Home Novel Cinta I'M MARRIED TO HIM!
I'M MARRIED TO HIM!
Alin Alia
27/4/2020 09:06:01
3,127
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

"BILA awak nak bawa saya jumpa kakak awak untuk kita bincang pasal perkahwinan kita?" soal Adam Ian.


"Kalau bos nak jumpa, balik petang ni saya bawa bos jumpa kakak saya," acuh tak acuh Damia menjawab.


"Kakak awak tahu tak pasal kita nak kahwin ni?"


Damia teringat tentang malam tadi. Dia telah menceritakan pada Dahlia, yang dia akan berkahwin dengan Adam Ian. Dahlia begitu gembira apabila mengetahui adiknya bakal berkahwin. 

 

Tetapi Dahlia  merasakan adiknya terlalu muda untuk menamatkan zaman bujangnya. Tetapi dia tidak kisah. Ini kerana jodoh adiknya telah pun sampai.


"Dah. Saya dah beritahu dia semalam.” 

Adam Ian melihat Damia yang begitu dingin dengannya. 


"Awak marahkan saya lagi ke Damia?"


"Habis tu bos ingat saya gembira ke? Dengan tiba-tiba saya nak kena kahwin dengan bos. Dengan kita pun tak pernah bercinta. Bos kahwin dengan saya pun sebab terpaksa je. Kalau tak bukan sebab cik Wanna tempoh hari, tak da nya kita bakal kahwin," ujar Damia.


"So sekarang ni awak memang marahkan saya la Damia? Dan awak sebenarnya tak setuju dengan semua ni?"


Damia tidak mampu untuk membalas balik kata-kata Adam Ian.


"Dah la, malas saya nak cakap panjang lebar lagi. Petang ni saya bawak bos jumpa kakak saya. Ok la saya pun ada kerja nak buat ni. Saya keluar dulu," Damia berlalu keluar dari bilik Adam Ian. 


Adam Ian mengeluh perlahan. Entah cara apa lagi dia mahu buat supaya Damia tidak dingin dengannya.




PETANG itu mereka berdua keluar awal dari pejabat,  kerana mereka tidak mahu menempuh jalan sesak nanti. Di dalam kereta, masing-masing mendiamkan diri. Damia telah menelefon kakaknya Dahlia bahawa Adam Ian akan datang ke rumah mereka untuk berjumpa dengan Dahlia.


"Saya nak beritahu awak ni, awak jangan panggil saya bos pulak depan kakak awak nanti. Saya tak nak nanti kalau dia fikir lain."


"Habis tu, bos nak saya panggil apa pulak?" soal Damia pelik.


"Terpulang pada awak. Yang penting jangan panggil saya bos. Saya nak awak biasakan diri. Jangan formal sangat bila bercakap dengan saya. Lagipun nanti saya nak bawa awak jumpa ayah saya juga."


Damia hanya diam membisu.


"Mengada-ngada pulak orang tua ni," bisik Damia dengan perlahan.


"I can hear you," jawab Adam Ian.


Damia mengerutkan dahinya. Apa yang bos dengar pulak?"


"Ingat saya tak dengar ke awak cakap saya tua? Saya ni tak tua lagi tau. Tengok tu masih panggil saya bos."


"Ye la tau la saya nanti."




MEREKA akhirnya tiba di rumah Damia dalam pukul 5.30 petang. Nasib baik semasa perjalanan ke rumah Damia, jalan tidak begitu sesak.


"Assalammualaikum," Adam Ian memberi salam.


"Waalaikummussalam. Masuklah," ajak Dahlia.


Damia terus masuk ke dalam rumah tanpa menunggu Adam Ian membuka kasut. Damia meletakkan beg tangan di atas meja dan melabuhkan punggungnya di atas sofa sambil menunggu kakaknya Dahlia membuat air.


Adam Ian berkira-kira untuk masuk ke dalam rumah. Dahlia perasankan Adam Ian yang masih berdiri di muka pintu.


"Eh..masuklah encik Ian. Kenapa berdiri dekat pintu tu. Mia kenapa tak suruh bakal suami Mia duduk, yang Mia duduk sorang-sorang dekat sana tu kenapa?" marah Dahlia.


"Bakal suami konon. Uwekkk..nak termuntah aku dengar," bisik Damia.


Damia bangun menuju ke arah Adam Ian sambil memanggil Adam Ian, "Abang kenapa berdiri dekat sini lagi. Jom duduk di sini," ajak Damia. 


Adam Ian terpaku apabila Damia memanggilnya dengan panggilan abang.


"Sorry kak. Abang Ian memang macam ni. Dia ni pemalu sikit."


"La...ye ke. Buat apa nak malu encik Ian. Lagipun lepas ni kita pun akan jadi satu keluarga."


"Eh jangan panggil saya encik. Panggil saya Ian je."


"Oh ok la kalau macam tu. Ian umur berapa ya?" sambil Dahlia menuang air kopi ke dalam cawan.


"Saya sekarang ni dah masuk 29 tahun.


"Oh.. 29? Tak nampak tua la Ian ni. Sebab akak pun dah 31 tahun. Tua dua tahun la kita. Akak ingatkan Ian baru dalam 25 ke atau 27 tahun."


Adam Ian tersenyum.


"Akak nak tanya ni, bila korang berdua nak langsungkan perkahwinan?" tanya Dahlia.


"Kalau boleh saya nak langsungkan dalam masa dua bulan lagi," balas Adam Ian. 


Damia terkejut mendengarnya, "Dalam masa dua bulan?" gumam Damia. 


"Oh nak dekat juga tu." jawab Dahlia.


"Saya ingat nak hantar rombongan merisik dalam minggu depan dan seterusnya bertunang. Nanti saya akan hantarkan wakil."


"Dalam minggu depan ya? Tak pa, nanti akak akan beritahu pada bapak saudara kami untuk jadi wakil kami, lagipun Ian tau la kan, ibu bapa kami dah tiada. Mia macam mana? Mia setuju ke minggu depan Ian akan hantar rombongan meminang?"


"Mia tak kisah. Mia ikut je apa yang abang cakap. Kalau akak setuju, Mia pun setuju," ujar Damia.


"Ok la kalau macam tu, akak setuju la kalau Ian nak hantar rombongan meminang minggu depan. Eh minum la Ian, dah nak sejuk dah air tu."




ADAM Ian meminta diri untuk pulang, Damia menghantar Adam Ian ke kereta.


"Pandai awak berlakon tadi. Siap panggil saya abang lagi," usik Adam Ian.


"Habis tu dah bos suruh jangan panggil bos kan? Saya panggil la abang."


"Tengok tu masih panggil bos."


"Suka hati saya la nak panggil apa pun."


"Terpulang la kat awak Damia. Minggu depan saya akan hantar rombongan meminang. Jangan awak lupa pulak," Adam Ian mengingatkan Damia.


"Saya tak lupa. Mana mungkin saya lupa. Dengan perkahwinan yang bukan dari kerelaan saya. Dah la saya nak masuk rumah dulu."


Damia berlalu pergi tanpa mengucapkan selamat jalan. Adam Ian di tinggalkan sendiri.


"Maafkan aku Damia, sebab babitkan kau dalam keputusan bodoh aku ni," bisik Adam Ian. 




KELIHATAN Dato’ Arif di ruang tamu sambil menonton televisyen.


"Baru balik Ian?" tegur Dato' Arif.


Adam Ian menuju ke arah ayahnya dan duduk di sebelah Dato’ Arif. 


"Ha..ah ayah. Ni Ian nak beritahu, minggu depan boleh la kita hantar rombongan meminang ke rumah Damia. Ian baru jumpa dengan kakak dia tadi,"

ujar Adam Ian.


"Oh ye ke. Alhamdulillah. Aik, mak dengan ayah dia tak da ke?"


"Sebenarnya mak dan ayah dia dah meninggal dunia ayah. Yang tinggal kakak dia je."


"Innalillahi wainnailaihi rojiun. Yeke Ian?"


"Ha..ah ayah. Nanti diaorang akan wakilkan bapa saudara diaorang nanti."


"Bagus la macam tu. Nanti ayah akan wakilkan mak ngah kamu untuk sarungkan cincin nanti. Ayah nak tanya sikit boleh ke Ian?"


"Nak tanya apa tu ayah?" soal Adam Ian pula.


"Ian dengan Wanna masih berkawan lagi ke?"


"Kenapa ayah tanya macam tu pulak?"


"Tak da la, ayah terkejut juga malam tu, masa Ian umumkan pada semua orang yang Ian nak kahwin. Sebelum ni tak pernah pulak ayah tengok, tanda-tanda yang Ian ada kekasih. Sebab Ian pun lepas habis kerja terus balik rumah je. Takda pulak ayah tengok Ian keluar balik.


"Err.. Damia sebenarnya tak suka keluar waktu malam. Ala.. lagipun dekat pejabat pun dah jumpa kan. Tak kan nak jumpa lagi."


"Yeke ni?" Dato’ Arif memandang pelik ke arah Adam Ian.


"Yela ayah. Ok la ayah, Ian naik atas dulu ya. Nak mandi. Maghrib dah nak habis ni." 


"Kamu ni, saje la tu."


"Betul la ayah. Ok la ayah,  Ian naik dulu ya," ujar Adam Ian sambil berlalu menaiki tangga.


"Alhamdulillah...akhirnya Ian akan berkahwin juga," bisik Dato’ Arif. 




DAMIA baring sambil membaca novel. Dalam masa yang sama dia memikirkan dia akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa dua bulan lagi. Pintu di ketuk dari luar, kelihatan kakaknya Dahlia di muka pintu.


"Boleh akak masuk?"


"Masuk la kak," jawab Damia sambil menyimpan buku novelnya.


"Akak nak cakap sikit boleh tak Mia."


"Nak cakap sikit? Apa dia tu kak. Macam penting sangat je."


"Akak nak tanya ni, Mia betul ke nak kahwin ni?"


"La. Iya la kak. Tak kan Mia, nak main-main pulak," ujar Damia.


"Akak sebenarnya masih terkejut lagi. Sebab Mia pun baru dua bulan lebih kerja dengan Ian. Time bila pulak korang bercinta? Lepas tu tiba-tiba je dah nak kahwin. Akak rasa confiuse la."


"Alamak! Macam mana pulak kak Lia boleh fikir macam ni," gumam Damia.


"Ala kak. Cinta ni boleh muncul dengan tiba-tiba je. Mia pun tak sangka abang Ian tu boleh sukakan Mia. Dan Mia pun tak sangka yang kami akan kahwin. Lagipun kita tak boleh tolak jodoh kita, kalau jodoh kita dah sampai. Betul tak kak?"


"Ye betul la, apa yang Mia cakap tu. Kalau Mia dah cakap macam tu, tak pa la. Akak pun bersyukur, sebab lepas ni dah ada orang jaga Mia dah. Lepas dah tanggungjawab akak pada Mia," balas Dahlia.


Mata Damia mula mengalirkan air mata. Damia memeluk kakaknya Dahlia.


"Kenapa ni Mia, nangis."


"Tak kak. Mia sebenarnya sedih. Lepas ni Mia dah tak duduk dengan akak, rindu la Mia lepas ni."


"Ala…sekali sekala jenguk la akak kat sini tau."


Damia mengangguk dan mereka akhirnya berpelukan. 




DAMIA sedang sibuk di mejanya. Tiba-tiba telefon di mejanya berbunyi. Damia lalu mengangkatnya.


"Hello," jawab Damia acuh tak acuh.


"Hello Damia. Awak masuk bilik saya kejap." Adam Ian menyuruh Damia masuk.


"Nak buat apa?"


"Saya suruh masuk, masuk je la."


Telefon diletakkan. "Apa benda lagi yang dia nak ni!" bentak Damia. Damia bangun dan menuju ke bilik Adam Ian.


"Ha..ada apa awak nak jumpa saya ni?" soal Damia. Tidak ada lagi panggilan bos ataupun abang.


Adam Ian terdiam. Kerana ini kali pertama Damia memanggilnya dengan panggilan awak.


"Saya sebenarnya nak ajak awak pergi beli cincin lepas balik kerja ni," terang Adam Ian.


"Beli cincin? Nak buat apa cincin-cincin ni. Tak payah la cincin-cincin."


"Kenapa pulak tak payah. Nanti nak hantar rombongan meminang tak kan tak da cincin langsung."


"Awak pergi je la sendiri. Saya malas la nak pergi. Saya nak terus balik rumah je habis kerja ni. Malas nak pergi mana-mana," jawab Damia.


"Kalau saya beli sendiri, macam mana saya nak tahu saiz jari awak tu. Sebab tu saya kena ajak awak. Buatnya saiz jari tak ngam macam mana?"


"Awak ni. Menyusahkan saya la." Damia mendengus kasar.


Adam Ian bangun dari kerusinya, dan dia menghampiri ke arah Damia. Damia pelik bosnya tiba-tiba bangun menuju ke arahnya. Damia mengundur ke belakang, hinggalah tubuhnya sudah merapati dinding. Wajah Adam Ian sungguh rapat dengan wajah Damia.


"Apa dia nak buat ni?" gumam Damia, sambil menelan air liurnya, menahan malu.


"Nak tak nak awak kena ikut saya juga balik kerja ni," bisik Adam Ian pada telinga Damia.


Damia menolak dada Adam Ian. "Suka hati awaklah." Dia tidak betah berlama di situ. Sehingga di merasakan deru nafas Adam Ian betul-betul di telinganya. Lalu dia berlalu keluar dari bilik bosnya.


"Damia kenapa kau langsung tak nak cakap dengan aku elok-elok. Aku tahu kau terlalu marahkan aku. Tapi aku tak mampu nak tolak semua yang aku dah lakukan ni. Aku minta maaf Damia sebab babitkan kau dalam masalah yang aku dah buat," bisik Adam Ian. 


Damia berlalu keluar dan menuju ke mejanya. "Kenapa dengan jantung aku ni dup dap? Aduh dia ni la," gumam Damia.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alin Alia