Home Novel Cinta DIA LELAKI HK
DIA LELAKI HK
Syaza Arisha
7/8/2019 23:16:27
583
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Nama aku Hana Syafqira, seorang pelajar lepasan Stpm dan sekarang sedang bekerja sembilan sebagai pembancuh kopi secara kontrak di bawah syarikat The Zayn Imperial. Aku tak tahu Zayn Imperial ni syarikat apa. Tapi apa yang aku tahu, aku hanya bekerja dan dibayar gaji.

“Ridiculous! I don’t care if you wanna die or sick! I just want to know this proposal already done when I want it!” pekikan suara yang bagaikan halilinter itu membunuh langkah kakiku. Huh! Azab. Nasiblah aku hanya seorang pekerja pantry saja. Kalau kerja sebagai staf diikhtiraf dalam syarikat ni kompom boleh gila aku kalau hari-hari kena maki macam tu.

Bekas kopi tetamu terhormat dalam dewan meeting itu aku kemas dengan pantas. Malas hendak tadah telinga mendengar Encik Denial menengking para pekerjanya. Ah! Tak sabar nak tunggu result keluar sebab aku dah tak tahan nak kerja macam ni lagi. 

“Hey you!” bang! Suara itu dilontarkan dengan begitu kasar sekali. Aku menoleh dan pada masa yang sama degupan didada juga turut berdentum tidak menentu. Kerana ini adalah kali pertama bos besar itu menegur aku.

“Ya,ya encik?” sahutku perlahan. Aku lihat dia menunjuk meja kerja di dalam bilik meeting itu. 

“This how you do your work? You nak suruh I lap ke bekas tumpahan ni?” tanya dia.

“Maaf encik.” Aku tunduk tanda hormat lalu segera melap meja kerja itu. Fuh! Nasib dia tak maki aku lebih-lebih. 

Bila semuanya sudah selesai, troli yang dipenuhi gelas tetamu dan bekas-bekas kuih aku sorong laju sebelum arahan maut keluar dari mulut lelaki itu. Ada baiknya aku segera meloloskan diri.

“Banyak gelas kamu kena cuci hari ni?” tegur satu suara. Aku berpaling dengan senyuman. Kerana aku dah kenal sangat dengan empunya suara tu. Ya, siapa lagi kalau bukan suara Kak Allisyah. Dia merupakan bos kecil aku. 

Selaku pekerja kepercayaan Encik Denial, dia mengambil alih semua tugas mengenai pembantu rumah Encik Denial dan staf kontrak di dalam syarikat lelaki tegas itu.

 “Sikit je Kak Syah.” Jawabku. Cawan kotor aku pindahkan ke dalam mesin pencuci pinggan. Untung ada mesin pencuci ni. Ringan sikit aku nak buat kerja.

 “Hana, lapang tak malam ni?” Aku menoleh ke arah Kak Allisyah dengan sebelah kening terangkat. Jarang-jarang dia tanya aku busy ke tak. Ke dia nak belanja aku makan? Jimat sikit duit makan malam ni.

“Lapang je kak, kenapa?”

“Kalau macam tu malam ni akak nak kamu tolong akak kat parti Encik Denial.” Beritahunya. Cepat aku berpaling melihat dia. What? 

“Parti rumah Encik Denial?” terkedip-kedip aku melihat ke arah Kak Allisyah yang hanya tersenyum saja.

“Cuak ke?” perlinya. Aku mengetap mulut bila hampir saja terlopong tadi. Serius! Aku memang dah lama teringin nak melangkahkan kaki ke rumah mega tu. Apa lagi bila dapat tahu gaji pekerja di rumah agam itu berjumlah hampir ribuan ringgit.

“Tak, cuma pelik aje.” Selamba saja ayat itu melantun keluar dari mulutku. Harap-harap Kak Allisyah tidak menarik semula kata-katanya sebab aku memang memerlukan wang untuk membiayai pembelajaran Rayyan.

“Memang pelik pun. Tiba-tiba aje Encik Denial hantar WhatApps kat akak, minta akak carikan pekerja part-time untuk parti malam ni.” Terang Kak Allisyah. Aku hanya mengangguk faham sambil mengeluarkan gelas yang sudah bersih lalu aku susun masuk ke dalam almari yang dikhaskan.

