Home Novel Kisah Hidup Setia atau Berbahagi Kasih
Setia atau Berbahagi Kasih
fatyyn_cool
26/3/2019 11:49:29
1,025
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Senarai Bab
Bab 1

          Pagi yang indah dan nyaman bagiku,hari ini aku rasa sangat tenang melihat keindahan di Pulau Langkawi. Walaupunsudah banyak kali aku datang ke sini, aku tetap rasa nyaman bila ke sini.Keindahan laut yang membuatkan aku rasa tenang dengan adanya burung berkicauan,dan gelagat pelancong-pelancong yang datang ke sini bersama keluarga merekatersayang. Sepanjang aku duduk di Langkawi selama seminggu ini aku terjumpa duaorang yang sama perangai macam mereka. Betul aku rindukan mereka sangat-sangattetapi setiap kali apa yang aku buat pasti aku akan teringat setiap kenanganaku bersama dengan mereka. Puteri, dan Aqish saya rindukan awak  sangat-sangat.

 

Haziq yang melihat aku sedangtermenung terus dia menegur aku “kau okey tak farish?”. Aku yang tersedar akanteguran Haziq itu terus aku membalas “ye aku okey. Kenapa kau tanya macamitu?”. Haziq menggeleng dan tersengeh apabila mendengar jawapan daripada aku.Yeah, dia tahu yang aku tidak okay dan terus dia menjawab “kalau kau kata kauokay, kenapa daripada tadi aku nampak kau termenung jauh? Kau teringatkan diake? Atau kau rindukan dia?”. Aku yang mendengar soalan daripada Haziq terus akuterdiam. Aku tidak tahu mahu jawab apa, kerana aku masih keliru dengan perasaanaku yang sekarang.

 

2 tahun sebelum.

 

“awak, sudi tak nak berkawan dengansaya?” kataku kepada seseorang perempuan yang aku tidak tahu menahu tentangnamanya tetapi apabila aku memandangnya membuatkan aku tertarik untuk berkawandengannya. Kecomelannya membuatkan aku rasa yang dia tak sepertiperempuan-perempuan yang aku kenal sebelum ini. Caranya yang lembut danbersahaja membuatkan aku lagi rasa untuk berkawan dengannya walau apa apa jadisekalipun. Dengan bersahaja dan lembut dia menjawab “tak salah pun kalau nakberkawan. Boleh je”, sambil tersenyum pada ayat terakhirnya. Pada saat itu lahaku rasa senyumannya terlalu indah dan dia membuatkan aku ingin kenal dia lebihmendalam lagi.

 

“nama saya Farish dan saya masihbujang” aku berkata sambil tersipu malu. Aku tidak tahu kenapa ayat seperti ituyang keluar daripada mulut aku sendiri. Dia tersenyum melihat telatah akusambil menjawab “awak boleh panggil saya Puteri”. Sedap betul namanya, sesuaisangat dengan orangnya. Sedang aku tersenyum malu kerana aku membayangkanbahawa suatu hari pasti dia akan menjadi milik aku. Dia menegur aku sambilberkata “saya pergi dulu yer. Saya ada kerja yang perlu saya siapkan. Nantikalau jodoh kita jumpa lagi okay”. Aku terkejut dengan kata-kata akhirnya danmembuatkan aku tidak sedar yang aku sudah berangan jauh.

 

Selepas sahaja pertemuan aku denganPuteri, membuatkan aku tidak boleh lupakan akan dirinya. Dirinya yang comel danbersahaja membuatkan aku rasa ingin berkawan dengannya. Ini kerana Puteri bukanseperti kawan-kawan perempuan yang aku keluar sebelum ini. Puteri lah seorangperempuan yang membuatkan aku rasa tidak cukup dalam hidupku. “kau dah kenapasenyum sorang-sorang? Macam orang tidak betul sahaja” kata kawan baikku Haziqapabila dia perasan yang aku sedang tersenyum. Aku yang tersedar dengan tegurandia terus aku diamkan diri aku. “aku perlu ceritakan kepada Haziq sebab diaseorang sahaja kawan baik yang ada bersama dengan aku” kataku di dalam hati.

 

Sedang aku cuba untuk bercerita,tiba-tiba sahaja aku terpandang seorang perempuan yang mukanya serupa denganPuteri. Pada awalnya aku tidak percaya apa yang aku lihat itu, tetapi apabilamelihatnya dari jauh tersenyum bersama dengan kawan-kawan baiknya membuatkanaku tersedar dan dengan spontan sahaja aku berdiri menuju ke arahnya. Apabilasemakin dekat membuatkan aku percaya apa yang aku lihat adalah betul. Diamenegur aku “eh awak Farish, buat apa di sini?” dan aku dengan spontannyamenjawab “boleh tak kalau saya nak nombor telefon awak? Saya perlukan nombortelefon awak sebab senang saya nak menghubungi awak. Kalau sebelum ini awakcakap ‘kalau ada jodoh insyaAllah jumpa’ tetapi sekarng dah jumpa dan sayatidak mahu melepaskan peluang ini. So boleh tak kalau saya nak nombor telefonawak?”. Perkataan yang keluar daripada mulut aku bukan sahaja membuatkan Puteriseorang sahaja terkesima, malah semua rakan baiknya yang berada situ juga rasabenda yang sama.

 

Mungkin bagi mereka aku seoranglelaki yang tidak romantik atau sebagainya. Tetapi aku tidak kisah apa orangnak cakap, asalkan niat aku untuk berkenalan dengan Puteri adalah baik. Akupercaya pasti Allah akan bantu hambanya yang lemah. Aku tahu yang aku iniadalah lelaki yang tidak baik sebelum ini tetapi apabila aku tengok Puteri, akupercaya yang dia akan bawa aku ke jalan yang benar.

 

“awak nak nombor saya kan. Okay sayaakan bagi kecuali awak terima syarat saya. Barulah saya akan bagi nombortelefon saya kepada awak”. Kataku kepada Farish. Kalau dia benar-benar ikhlasingin berkawan dengan aku pasti ia akan menerima syarat yang aku berikan. “okaysaya terima. Apa syaratnya?”. Mendengar sahaja jawapan yang keluar daripadamulut Farish terus aku terdiam dan aku memberitahunya bahawa ada tiga syaratyang perlu dia lakukan.

 

Sampai sahaja di dalam tempat letakkereta terus aku duduk di dalam kereta sekejap sambil memikirkan tiga syaratyang diperkatakan oleh Puteri. Tiga syarat yang aku tidak pasti boleh lakukanataupun tidak. Tetapi aku percaya yang aku boleh . “yang pertama, bermulanyaawak dapat nombor saya, bermaksud bermulanya saya dan awak tidak boleh berjumpaselama sebulan. Yang kedua, kalau saya balas lambat, awak tidak boleh spam sayaterlalu banyak sebab saya memang tidak suka dan syarat yang ketiga iaitu terhadmasa kita mesej hanya sampai pukul 10 malam sahaja”. Aku teringat apa yangdisebutkan oleh Puteri tentang syaratnya dan aku tidak sedar bahawa yang keluardaripada mulut aku ialah ‘boleh’.

 

(Puteri bersama dengankawan-kawannya di kedai restoran)

“kau kenal mamat tadi ke wey?Handsome wey!! Untung kau kalau dapat dia. Kaya dan seorang lelaki yang beraniberjumpa kau depan-depan kita orang untuk minta nombor telefon kau” kata salahseorang kawan baik Puteri iaitu Aliah. “betul wey. Untung sangat-sangat. Taksemua perempuan dapat lelaki yang macam itu tau. Lagipun aku rasa dia lelakiyang baik” kata salah seorang lagi kawan baik Puteri iaitu Amy. Apabila akumendengar apa yang dikatakan oleh dua orang kawan baik aku terus aku menjawab“memang betul apa yang dikatakan oleh korang berdua itu. Tetapi aku tidak mahumenjadi seorang perempuan yang terlalu mudah untuk memberikan nombor telefonaku kepada mana-mana lelaki yang baru sahaja berkenalan. Lagipun ini barusahaja kali kedua aku berjumpa dengannya. Mendengar sahaja jawapan daripada akuterus Aliah menjawab “ memang betul tidak mudah untuk memberitahu nombortelefon kita kepada mana-mana sahaja lelaki tetapi lelaki seperti itu jarangmenunjukkan yang mereka berani. So tak salah kalau kau berikannya peluang untukberkenalan dengan kau”. Bila aku dengar sahaja ayat yang dikatakan oleh siAliah terus aku memikirkan yang apa Aliah kata juga ada betulnya. Mungkin betulbahawa aku perlu berikannya peluang untuk berkenalan.

 

(1 bulan kemudian)

Sebulan kemudian, selepas aku danPuteri hanya berhubung melalui telefon sahaja. Aku telah membuatkan Puterimempercayai aku bahawa aku tidak akan melukai hatinya sehingga aku dengan diadeclare bahawa kami adalah pasangan satu sama lain. Hubungan kami baru sahaja.Aku berasa sangat gembira bahawa setelah banyak kali ajakan aku mengajaknyamenjadi teman kekasih aku ditolak sebelum ini dan akhirnya kami menjalinkanhubungan. Itu adalah perkara yang membuatkan aku berasa sangat gembira dengankeputusan yang dibuat oleh Puteri.

 

Sudah sebulan aku dengan Puterimenjalinkan hubungan. Makin lama hubungan kami semakin rapat. Aku bahagiadengannya dan aku percaya bahawa beliau juga akan bahagia bersama dengan aku.

 

Sehinggalah hubungan kami selama 2tahun. Banyak dugaan yang kami berdua terpaksa tempuhi dan semuanya akanmenjadi kepada kenangan antara aku dengan Puteri. Aku bangga memiliki Puteri,seorang perempuan yang kuat bersama dengan aku. Dan dia lah seorang perempuanyang mengajar aku erti akhirat daripada duniawi. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh fatyyn_cool