Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 60




“Kenapa boleh jadi macam ni, bang?” Laura cubauntuk untuk membuka rantai besi yang telah diikat pada tangan pengawalkeselamatan itu.

Tetapi tidak berhasil untuk meleraikannya.

“Arkkk.” Pengawal keselamatan itu hanya mampumenahan kesakitan akibat tercedera di bahagian belakang badannya.

“Abang. Macam mana saya nak buka ni. Siapayang buat abang macam ni?” Tanya Laura lagi.

“Ada seorang laki tu. Arkkkk.” Kepalanya pulayang mula berasa sakit dan berdeyut-deyut sahaja.

“Hahh. Siapa? Abang tunggu sini, saya pergipanggil abang guard yang lain.” Gegas Laura meninggalkan tandas awam itu.

“Cikkkk. Nanti. Arkkkkkkk.” Belum sempat diaingin memberitahu perkara sebenar, Laura sudah pun beredar dari situ.

“Aduh! Aku nak minta tolong siapa ni.” Lauramelihat di sekeliling kawasannya sahaja.

“Mana pergi abang guard yang tadi? Aku nakbuat apa ni?” Bingung Laura seketika.

“Okay okay. Baik aku pergi panggil Kira.”Tanpa berfikir panjang, Laura terus menuju ke arah kedai butiknya itu.

Tercungap-cungap Laura ketika dia sedangberlari.

Memang panik dibuatnya apabila salah seorangpengawal keselamatan di dalam ‘Mall’itu mengalami kecederaan yang sangat teruk seperti dipukul dengan benda yangkeras secara bertubi-tubi di bahagian anggota badannya itu.

Hatinya mula semakin resah.

Fikirannya juga mula terganggu dan menjadirunsing seketika.

“Shakira!” Jerit Laura.

“Kira. Kau kena tolong aku. Abang guard..”Laura terhenti seketika.

Dia mula mencari rakan sekerjanya di dalamkedai butik itu.

“Kira.” Panggil Laura sambil memerhatikansekeliling tempat di kedai butiknya itu.

Laura berasa hairan kerana tiada sahutandaripada Shakira.

“Kira. Kau kat mana?” Jerit Laura sedikit.

Dia melihat sahaja di kaunter pembayaran,tetapi masih tidak dijumpai rakan sekerjanya itu.

“Kira.” Panggil Laura lagi.

“Kau jangan main-main, boleh tak. Kita adamasalah ni. Kira.” Jantung Laura ingin sahaja mahu tercabut keluar.

Dia cuba untuk menghampiri bilik stok yangberada di belakang itu.

Semakin menghampirinya.

Dengan secara perlahan-lahan, Laura memulastombol pintu itu.

Lalu, dia cuba untuk menolak pintu itu denganperlahan-lahan. Cuba untuk menjenguk ke dalam.

Melihat dari atas bumbung hingga ke bawahlantai. Dia terlihat sesuatu.

“Shakira!” Jerit Laura lalu dia terusmendapatkan Shakira yang sudah terlantar di atas lantai itu.

“Shakiraaa, kau dah kenapa. Siapa yang sanggupbuat kau macam ni? Ya Allah, Kira.” Menangis Laura apabila melihat keadaanShakira yang tidak sedarkan diri.

Laura cuba untuk bangunkan Shakira, tetapimasih tidak menyedarkan dirinya lagi.

Laura menangis teresak-resak dan buntu keranatidak tahu untuk berbuat apa-apa. Selepas dia terjumpa abang guard yang sudahtercedera parah, kini Shakira pula yang menjadi mangsa keadaan.

‘Apayang telah berlaku kat sini? Kenapa? Siapa yang sanggup buat kerja kejam macamni? Ya Allah, apa patut aku buat? Aku nak minta tolong kat siapa? Pak cikGuard..!’ Fikir Laurasejenak.

“Ya, betul. Pak cik guard. Pak cik ada katbawah.” Terfikir Laura seketika.

“Shakira, kau tunggu sini kejap ye. Aku mintapertolongan.” Laura mengesatkan air matanya lalu bingkas bangun untuk keluardari kedai butiknya itu.

Dia berlari keluar untuk melihat Pak cik guarddi bahagian tingkat bawah. Sebelum dia mendapatkan lift, dia melihat di kawasanbawah ‘Mall’. Mula melilau mencariPak cik guard, tetapi keadaan di bawah begitu sunyi dan agak menyeramkan.

Laura mula menjerit dari tingkat dua.

“PAK CIKKKK..! PAK CIKKK..!”

Laura melihat tiada sesiapa pun yang berada dibawah. Yang ada hanyalah kesunyian di waktu malam dan kedipan-kedipan lampuyang bercahaya tetapi agak sedikit malap.

Laura gelisah dan air matanya mengalir semula.

“SESIAPAAAA, TOLONGGGGG..! PENGAWALLLLL..!”

Laura menangis teresak-resak lagi kerana tiadaseorang pun yang menyahut panggilannya itu.

Dia semakin buntu. Ketakutan dalam dirinyasemakin membuak-buak.

Dia cuba untuk mencari pengawal keselamatanyang lain, tetapi tiada seorang pun yang dia lihat di dalam kawasan ‘Mall’ itu. Dia tahu, hanya enam orangpengawal keselamatan sahaja yang perlu mengawasi setiap tingkat di ‘Mall’ bagi tiada kecurian berlaku. Diajuga tidak tahu, di mana empat orang lagi pengawal keselamatan yang perluberada di situ. Atau yang lain pun sudah tercedera seperti abang guard yang diajumpa di dalam tandas awam itu tadi.

Laura tidak dapat berfikir dengan tenang.Hanya mampu menangis sahaja di ruang kawasan itu.

Fikirannya mula terjenak.

“Phone! Phone, phone aku mana.” Kedua-duabelah tangan Laura mula mencari-cari di bahagian poket seluarnya itu.

Dia mengeluarkan telefon pintarnya lalu terusmembuka fail penama dalam panggilannya itu. Terlihat nama ‘Papa’ yang sudah tentera di muka kaca skrin telefon pintarnyaitu.

Mahu sahaja jari-jemarinya itu terus menekan.Tetapi……

“Tak! Aku tak boleh call papa. Kalau terjadiapa-apa kat papa dengan mama lagi macam mana. Aku tak boleh bahayakan diorang.”Laura terfikir seketika.

Dia sudah tiada idea untuk berfikir. Kali inidia betul-betul buntu.

Air matanya hanya mampu mengalirkannya sahajalalu dia memejamkan matanya untuk bertenang seketika.

‘Lan.’ Matanya terbuka semula.

Fikirannya hanya tertumpu pada satu nama yangboleh membantunya apabila dia dalam kesusahan. Walaupun, dia tahu hubungan diadengan Lan tidaklah seakrab seperti dulu.

Laura terus mencari nama Lan di dalamtelefonnya itu.

Terus menghubungi.

Laura mengesatkan air mata di pipinya itu dandia mula berharap agar Lan dapat membantunya.

“Tuttt..tuttt..”

“Tuttt..tuttt..” Laura menanti.

“Huishhh. Siapa pula yang call ni. Aku dah nakmenang kot.” Marah Lan seketika apabila dia sedang bermain permainan game didalam telefon pintarnya itu.

“Ehh!” Lan bingkas bangun.

Dia melihat ada seseorang yang sedangmemanggilnya di telefon. Dia terkejut dan terdiam seketika.

“Tak pernah-pernah dia nak call. Ni, ada apapula?” Lan hanya memikirkannya sahaja.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.