Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Puisi Keluarga DUHAI ANAK
DUHAI ANAK
Mohd Fauzi Abdul
4/11/2018 21:53:18
512
Kategori: Puisi
Genre: Keluarga
Duhai Anak

Andai hidup ini terlalu menghimpit, terlalu perit
Bak kalkatu yang telanjang, kehilangan sayap
terumbang-ambing digulung ganasnya ombak
Tidak seperti yang kau sangka
Jangan lekas berputus harap
Bangkit dan bukalah matamu

Anak

Biarkan sahabatmu dan mereka yang kuat
terbang bebas, melayang-layang dengan kejayaan
Dengan sayap-sayap ciptaan
ke sudut-sudut syurga dunia yang fana


Anak,
Kejayaan itu terlalu luas maknanya
Boleh mendatang dan juga menghilang
Jika mau, kuatkan usaha
Segalanya atas ketentuanNya jua

Mengertilah hai anak,

Tuhan lebih tahu segala
tentang kita, tentang mereka, tentang semua manusia
Telah ditentukan hidupnya,
arus kehidupan Tuhan tentukan
walau seinci jangan diragu


Duhai Anak

Kejarlah akhirat
walau seribu juta kali pun jauhnya
Kejarlah sehabis-habis daya
Kerna di garis penamatnya
punya lebih
Punya lebih dari yang kau sangka


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.