Home Novel Kisah Hidup Miss Vogue
Miss Vogue
Ifa Rahim
18/4/2020 16:00:46
684
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Senarai Bab
Bab 3
"Fuh lega" kata Irah sambil bersandar ke kerusi ruangan taman rumah bapanya itu. 


Ruangan itu disediakan khas untuk sesiapa yang ingin bersantai atau meluangkan masa di tempat itu.


             "Itulah habis pun mencari kesemua isi untuk pembentangan lusa" kata Alia sambil mengemas barang.


            "Kami balik dululah Irah. Menyusahkan kamu pula duduk lama-lama di sini mengambil masa kamu" kata Alia.


             "Tu lah kami gerak dululah" kata Damia sambil bergerak bersama dengan Alia dan diekori oleh Irah ke arah pagar rumah. 



            "Kamu balik dengan apa? Kalau kamu mahu, boleh saja saya hantar kalian berdua. Lagipun pemandu papa belum ke pejabat papa. Sekarang baru jam 4. Masih belum waktu papa pulang ke rumah" pelawa Irah.



            "Kami tidak mahu menyusahkan kamu. Tidak mengapalah saya telefon mak saya sahaja. Lagipun tempat kerjanya berdekatan sahaja" kata Alia.


           "Eh, janganlah susahkan mak kamu pula. Dia kan sedang kerja. Mari saya hantarkan kalian ke rumah. Alah, lagipun rumah kalian berdekatan sini sahaja kan" kata Irah.


Tanpa menunggu balasan dari Alia dan Damia, Irah terus berlari mendapatkan Pak Kasim pemandu papanya. 


             "Pak Kasim, tolong hantarkan kawan saya ke rumah mereka boleh?" tanya Irah. 


            "Eh, tadi Puan Sri kata dia mahu ke Pavilion" kata Pak Kasim.


"Alah, tidak mengapa. Hantar saja kawan Irah dahulu. Kemudian hantar saya ke Pavilion. Baru seronok sikit bertemankan Irah, kan sayang" kata mama bersahaja. Tadi tak nampak pun mama, mana datang. Irah senyum sahaja ke arah mama. Mama membuntuti Pak Kasim ke arah Toyota Alphard milik papa.


Irah segera berlari ke arah Damia dan Alia. 


            "Jom ikut saya ke garaj" pelawa Irah.


Alia dan Damia hanya membuntuti Irah ke arah garaj milik istana indah papa Irah. Sampai sahaja di garaj tersebut, Damia dan Alia cukup terpesona dengan garaj tersebut. Pelbagai jenis kereta ada di ruangan tersebut. Damia kagum sangat kerana terdapat kereta kegemarannya dan kereta yang sangat dia impikan mahu miliki.


Alia dan Damia pun menaiki Toyota Alphard dan bergerak ke seat belakang setelah lihat mama Irah di seat sebelah pintu itu. Tahu sahaja Irah akan duduk di situ. 


Pak Kasim pun menekan butang menutup pintu. Kemudian, memulakan pemanduan dengan tenang.


           "Alia dan Damia ye? Mana satu Alia, mana satu Damia" tanya mama Irah sambil tersenyum. Cuba untuk meriuhkan suasana kelam di dalam kereta tersebut.


          "Saya Damia, makcik"


         "Saya Alia, makcik" Kata Alia dan Damia serentak.


          "Ouh" jawab mama Irah pendek.


"Eh Irah, kamu sudah beritahu di mana lokasi rumah kawan kamu?" tanya mama kepada Irah


         "Sudah tadi, ma" jawab Irah sambil khusyuk melayan rakan mayanya di telefonnya.


        "Kamu berdua tinggal berdekatan sahaja ya? Bolehlah makcik bawa kemana-mana nanti. Datanglah lagi ya nanti. Kalau murah rezeki macam ni, makcik bawa kamu ke Pavilion ya kita makan. Makcik belanja" kata mama Irah panjang lebar. Harini tak boleh ajak kerana Pak Kasim sudah memandu menuju ke rumah mereka. Menyusahkan Pak Kasim pula nanti hendak berpatah balik dan sebagainya.


        "Eh, tidak mengapalah makcik. Susahkan saja" jawab Damia sambil tersenyum.


"Tak susahkan lah sayang. Makcik seronok lagi dapat makan sekali dengan kawan Irah kan sayang" kata mama Irah kepada Damia sebelum kata kepada Irah.


        "Ya, ma. Irah pun suka" kata Irah sambil tersenyum.



Setelah ralit berborak. Mereka pun sampai ke rumah Alia. Alia pun bersedia untuk turun dari Toyota Alphard itu. Pintu automatik sudah dibuka. Tangan dihulur ke arah mama Irah untuk bersalaman dengan mama Irah. 


          "Terima kasih makcik" kata Alia sejurus keluar dari kereta.


Irah pun melambai ke arah Alia semasa pintu automatik hendak ditutup. Kereta pun terus dipandu Pak Kasim ke arah rumah Damia pula.


Setelah sampai di hadapan pagar rumah Damia, Damia juga melakukan perkara yang sama terhadap mama Irah. 


Irah pun senyum ke arah Damia. Kemudian melambai.


       "Bye" teriak Irah sebelum pintu automatik itu tutup dengan sepenuhnya.


Pak Kasim meneruskan pemanduan ke Pavilion dengan tenang.


Mama Irah baru perasan akan jarum pendek yang semakin hampir menuju ke arah angka 5. Mama Irah cepat-cepat mengambil telefonnya di dalam handbagnya lalu menelefon suaminya untuk memberitahu akan kelewatan Pak Kasim untuk menjemput suaminya. Pemergiannya ke Pavilion sudah dikhabarkan kepada suaminya tadi semasa di rumah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ifa Rahim