Home Novel Komedi/Romantik Komedi My ladies, My wife's
My ladies, My wife's
sipencintapena
11/6/2019 22:04:52
1,363
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 1

Nama aku Adam. Adam Firdaus. Tahun ini umur aku genap 29 tahun tapi masih lagi hidup membujang. Telinga aku memang dah lali bila asyik dengar mummy membebel cakap pasal kahwin. Reaksi aku? Macam biasa. Buat muka poyo depan mummy. Aku sebenarnya...,bukan tak laku. Cuma tak ada orang nak. Aku nak buat macam mana.

"Kau itu yang memilih. Sebab tu tak kahwin sampai sekarang," kata satu suara. Adam berpaling memandang sahabatnya itu.

Kacau aje mamat ni...macam tahu aje apa dalam kepala otak aku.

"Nak apa?" soalnya sambil menarik kerusi. Kaca mata tebalnya dibetulkan. Ekram sekadar tersengih membalas pandangan lelaki itu. Dia memang suka mengusik sahabatnya itu pasal kahwin. Masa Adam termenung adalah masa yang paling sesuai untuk dia mengenakan lelaki itu.

"Jom lunch. Aku lapar lah," ajak Ekram sambil menyentuh perutnya berlagak seperti orang yang benar-benar kelaparan. Adam menarik nafas panjang sebelum mencapai dompetnya.

"Jom," balasnya dengan senyuman.

"Kau ni, nasib baik lelaki. Kalau aku perempuan dah lama aku jatuh hati dengan kau.Tapi aku hairan lah. Kenapa mamat kacak macam kau ni masih single sampai sekarang? Aku yang muka sederhana ni pun dah kahwin. Aku tak faham," soal Ekram sambil berjalan di belakang Adam untuk keluar dari bilik pejabat lelaki itu. Adam hanya diam membisu mendengar pertanyaan sahabatnya.

"Doktor," panggil satu suara. Langkah Adam dan Ekram terhenti. Kedua-duanya berpaling serentak mencari gerangan si pemanggil. Kelihatan seorang gadis sedang berjalan menghampiri mereka dengan langkah yang agak lemah. Berkerut kening Adam.

Ni pesakit aku ni.

"Cik Bella kan? Awak tak sihat lagi. Kenapa keluar?" soalnya dengan perasaan bimbang. Bella menghulurkan tangan. Adam pantas menyambut kerana kelihatan gadis itu seperti ingin terjatuh. Wajahnya basah dengan air mata.

"Sorry Ram. Kau pergi dulu ek," kata Adam agak rasa bersalah dengan sahabatnya itu.

"Tak apa. Aku tunggu kau kat cafe," balas Ekram sebelum berlalu. Adam menoleh memandang Bella semula.

"Mari saya hantar awak balik ke bilik awak," katanya sambil menarik lembut lengan gadis itu. Namun Bella menolak.

"Doktor, saya nak ubat," katanya dengan suara serak. Seiring dengan air matanya.

"Cik..., cik janganlah nangis. Okay, saya akan ambil ubat itu. Tapi cik kena balik bilik dulu," balas Adam agak gelabah apabila melihat air mata gadis itu.

"Tak nak. Saya nak ubat tu sekarang," balas Bella dengan suara yang agak kuat. Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Cik...jom saya hantar..."

"Doktor!" jerit Bella. Adam terkedu. Dia mula berpeluh.

"Saya minta maaf cik. Tapi..." ucapnya dengan suara bergetar.

"Saya nak ubat tu sekarang! Saya nak muka jantan tak guna tu dengan betina sundal tu hilang dari memori saya sekarang ni juga! Beri saya ubat tu sekarang doktor. Tolong lah saya merayu ni," pintas Bella sebelum terduduk di atas lantai sambil menangis teresak-esak. Terkebil-kebil Adam memandang gadis itu.

Ubat?? Memori? What??

*****

Adam mengurut dahinya perlahan.

"Kau okay ke?" soal Farah yang sedang berjalan di sisinya. Adam hanya mengangguk tersenyum.

