Home Puisi Islamik Ceritera Langit
Ceritera Langit
Kutz Amlan
3/3/2019 15:35:22
496
Kategori: Puisi
Genre: Islamik

CERITERA LANGIT

 

Itu dia

Watak yang dipuja berabad lama

Garis-garis halus berona,

Menyapa salam dari horizon

Terbias tertib sekata

Meliuk-liuk spektrum berwarna

Di alas kumulus kapas bergula

Bak lukisan orak seirama.

 

Sayugia benar laksana dikata

Lihat sahaja rentak tarinya menggoda

Rentap teruja sang jejaka

Lentok terlena si jelita

Ah..!

Terlalu indah untuk dicerita

Persis hikayat arjuna dijilid sempurna.

 

Silakan tubuh-tubuh bernyawa

Pakukan jasad seketika

Ratib memuji Maha Pencipta

Jemput bersaksi di anjung dunia

Interpretasi renda aurora.

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.