Home Novel Cinta Adakah Cinta
Adakah Cinta
aaliisya
6/2/2019 15:02:22
2,548
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4

"Hi sayang." Qasreena menegurku yang asyik dengan buku.

"Eh. Hi." Aku masih lagi dengan sikap maluku walaupun kini sudah hampir sebulan aku dan Qasreena bercinta.

Segala kemahuan Qasreena akanku turuti sepanjang tempoh percintaan kami. Aku sanggup melakukan apa saja asalkan gadisku itu gembira.

Pada genapnya usia sebulan hubungan percintaan kami, Qasreena membawaku ke kelab malam.

Aku yang tidak biasa dengan suasana bingit kelab tidak senang duduk. Tambahan, Aku bukanlah daripada golongan yang suka bersosial sebegitu.

Aku ditinggalkan bersendirian sementara Qasreena dan rakannya berfoya-foya dengan air kencing syaitan.

Hatiku bagaikan disiat-siat melihat buah hatiku terkinja-kinja menari bersama lelaki asing.

Aku ingin menghalang tetapi aku sedar aku tidak berupaya. Apalah sangat tenaga pemuda berusia 16 tahun berbanding dengan lelaki bertubuh sasa yang asyik memeluk Qasreena.

Aku memejamkan mataku. Aku perlu keluar daripada lembah kehinaan ini. Aku tidak mahu terjerumus dalam perkara yang tidak diredhai Allah.

Belum sempat aku melangkah keluar,kedengaran siren polis berbunyi nyaring. Aku cuak. Aku tidak dapat berbuat apa lagi setelah pihak polis berjaya menangkapku.

Aku dibawa ke balai polis. Aku ditahan dilokap sementara menunggu kedua ibu bapaku tiba. Aku kemudiannya dibenarkan bebas dengan jaminan sejumlah wang.

Ibu bapaku jelas kecewa dengan perbuatanku meskipun berkali-kali aku menerangkan yang aku tidak bersalah.

'Adam tak minum air kencing syaitan,ibu! Adam dianiaya,ibu!'

Bertambah luluh hatiku apabila Qasreena dan rakan-rakannya mengaku tidak menjejakkan kaki di kelab malam itu dalam keterangan mereka kepada pihak sekolah.

Kesannya,hanya aku yang dikenakan tindakan disiplin. Aku digantung dua minggu dari persekolahan atas kesalahan memalukan nama sekolah.

Sepanjang tempoh aku digantung, pelbagai khabar angin yang aku dengari. Salah satunya adalah, Qasreena bercinta dengan anak pengetua sekolah.

Aku bingung. Adakah hubungan cintaku dan Qasreena sudah berakhir? Sekembalinya aku ke sekolah, Qasreenalah manusia pertama yang aku cari.

"Qasreena. Betul ke apa yang saya dengar?"

"About what? About hubungan cinta I dengan anak pengetua ke?"

"Yup. Betul ke? Then macam mana dengan hubungan kita?"

"What? Hubungan kita? For your information, you tu mangsa I je. I perlu dapatkan you, then I menang. Thanks la tolong I menang dalam game ni."

"Jadi..."

"Kau tak faham bahasa ke? Dia tak cintakan kau pun." Finaz sengaja menyakitkan hatiku.

"Aku rasa kau tak diperlukan di sini. Jadi kau boleh blah." Raihan juga menghalau aku.

Aku kecewa. Hatiku benar-benar sakit diperlaku seperti sampah yang tiada nilainya.

Aku bukan sahaja dibuang seperti sampah, malah reputasiku di sekolah turut terjejas. Tiada lagi manusia yang ingin mendekatiku. Guru-guru dan rakan sekelas sudah hilang hormat terhadapku.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menukar sekolah. Alasanku cuma satu. Aku mahu lebih fokus belajar. Aku terpaksa menipu ibu demi membebaskan diri daripada kekejaman yang menimpaku.

Keluar sahaja daripada sekolah itu, aku tidak lagi berhubung dengan sesiapapun manusia yang mempunyai kaitan dengan sekolah itu.

Aku benci mereka yang merosakkan masa hadapanku. Aku mulai menanam dendam jauh di sudut hati kecilku. Dendamku yang pada awalnya sebesar hama mulai membesar setelah aku temui instagram milik Qasreena.

Aku mulai mengikuti perkembangannya. Aku tidak lepaskan walau sedikitpun info mengenai dirinya.

"Itulah perkara sebenar yang berlaku." Aku mengakhiri ceritaku.

"Aku minta maaf,bro. Aku tak tolong kau dulu. Padahal aku tahu macam mana perangai sepupu aku tu." Mikael meminta maaf.

Jujur aku katakan aku tidak menyimpan dendam terhadap Mikael. Aku sedar tiada guna Mikael memberitahu perihal sepupunya dahulu kerana aku terlalu mempercayai Qasreena. Aku percaya dengan setulus hatiku.

"Kau tak salah. Chill la."

"Tapi aku still rasa bersalah pada kau. Kalau aku beritahu kau perangai sebenar Qasreena mungkin kau takkan jadi mangsa dia."

"Kau terlalu yakin la. Percayalah, kalau kau bagitahu aku perangai sebenar Qasreena sekalipun, aku takkan percaya. Pernah tak kau terfikir betapa aku terlalu mempercayainya? Lebih daripada diri aku sendiri. Aku terlalu cintakan dia."

"Teruk juga angau kau dulu,eh." Mikael ketawakan aku. Aku yang geram dengan Mikael terus meluku kepalanya.

"Itu dulu. Sekarang aku perlu jayakan misi aku." Aku mengukir senyum. Aku sedar aku sedang melakukan dosa tetapi sekurang-kurangnya aku mempunyai kawan yang akan menyedarkan aku apabila aku terlampau taksub melunaskan dendamku.

******

Seperti kolej-kolej lain, Hilton turut mengadakan sukan tahunan kolej.

Aku tidak melepaskan peluang menyertai acara kegemaranku iaitu larian 3000m. Aku yakin kemenangan pasti menjadi milikku setelah melihat wajah-wajah pesaingku.

"Haikal! Beware. Kalah jangan nangis."

Aku menghadiahkan satu senyuman sinis buat Finaz. Aku tahu dia sengaja mahu memperlekeh kebolehanku di hadapan Qasreena.

Aku menghampiri kumpulan mereka sebelum menuturkan sebaris ayat yang menyebabkan Qasreena terkejut.

"Kalau aku menang, Qasreena kena jadi awek aku."

"Okay. Setuju!" Finaz menjawab bagi pihak Qasreena. Aku lihat Qasreena sudah mulai gelisah.

Aku berlalu pergi setelah pengunguman mengenai acaraku dibuat.

"Finaz! Kenapa kau setuju! Kau ni memandai jelah." Qasreena memarahi Finaz.

"Alah chill la. Aku yakin dia takkan menang." Finaz berkata bongkak.

"Mana kau beli confident kau tu? Lazada jual ke!" Qasreena memerli Finaz. Dia turut memberikan satu jelingan maut.

"Alah kalau dia menang pun kau couple jelah dengan dia. Not bad apa si Haikal tu." Maira tiba-tiba menyokong Finaz.

"Memanglah not bad tapi mulut dia puaka sangat. Tak sanggup aku!" Qasreena mengutuk Adam.

"Kalau kau taknak, kasi dekat aku je." Raihan menawarkan diri.

"Euww. Kau nak ke?" Qasreena merasakan satu perasaan yang mengjengkelkan hinggap di hatinya.

"Takdelah. Aku gurau je. Lagipun kau tengoklah siapa saingan dia. Tengku Harraz Ashraf babe! Aku yakin Harraz akan menang." Raihan membela diri sekaligus memuji 'crush dalam diam' miliknya.

"Okay now diam. Game dah nak start." Finaz memberi amarannya.

Sepanjang larian 3000m, Qasreena tidak senang duduk. Bertambah gelisah dirinya apabila larian itu didahului oleh Haikal.

Di pusingan yang terakhir, kekecohon mulai menggamit Arena Hilton apabila Harraz berjaya menyaingi Haikal. Haikal hanya ketinggalan beberapa langkah di belakang Harraz.

Apabila tiba di selekoh, Haikal membuat pecutan yang mampu membuatkan semua penonton menjerit suka. Haikal berjaya memintas Harraz dan kemenangan berpihak kepadanya.

Setelah menghilangkan lelah yang dirasai, aku menghampiri gadis-gadis diva.

"So kau jadi awek aku,kan?" Aku mengangkat sebelah keningku.

"Taknaklah." Qasreena membangkang.

"Takut ke? Oh, pengecut rupanya." Aku sengaja menaikkan kemarahan Qasreena. Aku tahu dia pantang dicabar.

"Okay fineI terima jadi girlfriend you."

Aku tersenyum lebar. Tidak lama lagi dendamku bakal berakhir dengan penderitaan Qasreena.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh aaliisya