“So, kamu setuju tak?” tanya Kak Allisyah. Aku sumbingkan bibir. Muka sengaja aku buat seperti sedang berfikir. 

“Tengok tawaran harga,”

“RM150 sejam.” Cepat Kak Allisyah menjawab. Seolah dia tahu aku akan membicarakan soal harga.

“What? I’m glad to say YES!” pantas aku menjawab. Tawaran yang jarang sekali dibuka. Bila dah dapat takkan nak buat nampak tak nampak pulakan? RM150 ringgit sejam, bayangkan kalau kerja tujuh jam sehari mean aku akan dapat RM1050! Wow!

“Bagus! Ni alamatnya. Jangan datang lambat tau. Majlis mula jam 7 malam. Make sure kamu ada kat sana jam 6 suku.” Beritahunya. Aku koyak senyuman, kertas yang bertuliskan alamat Encik Denial aku raih. Dapat je duit tu, aku terus kirim kat mak. Harap-harap bolehlah kurangkan beban mak.


*****


Jam ditangan aku tenung hampir sepuluh kali. Dah hampir pukul 7:30 malam. Matilah aku! Aku pantas mengatur langkah sambil melihat ke arah kertas yang berikan oleh Kak Allisyah. 

“Ah! Jumpa pun.” Langkah aku hentikan tepat di hadapan pintu rumah agam Encik Denial. Besar gila rumah Encik Denial ni. Nafas aku tarik lalu rambut dan uniform yang diberikan oleh Kak Allisyah aku rapikan. Wajah yang berminyak akibat berpeluh aku lap dengan lengan baju.

“Maaf! Cik tak dibenarkan masuk tanpa sebarang kad jemputan ataupun pesanan ringkas untuk menghadiri parti ini.” Halang seorang lelaki yang mengenakan sut berwarna hitam. Tercengang aku. Tak boleh masuk? Aku dah lambat kut!

“Tapi saya pekerja kat sini, uniform pun saya dah pakai.” Jawabku namun lelaki itu masih tidak mahu membuka pagar.

“ Maaf cik, macam yang saya cakap…”

“ Tak apa Eldry, benarkan dia masuk.” Arah satu suara.

“Fuh! Syukur akak datang. Si botak ni tak bagi Hana masuk!” perliku lalu melangkah masuk. Jelingan aku hadiahkan pada lelaki yang bernama Eldry itu. 

“Kenapa datang lambat?”soal Kak Allisyah. Aku garu tengkuk. 

“Sesatlah kak. Pemandu teksi tu pun tinggalkan saya kat bas stop depan tu aje. Berpeluh-peluh ketiak nak berlari datang sini.” Rungutku. 

“Dahlah, sekarang ni kau pergi hantar minuman ni kat bilik tetamu. Kau just dulang je air ni and tanya dia orang nak ke tak? Faham!” arah Kak Allisyah. Aku hanya mengangguk faham lalu dulang yang dimaksudkan aku angkat menuju ke arah yang ditunjukkan oleh Kak Allisyah.

“Eh? Yang mana satu ni? Ruangan ni ke atau ruangan tu? Ah! Tak kisahlah, mana-mana pun sama je.” Aku bermonolog sendiri lalu pintu kaca itu aku buka.

Bak! 

Tertolak aku ke belakang bila tiba-tiba saja seorang lelaki melanggar tubuhku

“Ah!” jeritan dari suara garau itu membuatkan aku segera mengetap bibir. Aku meneguk air liur lalu perlahan-lahan menoleh. Tergamam aku bila lelaki itu memandangku dengan reaksi wajah bengang. Oh! My god…What I’ve been done! Sepantas kilat kolar bajuku ditarik oleh lelaki itu lalu dibawa berhadapan dengan wajahnya.

“Sorry, I didn’t do it on purpose, Sir.” Aku cuba melepaskan genggaman pada kolar bajuku. Serius aku cuak dan malu bila orang ramai mula memberi sepenuh tumpuhan ke arah kami berdua. Matilah aku lepas ni!

