5,027
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab Lapan

Miss Marshmallow VS Mr.Ego

Bab 8

“WOW...!” suara kagum Rita menyentuh gegendang telinga Faheem.

“Cantik, kan?” soal Faheem.

“Hmmm, cantik, hebat dan menarik!” ujar Rita lagi.

lnak pujuk papa belikan satu untuk l.”Faheem tersengih.

“Sayang, kalau you dapatkan Hyundai Sonata YF ni mesti you nampak lagi hebat dan tampan bila berada di dalamnya.” Tambah Rita menyemarakkan lagi semangat Faheem untuk memiliki kereta yang sedang dilancarkan di salah sebuah syarikat yang menjual kenderaan itu.

ltahulah ia hebat. Dah baca dalam artikel semalam. Tulah pasal l datang hari ke sini. Nak tengok dengan mata kepala lsendiri macamana rupanya...”

“Ha, rupanya memang hebat dan nampak bergaya, sayang.”

“Yalah, tengok harganya tu.”

“Alaah, bandingkan dengan kekayaan papa you,berapalah sangat? Sedangkan kereta mewah yang lainpun papa you sanggup dapatkan.” balas Rita.

“Teringin pulak lnak miliki kereta baru ni.”

Youni, pantang tengok kereta baru, mesti nak tukar...”

“Memanglah. I ni jenis suka menambah koleksi kereta.”

“Sayang, kalau yousuka tukar kereta, ltak kisah. Jangan suka tukar ‘gf’ tahu? Nanti lmengamuk habis.” Rita memberi amaran.

Faheem ketawa kecil.

“Takkanlah lmacam tu...” Faheem menafikan ‘kenakalan’nya. Padahal, Rita memang sudah kenal dengan perangai Faheem sebelum ini.

“Eleey, ltahu, selama ni, youtu suka sangat berpoya-poya. Pantang ada gadis cantik kat ofis papa youtu, mulalah jadi ulat naik daun.” Cebik Rita, memulakan rasa cemburunya.

Faheem ketawa lagi. “Mana ada? Ini adalah lelaki soleh...tak adanya main-main benda-benda macam tu. Tak adanya masa nak berpoya-poya dengan orang lain. Cuma dengan youaje...”

“Iyalah tu..” Rita mencebik bibir.

“Betul, sayang. Kenapa, tak percaya?”

“Takkan l percaya, selagi you tak tunaikan janji you...”

“Janji l?”

Rita mengangguk. Menampakkan riak manjanya untuk memancing rasa sayang Faheem terhadapnya. Matanya melekat penuh makna pada wajah Faheem. Jelingan manja dan menggoda itulah yang sering merona hati Faheem sejak empat bulan lalu. Rita telah menambat hati Faheem sebaik sahaja mata anak muda itu tertala pada wajah Rita sejak kai pertama melihat si jelita itu..

“Yalah. Janji you...” manja lagi suara Rita sambil jari jemarinya memaut jari jemari Faheem. Gadis berkulit putih itu terus mengemaskan pegangannya. Faheem membiarkan cuma. Mungkin rasa senang dengan pautan jari jemari lembut Rita itu. terasa seolah ikatan cinta semakin kental. Ikatan sayang terus berpadu.

Youdah janji nak sunting lsebagai suri hidup youyang sah nanti.” Ungkap Rita dengan penuh harapan. Wajah Faheem sempat ditatap penuh pengharapan.

Faheem ketawa mengekeh. “Ohh, janji tu...”

“Yalah. Janji tu penting bagi ltau.” Manja lagi suara Rita.

lt’s small matter.”

“Tu bagi you.“ ujar Rita. “Tapi bagi l, ianya sangat penting. Very important!”

Faheem tersengih. “Ok...!”

“Jangan ok saja tau. I akan tuntut walaupun hingga ke lubang cacing...”

Wajah Faheem berkerut. “Lubang cacing? Eiii...nak buat apa kat situ? lbukannya suka berkawan dengan species cacing tu.”

“Maksud lkalau you sembunyi hingga ke dalam lubang tanah sekalipun, ltetap akan cari dan dapatkan you...!

“Alaah, sayang jangan risau laa..kalau gadis cantik macam you, bukan setakat lmalah ramai jejaka lain yang akan menggilai you...”

