Home Puisi Umum Karut Berparut
Karut Berparut
Kutz Amlan
25/2/2019 15:34:37
2,783
Kategori: Puisi
Genre: Umum

KARUT BERPARUT


Jenaka satira pembuka selera
Mohon duduk diam saudari dan saudara
Bila Tok Dalang moden mula berbicara
Yang murung sedih kan kembali gembira
Tepuk tangan ramai-ramai
Ayuh kita mula acara!

Nah..episod baru cerita lama
Lagak sarjana pewaris arkib negara
Berkurun berabad masih gigih menjual
Si akur mendengar acapkali muak jelak mual
Petahnya bicara tentang datangnya dajjal
Agenda Freemason rekaan rapi Rothchild
Bagai sejuta kamus siap selesai dihafal
Glosari, indeks, sinopsis, buku tebal
Sesuka hati semua dibedal

Hayat cukup lama, akal masih dangkal
Turun laut dalam, bekal kail sejengkal
Tolak pintu Nabawi, baru berniat beramal
Tersandung sepak bendul
Tersingkap karung bebal

Theist dan atheist diserap tanpa tapis
Poltergeist rasukan amukan sang iblis
Kulit jerung isi dalam ikan bilis
Riak macam tebal tapi hati lembut tipis
Setitik direnjis menitik tembus tiris
Maaf menegur tak perlu sindir sinis
Kalau dilayan sampai kiamat pun tidak habis.
Selesai majlis.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.