Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Abil Ross
7/1/2020 16:13:00
11,457
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 30




          Hanya mampu termenung dan terus termenung. Masih memikirkan perkara yang sama. Tetapi, kali ini dia berasa yakin akan keputusan yang telah dibuat olehnya itu. Dan juga dia yakin akan dirinya itu. Cuma memerlukan sedikit lagi masa untuk dia terima dengan sepenuh hatinya.

          Lan mula terkenang semula tentang perbualan dia dan ayahnya itu.

 

====================================================

 

          ‘Aku selalu lalu kat sini. Tapi, tak pernah masuk pun kat company ni. Rasa berat pula kaki ni nak masuk ke dalam. Ayuh, Lan! Semangat tu penting. Ayah mesti gembira nanti,’ Lan bermonolog sahaja lalu dia mula melangkah masuk ke dalam syarikat ayahnya itu.

          Lan berasa gementar seketika. Melihat keadaan sekeliling. Mula berasa cuak. Dia melihat beberapa orang pekerja ayahnya itu kelihatan segak dan cantik-cantik belaka. Lalu, dia melihat keadaan dirinya yang berbaju kemeja hitam dan bertali leher berwarna biru gelap itu telah menonjolkan kekemasan dalam dirinya.

          Penampilannya juga seperti orang yang sedang untuk ditemuduga. Cuak. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa cuaknya apabila berada di dalam syarikat besar itu dan kelihatan ramai pekerja yang bekerja di syarikat ayahnya.

          ‘Aduh, kenapa aku rasa nervous pula ni. Macam aku nak pergi interview pula ni. Ramai pula pekerja ayah ni. Macam mana ayah boleh handle semua ni. Mesti kepala ayah berpusing-pusing sekarang ni,’ fikir Lan apabila melihat situasinya di dalam syarikat ayahnya itu.

          ‘Apa yang perlu aku buat ni? Aku tak tahu office ayah kat tingkat berapa? Nak tanya siapa?’ Fikir Lan lagi lalu dia melihat beberapa orang pekerja yang berada di kaunter pertanyaan.

          “Hah, baik aku pergi tanya pekerja kat sana. Daripada aku duk tercegat kat sini macam patung.” Bisik Lan seketika.

          Lan terus menuju ke kaunter pertanyaan itu. Belum sempat dia sampai ke kaunter tersebut, salah seorang pekerja wanita yang berambut pendek itu telah melanggarnya dengan sengaja. Hampir sahaja Lan ingin terjatuh. Tetapi, dia dapat seimbangkan badannya daripada tersungkur jatuh ke lantai.

          Lan memandang tajam ke arah pekerja wanita itu.

          “Opss, sorry. Tak nampak pula tadi.”

          Lan hanya perhati je perangai wanita yang tergedik-gedik di hadapannya itu. Dia memang masak sangat dengan perangai perempuan yang sebegitu rupa. Paling menyampah apabila dia tergedik-gedik di hadapannya itu.

          “Awak si hensem datang sini nak jumpa dengan siapa?” Soal wanita yang berambut pendek itu.

           Lan tidak menjawab.

          “Aaah! Tak habis-habis lagi nak kacau orang.” Muncul pula salah seorang pekerja lelaki yang berada di sebelah Lan.

          “Alaa, menganggu jelah.” Gedik wanita itu seketika.

          “Dah dah, pergi buat kerja. Tergedik sana, tergedik sini.” Lelaki yang berada di sebelah Lan tadi telah mengarah wanita yang berambut pendek itu untuk beredar dari situ lalu dia menoleh ke arah Lan.

          “Maaf Encik pasal tadi. Harap Encik tak cedera?” Ramah sahaja lelaki itu.

          “Ehh, saya okay. Maaf, nak tanya.”

          “Ye Encik.”

          “Saya datang sini sebab saya nak cari…” Lan terhenti berkata seketika lalu dia terfikir akan sesuatu perkara.

          ‘Kalau aku cakap nak jumpa dengan ayah, nanti diorang terus cam aku. Yang aku ni anak boss dalam syarikat ni. Ehh, tak naklah aku terus jadi senang. Aku kena menghadapi ujian sikit. Baru boleh aku jadi pemimpin yang baik,’ fikir Lan seketika.

