Home Novelet Cinta Dia Bukan Arissa 'Raya'
Dia Bukan Arissa 'Raya'
Syaida Ilmuna Ismail
18/7/2014 22:10:11
43,002
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
PART 11 (AKHIR)

11

ADAM mundar-mandir. Kepalanya kusut memikirkan segala hal yang berlaku. Arlisa pengsan tak semena-mena. Sofea yang tak ada angin tak ada ribut tupun ikut pengsan juga. Ada yang tak kena ke dengan masakan malam ini? Ataupun memang ada sesuatu yang buruk bakal menimpa mereka sekeluarga? Adam tidak tahu! Walaubagaimanapun Adam yakin yang TUHAN sedang mengujinya. Semua ini adalah kifarah di atas dosa yang telah dia lakukan terhadap Arlisa.

Setelah setengah jam menunggu, Dr. Zufri keluar dari wad kecemasan. Fida yang juga ikut menemani Adam terdahulu mendekati Dr. Zufri. Dia juga seperti Adam risau akan keadaan Arlisa.

“Zuf, macam mana keadaan mereka berdua? Lisa okay tak?” soal Fida. Adam yang berada di belakang Fida hanya memaparkan wajah duka.

“Hmm…” Dr. Zufri menghela nafas berat. Dia tidak tahu hendak mula dari mana. Dia juga bimbang bicaranya bakal mengguris hati Adam. “I tak tahu nak cakap macam mana. Tapi apa kata kalau kita tengok Lisa dulu ya?”

Adam sekadar mengangguk. Lidahnya sudah kelu dari sebarang kata. Buat masa ini, dia hanya mampu menurut.

Dr. Zufri membawa Adam masuk ke dalam wad eksklusif yang menempatkan Arlisa. Pintu bilik wad itu ditolak buka dan kelihatan Arlisa sedang bersandar tenang di kepala katil.

“Lisa!” Adam bergegas mendapatkan isterinya. Dahi Arlisa dikucup lama. Tangan isterinya pula didekatkan ke dada. Air mata Adam mula berlinangan.

“Adam… Kenapa you nangis ni? I okaylah…” kata Arlisa. Walaupun wajahnya sedikit pucat dan badannya terasa lemah, Arlisa yakin yang dia tidak apa-apa. Dr. Zufri mungkin ada penjelasan yang lebih baik tentang keadaan dirinya.

“I takut kehilangan you. I takut you… Takutlah apa-apa jadi kat you!” kata Adam dengan wajah cemberutnya. Mukanya tiba-tiba memerah akibat menahan malu menangis di hadapan Dr, Zufri dan Fida.

Fida tersengih manja. Matanya menjeling ke arah Dr Zufri. “Tengok tu Adam dengan Lisa, dah macam pasangan baru bercinta pulak. Anyway Zuf, kenapa Lisa pengsan tadi?”

Dr. Zufri sempat ketawa sebelum dia menjawab soalan isterinya. Kelakar pula tengok sikap abang iparnya ini!

“Sebenarnya Lisa… tak cukup rehat! Dia ni stresssangat sejak akhir-akhir ni kan. Lepas tu, tak cukup tidur sebab berjaga malam tengokkan Anissa. So…tekanan darah dia rendah. Sebab tu lah dia pengsan. I suggest supaya Lisa berehat aje lepas ni. And Adam… you kena jaga Anissa pula ya!” usik Dr Zufri.

Adam sekadar mengangguk-angguk. Hmm… yalah! Semuanya salah dia. Kalau bukan dia yang beri semua stress itu kepada Arlisa, tak mungkin isterinya jatuh sakit kan?

“Okay, I mengaku salah. I penyebabnya semua ni kan… Tak apa, I janji yang I akan jaga Anissa lepas ni. You jangan buat apa-apa. You rehat je tau, sayang?” kata Adam. Hidung Arlisa dikuis manja. Mereka sama-sama menghamburkan tawa.

By the way, bercakap tentang soal hidup dan mati ni… kita ada lagi seorang teman yang sedang bertarung nyawa,” celah Dr. Zufri tiba-tiba. Nada bicaranya bertukar serius.

Fida mengerutkan dahi. “Sofea? Antara hidup dengan mati?” tanyanya aneh.

Arlisa yang mendengar kata-kata Fida itu jadi bingung seketika. “Kenapa dengan Sofea? Dia pun kat sini jugak ke?”

Yes Lisa, dia kat sini juga. Naik satu ambulans dengan you. Tapi keadaannya teruk. Melalui pemeriksaan I tadi, dia telan racun tikus!” jawab Dr Zufri.

Fida, Adam dan Arlisa terpempan seketika apabila mendengar penjelasan Dr. Zufri. Bagaikan tidak percaya, Sofea yang bijaksana itu melakukan hal sebodoh ini.

So sekarang ni macam mana keadaannya?” Arlisa dihambat rasa bersalah. Adakah kerana dia Sofea berperilaku begitu? TUHAN, ampunilah dosanya!

