Home Puisi Umum MENUNGGU.......
MENUNGGU.......
InderaPutera AZRi
10/6/2017 17:49:42
1,910
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Duduk menunggu 

Atas akhbar lusuh

Rambut kusut baju kotor 

Dengan tin kosong

Menunggu insan mulia 

Melemparkan syiling 


Berdiri di tepi galeri

Jenari mengais telefon

dijadikan cermin 

Menghias diri 

Sementara menunggu

Ketibaan jejaka idaman 


Duduk di tepi gerai

Teresak menangis

Anak kecil menanti

Mainan pusing-pusing


Di dalam kereta 

Menunggu 

Uber  dan Grab

Petunjuk kemajuan

Atau

Tanda kos hidup 

Kian meningkat

Perlu.....

Pendapatan tambahan


Menunggu 

Itu lumrah hidup

Kita semua

Menanti

Menunggu

Detik 

Perhitungan 

Suatu kepastian

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.