Home Puisi Cinta KuBungkus Jantungku
KuBungkus Jantungku
Aku Mastura Ku Abd. Aziz
11/9/2015 14:34:06
2,310
Kategori: Puisi
Genre: Cinta
KUBUNGKUS JANTUNGKU

Putera sendiku,
Andai dapat kubungkus jantungku
Kuhias kertas berbunga, beriben jingga
Dalam  kotak berkaca jernih
Terkunci hanya untukmu tatapi

Putera sendiku,
Andai dapat kubungkus jantungku
Pastinya kautahu degupan itu
Kencang berbunyi rindukan kamu
Hadiah abadi cinta kita

Putera sendiku,
Andai dapat kubungkus jantungku
Boleh kau bawa ke mana-mana
Biar ia bersama kamu
Walau jauh di syurga hakiki

Putera sendiku, 
Andai nanti kupergi dulu
Jantung ini engkau bingkaikan
Biar engkau selalu tahu
Jantungku ini untuk kamu

Dedikasi buat Suamiku tercinta Muhd Khirun Bin Napiah

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.