Home Puisi Islamik PENTOMEN KEHIDUPAN
PENTOMEN KEHIDUPAN
Diansutera
25/8/2020 12:06:21
306
Kategori: Puisi
Genre: Islamik
PENTOMEN KEHIDUPAN



Hari-hari berlalu tanpa erti

bagai dedaunan kering berguguran

destinasi masih tidak pasti

terbang ditiup angin lalu

terbiar sepi di sudut dunia

dimamah hujan panas bersilih ganti

hancur menjadi puin-puin berserakan

hilang di sebalik tabir masa.


Itulah secebis fenomena usia

seorang insan menelusuri denai mayapada

tanpa aqidah terpancang di dada

tanpa iman dan takwa pada Illahi

rebah hanyut dalam arus pancaroba.


Tika jatuh tersungkur di lembah dosa

sayap keangkuhannya patah relai

tersingkir daripada berkah ar Rahman

ikatan kasih ar Rahim jua terlerai

jauhlah dia dari pandangan kasih Rabbal 'alamin.


Tiba di akhir perjalanan Izrail menanti

dengan bengis menyentap nyawanya

dari hujung kaki menjalar kesakitan maha pedih

raungnya memenuhi ruang gempita

terbiar jasadnya hina

tiada siapa yang peduli.


Nukilan:

Diansutera,

SK Peralla, Tanah Merah, Kelantan.

30071998(Khamis)

(..menanti kelas tambahan 6K/2:30 petang)



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.