Home Puisi Kisah Hidup POETRY
POETRY
Scarlet
7/8/2019 00:12:37
355
Kategori: Puisi
Genre: Kisah Hidup

KATA


Kata yang di lontarkan,
Yang di lemparkan.


Yang sukar untuk berkata,
Di jaga langkah dan berwaspada,
Mungkin ada pihak yang terasa.


Dan agak sukar jika menjadi patung cendana,
Hanya diam dan termakan rasa,
Akhirnya kau terluka.


Tapi jika niat kau berkata,
Sekadar ingin menikam kedalam,
Menembusi hati hingga kebelakang,
Aku rasa lebih baik kau berdiam.



HATI


Bila hati mula hitam.


Semua yang baik kau anggap jahat. 
Apa yang dia buat semuanya tidak betul.


Kau hina.


Kau pijak.


Kau keji.


Kau menunding jari tanpa sebab.

Kerana.


Hati kau sudah pun hitam.



BENCI


Hati aku membenci.
Kepala bengang.
Cakap sekadar hembus.


Mereka yang  duduk diam terpaksa hadap tempias.


Aku cuma lepaskan geram,
Kau tahu sebab apa?


Sebab aku benci!



DENDAM


Hati tak menentu,
Tak reti duduk diam,
Panas seperti di landa kemarau.


Tumbukan demi tumbukan aku cuba lepaskan,
Mencari sesuatu untuk di balas.


Tak akan biarkan mereka senang,
Mengetap gigi menahan kemarahan.


Menyumpah dan menyumpah,
Sebabkan dendam.



LUAH


Tangan menulis sesuatu.
Tak dapat di luah apa yang terbuku.
Hanya menulis di sebuah buku.


Menulis dengan luahan di hati.


Apa yang di rasa,
Apa yang nak di perkata.



PERIT


Perit dengan apa yang berlaku.
Semua orang membenci.
Tak siapa peduli.


Hati meraung bagai nak gila.
Hanya menjerit sekuat hati.
Tapi.
Hanya di dalam hati.


Melihat macam tak ada apa yang berlaku.


Tapi siapa yang tahu.



PEDIH


Hati pedih.


Seperti di tikam.

Seperti di cucuk.

Di gilis. 


Menangis. Memeluk tubuh.

Meminta tolong.


Tak di peduli.
Berdiam.
Melenyapkan diri.



HILANG


Di saat aku jatuh,
Aku mengharapkan pertolongan kau.


Aku lemas.
Aku mengharap kau selamatkan aku.


Aku di benci,
Aku mengharap kau untuk mengadu.


Tapi,
Kau hanya berdiam,
Dan berdiam.


Kau tambahkan lagi kesakitan,
Air yang tenang kini berombak.


Dan kau..


Hilang.



KOSONG


Jiwa aku kosong,

seperti berdiri di padang pasir.


Sepi dan lapang,
Tiada kau mahupun mereka.


Hembusan angin seperti ketawakan aku.


Aku,
Menunggu seseorang,
Untuk di jadikan teman.


Seseorang yang boleh ceriakan pandangan.


Mengisi jiwa yang kosong,
Dan bersarang.


Tapi,
Tak di pandang.


Semua ni,
Hanya sia-sia.



BERSYUKUR


Mereka yang tak mempunyai sesuatu,
Mengharapkan sesuatu,
Tapi kita yang terlalu cukupkan sesuatu,
Mengharapkan lebih sesuatu.


Tamakkah kita?
Dibutakan dengan harta dunia,
Sedangkan harta diakhirat lupa di jaga.


Kau buang makanan,
Sebabkan kekenyangan,
Tapi yang di luar,
Berlapar,
Mengais sisa makanan.


Kau berduit,
Usaha mak ayah,
Tapi yang di luar,
Mahukan duit dengan usaha payah.


Kita leka dengan semua benda,
Sedangkan kita lupa,
Lupa untuk bersyukur,
Dengan apa yang ada.



KENANGAN


Tak tahu nak kata.


Kau di depan mata,
Muka yang biasa,
Hanya pura-pura.


Apa kau sudah lupa?
Mungkin ye.


Memang aku yang salah.


Adakah menyesal?

Atau hanya simpati.