"Pesakit ni cuba nak bunuh diri. Dia cuba mengelar tangannya sendiri. Nasi baik keluarganya sempat selamatkan dia. Seram aku," beritahu Farah sambil membukakan pintu bilik wad untuk Adam. Adam mengeluh dalam diam mendengar cerita sahabatnya itu. Dia melangkah masuk sambil tersenyum memandang gadis yang sedang duduk di atas katil. Gadis itu turut memandangnya dengan wajah kosong.

"Apa khabar hari ni Cik Chinta?" tanyanya ramah. Chinta hanya memandang doktor itu tanpa berkata apa-apa. Adam menjalankan tugasnya sambil dibantu oleh Farah.

"Doktor," panggil Chinta dengan suara yang sangat perlahan. Adam yang sedang menulis sesuatu dalam buku rekodnya menoleh memandang gadis itu.

"Saya nak kahwin dengan doktor," sambung Chinta dengan wajah yang serius. Adam terkedu. Bulat mata Farah memandang Chinta sebelum menoleh memandang Adam yang mana wajahnya sudah bertukar pucat.

"Saya nak kahwin dengan doktor," ulang Chinta semula kini dengan suara yang agak kuat. Adam menyentuh dahinya.

Ya Allah.

*****

Delisya merenung lama doktor yang sedang menjalankan tugasnya itu.

"Doktor..." panggilnya perlahan. Adam mengangkat wajahnya memandang gadis itu.

Jangan lah buat hal lagi.

Dia agak berdebar menanti ayat yang keluar dari mulut gadis muda itu.

"Saya ni tak cantik ke doktor?" tanya Delisya dengan wajah muram. Adam agak terkedu dengan soalan gadis itu.

"Suami saya kata saya tak cantik. Sebab tu dia tinggalkan saya. Kenapa? Kenapa setelah tiga tahun berkahwin baru dia beritahu? Kenapa dia kahwin dengan saya kalau tahu saya ni tak cantik?" soal Delisya bertalu seiring dengan air matanya. Adam menarik nafas berat.

"Suami cik itu buta. Dia akan menyesal," balasnya tanpa sedar. Delisya memandang Adam dengan perasaan berbaur. Adam berdehem perlahan.

"Cik kena kuat semangat kalau nak sihat semula. Cik nak apa-apa nanti panggil nurse ya," katanya sebelum beredar. Delisya hanya memandang langkah Adam berlalu. Dia tunduk meraup wajahnya semula.

Tengku Fakrul, saya tak akan biarkan awak tersenyum panjang. Setelah apa yang awak dah buat.

Delisya mengesat air matanya dengan kasar.

Kau tunggu Fakrul. Jantan tak guna!

*****

Berkerut dahi Adam memandang Ekram yang sednag tergelak besar.

Apa yang lucu sangat dengan ceritanya...?

"Wei, dah setahun kita kerja kat sini. Tapi ni kes pertama yang aku dengar berlaku kat kau. Aku rasa lucu wei," kata Ekram sambil menyambung tawanya semula. Adam hanya tersenyum pahit. Apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu memang benar. Ini adalah pengalaman pertamanya berdepan dengan ragam pesakit yang baginya tidak masuk akal.

Dah lah pengalaman pertama. Serentak pula tu.

Adam mengeluh perlahan sambil mencapai jus tembikai di hadapannya.

"So macam mana? Cantik tak?" soal Ekram agak teruja.

"Apa yang cantik?" soal Adam buat-buat tidak faham dengan maksud sahabatnya itu. Dia membetulkan rambutnya yang disikat rapi dengan gaya belah tengah. Ekram tergelak lagi. Adam hanya menggeleng perlahan.

"Alah tiga orang pesakit kau tu lah. Siapa lagi," jawab Ekram yang masih dengan sisa tawanya.

"Aku tak tahu," balas Adam ringkas. Terangkat kening Ekram memandang lelaki itu.

"Apa yang aku pasti, ketiga-tiga mereka tu baru aje putus cinta," sambung Adam perlahan. Dia teringat semula reaksi ketiga-tiga gadis itu. Basah dengan air mata. Adam mengeluh tanpa sedar. Ekram hanya tersenyum memandang telatah sahabatnya itu.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh sipencintapena