“Sorry? Do you beg for forgiveness? You know how expensive this tuxedo!” teriaknya lagi. Aku meneguk air liur dengan kegusaran di dalam hati bila dia sudah mula mengangkat tangan, namun belum sempat dia menghayunkan tangannya cepat saja tangan itu dihalang oleh seseorang. 

Bagai robot kepalaku berpaling melihat ke arah pemilik tangan tersebut. Lagilah aku rasa nak pengsan aje bila tangan itu milik si Tuan rumah. Ya! Siapa lagi kalau bukan Encik Denial! Ni lagi bala.

“It is okay, Phil. You can choose what tuxedo you like in my closet. Go and changes it.” Sampuk Encik Denial. 

“You’re are lucky!” lelaki itu menolak tubuhku sekerasnya. Sesudah itu tanganku pulak diraih oleh Encik Denial. Habislah aku lepas ni. Bukan aku tak kenal siapa Encik Denial. Bila-bila masa saja aku boleh kena maki olehnya. 

“Apa kau buat kat sini!” tengkingnya bila sudah keluar dari ruangan VIP itu. Aku hanya mampu tunduk dimarah begitu.

“I’m asking you!” marahnya lagi. Aku sudah gusar tidak menentu. Janganlah dia nak pecat aku. Dahlah aku tersangat memerlukan duit masa ni.

“Saya cuma nak hantar minuman je encik.” Jawabku perlahan. Namun tidak berani hendak menatap wajahnya.

“Hantar minuman? You sedar tak uniform You color apa? Hijau! Warna ni servers bahagian pekerja cawangan! Bukan tetamu VVIP!” tambahnya lagi. Laju aku mengangkat wajah. Lah yake? Tapi kenapa aku tak tahu pun? Kak Allisyah!

“Maaf encik, saya janji saya akan bertanggungjawab. Tapi tolong jangan pecat saya.” Pintaku.

“Allisyah!” pekiknya tanpa memedulikan rayuanku. Beberapa minit begitu Kak Allisyah datang menghampiri kami berdua.

“Ya, ada apa Encik Denial?” sahutnya sambil tunduk tanda hormat. Aku pula hanya menunggul saja.

“Potong gaji budak ni! And suruh dia tunggu kat pejabat mini I selepas parti ni tamat. Kalau tak dengan You sekali I potong gaji!” perintahnya. Aku merenung dia dengan pandangan menyampah. Tak guna! Ingat aku tak dengar ke suara dia? 

Selepas dia memberi arahan dia kembali masuk ke dalam bilik parti VIP tersebut. Berlagak! Ingat je aku perlu duit, kalau tidak jangan haraplah aku jejak kaki kat rumah mamat singa ni.


*****


Debaran didada usah dibahas. Rasa jantung hendak berhenti saja dari berdetak. Suasana suram dalam pejabat mini lelaki singa itu menambah rasa cuak dalam dada. Jari-jemari aku pintal tidak keruan. Cara duduk juga tidak sekemas yang tadi. Apa aku nak buat ni?

Ni semua salah Kak Allisyah! Disebabkan dia tak bagitahu yang kerja berdasarkan warna uniform pasti aku takkan terjebak dengan semua ni! Argh! Potong gaji? sama je macam aku buang masa aku kat sini! Baik aku pergi kedai Pak Harun, kerja sembilan kat sana lagi bagus. Nilah dikata orang tamak selalu rugi. Tapi aku bukannya tamak! Aku cuma nak grab peluang aje.

Buk!

 Bunyi pintu membuatkan aku segera berpaling. Dalam samar cahaya aku lihat pantulan wajah yang jelas membuatkan darahku segera berderau. Ya! Singa tu dah kembali ke kandangnya. Aku berdiri menyambut kedatangannya dengan teragak-agak. Kaki yang seperti diikat dengan pemberat itu melangkah perlahan menghampirinya.

“Encik…” Tegurku. Dia mengangkat wajah melihat aku. Dahinya berkerut memandang ke arahku, seolah cuba untuk mengenali aku. Takkan baru 5 jam dia dah lupa wajah aku?