Kejamnya aku,
Di saat kau hilang seorang insan,
Masa tu juga kau di buang hati.


Mungkin aku tak sedar,
Kau cuba berubah,
Tapi hati sudah buta.


Dan kau aku hapuskan.


Tapi..


Berkali-kali kau muncul,
Hanya dalam mimpi,
Apakah ini?


Mungkin rindu?
Atau untuk sedarkan aku.


Maaf aku mungkin tak di terima,
Dan tak akan di terima.


Aku redha.


Andai kata di undur masa,
Akan ku guna masa sebaik mungkin.

Tapi sudah terlambat.


Orang kata benda da lepas,
Jangan di kenang,
Tapi aku hanya menganggap,
Kenangan.


Simpan.


Hanya tuhan yang tahu,
Apa yang aku rasa,
Apa yang aku ingin kata.


Ku kirimkan rindu dalam bentuk doa,
Al-Fatihah.


Semoga kau di lindungi.



SAHABAT


Kawan,
Boleh dikata semua yang ada.


Kadang timbul kadang tenggelam,
Bercakap belakang,
Tapi di depan bermanis muka.


Baru ku sedar,
Rupanya topeng semata-mata.


Sahabat?
Mungkin yang dipilih untuk selamanya.


Dikala susah,
Tangan yang kau anggap tak sempurna,
Membuatkan aku bangkit semula.


Dikala sedih,
Bait-bait kata yang kau ucapkan,
mencuit suasana yang gelap lagi hitam.


Sahabat,
Masalahku kau cuba fahamkan,
Walau hakikatnya kau hanya ia kan,
Tapi itulah sahabat,
Teman sejati sampai bila-bila.



HUJAN


Hujan,
Mendungnya langit,
Bunyinya guruh,
Lalu turunnya kau membasahi bumi.


Berdirinya aku di tengah lapang,
Merasakan kehadiran kau datang.


Saat aku menangis,
Kau hadir sembunyikan wajah,
Tanpa ragu kau lebatkan keadaan.


Aku menjerit sekuat hati,
Untuk melepaskan peritnya hati,
Lalu kau bunyikan guruh,
sembunyikan jeritan ku.


Hujan,
Mendungnya langit,
Menggambarkan hati aku,
Terlampau gelap tiada cahaya.


Ku sangkakan hujan selamanya.


Tapi.


Berhentinya hujan hilangnya mendung,
Rupanya cahaya dibalik awan hitam,
Kau wujudkan pula pelangi,
Selepas bersihkan hati yang tenggelam.



BUTA


Sedih,
Menjadi si buta,
Tanpa penglihatan,
Tanpa pandangan.


Dunianya penuh dengan hitam,
Hanya mengharapkan pendengaran,
Berjalan dengan tongkat,
Hanya ketukan menjadi arah.


Seseorang menyapa,
Buta bertanya,
Siapa kamu?


Akulah kawan kau,
Senyumnya si buta kepada si celik,
Menganggap sebagai kawan.


Si celik hanya diam,
Menghampiri buta sebagai mangsa,
Dengan niat yang satu,
Dendam mula berbisik,
Timbul satu hasad.


Kini,
Sama-sama berpimpin tangan,
Berjalan atas tar yang hitam,
Tanpa sedar,
Tangan di lepaskan,
Membiarkan buta berjalan keseorangan.


Si buta,
Sempat menoleh kebelakang,
Dengan sebaris senyuman,
Lalu di langgar tanpa sedar.


Si celik hanya berdiri,
Merenung si buta yang dilanggar,
Tenung lalu pergi,
Meninggalkan senyuman 1001 tanya.


Baru ku sedar,
Butanya mata tak melambangkan hatinya,
Sucinya si buta,
Menganggap si celik sebagai temannya,
Tapi apakan daya,
Yang celik lebih buta dari si buta.



BISU


Sunyi dunia,
Hanya mampu melihat,
Tak mampu untuk mendengar.


Menggerakkan mulut untuk berinteraksi,
Aku?
Dengan tangan aku berkata.


Tapi,
Tak semua mengerti,
Menganggap aku tidak normal?
Yang rapat mula menghindar.


Aku semakin sunyi.


Getaran bunyi melalui speaker,
Aku rasakan,
Rentak demi rentak aku cuba fahamkan.


Mula senyum.


Seorang pria menepuk ku dari belakang,
Menggerakkan tangan menanyakkan sesuatu,
Aku terpana,
Adakah kita sama?


Berkenal dan menjadi rapat,
Rupanya dia boleh bercakap,
Tapi berlagak seperti bisu,
Kenapa?


Sempurna sifat,
Tidak dari percakapan,
Hanya lemparkan ikut kemarahan.


'Lebih baik bisu dari yang bercakap.'



ANGIN


Perginya kau,
Ketika angin kuat berbisik,
Meninggalkan aku keseorangan,
Lalu pergi di bawa angin.


Hilang.


Januari dan februari,
Aku labelkan kau sebagai angin.


Mendepa tangan,
Lalu kau datang,
Meniup dan menghembus perlahan.


Rindu.


Uniknya kau,
Membuat semua orang terbuai,
Tanpa menunjukkan rupa,
Kau tunjulkan diri.


Zarah-zarah yang mengalir,
Menghidupkan kau,
Tanpa sedar,
Kau, aku rasakan.


Ingin lebih dekat,
Kau hembus kuat di tempat tinggi,
Mula lemah di tempat rendah.


Aku menemani sehingga malam,
Tapi kau lebih kepada siang.


Memejamkan mata,
Meniup membawa jiwa pergi,
Dapat terbang ke sana dan kemari.


Aku harap suatu hari,
Jiwa ku di bawa sekali.



CINTA


Cinta sukar untuk dimiliki,
Selalu datang dan pergi,
Membabitkan tentang hati,
Menganggu emosi.


Kasih sayang yang diberi,
Disanjung sehingga mati,
Adakah kau akan dimiliki?
Jawapannya belum tentu pasti.


Bila ia datang,
Kau mula berubah,
Memikirkan dia hanya 
seorang,
Tanpa sedar yang lain dilupakan.


Emosi kau mula dibuai,
Hanyut seperti air mengalir,
Di bawa arus sungai yang tak menentu,
Kejap pasang dan kejap surut.


Sanggup korban demi dia,
Tanpa berfikir,
Nyawa dan badan kau serahkan,
Akhirnya dipermainkan.


Semakin hanyut hingga ke dasar laut,
Tanpa berpaut,
Kau yakin dia cinta sejati,
Akhirnya tak juga dimiliki.


Kau semakin tenggelam,
Lalu lemas,
Mengerja cinta yang kelam,
Sehingga sudah kau masih tenggelam.


Hujungnya Allah juga kau serahkan,
Tikar sejadah kau dekatkan,
Lupa tentang cinta yang sebenar,
Mula sujud dan berdoa.



MASIH?


Adakah aku masih diperlukan?
Adakah masih sebahagian?
Atau hanya serpihan yang dibuang,
Dibuang mahupun di tinggalkan.


Mungkin aku punca sebalik api yang nyala,
Tapi,
Tak usahlah kamu memarakkannya,
Atau dibiarkan ia dibakar segala sisa yang ada.


Kalau di beri peluang,
Mahupun tipis diberikan,
Seperti debu api beterbangan,
Akanku pegang untuk perbaiki apa yang telah dimusnahkan.


Akan tetapi,


Jika benar aku sekadar serpihan,
Izinkan aku untuk lenyap seketika mahupun selamanya,
Lenyap di dalam api yang telah lama nyala,
Dan aku mati di mata semua.



LUKISAN


Sedih,
Hidup tak seperti yang di lukiskan,
Keindahan lukisan menarik perhatian orang ramai,
Lantas menanyakan rahsia sebaliknya.


Jawapan hanya berdasarkan canvas,
Bukan pada dakwat pena,
Warna yang lembut sangat indah,
Tetapi memiliki maksud tersendiri.


Kau tak tahu apa yang aku rasa,
Dan mungkin tak perlu tahu,
Sedaya upaya aku rahsiakan,
Biar lukisan menjadi tanda tanya.


Pendam salah satu sifatku,
Aku tak perlu bagitahu satu dunia,
Mereka tak perlu faham,
Cukup sekadar wajah ku senyum dan melambai.


Lukisan satu simbol,
Hidup mahupun tenggelam,
Biar aku sendiri yang mencorak,
Dunia di mana aku berpijak.


