detik melangkah detik
bayang henti masih belum memetik
tersebar penuh sabar
tanpa sedar ia menyambar.
tiba-tiba
jatuhnya dipangkuan
batuk-batuk berterusan
tubuh tak keruan
panas berpanjangan
wabak pandemik beriringan
tanpa diundang kedatangan.
dunia sudah berkurung
dikunci laksana bawah tempurung
dunia seakan gerun
pada virus yang mencengkam alun-alun
manusia menderita
sakit kerana daging tak sekata
kelawar yang menyiksa rasa
dibaham juga
tanpa hirau bersih kesuciannya
pantas rebah mengancam dunia
bergeliga meningkat angka
tanpa menduga.
kini hanya
berkurung saja
disekat dari bersua
bimbang ombak wabak berleluasa.
inilah petanda
tuhan memuka murka
pada hamba
yang angkuh katanya
dan mengabai suruhanNya.
ingatlah
ujian yang datang hanyalah
mengundang ibrah
kepadaNya kita berserah.
*mohon doa sentiasa, agar kita sama-sama dijauhkan dari COVID-19 serta diberi kesihatan yang tidak ternilai kurniaan Allah Ta'ala.