Jari telunjuk Faheem pantas mencuit hidung mancung Rita. Gadis cantik itu membiarkan cuma. Tidak mengelak. Sebaliknya sekadar tersenyum senang. Tidak pula dihiraukan pengunjung yang agak ramai di situ. Mereka yang turut datang menjenguk ke ruang pameran kereta baru itu untuk melihat kehadiran kenderaan yang dikatakan hebat dan menarik itu. Namun, gelagat sepasang merpati sejoli itu tidak menarik perhatian mereka. Mungkin jelek dengan kemanjaan Rita yang sengaja mempamerkannya kepada umum. Malah, ada seorang dua perempuan yang hadir itu mencebik bibir. Bosan agaknya dengan gaya ‘gedik’ Rita di ruang terbuka begitu. Juga kenakalan Faheem mencuit hidung kekasih kesayangannya itu.

“Nantilah, kita akan kahwin jugak. Sabarlah hingga ldilantik sebagai CEO di syarikat papa!” janji Faheem lagi. Penuh yakin.

“Tapi ldengar khabar youada pesaing, kan?” duga Rita untuk mengorek rahsia.

Faheem yang sudah melangkah beberapa langkah untuk keluar dari ruang pameran kereta itu berhenti dan memandang wajah Rita penuh tanda tanya.

“Pesaing?” suaranya agak kuat.

Rita mengangguk. Selamba sahaja.

“Maksud you?”

Rita tidak segera menjawab. Hanya mengatur langkah untuk turut sama keluar dari ruang itu. Di bibirnya ada segaris senyum. Mungkin senyuman sinis untuk mencabar perasaan Faheem. Rita memang tahu sikap Faheem yang panas baran. Mudah membentak bila sesuatu haknya dirampas atau tergugat.

Melihatkan Rita tidak segera memberi respons di atas persoalannya, Faheem terus kenanaran. Dipautnya lengan Rita dengan pantas. Dia ingin gadis itu segera memberikan jawapan terhadap persoalan yang sedang berlegar di ruang mindanya. Faheem bukanlah seorang yang penyabar untuk menanti jawapan daripada bibir Rita. Dia seakan terus mendesak Rita bila lengan gadis itu terus dipaut kemas. Tidak dilepaskan dengan mudah.

“Rita,...” ujar Faheem. Merenung jauh ke dalam mata Rita. “Apa maksud you?”

“Jom, kita masuk dalam kereta dulu. Nanti, l ceritakan jugak.” Rita seakan mengawal perasaan Faheem dalam tingkah lakunya itu.

Faheem yang tidak sabar untuk mendapatkan jawapan daripada Rita terus melangkah laju menuju ruang parkir tempat keretanya sedang menunggu. Kemudian dia terus membuka pintu keretanya. Enjin terus dihidupkan.

“Ha, ceritakan.” Desak Faheem sebaik sahaja enjin kereta sudahpun menderu dan kenderaan itu mulai bergerak.

“Siapa pesaing l yang youmaksudkan ni, Rita?” suara Faheem sudah menggambarkan hatinya memang benar-benar tidak sabar untuk tahu jawapannya.

“Siapa lagi kalau bukan orang yang paling you nak tengok sehari-hari tu.”

Faheem mengerutkan wajah. “Siapa? Youke?”

“Kalau l ni bukan pesaing namanya. Peneman hidup you nanti...” Rita tersenyum segar. Benar-benar sudah yakin bahawa Faheem akan memilih dia sebagai penyeri hidup jejaka itu.

“Habis, siapa?” Faheem mendesak. Tidak berminat lagi dengan semua ungkapan lain. Sebaliknya lebih ingin tahu tentang pesaingnya.

“Budak Hitam...” cebik Rita sambil bibirnya tersenyum sinis.

“Dija?” terpancul suara daripada bibir Faheem dalam nada geram dan marah.

“Erhh, you dah mulai sebut nama dia? Sejak bila ni?” Rita kehairanan. Dia mulai buat muka. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya. “Eeiii, geli l nak sebut nama Budak Hitam tu, sayang!”

“Sejak papa menggertak l.Dia dah bagi tarikh tangguh lantikan luntuk jawatan CEO tu.” jelas Faheem dengan wajah kecewa.

“Tarikh tangguh?” soal Rita tidak mengerti.

“Yalah. Papa ldah bagi amaran kalau lcari pasal atau menghina budak tu, alamatnya, lantikan yang sepatutnya dibuat pada bulan ini akan ditangguh hingga ke suatu tarikh yang lebih sesuai.”

“Oh, ye ke?” soal Rita lagi.

“Hmmm, papa tu, pelik sangat. Dia sayang habis dengan Dija tu. Papa takkan izinkan lpanggil Budak Hitam kepada Dija. Kalau papa dapat tahu lpanggil dengan panggilan tu, bermakna jawatan penting dalam syarikat ni takkan menjadi milik ldalam masa terdekat.”

“Wah, sampai begitu sekali papa you menangkan dia?”

Faheem mengangguk. Kemudian mencebik bibir. Nampak geram dan benci.

