itu filem ... ini real."

"Berapa juta filem ... entah berbilion diterbitkan. Semua ada pengajaran.Ada sisi positif."

"Ah ... tazkirah ke ni Lim?"

"Tiba-tiba aku jatuh miskin, sedangkan aku kaya. Tiba-tiba aku sesak," ujar Zarul. Kepalanya digaru walaupun tak gatal.

"Banjingan itu harus mati!" tempik Zarul. Dia melihat Zack tersenyum simpul dalam bayangan, ketika wang tunai bertukar tangan, sebulan yang lepas.

"Kita akan invest dalam NASDAQ," ujar Zack sambil mengemaskan beg sandangnya. Wang tunai yang diterima dari Zack dimasukkan ke dalam briefcase berwarna gelap.

Andi sedang menunggu dalam sebuah Lamborgini, yang menjalar. Lamborgini yang dijadikan umpan, memancing.

"Aku gerak dulu. Jangan lupa login, check your investment points!" ujar Zack. Dia mencapai telefon. Ada panggilan masuk.

"Pronthip," Zack membaca paparan caller ID pada dada telefonnya. Dia tersenyum puas.

"Ah!" Bentak Zarul. Lamunannya terhadap pertemuan dengan Zack di Raimee Nasi Kandar, terhenti.

"Oiiii!" Lim menenangkan Zarul.

"The stronger preyed upon the weaker and the weaker preyed upon the weakest." Tutur Lim.

"Pemangsa selalu mencari mangsa. Tapi yang jadi mangsa tak ingat pemangsa."

"Apa itu Malay idiom cakap?"

"Pelanduk?"

"You nak tazkirah lagi ke Lim?"
Previous: CASH
Next: OTG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.