Home Novel Keluarga Khas Buat Suraya Anne!
Bab 43

Lebih kurang jam 8.00 malam Suraya tercegat di hadapan cermin. Sehelai tshirt dipadankan bersama kardigan berlengan panjang yang jatuh di atas mata lutut dan juga sepasang straight cut jeans. Pakaian dirapikan kemudian sehelai shawl dikenakan. Melilit kepala lalu dilabuhkan dibahagian dada. Gaya pemakaian yang diajarkan oleh Hanis semenjak mereka berada di universiti dahulu dan, tidak pernah berubah. Dia itu memang setia. Kalau dah berkenan dengan sesuatu sukar untuk berubah kepada yang lain. Kerja menemani Dr. Adrian tamat kira-kira jam 3.00 petang tadi. Balik ke hotel sempat dia melelapkan mata. Dapatlah tidur dalam dua jam. Dr. Adrian pula terus senyap tanpa khabar. Agaknya tentu lelaki itu juga mengambil peluang yang ada melepaskan penat kerana dari pagi lagi sudah berkejar ke Kota Kinabalu kemudian terus memulakan tugas. Mengingatkan kesibukan lelaki itu membuatkan dia berasa kasihan pula.

Sebiji kerongsang kecil yang dikepit dibibir disematkan dibahagian atas dada. Siap. Backpack dicapai dan dia duduk dikatil menunggu ketukan pintu daripada Dr. Adrian. Seakan tahu dia sedang memikirkan tentang lelaki itu telefon pintar bergetar. Nama Dr. Adrian terpapar. Terukir sedikit senyuman. Panggilan disambut mesra.

"Suraya, saya ada di lobi.. Meeting someone. Can you come down by yourself?"

Suraya senyum tipis. Sibuk betul suaminya itu.

"Of course, boss. See you."

Sedikit berjenaka dia menjawab. Telinga sempat menangkap ketawa halus dari lelaki itu. Suraya tersipu sendirian. Malu apabila terkenangkan satu per satu momen di antara mereka berdua yang tidak satu tercicir dari benaknya. Sebelum menyarungkan sneakers yang diletakkan dibelakang pintu sempat dia menilik cermin besar yang melekap pada dinding bersebelahan pintu bilik air itu. Puas hati dengan penampilan yang ringkas itu key card dicabut daripada slot dan dia menarik daun pintu rapat. Lorong yang agak panjang dilewati. Sunyi. Dia menginap ditingkat lima dan perlu menggunakan lif untuk turun. Semakin hampir untuk turun makin berdebar pula hatinya. Maukah lelaki itu mengizinkannya terus berkerja? Andai disuruh berhenti bagai mana? Sungguh dia terlupa memikirkan perihal itu sebelum ini. Pintu lif terbuka dan dia menarik nafas yang dalam. Langkah yang diambil disertai dengan satu harapan besar tersimpan di dada. Lobi yang luas dan berbentuk L memanjang ke belakang membuatkan dia tercari-cari keberadaan suaminya. Dia melewati receptionist area dan menuju ke arah beberapa booth dibahagian belakang. Wajah-wajah yang tidak dikenali. Telefon dikeluarkan. Namun belum mahu membuat sebarang panggilan. Dia kembali semula ke depan. Kelibat Dr. Adrian yang berada dibahagian entrance membuatkan dia hampir berlari anak mendapatkan lelaki itu namun, hati kecil memberi tanda waspada. Diperhati Dr. Adrian yang sedang menuju ke arah sebuah kenderaan bersama seorang wanita. Kemudian wanita yang anggun bergaya itu memasuki kenderaan diikuti suaminya juga! Telefon yang dipegang hampir terlepas.

"Meeting someone.. "

Seseorang yang istimewakah? Suaminya itu kelihatan tertib tetapi agak mesra. Berubah air mukanya. Hati dan perasaan terasa sakit. Kenapa?