Dan kau tak perlu tahu,
Apa rahsia sebaliknya,
Aku menangis mahupun ketawa,
Biar aku sendiri yang tahu.



BANGKIT


Aku jatuh dan tersungkuh,
Kalah dalam pertarungan,
Nyawa aku serahkan,
Di gadai segala yang ada.


Jatuh dan tak boleh di bangkit,
Ibarat kaki ku tidak berfungsi,
Berjalan mahu pun bergerak,
Dan aku jatuh.


Tiada pertolongan mahu pun teman,
Harapan yang ada semakin tipis,
Lalu di biar hanya di hujung tebing,
Menunggu semuanya lenyap.


Tapi ada satu perkara,
Hidup ini bukan sentiasa siang,
Pastinya ada malam,
Dan kau masih ada harapan.


Menjelang esok,
Harapkan semuanya beransur pulih,
Jangan di layan hati yang lara,
Biar fikir ke depan bukan makin ke belakang.


Hidup untuk selamanya,
Tidak berjaya di dunia,
Pastikan akhirat kita menang,
Berjaya syurga pasti kau dapat.


Jangan kau fikir kau masih jatuh,
Sedangkan kaki kau masih elok di jaga,
Walhal yang tak sempurna sifat boleh bangkit dan berjaya,
Ini kan pula kau yang sempurna.


Ambil masa untuk berfikir,
Lalu bangkit.



SILAP


Mata tertumpu pada seseorang,
Seorang yang sudah berteman,
Bermesra dan berpimpin tangan,
Mengharapkan dia pulang.


Ukiran senyuman tak pernah lekang,
Kau sentiasa ceria pandangan,
Silap aku,
Membuang kau di tepi jalan.


Aku?
Menyesal tak berkesudahan.


Aku berdiri di tepi bangunan,
Mencuri pandangan yang aku rindukan,
Kau berusaha memperbaiki hubungan,
Akhirnya juga dibuang.


Sekian lama,
Aku sedar tentang sesuatu,
Kehilangan kau membuatkan aku tak menentu,
Diselubung rasa pilu,
Diam dan terus membisu.


Aku sedar siapa aku,
Hati kau tak layak orang seperti ku,
Hidup hanya memikirkan diri sendiri,
Tanpa perasaan dan hati.


Silap aku.


Kau bunuhlah aku dalam kata,
menembusi hati bagaikan perluru,
Biar aku lenyap buat selama,
Supaya kau bernafas seperti biasa.



PELACUR


Aku manusia kotor,
Aku akui,
Tapi aku masih punyai hati,
Dan kau tak berhak memaki.


Dunia aku penuh dengan sejarah hitam,
Layak di gelar gadis pelacur,
Berdiri di lorong gelap,
Menunggu pelanggan datang.


Dari kecil aku di lahirkan begitu,
Tak usah kau membandingkan aku,
Sebab bukan kau di tempat aku,
Jadi kau tak tahu cerita dalam buku.


Kalau boleh di sebalikkan kisah,
Biar aku jadi kau,
Dan kau jadi aku,
Mungkin kau rasa hidup disebalik tak kenal siapa bapa.


Dan aku percaya kau akan berkata,
'Kalau aku jadi kau,
Aku tak akan buat kerja terkutuk tu'
Dengan semudah itu kau berkata,
Tapi kau lupa tuhan yang menentukan segalanya.


Kau masih tak tahu langit tinggi mana,
Sebab di butakan dengan darjat yang kau ada,
Hidup tak selalunya indah,
Ingat kau bukan selalunya di atas.


Di sanjung dengan kesucian hidup,
Sebab tak tergolong dalam mereka yang kurang agama,
Tapi syurga tak kenal siapa yang hidup sempurna,
Ia menuntut amalan yang kau ada.


Pelacur masih lagi hamba Allah,
Mungkin dia lagi berhak mendapatkan syurga,
Sebab mengingati tulus siapa tuhan dan jahil tidak berpengetahuan,
Mengharap ia kembali ke pangkal jalan.



BERKAHWIN


Kau tahu sekarang orang berlumba untuk kahwin?
Sudah tiba untuk menamatkan zaman bujang,
Bila bercinta terlalu yakin dia yang satu,
Akhirnya menyesal juga yang dituju.


Berkahwin bukan sekadar nafsu yang ada,
Tapi tanggujawab yang dipikul menjadi tanda tanya,
Apa kau sudah bersedia?
Menanggung dosa dengan salah yang dia ada?


Berkahwin bukan perkara mudah.


Akal mesti dipanjangkan yang boleh,
Kukuhkan tembuk mental sekukuh yang boleh,
Kalau dia si api kau pula jadilah air,
Tundukkan diri jauhkan ego.


Berkahwin bukan senang.


Katanya duit tidak penting,
Belahlah dada lihatlah hati,
Tapi untuk menyara hidup,
Duitlah segala-galanya nanti.


Berkahwin bukan ber-couple.


Senang menerima senang kau buang,
Kahwin untuk selamanya,
Jangan kau main-main dengan perkahwinan,
Jangan kau berani bernikah kalau diri masih tak berperisai,
Kalau tidak bercerai menjadi penyelesaian.



FEBUARI


Hujan gerimis membasahi bumi,
Lalu menghembuskan angin sebagai penamabah rasa,
Aku duduk sahaja memerhatikan kau,
Dari pandangan yang hanya dapat melihat.


Di bulan febuari kau tunjulkan diri,
Aku tergamam bagaikan mimpi,
Benarkah ia berlaku?
Tersenyum bahagia tahap tertinggi.


Tapi bila bahagia bergerak ke depan,
Kesedihan mengikut langkah dari belakang,
Apakan daya,
Pengenalan hanya tempoh satu bulan.


Bulan febuari aku mengenali mu,
Penghujung febuari aku terpaksa kehilangan mu,
Pada waktu yang sama ia berlaku,
Hujan gerimis membasahi bumi.


Aku lebelkan kau sebagai febuari,
Senang di kenang di waktu hujan yang mula membasahi bumi.



KEJAM


Bila salah aku jelas kelihatan,
Yang lain mulah tak pandang,
Aku yang tergapai-gapai mengharapkan pertolongan,
Sorang pun tidak hulurkan tangan.


Kejam.


Maaf kini terlampau murah,
Tiada maksud tiada harga,
Apa lagi yang perlu aku buat selain maaf?
Jawapannya tak kedengaran lalu pergi.


Kejam.


Bunuh diri salah satu lepaskan diri,

Dari kejamnya dunia sakitnya hati,

Tapi gantung diri tak akan bersihkan hati,
Sayu bila mati juga tak layak untuk diri.


Kejam.


Bila kesalahan kau pula jelas kelihatan,
Perluang aku untuk membalas,
Aku menunggu kata maaf dari mu,
Bisu, 
Seperti aku sahaja yang dahagakan maaf.


Maaf kau terlampau mahal,
Tidak layak orang bodoh seperti aku,
Sehingga susah untuk di perkata,
Ini semua ego semata-mata.


Aku masih lagi menunggu maaf,
Terdesak sangat ke aku dengan maaf kau?
Terhegeh-hegeh seperti aku yang bersalah,
Hujungnya aku pula yang minta maaf.


Kejam.



PENDOSA


Buat sesuatu perkara,
Tidak semestinya yang lain teruja,
Hanya riak wajah nampak tenang,
Bukan pada hati.


Bagi kita itu sudah memadai,
Bagi mereka menyusahkan itu adala 'kita',
Aku tersenyum saat di buang, 
Tidak di terima masyarakat.


Mereka mengkritik dari atas hingga ke bawah,
Tanpa tahu sebab disebaliknya,
Dosa dan pahala seperti mereka tentukan,
Labelkan aku pula sebagai pendosa.


Membawa diri jauh dari sini,
Seperti di jatuhkan hukuman buang dari bumi,
Dan mengharapkan planet lain terima diri.


Aku akur sebagai pendosa,
Layaknya aku sebab tidak boleh puaskan hati mereka,
Manusia kini semua dahagakn kesalahan,
Kebaikan hanya sebagai hiasan.


Terserlah amukkan mereka bila aku tidak menyokongnya,
Lebih memilih fitnah dari kebenaran,
Memang layak aku sebagai pendosa,
Sebab aku suka kebenaran dan kebaikan,
Dari fitnah dan kesalahan.


Itu yang mereka kata aku seorang pendosa.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.