“Agak kritikal sebenarnya… dia asyik sebut nama you je, Lisa. I think you should see her,” cadang Dr. Zufri.

Arlisa bingkas bangun dari katilnya sambil dipapah Adam berjalan ke wad yang menempatkan Sofea. Dr. Zufri membukakan pintu wad buat mereka berempat. Sebaik saja Sofea yang terbaring lemah di katil terlihat batang tubuh Arlisa memasuki wadnya, dia cuba membangunkan diri. Perlakuan Sofea seakan-akan dia mahu mendekati Arlisa dan memeluk wanita itu erat.

Namun tindakannya pantas ditegah Dr. Zufri dan jururawat yang bertugas. Dr. Zufri membaringkan Sofea semula dan jururawat yang bertugas diarahkannya untuk meninggalkan mereka berempat sendirian melawat Sofea.

Arlisa duduk dihujung katil Sofea. Wajah Sofea yang pucat lesi itu ditatapnya sayu. Wanita itu kelihatan begitu terseksa. Menggeliat dan memejam-mejamkan matanya kerana tidak tahan menahan bisa racun yang sedang menjalar ke seluruh urat badannya. Bibir Sofea juga pecah-pecah seperti berpuluh hari tidak menjamah air langsung. Kemungkinan ini semua kesan dari racun yang ditelannya.

“Sofea… kenapa sampai jadi macam ni?” Arlisa menggenggan erat jari jemari kanan Sofea.

“Lis… Lisa…” ujar Sofea tergagap-gagap. Nafasnya diambil perlahan-lahan. “Maafkan… Sof… Sofea…”

“Maafkan Sofea? Untuk apa Sofea? Sepatutnya Lisa yang minta maaf. Sebab Lisa kan Sofea telan racun tu?” kata Arlisa lembut.

Adam yang berdiri sambil memaut bahu Arlisa itu tidak setuju dengan kata-kata isterinya. Bila masa pula Arlisa bersalah dalam soal ini? Kalau dia yang nak telan racun, dia sendirilah yang bengap. Bukannya salah isterinya!

“Bu… bukan!” jawab Sofea tegas. “Lisa… Sofea sebenarnya nak meracun Lisa. Tapi Sofea yang tertelan racun tu.”

Degup jantung Arlisa bagaikan terhenti buat beberapa saat apabila mendengar pengakuan Sofea. Astaghfirullah! Sofea nak meracun dirinya? Perlahan-lahan genggaman tangan Lisa pada tangan Sofea dilepaskan dan tangannya ditarik ke dada.

“Sofea… Ya ALLAH,” ucap Arlisa tidak percaya. Kepalanya berkalih ke arah Adam yang sudah bermasam wajah. Serta merta muka Adam disimbah darah merah. Manakala Fida dan Dr Zufri pula sudah tergeleng-geleng mendengar kata Sofea.

“Tergamak Sofea… sampai hati Sofea buat Lisa macam ni. Sofea… macam mana Sofea boleh terfikir sampai ke tahap ni…” Arlisa masih berkata-kata dalam nada yang tenang. Dia tidak mahu mengharu-birukan keadaan. Tidak apalah. Yang sudah itu sudahlah. Apa yang dia boleh lakukan lagi? Sesungguhnya ALLAH itu Maha Melindungi. Nasiblah tiada apa yang terjadi kepadanya.

“Ma… maafkan Sof.. Sofea! Sofea letakkan racun tu dalam air sirap… Lisa. Tapi tak tahu macam mana… Sofea yang terminumnya. Sofea ingat Lisa pengsan sebab terminum racun tu… Lisa… maaf… maafkan Sofea,” ucap Sofea tersekat-sekat. Air matanya mengalir laju. Sungguh Sofea insaf! Segala perilaku buruknya telah dibalas ALLAH setimpal!

Arlisa juga tidak dapat menahan air matanya dari turun mencurah-curah. Sekali lagi dia berkalih ke wajah Adam. Lelaki itu sudah sedia dengan kepal tumbukannya! Arlisa pantas menahan tangan Adam dari bertindak gila.

“Kalau ikutkan hati akulahkan Sofea, dah lama dah aku tumbuk muka kau tahu!” tengking Adam kasar.

Arlisa bangun dari katil Sofea. Badan Adam ditolak ke belakang. Jauh dari mendekati Sofea. Dr. Zufri juga datang membantu. Menahan Adam dari terus bertindak di luar kewarasannya.

“Adam, sudah Adam. Istighfar banyak-banyak…” Arlisa memberi peringatan. Dia kenal benar dengan amarah Adam yang mudah tercetus itu. Bara di hati Adam mudah terbakar.

“Sofea… Lisa maafkan Sofea. Yang sudah tu sudahlah,” kata Arlisa yang kini berpaling pada Sofea pula.

“Tolong Sofea… Lisa… Tolong jangan laporkan kepada polis. Sofea mo… mohon!” rintih Sofea.

Arlisa memejamkan mata sambil tangannya masih memegang erat lengan Adam yang kini ternaik-naik ke atas. Berat sungguh dugaan hati ini. TUHAN ingin dia belajar untuk redha dan memaafkan. Ya, redhalah dan memaafkan segala kesalahannya, Arlisa.

