Home Novel Cinta PELUANG KEDUA
Pilot2

LIKE, SERIOUSLY LAST

.

<<-------sambung

.

"HEY."

Aqi terloncat dalam duduk, terkejut beruk bila sekali lagi lelaki itu memuncul lagi di sebalik pintu. Lah. Ingatkan dah keluar!

Umar yang baru nak bercakap, menonong pada muka menangis itu seketika. "Ololololo... baru sekejap aku keluar, kau dah nangis. Tu lah, tadi nak putus sangat kan." Ketawa terlepas.

Bapak kurang ajar! Aqi mendesis, mengesat hidung dengan belakang tangan. Egonya terasa dicalar. "Kau nak apa lagi?" Mata dikesat dan dia berpusing ke katil semula. Malunya ya Rabbi!

Dan masih tergelak. Pipi digaru kemudian, cuba membuang perasaan yang masih melingkar di hati. "Setiap kali aku tengok kau, I tend to make mistakes, so I'm just gonna make this real quick." Perempuan berkemban itu dipandang sekilas. "Aku tengok kau dah gemuk sikit la sekarang."

Bantal dibaling ke pintu. Geram!!

Lekas mengelak. Ketawa pecah lagi di sebalik pintu. Kepala lelaki itu muncul kembali, tapi hanya rambut dan dahinya kini. "Also, even if kita dah selesai... kau nanti jenguk la Ami sekali sekala. Dia menangis macam kepala sungai semasa hujan lebat bila dapat tau kau mak dia. She really likes you, you know. Aku sampai rimas bila dengar dia duk cakap pasal Makcik Ekin Makcik Ekin Makcik Ekin. Macam la takda orang lain kat dunia ni yang dia nak kenenkan dengan aku. On second thought, aku rasa menyesal sebab tak ikut suggestion dia sooner, kalau tak, benda macam ni takkan terjadi..."

"Mar, kau tengah merepek." Aqi menegur, kini juga berada di belakang pintu. 

Umar menoleh, terperanjat sedikit dengan suara yang macam berada di sebelahnya itu. Jarak di antara mereka kini sekadar dipisahkan daun pintu kayu keras tersebut.

Umar menelan liur, merenung bahu Aqi dalam jarak dekat. Gigi terasa ringan nak dibenam ke dalam daging lembut itu. Bayangan yang bermain di minda menenggelamkan topik yang nak dibualkan. Buat seketika, akalnya kelam.

"Err... well..."

"Kau nak aku kerap melawat Ami, kan? Sure, aku takda masalah."

Matanya bercahaya kembali. "GreatAnd then boleh la lepas tu kita keluar bersama."

"No."

Terdiam. "I meant bertiga..."

"I know... but no. Ami is fine... but youno... that'll be too weird."

Tersentuh lagi hati jantannya. Sekali lagi Umar memanjangkan leher ke dalam bilik, merenung anak mata hitam yang berkaca itu tepat bertemu mata. "Kau bencikan aku sangat ke..."

"Kau tau aku tak boleh, Mar..." Serius, tolonglah faham situasinya sekarang. Bersungguh meminta.

Dan berpandangan lagi. Mata Umar memujuk mahu permintaannya dituruti, manakala Aqi meminta situasi dirinya difahami. Masing-masing enggan mengalah.

"How about dinner sekali sebulan?"

"No."

"Phone s*x once in a while?"

"HEY!!" Terkejut!

"I meant phone call!!" Turut terkejut!

"Yeah, right. Salah sebut sangat la tu."

Umar mendiam seketika, meneliti dirinya sendiri. "Maybe 12 tahun membujang dah buat aku bertukar miang sikit..."

"Maybe is an understatement," desis Aqi, selajur beralih supaya dirinya betul-betul tak ternampak di pandangan si lelaki.

Umar pula refleks memanjangkan kepala ke dalam bilik semula, mencari si wanita yang menghilang. Ah, itu dia. Masih di belakang pintu, masih berkemban, dan tengah merah muka menentangnya.