          “Ye Encik. Datang sini nak cari siapa? Atau ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Lelaki itu menyahut.

          “Macam ni, saya datang untuk temuduga. Tingkat mana ye patut saya pergi?” Jawab Lan.

          “Ohh, nak interview. Kebetulan, saya nak pergi ke sana juga, kat tingkat lima tempat interviewnya.”

          “Ouh.”

          “Mari Encik, saya tunjukkan.” Senyum sahaja lelaki itu.

          Lan memulakan langkahnya dengan mengikuti jejak langkah pekerja lelaki yang berkemeja merah itu. Hatinya menjadi sangat gembira. Entah kenapa, dia dapat merasakan aura barunya di tempat syarikat ayahnya itu.

          Mereka berdua terus memasuki lift untuk ke tingkat lima itu.

          “Ouh, lupa nak kenalkan nama saya. Saya Haikal, bahagian HR Management.” Haikal terus berjabat tangan dengan Lan.

          Lan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Haikal.

          “Saya Fazlan Mustaqim. Panggil saya Lan je.” Lan memperkenalkan dirinya.

          “Okay, Lan. Macam pernah dengar je nama tu.” Fikir Haikal seketika lalu dilupakan begitu sahaja.

          Lan hanya mampu tersengih sahaja.

          ‘Mesti ayah pernah bagitahu nama anaknya dekat pekerja-pekerja kat sini. Nasib baik diorang tak pernah jumpa aku lagi,’ Lan hanya menghelakan nafas leganya sahaja.

          “Okay, kita dah sampai.” Haikal mendahulukan dirinya untuk menuju ke pintu pejabat setelah lift telah dibuka.

          Lan hanya mengekorinya sahaja dari belakang lalu melihat di sekelilingnya itu.

          “Hi hi, Madam Ling. How are you, today?” Haikal menanyakan khabar kepada rakan sekerjanya itu.

          ‘Ramah betul si Haikal ni. Ni baru boleh jadi pemimpin. Tak sia-sia aku kenal dia dulu, padahal baru je tadi berkenalan,’ Lan mula bermonolog.

          “Hi… I’m fine. You.”

          “Also fine. This document yang you minta tadi.”

          “Wow, so fast.”

          “Of course laa, Madam. You takkan tak kenal I.” Usik Haikal seketika.

          Lan memerhatikannya sahaja.

          “Mestilah, I kenal you. Itu, kamu punya member ke?” Soal rakan sekerja Haikal seketika.

          “Ouh, ini. Saya lupa nak bagitahu. Ini Fazlan, dia datang nak interview.” Jelas Haikal.

          “Ouh, saya Madam Ling.”

          “Saya Fazlan.” Lan menundukkan badannya sedikit untuk menunjukkan tanda hormat kepada kaum wanita.

          “Okay, sila duduk dulu. Nanti saya panggil you.” Madam Ling memberikan satu senyumannya sahaja kepada Lan.

          “Ouh, okay. Terima kasih.” Sahut Lan.

          “Madam. Saya pergi dulu.” Haikal terus menuju ke arah Lan.

          Lan hanya duduk dalam keadaannya yang tenang.

          “Fazlan.” Panggil Haikal.

          “Iye.”

          “Nanti Madam Ling akan maklumkan kepada Boss syarikat ni. Harap, Lan boleh tunggu.”

          “Tak apa. Saya boleh tunggu.” Lan mula mengukirkan senyumannya sahaja.

          “Okay. Kalau ada apa-apa yang nak ditanya, boleh tanya Madam Ling. Kalau nak tanya saya pun boleh, office saya berhadapan ni je.” Haikal menunjukkan tempat kerjanya yang berada di hadapan pejabat Setiausaha.

          “Ouh, okay. Terima kasih banyak Encik Haikal.” Lan hanya mengucapkan terima kasih kepada Haikal.

          “Ehh, tak apa. This is a small matter laa. Okay, saya pergi dulu. All the best.”

          “Thank you.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.