“Baiklah Sofea. Sofea jangan bimbang. Lisa takkan laporkan ke polis. Cukuplah setakat ini sahaja. Lisa tak nak lagi kita bersengketa. Lisa tak nak lagi kita saling bermasam muka sebab berebutkan Adam. Cuma satu saja Lisa nak minta pada Sofea…” Arlisa melepaskan tangannya dari Adam. Dia berjalan mendekati katil Sofea dan menunduk ke wajah wanita yang di dalam keseksaan itu.

“Jangan lagi ganggu keluarga, Lisa. Lisa percaya yang Sofea boleh cari lelaki yang lebih baik dari Adam. Mohonlah pada ALLAH… dia akan berikan yang terbaik,” tambah Arlisa lagi.

Sofea terangguk-angguk dan seraya menarik tangan kanan Arlisa untuk dikucupnya. Arlisa merelakannya walaupun Adam dari jauh mengecam tindakan Arlisa itu sebagai suatu yang keterlaluan. Orang dah buat jahat dengan kita! Kenapa kita perlu berlembut lagi?

Adam merungkai pegangan Dr. Zufri dan Fida ke atasnya. Tanpa banyak kata, Arlisa ditariknya ke belakang menjauhi Sofea. Kemudian perlahan-lahan Arlisa menarik Adam keluar dari wad tersebut yang diikuti oleh Dr. Zufri dan Fida.

Di luar wad, mereka berempat diam tak terkata apa-apa. Setelah kebungkaman mencapai minit yang kesepuluh, akhirnya Arlisa memecahkan kebuntuan mereka semua.

“Lisa dah putuskan yang kita tak perlu beritahu mama atau sesiapapun mengenai hal Sofea. Cukup kita berempat aje yang tahu!” putus Arlisa.

Adam mengangkat kepalanya. Dia menggeleng-geleng tanda tidak setuju.

Namun Fida dan Dr Zufri pula berbeza pendapatnya. Mereka berdua saling mengangguk setuju. Mama tidak boleh diberi tekanan berlebihan. Lagipun esok nak raya.

“Adam… redha ajelah ya. Kita tutup buku lama, kita buka buku baru. Lupakanlah semuanya… lagipun dia dah mengaku kesalahannya. Apa lagi yang kita buat padanya? Kita bukan TUHAN yang ada hak untuk menghukum,” pujuk Arlisa.

Adam terdiam. Kata hatinya seakan-akan kurang setuju dengan keputusan Arlisa. Namun apa yang dia boleh buat. Arlisa telah memutuskannya. Dia tidak mahu bersengketa lagi dengan si isteri. Walauapapun, Arlisa seorang yang berhati mulia. Mana ada lagi manusia yang sanggup memaafkan manusia lain yang ingin membunuhnya?

“Baiklah. Kita tutup kes.” Akhirnya Adam Farhan mengalah.

So, Lisa boleh discharged malam ni jugakkan Zufri?” tanya Arlisa ceria.

“Ya Lisa, sekarang pun boleh.”

Adam yang diam sebentar tadi tiba-tiba tersenyum kecil. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Fida. “You nak balik sekarang ke, Fida?”

Yes… kenapa?” Aik! Tiba-tiba tersengih semacam pulak Adam ni dah kenapa?

“You dan Zufri don’t mind ke kalau I nak pinjam kereta you guys kejap?” soal Adam lagi.

Arlisa menyentuh bahu Adam. Keningnya diangkat-angkat. Ada apa pula ni?

Well… you nak buat apa dengan kereta I, Adam?” Fida tergaru-garu kepalanya. Dah buat hal pulak si Adam ni. Jangan cakap dia nak ke balai polis sudah!

“Alah, kejap aje. I nak spend time dengan Arlisa. Kalau balik rumah ni nanti… ada mama, ada Mak Cik Sue… ada anak-anak lagi! Memang tak ada chancelah kami nak berdua. You guys datinglah kat café bawah tu kejap ya?” kata Adam selamba. Tangannya seraya menggenggam tangan Arlisa yang sudah sejuk membeku itu. Mesti Arlisa dah fikir yang bukan-bukan akan perlakuannya tadi.

“Oh…” Dr. Zufri tersengih. Cheh! Ingat apa tadi. Dia dan isterinya saling ketawa. Manakala Arlisa pula sudah merah wajahnya menahan malu.

Fida dengan pantas menyerahkan kunci kereta Gen-2 miliknya kepada Adam. “Ingat… balik sebelum pukul 12. Pick us up kat hospital balik ya!” pesan Fida lagak ibu-ibu.

Adam terangguk-angguk manakala Arlisa pula sudah menutup separa wajahnya dengan tangan kanannya. Adam dah pandai buat perangai ya sekarang!

“Jom sayang!” ajak Adam yang seterusnya menarik lengan Arlisa erat dan berjalan keluar dari koridor hospital tersebut.

TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaida Ilmuna Ismail