"You know, aku boleh dapat apa yang aku nak kalau aku buat apa yang kepala aku suruh buat sekarang..."

"Mar, fokus." Tetapi bila perasan arah pandang renungan jantan itu di fokus pada kembannya, baran Aqi menyirap ke kepala. Pintu ditolak deras dengan kaki hingga terhentak sisi kepala bekas suaminya itu terus. Umar mengaduh di sebalik pintu.

"Aqi, kita masih tak capai agreement..."

"I never asked for an agreement!!"

"Well, I do! Kau tak boleh expect aku balik mengadap anak kita dengan tangan kosong. Aku kalau boleh nak bawak berita gembira dengan dia walaupun bukan emak dia. Please... collaborate with me. You will see us again... kali ni bukan menyamar sebagai makcik kantin... tapi as her parent?"

Pihak di sebalik pintu mendiam agak lama. Umar melekapkan telinga ke pintu, takut andai tak dengar jawapan dari bekas isterinya.

"Aqi? Kau masih kat dalam ke?"

"Ye..."

Senyum. "Kau janji akan jumpa kitorang?"

"Aku tak janji tapi aku akan cuba."

"That's good enough. I'll wait for you. Hey, one last thing..."

"Kau blah la Mar!"

"Hahaha..." Garang nau. Tangan dilekap ke pintu, masih hauskan raut wajah wanita itu untuk direnung dan dicintai. Masih ingin bergaduh santai dan bergurau senda, macam dulu kala. Tapi kerana kesilapannya, sekelip mata nikmat dunia itu ditarik. Nafas ditarik dalam, memasang sabar, sekaligus memikir strategi nak memujuk si cinta hati.

Buat masa ni, santai dulu. Jangan memaksa orang yang tengah berkeras itu.

"Aku tunggu kau datang rumah tau... aku sediakan rumah tu untuk kau... aku dah kemas cantik-cantik cuci bersih-bersih since the last time kau complain busuk 10 years ago... the house tak complete selagi kau takda..."

Sebak datang lagi. Aqi menggigit bibir bawahnya sekuat hati sebelum sebelum mengangguk sendiri. "Okay..."

Senyum lagi. "Aku nak balik ni..." 

"Ye..."

"Kau janji datang?"

"I'll try..."

"I'll wait for you, you know..."

Diam. 

"Kau rindu aku tak nanti?"

"Kau balik je la!"

"Haha..."

Dan barulah dia beralih walau dengan berat hati.


"AYAH!! Macammana?!" soal Ami terus bila Umar balik ke rumah pada malam itu. Senyuman di bibir ayahnya cukup lebar, seolah-olah berjaya membawa sale berjuta kepada syarikat.

"Ayah tak dapat bawak dia balik... sebab apparently, mak kau tu dah kahwin lain. Tapi dia bersetuju untuk datang melawat kita sekali sekala."

"Aik... mama tak kahwin baru la." Lelaki dewasa itu diekori ke dapur.

"She insists. Siap call husband dia. Bunyi macam garang." Suara garau yang penuh berapi yang didengarinya tadi membuat Umar judgemental. Takkanlah laki dia macam tu sekali. Umar masih saspek Aqi menipu dan dia berhasrat nak mengorek hal sebenar asalkan mereka boleh bertemu sua selepas ini.

Denial.

Gadis itu mengeluh. Terkilan benar sudah. "Ami mana boleh tunggu dia datang lawat. Ami nak jumpa dia. Kita pergi lawat dia la, ayah."

Sambil mencapai cawan, Umar menoleh pada anaknya. "Ha'ah la. Ayah lupa nak mintak alamat." Handphone ditarik dari poket seluar dan dilontar pada anaknya. "Call dia. Mintak alamat." Kopi dituang ke dalam cawan.

"Nama mama dalam ni ialah apa?" soalnya sambil mencari keyword "mama" atau "Aqi" atau "sayang" atau emoticon hati sekalipun. Tiada.

Miss Boobies... jawabnya dalam hati sambil meneguk kopi. "Biarlah ayah call sendirik." iPhone itu dirampas dan Aqi terus dihubungi. Sementara menunggu talian berangkat, speaker dipasang dan diletakkan di atas meja sementara dia berpusing ke peti sejuk nak mencari makanan.

Klik. Talian bersambung.

"Mar, kalau kau bootycall aku lagi, I swear to God aku datang sana dan panggang telur kau!" Tak sempat memberi salam, wanita itu menghambur amarah terus.

Sepantas kilat Umar melompat terus ke meja. "AKKEY!! HAHAHAH!! Ami nak cakap dengan kau ni, ha!!" jeritnya dengan sengih janggal. Muka berkerut si anak yang ditala padanya dibuat tak perasan.

"Ami? Oh, kau dah sampai rumah dah?"

"Mama... hai, ni Ami..." ujar gadis itu kesukaan.

"Hey anak dara ma... hahaha. Ami, do ma a favour and libas kepala bapak kau pakai rotan supaya jangan kacau bini orang?"

Bini orang? Ami menoleh pada Umar. Si ayah itu memberi isyarat mata pada iPhone di atas meja, memberi makna yang Aqilah bini orang yang dimaksudkan. Seketika, Ami hampa.

"Jadi betullah ma dah kahwin lain?" soalnya sebagai pengesahan terakhir.

"Ye..."

"Hurmm... kalau macam tu Ami tak boleh nak tolong sebab ayah ada hak nak menggatal dengan mama Ami sendiri."

Umar mengangkat high-five dan disambut kuat oleh si anak. Siap dengan smug face masing-masing.

"Kau dengan bapak kau sama je!" Si ibu hanya mampu merungut di talian.

Lalu sepanjang malam itu dihabiskan dengan berbual di telefon. Bagi Umar dan Ami, itulah pertama kali rumah dua tingkat itu terasa sempurna walau secara fizikalnya tidak. Walau cuma seketika, ketawa mereka bersatu bagi menunjukkan kebahagian berkeluarga. Ami tertidur dengan senyuman luas di muka, serta masa depan yang tampak cerah bagi kedua-dua ibu bapanya.

Ya, hanya seketika. Kerana keesokan harinya, nombor telefon Aqi kini berganti dengan suara operator; Harap Maaf. Nombor Yang Didail Tiada Dalam Perkhidmatan Kami.

Umar dan Ami kacau seketika.

Alamat yang baru diberikan Aqi pada malam itu, diperiksa. Alamat itu walaupun wujud, tapi membawa mereka kepada sebuah rumah kongsi gelap. Anak beranak itu siap dihalau bersama ludah dan kata-kata kasar.

Bantuan terakhir yang Umar boleh dapatkan ialah dari sahabatnya – pasangan Hanani dan Lukman. Namun, didapati sebarang medium komunikasi dengan Aqi juga telah diputuskan oleh wanita itu.

Harapan kembali sifar.


PADA suatu malam, Ami terbangun sekitar pukul 2 pagi. Dia cuba nak tidur semula, namun tak boleh. Telefon bimbit dicapai, memeriksa semua platform sosial medianya. Tiada apa di situ, lalu dia bangun, nak ke dapur.

Terlihat cahaya dari TV di ruang tamu, Ami memanjangkan leher. Itu ayahnya, sedang bermain PS4. Pulak dah.

"Ayah kenapa tak tidur lagi?" tegurnya terus.

"Tak boleh tidur," balasnya datar tanpa menoleh. Fokus melancarkan Hadouken ke arah Chun-Li. Dibelasah lumat-lumat bagi melepas geram di hati.

Ami merapat. "Ayah rindu ma?"

"Kenapa tanya macam tu?" Masih.

"Sekadar tekaan," balasnya pendek sambil melabuh duduk di sebelah ayah. Karakter game dilihat. Umar sedang bermain video game pertarungan. Jarinya cekap menekan butang pada console dan menumbuk tendang pihak lawannya di skrin itu. Sesungguhnya si ayah jarang bermain video game. Kalau diikutkan, PS4 itu memang dah berhabuk di dalam kabinet, tidak bersentuh. Tetapi, Ami menganggak yang kejadian yang berlaku disebabkan emaknya, si ayah ni mencari gangguan sementara yakni pada video game.

"Ami..." Garau sekali suaranya.

"Em."

"Jangan sekali-sekali... kau tinggalkan ayah... macam dia..."

Senyap. Sekadar detikan jam di dinding yang mengisi ruang antara mereka. Ami merenung sisi wajah ayahnya. Kosong. Muram. Dan ada air mata yang jatuh di pipi itu. Nampak kilaunya kerana cahaya TV. Ami tergamam. Pedih di hati lelaki dewasa itu kini terasa menyerap ke hatinya. Dadanya terasa dihimpit. Ini pertama kali dia merasa begini. Lalu tubuh ayahnya dipeluk.

"Mungkin ma ada sebab dia..." luah si anak, turut sebak kini.

"Yeah. Keep thinking that. It'll make all the pain magically goes away a billion years later."

Pahit sekali kata-kata itu kedengaran. Betul-betul putus cinta. Ami sedar. Ayahnya tengah bersedih. Rumah yang dibina dengan impian untuk kembali bersama ialah salah satu punca rasa sakit itu tidak dapat dipulihkan. Juga pada permintaannya sendiri supaya si ayah membawa mama itu balik.

"Habis ayah nak buat apa sekarang..."

"Main game sampai dia balik, hahaha..."

Ami melirik lagi, kali ini dengan mata yang berkaca dan rawan yang mengapung jiwa. Ni bukan sekadar sedih, tetapi patah hati hancur harapan lebur impian dan tahap sakit sampai boleh demam! Kroniknya keadaan lelaki yang menjaganya seumur hidup hingga memanggil si anak untuk menjadi penyokong buatnya.

Dia perlu bantu... tapi sebagai anak... apa yang patut dia buat??

"Biasanya kalau Ami sakit hati dengan Jun... Ami lari..." Dia cuba memujuk.

Umar mengerut dahi, kurang tangkap kata-kata anaknya.

"Mungkin ma pun sama. Dia lari bila dia tak berkenan dengan sesuatu."

"Kau sengaja nak sakitkan hati ayah ke?"

Tersenyum nipis "So... kalau ayah nak lari dari realiti walau sekejap pun takpa. Ami okay je kalau ayah nak kahwin lain..."

Umar menjeling sekilas. Si anak ini dah lama nak dia berkahwin baru, tetapi bila dilihat pada konteks sekarang, pelik juga memandangkan dia dah jumpa emaknya. Kenapa masih nak suruh kahwin lain?

"Kau taknak ma kau balik ke? Kau nak perempuan lain jadi mak kau?"

"Ayah masih harap ma akan balik?" Terkaku.

Diam seketika, masih pada Chun-Li yang tak tewas-tewas. Luka di hati diteliti. "Ya... ayah masih nak dia balik..." luahnya perlahan. Supaya aku boleh ikat dekat dinding lepas tu libas pakai tali pinggang biar berbirat sampai mampus.

Apa yang disambung dalam hati sekadar disimpan sendiri. Umar tengah marah! Sayang tak sayang, perempuan kesayangannya itu benar-benar dah mencabar limitnya.

Sepuluh tahun dia menunggu. Anak kecil dah bertukar jadi dara. Jadi kenapa masih tak cukup?! Kenapa masih nak lari? Apa benda yang dia benci sangat...??

Nak menangis lagi rasanya, lalu ditelan rawan itu macam menelan air suam masa tengah sakit tekak. Payau dan perit. 

Si anak pula masih tidak perasan perubahan emosi si ayah. "Kalau... kalau ayah masih nakkan ma... biarlah ma jadi bini kedua."

Tertoleh si ayah dibuatnya, lalu ketawa terlepas ringan, membuat si anak dara menghembus keluh lega

"Yeah... that'll do. Biar padan muka dia. Suka sangat mainkan hati orang," luah Umar bersama hembusan nafas ringan. Barulah video game dimatikan bila dirasakan hatinya rileks sedikit.

Ami tersenyum nipis, suka melihat tekanan di muka si ayah dah menghilang. "Ayah betul-betul sukakan ma, kan?"

Umar menoleh, menentang anak mata hazel yang diwarisi darinya itu. Nak melihat muka Aqi dekat si anak ini pun tak dapat sebab rias Ami memberat pada wajahnya berbanding si emak.

"Ayah takda ayat yang boleh klasifikasikan perasaan ayah kat ma kau sekarang ni. Sure, ayah sayang. Tapi ayah benci jugak kat dia." Dinding direnung. "Tapi ayah tak boleh imagine a life dimana dia langsung hilang dalam kehidupan kita. Walaupun bukan sebagai suami isteri... as long as there's a possibility that we will be together... selagi Allah tak tarik nyawa... I want to think that it will... or will not, may happen... that us three... be together again."

Harapan.

Itulah punca sakit, itulah juga yang mendorong manusia terus bergerak ke depan.

Renungan bertukar redup. Suka mendengar harapan yang kabur itu. Diam-diam, hatinya memasang azam yang sama – akan didapatkan semula mamanya untuk si ayah. Macammana, dia tak pasti, tapi selagi ayahnya tidak berputus asa... Ami juga merasakan yang dia tak patut berhenti mengalah. 


ZAKI dah sah menjadi suami orang, dan sekarang sedang membuat majlis belah pengantin lelaki di vila. Ayahnya yang kacak berbaju melayu dan bersongkok sedang diganggu mak saudaranya, Maya, untuk memilih calon-calon isteri untuk dikahwini. Mimi Rainita yang baru sahaja diceraikan juga setia mengekori si ayah dimana-mana macam anak ayam.

Biarlah orang dewasa itu dengan drama mereka.

Ami dengan Munirah berpeluk tubuh di laman berumput, melihat pentas untuk persembahan band didirikan macam project engineer melawat site. Ahli band termasuklah sepupu-sepapat mereka yang lain.

Munirah memalingkan kepala, melihat seorang lelaki bertubuh besar dan tinggi sedang membantu kumpulan yang mendirikan khemah. 

"Ami, dia siapa?"

Si adik sepupu berpaling, melihat fokus pandangan kakak sepupunya. Oh. "Darius, anak tunggal Mimi. Bapak aku tengah tolong dia cari kerja."

"Handsome dowh," sengihnya.

Munirah dipandang dengan renungan membaca. "Taste kau ialah lelaki macam gorila ke?" Kerana saiz Darius sememangnya besar dan tinggi. Kadang-kadang Ami memanggil lelaki itu Gorius bila dia tiada.

Munirah terkelip seketika. "Takde la... aku cuma rasa dia handsome."

Bahu dijungkit, off-handed. Lain orang, lain favourite. "Kau patut dengar fullname dia."

"Umar Darius?" teka si kakak sepupu.

"Kau tau??"

"Aku teka je, sebab kau dah sebut nama Darius dia... tapi tak sangka kebetulan sampai macam tu sekali..."

"Hurmm... bukan kebetulan..." Anak mata dikerling ke rumahnya, pada si bakal emak tiri yang tengah berbuat apa entah di dalam sana. "Aunty Mimi dah lama sukakan ayah... aku tak hairan kalau dia namakan anak pertama dia dengan nama ayah."

"Obsesi," komen Munirah pendek.

Ami tersenyum hambar. "At least ada perempuan yang ikhlas sukakan ayah aku tu sampai sanggup tunggu bertahun... berbanding emak aku sendiri yang selamba badak tinggalkan dia dengan aku sedangkan satu mesej atau call pun takda... lesap macam hantu..." Dia merapati pentas dan mendapatkan sebuah gitar elektrik yang dibiarkan di atas amp.

"Kau masih marahkan mak kau?"

"Aku tak marah. Aku terkilan sedikit... dan aku nak cari dia... dan bawak dia balik rumah."

"Kenapa?"

"Sebab aku tau ayah aku masih nakkan dia dalam life kami." Jari dimainkan secara rambang pada tali gitar sekaligus menghasilkan bunyi pada amplifier. Aha.... Matanya bercahaya bersama minat.

Munirah mendiam lagi. "Obsesi..." Ulang.

"Hahaha. Aku rasa tu romantik." Tangan dilepaskan pada tali gitar, menghasilkan bunyi GEDEGAAAANGG... membingitkan telinga setiap individu yang berada di situ. Mereka serentak menoleh, membuatkan Ami mengukir sengih bersalah.

Sorry...

"Hey. Jangan kacau gitar aku," cemik Junior sambil merapat.

"Sejak bila kau reti main gitar?"

"Sejak bila kau nak kisah bila masa aku reti main gitar. Bak sini, aku cakap!"

Ami mencebirkan bibir bawah sepanjangnya sebelum mengalihkan tali gitar dari tubuh. Junior menyambut Fendernya sebelum bergerak ke amp. Volume terlebih dahulu diturunkan kepada sifar sebelum mencabut wayar.

Munirah fokus kembali pada Ami. "Macammana kau nak cari mak kau balik?"

"Aku rasa aku nak jadi famous, kut."

Bercantum terus kening si kakak sepupu. Gagal menangkap relevan idea itu. Junior pula melepaskan ketawa berupa sedakan. Ami menjeling maut pada si sepupu yang masih mencangkung di hadapan amp itu, entah tengah buat apa.

"Macammana jadi famous boleh cari mak kau?" soal Munirah lagi.

"Something macam gunakan pengaruh aku kalau aku famous. Sebab nak gunapakai khidmat polis, emak aku bukannya hilang kena culik. Kalau nak pakai detektif, aku takda duit. Benda yang aku boleh buat ialah dikenali seluruh Malaysia dan biar dia tengok aku kat TV... atau dalam internet kalau nak murah sikit."

Munirah mengangguk. Akhirnya mengerti. "Bernas. Tapi macammana?"

"I'm thinking... Dewi Remaja?" Jawapan berupa soalan, kerana masih tak pasti dengan pelannya. Lagipun itu sekadar idea kasar yang datang semasa mandi. "Lagipun Neelofa mula dikenali dari situ, kan? Sama jugak dengan... err... sapa nama adik ipar Siti Nurhaliza tu..." Jari dipetik berkali-kali, cuba mengingat nama yang tak timbul-timbul di kepala.

Sekali lagi terdengar ketawa sindiran dari belakang, membuat Ami menolak kepalanya ke belakang. Naik angin. Junior yang tengah menyangkut beg gitar ke bahu dipandang dengan muka nak menerkam.

"Apa masalah kau sebenarnya? Kau tak apa la, ada emak yang kau boleh tengok dan mintak suap setiap hari! Aku kena lekatkan gambar muka emak aku kat bantal peluk aku sendiri kalau nakkan pelukan seorang emak!!" Sensitif!

Junior mendiam seketika, merenung mata yang membara itu. Wow marak berapi! "Kau takda value yang boleh diiktiraf sebagai Dewi Remaja. Kau tak cakap umur minimum, tak boleh menyanyi, berlakon atau mengacara, kau tak pandai melawa, kau tak pandai buat kawan, dan kau bencikan crowd. Nanti kau malukan nama bapak kau je pergi KL sana dan buang masa, duit dan harapan dia."

"Bila masa aku cakap aku nak pergi KL??" Mata dibulatkan.

Keluh. "Kau even tak buat homework pasal prosedur pertandingan Dewi Remaja, tapi sembang nak jadi famous macam Neelofa." Dahi adik sepupu yang sama tinggi dengannya itu ditolak dengan telunjuk. "Aku mengaku kau ada rupa kalau nak jadi selebriti murahan sekalipun, tapi kau boleh pakai platform yang lebih murah dan tak perlu pergi ke satu-satu lokasi. Apa yang kau perlukan ialah line internet dan komitmen."

Ami mengerut dahi. "Kau cakap apa ni..."

"Pakai handset kau la bodoh." Pinggang dicekak sebelah. "Instagram tu, pakai bukan sebab nak tengok boyfriend anime engkau je, tapi jadilah Instafamous. Tak pun Youtuber. Kalau follower kau dah sampai berpuluh ribu, boleh la jugak buat duit... lepas tu buat website... creating an image on your own... dan kalau ada tuah, rakyat Malaysia akan jadikan kau selebriti hanya dengan kuasa viral... 15 minutes of fame will be in your handUse it wisely, kau maybe boleh create potensi menarik ejen untuk jadikan kau artis baru–kau jangan buat muka buruk macam tu boleh tak?" getus si abang sepupu. Ami tengah memasang kerut sekerut kerutnya pada muka comelnya. Dah macam koala dah!

"Tak... masalahnya aku sendiri tak fikir sampai sejauh tu..."

"Kau cakap kau nak dikenali satu Malaysia!" Kenapa dia yang lebih strategik berbanding perempuan ini sendiri sedangkan idea tu datang sendiri dari dia!

"Ye, aku tau... tapi..." Perkataan viral itu membuatkan badannya terasa menggigil. Social anxiety dah mula menyerang mentaliti – tidak berani nak berdepan dengan kemungkinan dilihat dan dinilai oleh mata-mata asing di sebalik skrin. Siapa tau pendapat judgemental yang macammana yang akan keluar. Tau je lah perangai netizen macammana. "Aku taknak jadi awek 7G," luahnya kemudian.

Junior mengeluh pendek. "Aku tak suruh kau jadi awek 7G... ramai je instafamous boleh jadi famous sebab passion mereka. Tak kira mukbang, memasak, share resepi atau beauty guru. Kau go slow je dulu kalau tak biasa. Praktis biasakan diri dengan virtual crowd, cybertrooper,keyboard warrior dengan grammar nazi. Kau boleh start dengan buat video pakai suara saje. DP tanpa identiti. Dan bila umur kau dah 70 baru kau tunjuk muka kau live. Masa tu pun orang dah tak peduli dan mak kau pun dah mati." Senada ditutur sebelum bergerak meninggalkan kedua-dua anak gadis itu.

Munirah yang mendiam dari tadi, mengekori pergerakan adik lelakinya dengan pergerakan kepala. "Kut pun Ami boleh jadi internet icon, apa yang dia patut buat?"

"Start dengan sesuatu yang dia minat and good at..." Junior menjeling. "Inline-skating could be used as a kickstart. Lagipun jarang orang Malaysia tunjuk bakat dalam sukan yang popular zaman akak tak wujud tu. Ami pun ada bakat luar alam in term of physical abilities." Dia yang menerima penumbuk gadis itu selama ini, jadi dia yakin dengan cadangannya.

Kedua-dua gadis itu mendiam, memandang Junior menyimpan gitarnya ke dalam kereta.

"Dia walaupun bangang, tapi bernas lain macam," ujar Ami rendah, antara kagum dan cemburu.

Munirah mengangguk. "Mungkin dia patut warisi bisnes bapak aku berbanding aku sendiri..."


DENGAN bantuan Munirah dan berkat idea Junior, rancangan nak jadi famous dimulakan petang itu juga. Tapi Ami tak mahu wajahnya dikenali. Lalu topeng Power Rangers merah dikenakan pada muka.

Video pertama ialah melungsuri jalan curam yang berada tidak jauh dari vila. Munirah dah menunggu di seberang jalan dengan iPhone di tangan. Tangan diangkat tanda dah bersedia merakam bilamana Ami bersedia melungsur turun.

Gadis berambut panjang itu turut mengangkat tangan. Berbalik di antara bersedia dengan berdebar. Topeng itu mengekang ruang pandangannya – menjadi lebih sempit. Nafas turut terasa sendat. Wap karbon dioksida meruap pada permukaan topeng, membuatnya tidak selesa.

Hati dikukuhkan. Jangan takut. Tenang. Relaks. Tarik nafas dalam-dalam... dan hembus sepanjangnya. Kini otot terasa lentur sedikit, tidak setegang tadi. Bahu dan lengan diregang lentur. Ami kini sedia. Dengan lafaz bismillah, dia menujah diri, melungsuri jalan raya curam.

"Goooo!!" jerit Munirah. Semangat!!

Ami menghela nafas panjang, lalu merendahkan tubuh. Lungsuran menjadi lebih laju.

Munirah yang sedang menonton melalui kamera, terlihat pergerakan kenderaan di simpang tiga – pada jalan yang Ami akan lalui. Pucat lesi seketika. Spontan mengangkat kepala dari rakaman kepada adik sepupunya yang masih menangkap kelajuan.

"AMI!! TEKSI!!"

Frekuensi jeritan amaran Munirah sampai ke cuping telinganya, tepat dengan kemunculan teksi pada ruang pandang topengnya. Jantung serta merta terasa jatuh. Hon membingit di ruang udara, berupa amaran. Momentum masih terlalu laju untuk dihentikan!

Jangan berhenti. Terbang!

Suara asing berbisik di belakang kepala, sekaligus memberi kekuatan asing pada diri. Topeng di muka terus dilepaskan dari muka hingga terpelanting jauh ke belakang. Pandangan yang terhad tadi lebih fokus kini. Tubuh ditujah, cuba menambah kelajuan lungsuran. Namun masih dirasakan tidak cukup. Kasut roda yang digunakannya sekarang tidak sesuai untuk speed-skating!

Dengan nafas tertahan, Ami melakukan leapt of faith. Seluruh tenaga ditumpukan untuk kekuatan di kaki. Dia melompat pada Myvi yang diparkir di tepi jalan. Impak tayar meninggalkan garisan berupa cakaran di pintu kereta. Momentum wallride selanjutnya menolak tubuhnya terus ke udara. Melayang. Kedua belah telapak tangan dibuka dan tangan dipanjangkan ke atas bumbung teksi, terus memusing tubuh hingga ke seberang teksi.

Terlalu pantas! Sekelip mata dia sudah mendarat ke seberang. Screeeettt... tayar blade bertemu semula dengan jalan tar. Kasar sekali. Tekanan serta daya yang diperlukan bagi menahan momentum mendarat dan berhenti cukup terasa pada seluruh urat otot kakinya. Roda pada kasut juga bergegar hebat. 

Dia akhirnya berhenti dalam jarak yang cukup jauh dari lokasi teksi berhenti.

Ami menundukkan tubuh, menongkat pada lutut. Baru perasan tangan dan lututnya sedang menggigil. Ah, kesan antisipasi dan adrenaline. Nafas dihembus, lega dan bersyukur dia tidak cedera. Tetapi kasut rodanya perlu ditukar kepada yang lebih lengkap dan sesuai untuk aggressive skating

Alah, benda bukannya nak buat hari-hari!

Kemudian kepala diangkat pada pakcik teksi. Tangan diangkat bersama senyum maaf.

Munirah yang masih merakam, ternganga luas. 

Ami ada bakat luar alam in term of physical abilities. 

Yea, Junior. No kidding!!

Itulah video pertama @JuniorSlayer yang seterusnya membawa Ami ke bawah spotlight.

***

PainaRena

Enough Said.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.