Home Novel Kisah Hidup REMOVED
REMOVED
Jiahn minji
23/4/2020 12:36:59
615
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Senarai Bab
Bab 2
Bangun


Aku tak boleh


Kau langsung tak berguna


Aku bangun sekarang


    Daniel bangun dengan badannya yang dibasahi peluh. Mukanya pucat dan dia kelihatan lemah disebabkan dia tidak makan. Mata dan hidungnya merah sementara terdapat lingkaran lapisan hitam pada bahagian bawah matanya. 

    "Daniel, kita ada latihan menari dalam beberapa ja-- hey kau nampak tak sihat" Zayn bersandar pada pintu melihat Daniel dengan riak wajah yang risau. "Kau okay? "

    "Yeah, aku okay" Daniel mengiyakan sambil tersenyum, bibirnya pucat. 

    "Kau nampak sakit. Aku akan cari jalan untuk jadualkan semula waktu latihan da--" Kata-kata Zayn dipotong oleh Daniel yang cuba menafikan. 

    "Tak! Aku okay, aku tak sakit dan masih boleh pergi berlatih. Kau tak perlu menjadualkan semula apa-apa pun! " Daniel bangun katil, mengabaikan keadaan dirinya yang kepenatan dan memerlukan rehat. 

    "Aku betul-betul rasa kau patut tidur dan berehat. Kau nampak tak sihat. "


Aku sakit.


    "Tak! Aku tak apa-apa. Tolong jangan risaukan aku. Aku okay. " Daniel berdiri, kakinya menggeletar dan dia hampir jatuh. 

    "Aku tak kisah apa yang kau cakap. Kau rehat okay? " Zayn menyilangkan tangannya tanda tidak bersetuju. 


Aku cuma tak nak rasa tak berguna.


    Daniel berasa lega kerana dapat merehatkan badannya tetapi dia sedar dan kecewa kerana akan menjadi penyebab kumpulannya itu jatuh dengan menangguhkan latihan hanya supaya dia dapat berehat. 

    Daniel meringkuk di dalam selimut lembutnya, menunggu dirinya ditelan lena. 

* * * * * *

    Daniel terjaga apabila terdengar bunyi ketukan pintu. 

    "Hey Daniel. Aku dengar kau tak sihat jadi ni aku bawakan bubur" Noah menjenguk lalu masuk ke dalam bilik. 

    "Oh, terima kasih. Maaf susahkan kau. Daniel mengucapkan terima kasih lalu mengambil mangkuk bubur tersebut daripada tangan Noah. 


Baunya sedap

Malangnya tak akan berada lama dalam perut aku. 


    "sama-sama. Minta maaf aku cuba ingin bermain dengan kau semalam. Aku tak tahu yang kau tak sihat. " Noah meminta maaf. 

    "Tak perlu minta maaf, aku okay" Daniel menenangkan Noah dengan senyuman palsu. Sekali lagi. 

    "Jumpa kau nanti. Selamat malam" Noah melambai sebelum berlalu pergi. 

    Daniel sedikit pun tidak perasan hari sudah malam. Maksudnya dalam beberapa minit lagi Edrean akan masuk ke dalam bilik untuk tidur. 

    Daniel tunduk melihat ke arah mangkuk yang penuh dengan bubur. 


Kau akan menyesal


Aku tahu



Dia berasa sakit


    Daniel masih mempunyai 10 minit sebelum Edrean masuk ke bilik untuk tidur. Cukup masa untuk dia membuang kembali makanan yang dia telah makan. 

    Daniel bangun dan berjalan menuju ke tandas dengan langkah yang perlahan. Dia menutup dan mengunci pintu tandas. 

    Dia membongkok pada singki dan menjolok dua jarinya ke dalam kerongkong dengan mata yang berair. 

    Setelah selesai, dia membasuh tangan dan menarik lengan bajunya ke atas melihat pada pembalut luka yang penuh dengan darah pada lengannya. Dia mengeluh. 

    Daniel berjalan kembali ke bilik dan melihat Edrean sedang berbaring di atas katilnya. 

    "Daniel, boleh tak harini aku tidur dengan kau atas katil kau..please? " Edrean bertanya dengan muka yang berharap. Dia sudah pun berbaring di atas katil Daniel jadi Daniel hanya mengiyakan. 

    Apabila Daniel membaringkan badannya di atas katil, Edrean terus memeluk dan meletakkan tangan dan kakinya di atas badan Daniel. 

    Entah mengapa, dia berasa selamat berada di dalam pelukan tersebut. 


Adakah dia lupa menarik kembali lengan bajunya? 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Jiahn minji