1,979
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bebanan Urban

kicau burung

kecewa menghurung

maalah belia baharu menyelubung

hakiki terkurung.

 

ku pandang sejenak

insan muda mudi berzaman kanak-kanak

asyik dilamun cinta palsu rosak

leka terlanjur haram dibiak.

 

wahai remaja bergelang dewasa

sedarkah dikau akan binasa?

binasa dengan mawar hitam lagi beracun

nafsu cinta saling dukun

lena dibuai dodoi maksiat

iblis berpesta menambah rakyat

pada api hitam kulit disiat.

 

wahai remaja

bangun!

tidak, kau akan terus hanyut

kau malas menunggu surut

tanpa kami yang menghulur tangan

kau lepaskan demi kenikmatan

cinta busuk bagai najis tersadai di empangan.

 

burung tetap berkicau

nadi umat terus meracau

tanpa ikhtiar pemuda kacau bilau

tali putus segera ikat buku sila

cinta retak segera salin teman mesra

lalai

lalai

lalai!!!

 

di bawah langit Tanah Melayu ini

akan dikesali

hal kecil dipencil

sedangkan hal ini masalah menjegil

mata-mata pendakwah

keras menentang menegah berhujah sebendang sawah

namun telinga sahaja berlurah

katanya

ini masa berhibur dulu!

ini masa mengikat tali dengan bulu!

 

apakah tiada kesal

Malaikat Maut menunggu masa kenal.

 

Wahai Malaysia,

bangkitlah mimpi busuk gantilah dengan kasturi indah.

 

4 Februari 2020, BerisKubor Besar.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh