Home Novel Kisah Hidup Gadis Mencari Cahaya
Gadis Mencari Cahaya
Scarlet
29/6/2019 14:37:52
3,199
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 12

"Nah." Haris memberi sebuah buku. Tajuk muka hadapan aku baca. 'Cara solat dengan betul.' Aku senyum.


"Thanks weh." Haris balas senyuman. Tangan Haris dari tadi menggosok-gosok. Aku hanya memerhati. Mamat ni gelisah pasal apa sebenarnya. Tak reti duduk diam.


"Kau apasal?" Haris sengeh sambil menggaru kepala.


"Erm macam ni..." Haris diam.


"Cakaplah. Mana tahu aku boleh tolong."


"Err.. Aku suka kau." Haris memejam mata. Takut Aisy tak boleh terima.


"Ok." Haris membuka mata.


"Macam tu jek? Kalau aku tahu riaksi kau macam ni. Dari dulu lagi aku dah cakap. 3 malam tahu tak aku tak dapat tidur. Nak cakap ni punya pasal." Aku ketawa.


"Aku pun suka kau juga. Entahlah mungkin aku rasa diri aku selamat dengan kau. Rasa di beri nafas semula. Kau banyak ajar aku tentang kehidupan. Mengenal erti tak putus asa untuk terus hidup. Aku..... aku bersyukur dapat kenal kau." Haris senyum.


"Aisy?" Panggil Haris.


"Jom kahwin?" Bahu Haris aku tumbuk. Auch!


"Yang ni aku tak setuju. Kita sekolah lagi lah. Tunggulah habis sekolah." Haris sengeh.


"Aku janji dengan diri aku sendiri. Aku akan jaga kau. Aku jaga maruah kau dan aku akan ajar kau tentang agama sampailah kau pandai." Aku menangis.


Mungkin tangisan dalam kegembiraan. Haris seperti arwah abangnya Hairul. Yang dulu selalu teman aku. Mungkin darahnya yang mengalir. Membuatkan dirinya seakan-akan Hairul. Tapi aku percaya dalam diri Haris adalah dirinya yang sebenar.


Haris banyak bantu aku. Dia tak pernah biarkan aku tenggelam dalam kesunyian. Dan nak aku rasa tak semua orang benci aku. Mungkin aku yang tak sedar. Sebab kegelapan menyelubungi aku. Tapi baru aku tahu. Dialah selama ni yang menjadi cahaya sepanjang diri aku lemas dalam kegelapan. Selama ni aku berpaut pada dia tatkala aku jatuh dalam gaung kebencian. Ada sebab kenapa Allah S.W.T menemukan diri kita dengan seseorang. Aku percaya pada tuhan. Aku percaya pada takdir aku.


"Kau dah tak merokok sekarang kan?" Aku memandang Haris.


"Aku nak mulakan hidup baru, nafas baru semua barulah dengan orang yang aku sayang."


"Siapa tu?" Aku senyum dekat Haris.


"Adalahhhhhh." Aku terus berjalan ke hadapan.


"Elehhhh malulah tu nak cakap. Weh tunggulah." Haris mengerja aku. Tangan aku Haris paut dengan erat. Hanya dia yang aku ada sekarang ni. Tak akan biarkan cahaya selama ni nyala terpadam.


Tuhan tak akan uji seseorang di luar kemampuannya. Percayalah pada takdir. Dunia ni taklah kejam mana 






-Tamat-


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.