2,675
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Sushi Seringgit

ada satu masa

inginku tukar selera

lidah tak selamanya terbiasa

mendidik diri meneroka

menceria diri dari sajian biasa

kepada sehidangan yang langka.


jejakku di AEON Maluri

hasrat dah lama membuku dihati

ingin ku jamah seketul sushi

juadah autentik dari Negara Wari.


ku lalu legarnya

melintasi premis yang aneka

dari Starbucks hitam menawan

hingga McDip yang mengasyikkan

aku tiba pada matlamat

ke singgah saji yang padat.


lantuh-lantuh tersusun rapi

aneka isi dan inti

rambang mataku melilit

tapi niatku hanya pada yang seringgit.


oh enaknya

lantuh Tuna Mayo lazat

lantuh Salmon mentah kononnya sihat

bismillah melatar berkat.


burpp kenyangnya 

tiga ketul lantuh saja

leganya bukan biasa

alahai sekali sekala

apa salahnya

bulan depan lagi kita merasa.


penggunaan Beka Melayu (Lidah Melayu) dalam sajak ini ialah:

Wari - negara Jepun

Lantuh - Sushi

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh