Home Novel Cinta Back To February
Back To February
Scarlet
22/7/2019 20:03:32
991
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

Zafril baru selesai solat isyak. Termenung di tikar sejadah buat seketika. Sekeping gambar milik arwah ibunya di ambil atas meja.


"Ibu.. Ibu nak tahu tak? Hari ni Iman nampak sesuatu. Seorang gadis yang berlagak tabah di hadapan orang lain. Padahal dia sendiri tak tahu tahap mana kekuatannya. Tapi sekurang-kurangnya dia berjaya tangani semua." Gambar arwah ibu diusap perlahan.


"Dulu Iman pernah sukakan dia. Tapi sekarang..... Entahlah bu. Iman sendiri pun tak pasti. Kehilangan ibu, buatkan hati Iman terpadam. Macam tak ada perasaan. Sama sekali." Iman mengalirkan air mata.


Tak cukup dengan perpisahan ibu dan ayahnya. Hujung tahun lepas di kejutkan pula dengan pemergian seorang ibu. Sayu.


Bila diingatkan kembali, macam biasa Zafril akan kejutkan ibunya dari tidur untuk solat subuh. Tapi apakan daya, kali ini panggilan Zafril tidak di sahut oleh ibunya. Ternyata ibu telah pun pergi buat selamanya. Tanpa sempat mengucapkan kata-kata. Disebabkan itu, sikap Zafril berubah hampir 360 darjah.


Seperti tiada hati atau hatinya telah pun mati. Di bawa sama terkubur oleh ibunya.


"Iman rindu ibu."


***


"Iman.." Kedengaran suara milik seseorang memanggil Zafril. Suara milik seorang wanita.


Zafril terkejut, dari suasana gelap gelita kini dia berada di suatu tempat. Seperti taman bunga yang penuh dengan warna warni.


"Siapa?" Zafril mencari suara itu. Sehingga menuju ke sebuah bangku. Terlihat susuk tubuh seseorang dengan pakaian baju kurung putih. Dia tersenyum melihat Zafril.


"Ibu?" Zafril berlari ke arah ibunya dan memeluk dengan erat.


"Iman rindu ibu." Perlahan-lahan tangan ibunya mengusap lembut pada kepala Zafril.


"Iman sihat?"


"Iman sihat ibu."


"Ayah?"


Zafril menunduk lalu membisukan diri. Ayahnya yang tak habis-habis sibuk dengan kerja.


"Iman.. walau macam mana sekalipun. Dia tetap ayah Iman." Ibu senyum.


"Tapi ibu.."


"Iman kena tahu. Ayah kerja kuat sebab tak nak kita susah. Ayah dah lalui hidup yang terlampau perit. Jadi dia tak nak kita turut susah macam mana dia susah dulu. Salah ibu dulu sebab tak faham kerja ayah."


Ibu memandang Zafril dengan wajah yang tenang.


"Iman. Iman janganlah ikutkan hati sangat. Jangan pendam kebencian terlampau lama. Nanti termakan diri nak. Kisah lama biarkan ia pergi. Ayah tak salah apa pun. Berbaiklah dengan ayah ye?"


Selepas pemergian ibu. Zafril tinggal bersama ayah di rumah lama tempat mereka tinggal dulu.


Iman angguk perlahan. Dia terpaksa akur dengan kata ibunya. Selama ni, mungkin dia tersalah faham dengan ayahnya. Zafril menyalahkan ayahnya yang selalu sibuk dengan hal kerja sehinggakan ibu di abaikan.


Tapi salah ibu juga. Di sebabkan ayah terlalu sibuk dengan jadualnya yang padat. Ibu telah pun keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan ayah. Lalu mendesak ayah untuk bercerai.


Akibat tidak tahu cerita, Zafril turut masuk campur urusan ibu dan ayahnya dan menyalahkan ayahnya seratus peratus. Jadi ayah telah pun jatuhkan talak kepada ibu dan berkata..


"Mungkin ayah bukan ayah atau suami yang terbaik."


Zafril terjaga dari tidur. Tidak sedar bila ketika dia lelapkan mata. Gambar arwah ibunya masih setia di tangan Zafril.


"Terima kasih ibu sebab sedarkan Iman." Iman menyeka air mata. Dia terus berlari keluar dari bilik mendapatkan ayahnya lalu meminta maaf.


Mungkin dengan ini, hati Zafril kembali pulih. Tidak lagi berlenggu dengan kekosongan.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.