“Who are you?” Dia pandang aku dengan tenungan redup. Jelas kelihatan wajahnya merah padam dan bau alcohol dari hembusan nafasnya cukup untuk membuktikan firasat aku yang dia tengah mabuk teruk masa ni. 

Manusia, bila diuji dengan kekayaan maka dia lupa dari mana punca kekayaan itu datang. Dia lupa siapa pemberi segala apa yang dia miliki saat ini. Tapi siapa aku hendak menuding jari sesuka hati? Malahan aku tidak layak hendak menghukum mereka sebab aku juga kurang sempurna.

“Saya,”

“Oh! I know you. Mai? Perempuan simpanan Encik David.”Selanya.

“Mai?” Aku ulang nama perempuan yang disebut olehnya. Suka hati saja dia hendak berkata-kata.

“Damn it! I almost forgot the chick that David has sent to me. Sorry, and nice to see you, babe.” Dengan nada mengoda dia cuba untuk merangkul aku masuk ke dalam dakapannya. Cepat aku tolak dia. Cuak juga aku bila mendengar kata-katanya. Sah! Otak dia tengah tak betul. Memang patutlah arak tu diharamkan.

“I think there’s a bit of mistake here, Encik Denial. Saya bukan Mai dan saya bukan perempuan simpanan Encik David. Saya,”

“Tak payahlah nak jual mahal sangat. I know you need more, just tell me how much you want?” Dia merapatkan tubuhku ke dinding. Aku teguk air liur bila wajahnya hampir dengan telingaku.

“For the god sake, you'll never forget this hottest night, babe.” Sedar tak sedar saja zip uniform yang aku pakai cuba untuk dileraikan. 

Segera aku tolak tubuhnya sekuat hati, cuba untuk meloloskan diri dari terjebak dalam hasutan syaitan. Ya! Aku mengaku aku perlukan duit untuk bantu keluarga aku. Tapi aku tak tak sampai ke tahap hendak menzalimi diri aku. Tak! Sumpah aku tak sanggup.

Langkah aku lajukan, debaran didada memaksa aku untuk jadi gelabah tidak menentu. Apa yang ada dimindaku saat ini adalah selamatkan diri daripada lelaki tu. Aku tidak rela diri aku menjadi makanannya. Semahal apa pun ganjarannya, aku tidak akan memberikan apa yang aku jaga pada orang yang tidak tepat! Apa lagi dengan cara yang ditegah agama.

“You ni jual mahallah!” tubuhku ditarik dengan ganas lalu ditolak kasar hingga membuat aku terbaring di atas sofa.

“Encik, encik salah orang. Saya bukan orang yang encik maksudkan.” Aku cuba meronta menahan tubuhnya dari terlalu hampir. Aku harus segera sedarkan dia. 

“Hush... I know how to shut your pretty mouth.” Kini tiada jarak lagi diantara aku dan dia. Jelas berat badannya menghempap aku. Tanpa fikir panjang aku hentakkan kepalaku pada dahinya.

“Auch!” pekiknya lalu bangun. Mungkin sedang menahan kesakitan. Yalah, kalau dah sampai berdarah dahi dia takkanlah tak sakitkan? Aku menggelengkan kepala. Terasa bumi seolah bergoncang. Namun peluang yang ada aku gunakan untuk membebaskan diri walaupun aku tengah pening lalat saat ni.

Tombol pintu aku pulas laju. Berharap agar peluang ini tidak hanya berakhir sampai di sini saja. Aku bermohon padaMU Ya ALLAH, bantu aku untuk keluar dari masalah ini.

“Argh!” Terbuka saja pintu, tubuhku ditolak kembali masuk ke dalam pejabat mini Encik Denial.

“Bob! Tangkap perempuan tu then bawa dia masuk bilik aku!” perintah Encik Denial. 

“Baik bos!” lelaki yang bernama Bob itu hanya menurut perintah.

“No! Bob dengar, saya bukan perempuan simpanan Encik David. Saya hanya pekerja sementara saja,”

“Diam!” tanpa sebarang belas kasihan Bob menarik lenganku lalu diangkat keluar dari bilik itu.


Pesanan Penulis: Sebarang komen amat dihargai, boleh follow FB *Syaza Arisha* untuk bab selanjutnya...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaza Arisha