Dilarikan pandangan kerana adegan yang ditonton dirasakan tidak enak pada matanya walhal tiada langsung sebarang adegan yang intim. Tatkala lirikan bertembung dengan salah seorang staf hotel yang sedang bertugas di pintu utama itu cepat-cepat dipamerkan sebuah senyuman paksa. Laju dia melangkah keluar. Tiada hala tuju. Peristiwa sebentar tadi kembali terbayang. Wanita itu seakan pernah dilihat tetapi, tidak dicam. Gaya yang anggun dan gerak yang gemalai bak seorang puteri. Pandangan dijatuhkan. Melihat kaki yang bersarung kasut sukan hitam itu. Terasa jatuh standardnya ketika itu juga.

'Arghhh! Kenapa penampilan tiba-tiba jadi isu pulak? Selama ni aku tak pernah fikir pun pasal gaya atau fesyen.'

Bunyi hon yang lama ditekan mengembalikan kesedaran yang melayang. Dia sedang tercegat dibahu jalan disebuah persimpangan. Dilihat lampu isyarat bertukar merah. Cepat-cepat langkah yang besar diambil melintasi jalan raya menuju ke arah sebilangan pengunjung yang sedang berjalan-jalan ditepi sungai yang dipanggil Waterfront. Suraya membuang pandang ke laut lepas. Dibawah suluhan lampu yang terang benderang kelihatan deretan bot terapung tidak bergerak. Bayu laut bertiup sederhana. Agak dingin suhu diluar. Sambil berjalan dia berpeluk tubuh. Berpapasan dengan pelbagai ragam pengunjung sama ada tempatan mahupun asing. Ada yang berjalan berdua juga berkumpulan. Tua, muda malah kanak-kanak. Ada juga yang sendirian sepertinya tetapi jarang. Perut terasa lapar. Dijenguk jam dipergelangan tangan. Rupa-rupanya hampir setengah jam semenjak dia keluar tadi. Niat dihati mahu kembali saja ke hotel. Terang lagi bersuluh janji untuk makan malam telah diingkari. Namun, perasaannya berbolak-balik. Meneka lelaki itu sedang menantinya di hotel, malas pula mahu bersemuka selepas adegan yang dilihat itu. Akhirnya dia memutuskan untuk duduk mengambil angin sebentar sebelum mencari jalan pulang. Ditemukan sebuah bangku yang berpenghuni. Dua orang gadis muda sedang duduk rancak berbual. Dihujungnya pula kosong. Dia terus saja melabuhkan punggung disitu. Lega sedikit setelah agak lama berjalan tadi. Sambil duduk bersandar menikmati pemandangan malam, nama Dr. Adrian tiba-tiba muncul difikiran. Geram dan marah.

Hairan. Kenapa tiba-tiba dia rasa nak marah pada lelaki itu?

'Sebab kau isteri dia. Kau ada hak untuk marah.'

Bukan. Dia pasti bukan itu jawapan yang tepat.

'Sebab dia suami kau dan kau cem..'

Pantas ditepis bisikan demi bisikan yang menerjah. Jiwa yang berduka melayang teringatkan kedua orang tua tercinta. Tiada lagi tempat untuk mengadu atau melepas rindu.

Aneh.

Apa yang dirasai itu terlalu asing bagi dirinya. Segala perasaan seperti sedang berkumpul lalu beraduk lantas menghentam dadanya sekaligus. Makin memberat kemudian merebak pula ke tubir mata. Bergenang air jernih disitu. Dihela satu nafas yang panjang. Ditutup sebentar pelupuk mata membujuk titisan itu kembali ke sarang.

"There you are.." ujar Dr. Adrian dengan lafaz yang tercungap. Seperti jagoan yang baru menamatkan acara pecutan. Emosi yang kacau-bilau bertempiaran. Suraya terpana. Lelaki itu rapat disamping dan dengan selamba merangkul bahunya. Direntap bahu kirinya itu namun makin kemas pula pegangan lelaki itu.

"Why, Suraya? Where are you going all alone by yourself?" tutur Dr. Adrian sambil mengawal suaranya supaya tidak didengari oleh kedua gadis muda yang mula tertinjau-tinjau melihat gerak-geri mereka berdua itu. Suraya membisu.

"You know, I like your lips." ucap Dr. Adrian selamba. Hisy! Mulalah tu nak ugut orang.

"Saje. Ambil angin." sahutnya acuh tak acuh. Dr. Adrian menarik nafas yang panjang.

"Lie. Kenapa tak tunggu saya?"

"Tunggu awak selesai dating? Tak kuasa." jawab Suraya dengan perasaan bengang. Dr. Adrian mengetap giginya sambil memandang ke depan. Jadi, gadis itu sempat melihat apa yang berlaku sebab itulah dia membawa diri ke situ.

"Jom, balik hotel. Saya dah buat reservation." bisik Dr. Adrian lembut.

Tiada balasan apatah lagi tindak balas. Beku. Dr. Adrian menahan sabar. Memang dia yang bersalah di dalam hal itu tetapi, kedatangan Carol Amani tidak dijangkakan langsung. Tiba-tiba muncul ketika dia selesai bertemu dengan Encik Zul, pengurus SS Systems yang bertindak sebagai kontraktor di negeri ini. Fikirnya setelah sepupunya itu menelan alasan untuk bertemu keesokan hari dia akan terlepas dan dapat bersama Suraya rupanya, tidak. Carol meminta untuk menghantarnya pulang ke hotel yang diinap kerana bimbang dengan keselamatan dirinya bersama-sama dengan pemandu yang tidak dikenali itu. Che Puteh pula awal-awal lagi sudah mengundurkan diri. Kurang sihat katanya. Dalam serba terpaksa dia akur dengan permintaan sepupunya itu. Apabila kembali ke hotel penginapannya, dicari Suraya di kawasan lobi. Tiada. Dibuat pula panggilan yang jelas memberi hasil yang menghampakan. Telefon telah dimatikan. Akhirnya ditemui penyambut tetamu yang bertugas. Sedikit soal jawab dan didapati isterinya itu telah pun keluar. Puas pula menyoal kakitangan yang melihat akan kelibat gadis itu akhirnya, salah seorang staf lelaki memaklumkan melihat Suraya berjalan ke arah Waterfront. Terus dipecut ke situ dan hampir-hampir tersilap mengambil haluan yang betul tetapi, jikalau sudah ditakdirkan untuk bertemu sembunyilah sejauh mana pun tetap akan dapat ditemui jua.

Tiba-tiba Suraya bangun dan mula mengatur langkah. Dr. Adrian tersentak. Bingkas bangun mengejar isterinya itu. Dipaut tangan yang kaku lalu beriringan pulang ke hotel. Kembali ke bilik, Suraya masih mendiamkan diri. Dr. Adrian masuk meskipun tidak dipelawa. Gadis itu membuka sneakers dikaki kemudian menghampiri almari pakaian. Dibukakan shawl, backpack dan kardigan yang dipakai sebelum bergerak pula ke bilik air. Sebentar kedengaran bunyi air disinki kemudian senyap. Dr. Adrian tegak berdiri memerhati dengan hati yang patah akibat daripada insiden tidak dirancang itu. Ketika Suraya mahu menuju ke katil dan melewati dirinya, kesabaran bertemu titik akhir. Tangan gadis itu dicapai. Dr. Adrian tidak mampu lagi menahan perasaan kecewa terhadap dirinya sendiri.

"I'm sorry. I'm so sorry, sayang." lirih sekali ucapan Dr. Adrian. Digenggam kemas tangan yang tak kan mungkin dilepaskan lagi setelah ijab dan qabul diangkat.

"Berhenti panggil saya sayang!" bentak Suraya sambil cuba merungkaikan tautan. Sedar usaha itu sia-sia tetapi tak mungkin dia berputus asa. Siapa yang gembira bila ditipu?

"Saya jelaskan, okay."

Dipandu tubuh yang sengaja diberatkan ke birai katil. Jauh hatinya memandangkan wajah itu sentiasa menoleh ke arah bertentangan. Dr. Adrian mengeluh dalam diam.

"Tadi tu Carol Amani. HR Manager." cerita Dr. Adrian. Dia perasan Suraya mula menunjukkan minat. Kepala itu tidak lagi terteleng ke arah berlawanan. Sebaliknya tunduk melihat ke ribaan.

"Dia datang untuk maklumkan yang saya dipanggil oleh unit siasatan dalaman syarikat berhubung kes rasuah."

Serta-merta isterinya itu menoleh. Memandang tepat ke dalam matanya. Berat tuduhan yang diterima dan semahu-mahunya dirahsiakan daripada pengetahuan Suraya namun, kerana itulah satu-satunya cara yang dapat menyelesaikan salah faham itu diumumkan juga. Setitis air mata kelihatan gugur dipipi gadis itu. Dr. Adrian tersentak.

"Kenapa menangis?" soalnya kehairanan melihat reaksi isterinya itu.

"Sorry.. Tuduh awak dating tadi." Suraya berbisik. Dr. Adrian menggeleng. Jari jemari pantas menyeka. Dapat dirasakan sentuhan lembut pada tangan yang menyentuh pipi itu.

"Saya dah salah faham. Saya minta maaf sangat-sangat.." pohon Suraya bersungguh-sungguh.

Arghh! Baru siang tadi dia berikrar menepis sebarang prasangka yang bulat-bulat tercipta kini, sumpah itu dilanggar. Lelaki itu baru menerima berita yang berat datang pula dia memberatkan lagi masalah yang bertimpa.

"You know.. there's a tiny little voice in your head. Don't listen to her. Kalau ada apa-apa berterus-terang aje dengan saya." seakan merayu Dr. Adrian berkata sambil tersenyum tipis. Suraya menggangguk kemudian menggelengkan kepala. Lalu kembali mengangguk. Bersetuju dengan pandangan lelaki itu terhadap sikapnya yang telah melulu menyerkap jarang.

"Awak.. okay, tak?" soalnya ingin tahu. Dr. Adrian merebahkan badan ke tilam. Lengan dijadikan sebagai bantal. Sebelah lagi masih digenggam. Bahagia. Diambil berat dan diberikan perhatian. Difahami dan dilayani. Direnung wajah cantik itu dengan segaris senyuman.

"Menyesal kahwin dengan saya?"

Sengaja dia bertanya. Sejuring senyum melihat sepasang mata yang terjengil itu.

"Awak rasa saya buat tak benda tu?" tanya Dr. Adrian lagi. Ingin melihat adaptasi si isteri. Wajahnya ditenung lama oleh Suraya. Memikir? Ragu-ragu? Tidak senang pula apabila kebisuan tiba-tiba melanda.

"Mungkin.."

"Mungkin?"

Darah tiba-tiba berhenti mengalir ke seluruh tubuh. Terpana mendengar jawaban itu bingkas dia bangun.

"Mungkin jawapan saya awak tak perlukan." kata Suraya.

"Maksud awak?"

"Dah terang-terang awak tak buat jadi kenapa perlu tanya lagi?"

Perasaan Dr. Adrian bertukar festival. Tangan yang sedang digenggam dibawa ke bibir. Kucupan dibelakang tangan gadis itu berlabuh. Suraya merona.

"Erm, boleh saya tanya sesuatu?" tanya Suraya pula. Dr. Adrian angguk.

"Awak nak saya jadi isteri awak selama-selamanya?"

Lirikan yang dihantar, tepat terpanah ke dalam mata lelaki itu. Satu gelengan yang diberi berjaya meretakkan harapan yang baru berputik. Terus berubah air muka Suraya. Dr. Adrian senyum.

"Kita tak hidup selamanya di dunia ni jadi, tak validkan kenyataan tu. Saya nak awak jadi isteri saya sampai syurga."

Terkedu. Belum sempat dia mengemis penjelasan lanjut loceng pintu berbunyi. Pesanan yang dibuat untuk makan malam telah tiba.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.