“Tulaa pasal, lcakap Budak Hitam tu pesaing yousekarang. Sebab lnampak papa youbukan main lagi baik dengan dia tu.”

“Yalah, sanggup pulak ketepikan anak sendiri.”

llmu apa yang dia tu pakai ye? Papa youmacam dah kalah sangat dengan dia. Geram betullah bila ltahu cerita ni.”

Faheem mendengus geram.

“Setiap hari, l tengok papa youmesti nak cari Budak Hitam tu. Entah apa yang disembang-sembangkan antara mereka. Tapi, lyakin, mereka berdua tu sangat mesra. Pernah pulak tu, ltengok papa you melayani semua tukang cuci syarikat dengan penuh meriah. Belanja makan dan minum lagi.”

Faheem terdiam. Tapi cepat-cepat dia bersuara. “Papa memang pemurah. Dia suka sangat belanja pekerjanya sekali sekala.”

“Tapi, lyakin, sejak budak kampung tu masuk dalam syarikat papa you, dia dapat layanan paling istimewa. Padahal, rupanya buruk sangat! Hitam dan tak sudipun l nak pandang dia tu.” protes Rita, geram.

“Peliklah papa tu.” Faheem pula bersuara geram.

“Takkan papa youboleh jatuh cinta dengan budak tu, kan?”

“Hisyhhh...papa bukan macam tu.”

“Hati orang, siapa dapat menduganya, sayang...”

Faheem mengetuk-ngetuk stering keretanya perlahan-lahan sambil memikirkan sesuatu. Kelihatan wajahnya kurang senang bila mendapat perkhabaran daripada Rita.

“Takkanlah papa sukakan Dija lebih daripada seorang pekerjanya?”

“Lahiriah, orang akan cakap macam tu, sayang. Tapi, kita tak boleh nak duga dalamnya hati manusia.”

“Tapi ltetap yakin yang papa tak ada apa-apa affairdengan budak tu.”

“Itulah jugak yang l harapkan. Tak sudi nak ber’mak’ tirikan dia...”

“Hisyhh...!”

Rita mencebik bibir. “Kalau dah terkena ubat guna-guna, yang tak disukaipun boleh jadi suka, sayang. Apapun, lharap sangat agar you terselamat daripada jampi manderam minah hitam itu...”

“Jampi ke tak ke, memang ltak pernah sukakan dia...”

Rita tersenyum mendengarkan suara geram Faheem. Sekadar dia menguji hati Faheem walaupun dia tahu, takkan mungkin Faheem boleh sukakan Dija yang berkulit hitam ala-ala negro itu.

Wajah Dija hadir di ruang mata mereka berdua. Rita sering juga merenung wajah Dija. Meskipun hitam, terpamer kemanisan dan keayuan pada wajah gadis desa itu. Rita tidak menafikan, kalaulah kulit Dija putih seperti kulitnya sekarang, pasti Dija akan mampu mengatasinya.

Bila Dija bercakap, kelihatan barisan giginya yang terserlah putih dan berseri. Malah, giginya lebih terserlah putihnya bila dia ketawa atau tersengih. Maklumlah, kulitnya yang hitam itu akan lebih menonjolkan giginya yang melepak.

“Sayang, youperasan tak?”

“Perasan apa?”

“Dija tu, kalau datang kerja mesti bersetoking dan bersarung tangan. Bertudung lagi. Tak ke dia tu rimas?”

“Eh, manalah lperasan dengan dia tu? Pandang wajah diapun tak berapa nak sudi, inikan pulak nak perhatikan semua tentang dirinya. Hisyh...!” marah Faheem. “Lagi senang ltenung wajah jelita youdaripada melihat wajah gelap macam langit nak hujan tu.”

Rita ketawa mengekeh.

So, selama ni youtak pernah perasan dengan dia tu?”

Faheem menggeleng. Bibirnya dijuihkan. Hina benar Dija di dalam pandangannya. Seolahnya Dija memang seorang gadis yang berasal daripada kelas bawahan yang kastanya paling rendah.

‘Buat bazirkan masa l kalau tengok dia tu.”

Rita tersengih lagi. Lega rasanya bila Faheem bersuara begitu.

Tapi, kenapa dia tiba-tiba rasa begitu?

Cemburukah dengan Dija?

Tercabarkah dengan kehadiran Dija?

Ah, tak mungkin Dija boleh mencabarnya?

Siapa Dija? Siapa pula Rita?

Dua gadis yang sangat jauh berbeza dari segi rupa paras. Takkan mungkin hati Faheem boleh melekat kepada Dija, gadis berkulit hitam macam negro itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh